MAHASISWA MSU

  • -perjumpaan telah selesai...masa untuk bergerak bersama


    Alhamdulillah. pada tarikh semalam, 23 04 09, hari khamis, ahli-ahli persatuan Mahasiswa Islam MSU telah berkumpul dan berbincang beberapa isu. Kehadiran kira-kira 60 orang ahli. ramai yang tidak dapat menghadirkan diri kerana menghadiri kelas. Perjumpaan ini lebih pada perjumpaan santai.

    Perjumpaan ini bermula pada pukul 5.30 petang, dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Rafiudin(Exco Dakwah Dan Tarbiyah).  Saudara saiful bertindak sebagai pengacara majlis. ucapan aluan dari Presiden menyentuh beberapa perkara seperti :
    -Ucapan terima kasih dan tahniah kepada ahli baru
    - Visi dan misi persatuan.
    - Perancangan aktiviti.l
    -Keterbukaan persatuan untuk bekerjasama dengan pelajar bukan Islam dibawah payung   rakan PMI.

    Saudara Saiful meneruskan majlis dengan pengenalan untuk semua MT dan Exco persatuan. ahli-ahli diperkenalkan dengan semua barisan kepimpinan.

    Majlis "taaruf Day" ini diteruskan dengan sessi soal jawab dengan ahli. Ahli membangkitkan masalah "follow up" dengan ahli selepas mendaftar. Persoalan kedua dari muslimat menimbulkan masalah method untuk kepimpinan mendekati ahli. Soalan- soalan ini dijawab oleh saudara Saiful.

    Majlis menyambut kedatangan penasihat kelab kira-kira pada pukul 6 petang. Ucapan dari penasihat banyak  menyentuh soal keterlibatan ahli dalam persatuan dan ucpaan terima kasih kerana menyokong persatuan. 

    Majlis berakhir kira-kira pukul 6.30 petang, jamuan disediakan dan ahli menjamu selera bersama. Ini mungkin sebagai titik mula pada keakraban sebuah keluarga besar iaitu PMIMSU.

    Pada malam hari, ahli-ahli berkumpul semula untuk majlis solat berjemaah, bacaan yassin dan tazkirah ringkas. selepas selesai solat isyak, Semua ahli berkumpul dan menjamu jamuan soto yang disediakan oleh HELWANIS PMIMSU.

    Diharap semua ahli berpuas hati dengan kekurangan yang kami lakukan. Harap maaf juga jika ada yang masih tidak berpuas hati. Semoga semua ahli dapat menikmati nikmat berpersatuan di MSU dengan menyertai PMIMSU.

    Sekian.




    more
  • Mesyuarat Bersama Ahli PMIMSU





    Persatuan Mahasiswa Islam Management & Science University

    Perhatian!!!

     

    Mesyuarat

    Persatuan Mahasiswa Islam

    Sessi 2008-2009

    (PMIMSU)

     

     

     

    Tarikh      : 23 April 2009(Khamis)

    Masa          : 5 petang

    Tempat     : hall H

     

     

    Agenda:

     

    1.  Pendaftaran Ahli Baru

    2.  Memperkenalkan Kepimpinan Sessi 08-09

    3.  Perbentangan Perancangan Aktiviti Oleh Exco

    4.  Perbahasan Perkara Berbangkit

    5.  Jamuan



     Ahli Persatuan Mahasiswa Islam MSU  yang berdaftar  akan mendapat kad PMIMSU!!! 

    Antara kelebihan  pemegang kad PMIMSU:

    1) Mendapat sijil yang Diperakui

    2) dijemput khas untuk program-program PMIMSU

    3) boleh menggunakannya untuk pendaftaran "Skim Wakaf Buku"

    4) kebajikan akan dijaga mengikut syarat- syarat persatuan

    5) diskaun untuk barangan-barangan jualan PMIMSU


    semua ahli lama dan baru dijemput hadir...

    jangan lepaskan peluang ini!




    more
  • Perutusan Presiden: Selamat Kembali Pelajar MSU/PTPL


    Oleh : Presiden PMIMSU

    AHLAH WASAHLAN WAMARHABBAN BIKKUM


    Dengan nama ALLAH SWT Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

    Assalamualaikum wbt. 

    Ahlan Wasahlan diucapkan kepada semua pelajar yang baru mendaftar masuk ke Management & Science University (MSU). Kami dipihak PMIMSU mengucapkan selamat datang dan selamat menimba ilmu duniawi dan ukhawi dibumi wakafan MSU ini. Selamat kembali kami ucapkan kepada semua pelajar senior selapas bercuti merehatkan minda selama beberapa minggu ini di rumah masing-masing. Setelah berehat seketika, kini tibalah masanya untuk kita kembali meneruskan perjuangan kita yang masih belum selesai didalam menuntut ilmu...

    Bagi pelajar senior, keputusan peperiksaan akhir sem yang lalu, semestinya sudah kita perolehi. Alhamdulillah..itulah ucapan yang perlu kita ucapkan setiap kali kita mendapat sebarang keputusan samada keputusan yang cemerlang ataupun kurang cemerlang. Kepada pelajar yang mendapat keputusan yang ‘gempak’, janganlah sesekali kita berasa bongkak dan sombong. Bersyukurlah kerana ALLAH SWT memberi sedikit nikmat kepada kita untuk merasa manisnya kejayaan dan betapa berbaloinya usaha kita selamanya ini. Firman ALLAH SWT dalam surah Ibrahim ayat 8 

    “dan (ingatlah) ketika tuhan memaklumkan “sesungguhnya jika kamu bersyukur,nescaya aku akan menambah (nikmat) kepada kamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat ALLAH SWT),maka pasti azab-Ku amat berat”.”


    Kepada pelajar yang tidak memperolehi keputusan yang diharapkan,bersabarlah. Mungkin ini tarbiyah terus daripada ALLAH SWT untuk menguji sejauh mana tahap kesabaran kita dalam menghadapi ujian dan cubaan darinya. Mungkin usaha yang kita lakukan tidak kuat dan tidak mantap. Mungkin kita lebih suka “main-main” dan “berfoya-foya” dan tidak focus dalam pelajaran. Selain itu,kita cuba muhasabah diri kita kembali. Selepas kita berusaha,adakan kita bertawakal kepada ALLAH? Adakah kita kurang berdoa,melakukan solat hajat meminta supaya dapat memperoleh keputusan cemerlang? Ada yang berkata,kami telah berusaha,kami telah bertawakal tetapi kami dapat keputusan yang tidak cemerlang,kenapa? ALLAH SWT telah menjawab dalam surah Al-Baqarah ayat 216, 

    “mungkin kamu tidak suka kepada sesuatu, padahal ia adalah yang terbaik untuk kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui”. 

    Bersabarlah dan jangan berputus asa dari berdoa dan meminta kepada Alah. Beruntunglah sesiapa yang bersabar dengan ujian ALLAH SWT kerana ALLAH SWT akan memberi pahala dan meninggikan darjat mereka. Apakah kita tidak terfikir,jika darjat kita lebih tinggi,doa kita mudah untuk dimakbulkan? Marilah kita sama-sama cuba untuk berfikir sejenak dan bermuhasabah.


    Kami PMIMSU juga telah merancang pelbagai program dan aktiviti sepanjang tahun ini. Semua pelajar MSU dan PTPL dialu-alukan untuk menyertai aktiviti kami. Ajaklah kawan-kawan untuk turut sama.Akhirul kalam, syukran jazilan saya ucapkan atas sokongan dan kritikan yang diberi dalam memantapkan lagi perjalanan dan pergerakkan PMIMSU.

    Assalamualaikum wbt



    more
  • Cahaya Pada Sirah Rasulullah S.A.W

    Cahaya Pada Sirah Rasulullah S.A.W.

    Nabi Muhammad S.A.W. adalah contoh terunggul bagi seluruh umat manusia. Daripada insan yang tidak tahu mengeja dan membaca inilah lahirnya jutaan manusia yang terdidik dengan ilmu yang berguna, cantik akhlaknya, murni jiwanya dan mulia peribadinya. Melalui Rasul yang ummi inilah lahirnya insan –insan gemilang seperti Umar Abdul Aziz, As-Syafie, Al-Bukhari, Al-Ghazali, Ibnu Sina, Ibnu Qayyim, Jamaluddin Al-Afghani, Hassan Al-Banna dan ramai lagi. Mereka ini adalah golongan yang cintakan baginda, mengamalkan sunnah baginda dan hidup bersama Islam yang dibawa baginda.

    Sirah Rasulullah S.A.W. memaparkan kepada kita kisah hidup seorang insan yang paling hebat dalam mencurahkan segenap usaha dan tenaganya untuk menegakkan serta menyebarluaskan kalimah Allah, membebaskan manusia daripada cengkaman kejahilan dan kesesatan, mengembalikan manusia kepada fitrah Islam yang bersih, dan menyediakan kepada manusia suatu contoh kehidupan yang membawa kita kepada keselamatan di dunia dan di akhirat. Sememangnya usaha-usaha mengembalikan kecintaan umat Islam kepada kekasih Allah ini adalah merupakan suatu tuntutan yang sangat mendesak dalam situasi umat masa kini. Hanya apabila umat Islam berjaya mencintai serta mentaati baginda, umat Islam akan memperoleh kejayaan di dunia dan di akhirat.

    Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

    “Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah, maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”
    (Ali-Imran: 31)

    Dalam usaha meyuburkan kecintaan kepada baginda, wajarlah kita mengetahui dan menyedari beberapa keistimewaan yang terkandung dalam sirah Nabi S.A.W.. Dr. Mustafa As-Sibaie di dalam bukunya, Sirah Nabawiyah, pada bahagian mukaddimah mengemukakan lima sebab utama yang menjadikan sirah Rasululllah S.A.W. begitu istimewa untuk didalami .

    Pertama: Sirah ini istimewa lantaran ia menceritakan tentang sejarah nabi utusan Allah dan sejarah keagungan seorang tokoh islah yang paling mulia, Nabi Muhammad S.A.W. mealui kaedah yang paling sahih. Kita menerima sirah Rasulullah S.A.W. menerusi susur galur ilmiah yang paling tepat dan paling jelas. Yang tidak memberikan peluang kepada kita untuk meragui kebenaran peristiwa-peristiwa yang berlaku. Ini tidak terdapat dalam mana-mana sirah rasul-rasul terdahulu. Sirah Nabi Musa a.s. yang ada pada hari ini telah bercampur-aduk antara peristiwa-peristiwa yang sahih dengan pemalsuan dan pindaaan yang dimasukkan oleh Yahudi. Ramai pengkritik barat meragui kandungan isi kandungannya. Sebahagian mereka memutuskan secara pasti bahawa sesetengah itu kandungan itu tidak ditulis pada masa Nabi Musa a.s. hidup atau sebaik sahaja selepas kewafatannya. Ia hanya ditulis setelah berlalu tempoh masa yang lama dan tanpa diketahui siapa penulisnya. Keraguan yang lebih kuat juga timbul terhadap sejarah tokoh-tokoh agama dan ahli-ahli falsafah lain yang sejarahnya tidak dapat disandarkan kepada bukti kajian ilmiah dan hanya berlegar di kalangan para pengikutnya sahaja sedangkan sirah Nabi Muhammad S.A.W. mempunyai susur galur yang diperakui secara jelas daripada kaca mata kajian ilmiah.

    Kedua: Kehidupan Rasulullah S.A.W. pada setiap peringkat hidup baginda adalah amat jelas. Bermula daripada perkahwinan ibu bapa baginda sehinggalah kewafatan baginda. Kita mengetahui banyak perkara tentang kelahiran, zaman kanak-kanak, zaman remaja, mata pencarian baginda sebelum kenabian sehinggalah perutusan baginda sebagai Rasul yang mulia. Riwayat menceritakan secara jelas setiap hal-ehwal baginda selepas perutusan tersebut dari tahun ke tahun. Ini menjadikan sirah Baginda S.A.W. jelas dan terang umpama matahari sepertimana yang turut diperakui oleh sesetengan pengkritik barat. Fenomena ini tidak mudah didapati di kalangan mana-mana Rasul yang terdahulu. Kita tidak tahu sesuatupun tentang kehidupan Nabi Musa a.s. ketika zaman kanak-kanak, mahupun zaman remajanya. Kita hanya mengetahui sedikit berhubung kehidupan baginda selepas kenabian sedangkan sejarah nabi kita, Muhammad S.A.W. diceritakan secara jelas melalui sumber-sumber yang sahih dan diakui melalui kaca mata ilmiah. Sumber-sumber ini menyebutkan secara jelas kehidupan peribadi baginda S.A.W. seperti makan, bangun, duduk, pakaian, percakapan, ibadat, dan pergaulan baginda dengan sahabatnya. Bahkan, rapinya periwayatan sirah baginda S.A.W. sehinggalah ke tahap mereka menyatakan kepada kita bilangan uban di kepala dan janggut baginda.

    Ketiga: Sirah Rasulullah S.A.W. menceritakan perjalanan hidup seorang manusia yang dimuliakan Allah dengan risalah-Nya. Namun, ia tidak mengeluarkan baginda daripada sifat kemanusiaannya. Kehidupan baginda tidak disertakan dengan dongeng-dongeng mahupun dengan sifat ketuhanan. Apabila kita bandingkan hal-hal ini dengan cerita-cerita yang diriwayatkan oleh orang-orang kristian tentang perjalanan hidup Nabi Isa a.s., akan jelas nyata kepada kita akan beza sirah nabi kita dan sirah mereka. Begitu juga apabila kita bandingkan dengan sejarah Gautama Budddha. Dakwaan ketuhanan kepada Nabi Isa a.s. dan Gautama Buddha menyebabkan kita tidak dapat menerima mereka berdua sebagai contoh teladan kepada mausia dalam kehidupan peribadi dan kemasyarakatannya. Sebaliknya, Nabi Muhammmad S.A.W akan terus menjadi contoh manusia sempurna kepada manusia lain.

    Keempat: Sirah Rasulullah S.A.W. menunjukkan baginda sebagai contoh yang sempurna kepada manusia, meliputi setiap sudut kemanusiaan yang dimiliki oleh manusia dalam masyarakat. Ia menceritakan kepada kita perjalanan hidup Nabi Muhammad S.A.W. sebagai seorang pemuda yang berakhlak mulia. Ia turut menceritakan kehidupan baginda sebagai pendakwah yang mencari cara paling efektif untuk menyampaikan dakwahnya dan mencurahkan segala tenaganya ke tahap maksima untuk dakwah. Sirah Rasulullah juga menceritakan kepada kita perjalanan hidup baginda sebagai seorang suami dan bapa, pendidik, jiran, panglima perang, ahli politik, pemimpin serta ketua negara dan begitulah seterusnya. Kita tidak akan dapati kesyumulan seperti ini atau hampir sama dengannya dalam catatan sejarah. Inilah sirah yang menonjolkan satu-satunya manusia yang mampu menjadi contoh kepada seluruh umat manusia.

    Kelima: Sirah Nabi Muhammad S.A.W. adalah satu-satunya sirah yang memberikan dalil-dalil yang tidak dapat diragui tentang kerasulan baginda dan keagungan risalah yang dibawa kepada kita. Dakwah baginda bukannya diterima secara pelik ataupun di luar akal fikiran, sebaliknya dakwah baginda disebarkan melalui usaha-usaha dakwah yang dilakukan oleh baginda mengikut fitrah kemanusiaan. Baginda berdakwah, lalu disakiti. Jika terpaksa berperang, baginda berperang. Baginda merancang strategi dakwah baginda. Dakwah baginda tersebar melalui iman (keyakinan), bukannya paksaan. Mukjizat yang berlaku bukanlah faktor utama keimanan orang arab. Orang Islam beriman dengan kebenaran risalah baginda melalui bukti-bukti lojik yang qat’i dan masuk akal yang menunjukkan kebenaran kenabian baginda. Antara bukti tersebut ialah Al-Qur’an al-Karim. Ia merupakan mukjizat yang boleh diterima oleh akal. Ini menyebabkan manusia berakal yang bersifat adil dan insaf beriman dengan kerasulan baginda. Kita tidak dapati dalam sirah Rasululah S.A.W., orang-orang kafir beriman melalui mukjizat-mukjizat yang di luar batas akal pemikiran manusia seperti kisah Isra’ Mikraj dan bulan yang dibelah.

    Ini berbeza dengan sirah Rasul terdahulu yang menunjukkan kepada kita bahawa orang ramai beriman setelah melihat mukjizat dan perkara pelik yang menyalahi adat kemanusiaan berlaku kepada rasul-rasul tersebut. Allah S.W.T. menceritakan di dalam Al-Qur’an bahawa Allah memberikan kepada Nabi Isa mukjizat untuk menyembuhkan penyakit kusta, menghidupkan orang mati, memberitahu apa yang dimakan oleh kaumnya dan apa yang tersimpan di rumah mereka untuk meyakinkan kaumnya tentang kebenaran risalahnya. Mukjizat-mukjizat in imenjadi penyebab orang ramai beriman kepada Nabi Isa a.s., seperti mana yang diceritakan di dalam Injil. Namun, mereka beriman kepada Nabi Isa bukan sebagai Rasul, tetapi sebagai tuhan dan anak tuhan. Maha suci Allah daripada perkara ini. Inilah yang diceritakan oleh Al-Qur’an kepada kita. Selepas pemergian Nabi Isa a.s., agama Kristian tersebar melalui perkara-perkara luar biasa ini yang menyalahi adat kebiasaan sehingga kita boleh katakan bahawa agama Kristian yang diimani pengikutnya itu adalah tertegak diatas perkara luar biasa, bukannya di atas keyakinan akal.
    Di sini kita dapat melihat keistimewaan sirah Nabi Muhammad S.A.W.. Manusia beriman kepada Islam disebabkan keyakinan akal dan jiwa bukannya kerana perkara-perkara luar biasa. Mukjizat luar biasa yang diberikan kepada baginda adalah satu penghormatan kepada baginda dan untuk mendiamkan penentang baginda yang sombong. Dalam membenarkan kerasulan baginda, Al-Qur’an tidak bergantung kepada perkara yng menyalahi adat kebiasaan, bahkan hanya berdialog dengan akal dan hati

    Demikianlah, kita ditunjukkan betapa sirah baginda itu sebagai suatu kisah yang sangat istimewa bukan sekadar untuk dibaca, didengar, dan dihafal. Malah ianya menunjukkan kepada kita secara jelas praktikal cara hidup yang mesti dicontohi. Umat Islam pada setiap zaman sentiasa menghadapi dugaan dan cabaran. Kemampuan umat menghadapi dugaan dan cabaran ini akan menjadi sangat rapuh jika umat ini gagal mengambil pengajaran daripada sirah Baginda. Baginda membawa cahaya Islam untuk seluruh umat manusia. Betapa setiap tutur kata, perbuatan, diam dan seluruh kehidupan baginda itulah praktikal Islam sebenar yang mesti diikuti.

    “Demi sesungguhnya adalah pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang-orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat…”
    (Al-Ahzab: 21)

    Cahaya Islam ini akan terus bersinar sehingga ke hari kiamat. Adakalanya ia bersinar terang dan ada kalanya ia malap. Terang apabila umat ini bersatu dengannya dan malap apabila umat ini menolaknya serta menggantikannya dengan kegelapan sistem ciptaan manusia yang bertentangan dengan sistem Allah. Hanya cahaya Islamlah yang dapat menyelamatkan kita di dunia dan di akhirat kelak. Maka, dalam usaha untuk memastikan cahaya ini terus menyinari kehidupan kita, tuntutan untuk umat Islam mempelajari, memahami dan menghayati Sirah Nabi Muhammad S.A.W. adalah suatu yang tidak dapat tidak, mesti diambil peduli oleh kita semua.

    ‘Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang di bawahnya mengalir beberapa sungai. Mereka kekal di dalamnya dan itulah kejayaan yang amat besar.’
    (An-Nisa’: 13)
    more
  • Kahwin berlainan agama: Tiada ruang yang membenarkannya

    Perkahwinan berlainan agama bukan lagi perkara baru di Indonesia, terutama dikalangan artis. Merujuk kepada undang-undang perkahwinan Islam, perkahwinan berlainan agama sama sekali tidak dibenarkan. Walaupun timbul isu dan perbahasan undang-undang berhubung perkahwinan yang berbeza agama, Islam sama sekali melarangnya. Bahkan dalam Islam, sekiranya seseorang itu berasakan tiada orang lain lagi yang boleh dikahwini,maka hamba abdi adalah lebih baik dikahwini berbanding bukan Islam atau musyrik.


    Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 221 yang bermaksud, "Jangan kamu nikahi wantia-wanita musyrik, kecuali jika mereka beriman. Sesungguhnya hamba sahaya yang beriman, lebih baik daripada perempuan musyrik, meskipun ia menakjubkan kamu dan janganlah kamu kahwinkan ( perempuan Muslim) dengan lelaki musyrik, kecuali jika mereka beriman.

    "Sesungguhnya hamba lelaki yang beriman adalah lebih baik daripada lelaki musysik, meskipun ia menakjubkan kamu. Mereka itu menyeru ke dalam neraka dan Allah menyeru ke dalam syurga dan kepada ampunan dengan izin-Nya. Allh menyatakan ayat-ayatnya kepada manusia mudah-mudahan mereka menerima peringatan."


    Mengulas perbincangan ini, Dekan Fakulti Pengajian Al-Quran dan Sunah USIM, Dr. Adnan Mohamed Yusoff menjelaskan tidak ada ruang perkahwinan berlainan agama.Rasulullah s.a.w pun menyebut, apabila seseorang itu berhasrat melangsungkan perkahwinan, maka pilihlah orang yang beragama, selain melihat dari sudut harta, rupa paras dan keturunan seseorang.

    Larangan berkahwin dengan berbeza agama banyak ditegaskan di dalam al-Quran melainkan membenarkan perkahwinan lelaki mukmin dengan ahli kitab, sebagaimana yang turut diharuskan oleh ulama tersohor, Yusuf Qaradawi.

    Hal ini jelas sebagaimana firman Allah melalui ayat 5 surah al-Maidah yang bermaksud, " Pada hari ini telah dihalalkan bagimu(makanan) yang baik-baik rasanya. Makanan orang ahli kitab( yahudi dan nasrani, halal bagimu dan makanan kamu, halal pula bagi mereka itu dan(dihalalkan bagimu) mengahwini perempuan-perempuan suci diantara wanita-wanita mukmin dan perempuan-perempuan suci diantara ahli-ahli kitab sebelum kamu...."

    Dalam perbincangan ulama, ahli kitab ialah mereka yang masih berpegang kepada ajaran asal Samawi, iaitu beriman kepada Allah dan rasul-Nya dan hari akhirat. Mereka tergolong daripada wanita-wanita yang suci dan jauh daripada segala perkara subahat.

    Rentetan daripada pengharaman itu, perkahwinan yang dilangsungkan dengan wanita-wanita mahupun lelaki-lelaki bukan Muslim, adalah terbatal. Dengan erti kata lain, tiada kompromi yang membolehkan wanita atau lelakimuslim berkahwin dengan pasangan musyrik.

    p/s:untuk membaca artikel penuh, sumber adalah daripada majalah Al-Islam keluaran April 2009
    more
  • koleksi hadis..'Syurga yang didambakan'
    Persatuan Mahasiswa Islam Management & Science University

    oleh:  epppmimsu

    Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda:
    ”Setiap umatku masuk ke dalam syurga selain orang yang enggan. Mereka bertanya:”Ya Rasulullah! Siapakah yang enggan itu? Jawab baginda:”Siapa yang mematuhi perintahku, masuk syurga dan siapa yang melanggar perintahku maka sesungguhnya orang itu enggan.”(al-Bukhari)



    Huraian
    Dunia ini adalah kerajaan Allah SWT. Segala yang ada di alam ini adalah daripada kurniaan rahmat Allah. Manusia merupakan khalifah Allah, diciptakan untuk memuja Allah dan memikul amanah Allah. Hidup ini merupakan pemberian Allah dan kematian pula adalah qadar atau ukuran dari Allah. Dunia ini adalah kebun tempat manusia berusaha untuk mematuhi perintah Allah, dan akhirat adalah masa menuai dan menerima balasan daripada Allah. Orang yang berbahagia ialah mereka yang menurut petunjuk Allah dan Rasul-Nya, dan orang yang malang ialah mereka yang membelakangkan diri dari pengajaran Allah dan Rasul-Nya. Maka manusia yang ditugaskan memikul beban dan tanggungjawab di dunia yang fana dan penuh cabaran ini hendaklah mempunyai persiapan untuk kehidupan yang selamanya di negeri yang abadi di mana kematian adalah jambatan yang menghubungkan antara keduanya yang seterusnya menyampaikan mereka ke suatu tempat sama ada ke syurga atau ke neraka.
    >>dipetik dari koleksi hadis JAKIM



    more
  • Renungan bersama......
    Assalamualaikum w.b.t....

    SEARCH HIDAYAH, SEARCH SYURGA

    Membaca utusan Malaysia ruangan hiburan kali ini. hatiku amat tersentuh. Ianya mengingatkanku dengan kata-kata;

    “Hidup tidak selalunya indah. Langit tak selalu cerah. Suram langit tak berbintang. itulah lukisan alam”.

    Ungkapan kata yang menyebabkan kita berfikir. Langit tidak selalu cerah, kerana langit yang sama juga bisa menjadi gelap.

    Pun begitu, ketetapan Allah dalam menentukan langit itu cerah atau gelap. Langit yang gelap, diharapkan cerah. Kegelapan langit, diharap tidak berpanjangan. Jika berpanjangan yang tidak berkesudahan, itu merupakan azab dari Allah. Semua Azab, berpunca dari tangan-tangan manusia yang jahat.

    Firman Allah;

    ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ

    Maksudnya;
    ”Telah nyata kebinasaan di daratan dan dilautan adalah bersebab tangan-tangan manusia”

    (Surah Ar-Rum : 41)

    Cerah amat sinonim dengan kebahagiaan. Gelap amat sinonim dengan kemurungan. Kebahagiaan sebenar adalah, kehidupan Al-Quran dan As-Sunnah. Tanpa Al-Quran dan As-Sunnah, tidak wujud keselamatan dan kesejahteraan dalam kehidupan. Itulah yang dimaksudkan dengan islam. yang mana, dalam bahasa arab, islam diterjemah sebagai sejahtera.

    Amy search yang dulunya masyhur dengan Isabella, kini sudah dikenali seperti “artis dakwah”. Beliau berkawan dengan tokoh agamawan hebat di Malaysia. Tok guru Nik Abdul Aziz namanya. Beliau kagum dengan tok guru, sebab tok guru seorang ulama, tetapi membuktikan kemampuan memerintah negeri.

    Jika dahulu, tidak ada seorang pun menyangka cerah hidayah telah meresap masuk ke dalam jiwa Amy. Pun begitu, search yang dilakukan melahirkan satu natijah, bahawa beliau sudah berjumpa dengan kebenaran Islam.

    Konsert rock amat sinonim dengan Amy. Itu adalah sejarah silam. Tetapi kini, amy sedang mencipta sejarah bahawa beliau sudah terlibat dengan program-program dakwah.

    Siapa sangka, seorang raja rock dahulu, tetapi kini boleh mengungkap kata;

    ”Kalau orang tidak kenal Rasulullah sudah tentu mereka tidak dapat merasai kehilangan baginda tetapi jika ada Rasullullah dalam diri mereka pasti mereka akan menangis”

    Ya Allah.. Aku kagum denganMu. Dalam tidak disangka-sangka, inilah manusia pilihanMu Ya Allah.

    Ya Allah.. pimpinlah kami ke jalan yang Kau redhai..

    semoga kita sama-sama dapat mengambil iktibar dan mengingati diri kita serta sesama manusia..

    dipetik dari :

    http://g-82.blogspot.com
    ustaz_bakistani@yahoo.com
    more
  • Bulan Rabiul Awal



    Assalamualaikum....
    Tanpa kita sedar, bulan yg penuh bermakna ini hampir meninggalkan kita. Namun, setiap peristiwa yg berlaku tetap dalam ingatan. Tidak kira pahit atau manis, kejayaan atau kekalahan, baik atau buruk..kita perlu sedar dan sentiasa mengingati diri sendiri, setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya. Sama-sama kita renungkan dan muhasabah diri.

    Pengertian

    Bulan Rabiul Awal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.



    Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal

    Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;


    1. Kelahiran junjungan besar kita, Nabi Muhammad Rasulullah saw.


    Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa Nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah.


    2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul.

    Dibulan Rabiulawal inilah Nabi Muhammad saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi Muhammad saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulalah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.


    3. Hijrah

    Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.


    4. Peperangan.

    Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.


    5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw.

    Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.


    6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah

    Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar r.a di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.


    7. Pembukaan Iraq

    Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.


    8. Pembukaan Baitul Muqaddis

    Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.


    9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol

    Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

    more
  • Maulidurrasul 09


    oleh: Presiden Persatuan Mahasiswa Islam MSU


    Assalamualaikum W.B.T. Pertama-tamanya marilah kita sama-sama berselawat keatas nabi kita, Nabi Muhammad S.W.T sebanyak mana  yang kita mampu.

    Siapakah dia insan yang bernama Muhammad  B Abdullah ini? Baginda adalah nabi akhir zaman yang diutuskan oleh Allah S.W.T untuk menyampaikan dakwah kepada umat manusia. Menurut Sheikh Yusuf Al-Qaradawi, baginda lahir pada isnin, 9 Rabiuawal Tahun Gajah bersamaan 20 atau 22 april 571. Ada juga pendapat mengatakan nabi lahir pada 12 Rabiuawal Tahun Gajah. Terlalu banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh baginda dalam memastikan dakwah terus sampai dan mekar ke seluruh dunia dan  seterusnya sampai kepada kita. Apakah kita mampu membalas budi baginda yang mana telah patah giginya ketika berperang untuk kita? Yang berjujuran darah dilempar batu ketika berdakwah di Taif kerana kita? Yang sanggup mengikat perut menahan lapar ketika dipulau oleh penduduk Mekah kerana kita?

     Sudah semestinya kita tidak mampu untuk membalas budi yang telah diberikan oleh baginda nabi. Sebaliknya kita lebih suka untuk menghina nabi dengan memperlekehkan sunnah nabi dan tidak mengamalkan ajaran islam yang sebenarnya. Kita juga lebih suka memilih tokoh-tokoh lain terutamanya orang kafir  dan penyanyi untuk dijadikan role model. Tidakkah kita mahu menjadikan baginda sebagai role model kita? Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Ahzab ayat 21 “Sesungguhnya pada diri Rasullallah itu terdapat contoh ikutan yang baik bagi kamu…”. Ini jelas menunjukkan baginda sangat sempurna dalam segala aspek kehidupan baik samada sebagai pendakwah, sebagai seorang suami, sebagai seorang pemimpin dan seorang jeneral perang dimedan perang.

    Bahkan sarjana bukan islam, Gottfried Leibniz (meninggal dunia pada 1716) yang pakar dalam matematik,metafizik dan falsafah, memuji Muhammad kerana “baginda tidak menyimpang daripada agama asal”. Begitu juga dengan William Montgomery Watt, Prof Emeritus dalam pengajian Arab dan Islam di University Edinburgh pernah mengatakan agama bagi (Nabi) Muhammad bukanlah perkara individu,tetapi lebih daripada itu dan menyentuh bukan saja aspek agama dan intelektual, malah bidang politik, ekonomi dan sosial.

    Oleh itu, marilah kita semua memuji dan mengagungkan  Nabi Muhammad dengan menggunakan pelbagai cara yang kita mampu. Apakah kita tidak mahu ganjaran mengamalkan sunnah nabi pada akhir zaman ini umpama pahala jihad kita perolehi? Tidak mahukah kita mendapat syafaat ataupun pertolongan nabi di padang mahsyar kelak? Maka marilaj kita bersama-sama berselawat keatas nabi kita Nabi Muhammad S.W.T dan mudah-mudahan baginda menjawab selawat yang kita ucapkan ini.Insyaallah.

     

    more
  • Kata Aluan Helwanis

    Oleh: Timbalan Presiden 2 Persatuan Mahasiswa Islam MSU (helwanis)



    Assalamualaikum w.b.t

    Bismillahirahmanirahim,Segala puji bagi Allah ,Penguasa Seluruh Alam,Selawat dan salam ke atas junjungan dan sanjungan Nabi Muhammad s.a.w.Olek kerana usaha Baginda ,kita umat akhir zaman masih dapat mengecap  dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat Islam dan Iman.

    Alhamdulillah,Segala puji hanya bagi Allah swt,kerana dengan limpah rahmat dan pilihan dari-Nya jualah,hati-hati ini telah menjadi sebahagian darpada sayap-sayap perjuangan untuk sama-sama bergerak  dan berganding bahu dibawah payung PERSATUAN MAHASISWA ISLAM MSU bagi sesi 2008/2009

    Tanpa kita sedari ,barisan PMI MSU  telah bertukar wajah .Biarpun kepimpinan bertukar ganti setiap tahun tetapi matlamatnya tetap sama iaitu ingin mewujudkan suasana biah solehah dalam kampus dan menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.Kepada barisan pemimpin yang telah dilantik tahniah dan takziah diucapkan.

    Helwanis menyeru semua pimpinan muslimat supaya menjadi benteng dalam mencegah gerakan halus feminism yang semakin menular di media elektronik dan media cetak. Justeru kepada para muslimat janganlah terus berdiam diri dan menjadi seperti enak dalam belukar yang hanya tahu melepaskan pucuk masing-masing,sedangkan isu-isu mencaci islam sedang luas disebarkan.

    Saya merasakan telah menjadi satu kewajipan kepada pimpinan PMI MSU memikul amanah yang telah diberikan ini dengan sebaik-baiknya.Ingatlah amanah yang telah diberikan ini bukanlah suatu pangkat kemasyuran atau kebanggaan ,tetapi amanah ini adalah satu tanggungjawab yang perlu dipikul bersama kerana kelak kita akan dipersoalkan atas setiap apa yang telah dipertanggungjawabkan ini.

    Akhir kata,kerjasama daripada semua pihak amatlah diperlukan dan berilah teguran yang membina kepada kami sekiranya  terdapat kekurangan dan kelemahan .Sesungguhnya teguran daripada kalian adalah kayu pengukur dalam perjalanan menegakkan syiar islam di bumi kampus MSU ini.Marilah sama-sama kita menyumbang tenaga membangunkan syiar islam di bumi ini walaupun di mana kita berada.Wallahualam.  


    more
  • Kata Aluan Presiden PMIMSU 08/09

    oleh: Presiden Persatuan Mahasiswa Islam MSU

    Assalamualaikum w.b.t.

    Segala pujian kita panjatkan ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah dan rahmat-Nya,kita mampu untuk bernafas pada hari ini dengan menggunakan oksigen tanpa perlu kita membayarnya sebagai tanda kasih dan sayang-Nya kepada kita. Selawat dan salam ke atas nabi junjungan kita, Muhammad bin Abdullah, pemimpin contoh yang patut kita ikuti sebagai role model pada masa kini. Yang pertamanya, saya mewakili sahabat-sahabat pimpinan PMIMSU sessi 08/09 ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penasihat PMIMSU, Ustaz Mohd Herzali B. Muhamad Haled dan juga pimpinan PMIMSU sessi yang lepas kerana telah memberi peluang kepada saya untuk mengetuai pimpinan yang baru ini. InsyaAllah kami tidak akan menghampakan amanah yang telah diberikan kepada kami.

    PMIMSU adalah sebuah persatuan yang berdaftar yang dianggotai oleh pelajar-pelajar yang beragama Islam. Kami di PMIMSU akan cuba sedaya upaya kami dalam menjaga kebajikan semua pelajar yang beragama Islam khususnya dan semua pelajar amnya. Untuk seisi 08/09, kami telah memberi nafas baru kepada PMIMSU kali ini dengan telah menukar visi persatuan. 

    Visi kami adalah

     “ Menjadi Persatuan Yang Dinamik Dan Berkebajikan Dalam Membentuk Mahasiswa Islam Yang Berdaya Saing Dan Berakhlak Ke Arah Mewujudkan Biah Solehah Di Kampus.” 

    Mudah-mudahan dengan penukaran visi ini, kita semua terutamanya ahli PMIMSU akan lebih bersemangat untuk membuat gerak kerja didalam persatuan dan seterusnya mencapai visi yang telah kita rencanakan.

    Pelbagai program yang telah kami rancangkan untuk tahun ini antaranya pertandingan sukan, pameran, ceramah, aktiviti yang bersifat extermis, program bina semangat dan banyak lagi. Semua pelajar samada pelajar MSU dan PTPL dijemput untuk menyertai program yang akan kami adakan bahkan kami juga membuka pintu kepada non-muslim untuk menyertai program kami ini. Saya berharap dengan penyertaan semua pelajar dapat memeriahkan lagi program yang kami adakan sepanjang tahun ini.

    Akhirul kalam, mudahan-mudahan apa yang kita kerjakan selama ini akan mendapat keredhaan dan pahala daripada Allah S.W.T. Ingatlah semua ahli PMIMSU, insyaAllah jika kita bantu agama ALLAH, ALLAH akan membantu kita dan kita perlu yakin dengan seyakinnya. Jadilah PMIMSU ini sebagai satu platform untuk kita berjaya didunia dan akhirat, amin. Assalamualaikum W.B.T     







    more
  • pengumuman!!!
    assalamualaikum w.b.t...

    Perhatian untuk semua ahli PMIMSU dan semua pelajar MSU/PTPL.. 
    duka cita dimaklumkan, seorang dari  sahabat kita semua, 

    Abdul Rahimie bin Rohani, 
     jurusan DHMT 
    sem 2 

    telah kembali ke rahmatullah pada 28.02.09

    al-fatihah... 


     PMIMSU AKAN MENGADAKAN MAJLIS TAHLIL PADA ESOK HARI

    TARIKH 
    03.03.09

    HARI 
    SELASA

    MASA 
    SELEPAS MAGHRIB

    LOKASI 
    PUSAT ISLAM

    BERHARAP SEMUA DAPAT HADIR...

    "SEMOGA ALLAHYARHAM DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG2 YANG BERIMAN"


    Persatuan Mahasiswa Islam Management & Science University
    more
  • Untuk Semua Pelajar MSU

    oleh: Presiden Persatuan Mahasiswa Islam MSU

    Assalamualaikum W.b.t

    Marilah sama-sama kita bersyukur kepada ALLAH S.W.T kerana memberikan kita semua nikmat walaupun ada kadang kala kita lalai kepada-NYA. Ingatlah ALLAH S.W.T Maha Pengampun dan Maha Mengetahui.

    Seperti mana yang tertulis di dalam taqwim kampus, insyaALLAH bermula 23 Februari 2009 bermulalah cabaran sebenar kepada pelajar-pelajar MSU kerana pada minggu ini kita akan menjalani peperiksaan akhir semester. Saya mewakili PMIMSU sessi 09/10 ingin mengucapkan selamat menempuh alam peperiksaan kepada semua rakan-rakan. Ingatlah kita bahawa setelah kita berusaha, jangan sesekali kita lupa untuk bertawakal kepada ALLAH S.W.T. Teruskan berdoa dan bermunajat kepada ALLAH S.W.T mudah-mudahan ALLAH S.W.T mempermudahkan kita untuk menjawab soalan peperiksaan kali ini, insyaALLAH. 

    Akhir kalam, semoga kita dapat memberi yang terbaik untuk peperiksaan kali ini, insyaALLAH kejayaan milik kita semua.


    Persatuan Mahasiswa Islam Management & Science University
    more
  • Program Solat Hajat Dan Bacaan Yassin

    oleh: Exco Penerangan dan Perhubungan

    assalamualaikum wbt...
    Perhatian untuk semua mahasiswa/siswi MSU dan PTPL, Pada malam ini akan diadakan program bacaan yassin dan solat hajat... 

    *************
    Program 
    "Bacaan Yassin dan Solat Hajat" 

    Tempat
    Pusat Islam MSU

    Tarikh
    19.02.09

    Masa
    selepas Solat Maghrib

    Anjuran
    Persatuan Mahasiswa Islam MSU
    ********************

    sahabat sekalian...
    mari datang beramai-ramai mengimarahkan Pusat Islam. Solat hajat ini sempena peperiksaan akhir semester untuk pelajar MSU.

    berbahagia selalu :)





    more
  • Sedikit Makluman Dari Kami

    oleh: exco penerangan dan perhubungan (edited by bro knie))

    Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

    Puji dan puja hanya untuk ALLAH S.W.T

    Pada mulanya, 
    izinkan saya memanjatkan rasa syukur kepada ALLAH s.w.t. kerana diberi peluang untuk bersama-sama berkhidmat dalam Persatuan Mahasiswa Islam MSU. Alhamdulillah.

    Untuk pengetahuan semua ahli PMIMSU,
    blog ini akan diuruskan oleh kami dari Exco Penerangan dan Perhubungan PMIMSU. Maka, saya mewakili semua exco ini memohon sokongan dan kritikan membina untuk sama-sama kita memperbaiki dalam setiap urusan mentadbir blog ini.

    sahabat-sahabat sekalian,
    Untuk penekanan disini, dengan wujudnya blog "pmi-daily.blogspot.com" yang sudah bertapak dihati mahasiswa Islam MSU, tidak bermakna semua pergerakan PMIMSU ini bersandarkan ilusi semata. Tidak sama sekali,kemudahan internet ini sekadar dijadikan alat untuk melicinkan pergerakan kami PMIMSU. Kami masih menekankan aktiviti-aktiviti kebajikan dan penerangan secara "face to face" untuk mahasiswa MSU.

    Mahasiswa MSU sekalian,
    jika terdapat kekurangan dalam usaha kami yang kecil ini, kami mohon sokongan dan buah fikiran dari sahabat-sahabat sekalian. kritikan yang membina akan menguatkan lagi barisan mahasiswa Islam di MSU. InsyaALLAH.

    akhir kata,
    semoga dengan sedikit perkongsian dari kalian, dapat mencetuskan rasa bahagia mahasiswa Islam di MSU hendaknya.

    senyum selalu... :) 

    more
  • Talkshow

    TALKSHOW : "AKU DIBIUS CINTA"
    USTAZ HASRIZAL ABD JAMIL
    (MOTIVATIONAL TRAINER & PENGARANG BUKU 'AKU TERIMA NIKAHNYA')

    USTAZ MOHD UDA KASIM
    (EKSEKUTIF PENERANGAN & DAKWAH LEMBAGA ZAKAT SELANGOR)

    14 FEBRUARI 2009
    SABTU, 9.30 PG - 1.30 TGH
    PENTAS UTAMA KOMPLEKS PKNS SHAH ALAM

    Pendaftaran adalah PERCUMA dan cenderahati istimewa utk 100 peserta terawal! Jom datang beramai-ramai untuk mendapatkan penerangan jelas tentang sambutan 'Hari Kekasih' yang disambut di seluruh dunia sambil berhibur dengan artis nasyid jemputan; Mestica.

    (^_^)

    more
  • Re-tazkirah sempena 'hari kekasih' yg merosakkan.....


    Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.

    Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah orangnya.


    Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan
    saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.



    Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula.

    Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan - panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walau sepatah.


    Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang
    perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.

    Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej - mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.

    Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.

    Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.

    "I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now."

    "Not a single phrase, nor a word."

    "My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."

    Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia.



    Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu untuk menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini.

    Ummi berkata:

    "It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so."
    Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi isyarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.

    Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi maafkan kami.


    Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku.

     Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan jadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. Insya-Allah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati saya. Insya-Allah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya.

    "Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya."

    Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syuaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?



    Mafraq, Jordan (dipetik daripada penulis di laman iluvislam.com)


    Jangan kau 'Kotori' Fitrah yg suci Itu, Teman......

    Ya Allah, janganlah Kau uji kami dengan ujian yang berat...
    sebagaimana yang telah Engkau berikan kepada orang2 sebelum kami...

    Kuatkanlah iman kami...IStiqamahkanlah kami menuju Syurga Cinta-Mu yA RAbbi..

    Jangan sesekali Kau biarkan kami berpaling dari jalanMu..

    Jagalah dan bimbinglah selalu hati dan fikiran kami...

    Agar sentiasa IHSAn dihadapanmu...
    tetAp dalam Redha-Mu...

    dan tetap ikhlas memperjuangkan Agama-Mu...

    Jangan biarkan kami tersungkur kerana panahan duniaMu..

    Amiin.... Ya RAbbal A'lamiin....
    more

Jangan Lupa sahabat...

Perhatian untuk ahli PMIMSU






insyaALLAH...
dalam masa terdekat nanti,
PMIMSU akan membuat dua program

1) "khidmat sosial dan mengenal cara hidup kampung di Kuala Selangor"

2) " Kursus Sembelihan"

tarikh akan diumumkan tidak lama lagi. :)

teruskan menyokong dan mengikuti perkembangan PMIMSU

jom berbual sebentar

ayat2 cinta



Ayat-ayat cinta dari ALLAH untuk hambaNYA

"Did you think that We had created you in play (without any purpose), and that you would not be brought back to Us?" (Quran 23:115):

“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.” - Surah az-Zariyat: ayat 56.

"demi masa:. .:sesungguhnya manusia dalam kerugian:. .:kecuali yang beriman dan juga yang beramal soleh:. .:yang berpesan pada kebenaran:. .:yang berpesan pada kesabaran" (Alquran:Al-asr)

"ya tuhanku, sesungguhnya aku berkehendak kepada kebaikan yang engkau turunkan kepadaku.. (alqasas:24)

"Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yg Aku Idam-Idamkan?"

"..dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui.." (albaqarah:216)

Kenapa Susah Sangat Ujian Ini?

"...dan ketahuilah, Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya..." (albaqarah:286) "...sesungguhnya disamping kesusahan bersamanya kemudahan... ...(ditegaskan sekali lagi) disamping kesusahan bersamanya kemudahan..." (alinsyirah:5&6)

"Do you really think that you will enter Paradise without such trials as came to those who passed away before you? They were afflicted with severe poverty and ailments and were so shaken that even the Messenger and those who believed along with him said, 'When will come the Help of Allah?" Yes, certainly the Help of Allah is near!" [Quran 2:214]

Rasa Frust? Tension? Lemah Semangat?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." :. - Surah Al-Imran ayat 139

"adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan sahaja berkata 'kami telah beriman' tanpa mereka diuji:. .:dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 sblm mereka,Dia mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta" (alankabut:2&3)

Bagaimana Harus Aku Menghadapinya?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)"." (Surah Al-Imran ayat 200)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (Surah Al-Baqarah ayat 45)

"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang." (Ar-Ra'd: 28) Apa Yang Aku Dapat Daripada Semua Ini?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... (Surah At-Taubah ayat 111)

Kepada Siapa Aku Berharap?

"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (Surah At-Taubah ayat 129)

Arghhh Aku Tak Tahan!!! Aku Dah Bosan!!

"...dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." (Surah Yusuf ayat 12)

Adakah Aku Sudah Dikira Beriman?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta". (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)


Bukankah ALLAH itu DEKAT? =) bacalah selalu Ayat-Ayat Cinta dari-NYa... CintaiLah DIA dengan sepenuh jiwa...krn Cinta-Nya x pernah mengecewakan....

Komen Dan cadangan