Showing posts with label - Tinta EPPPMIMSU. Show all posts
Showing posts with label - Tinta EPPPMIMSU. Show all posts
-
-perjumpaan telah selesai...masa untuk bergerak bersama
moreAlhamdulillah. pada tarikh semalam, 23 04 09, hari khamis, ahli-ahli persatuan Mahasiswa Islam MSU telah berkumpul dan berbincang beberapa isu. Kehadiran kira-kira 60 orang ahli. ramai yang tidak dapat menghadirkan diri kerana menghadiri kelas. Perjumpaan ini lebih pada perjumpaan santai.Perjumpaan ini bermula pada pukul 5.30 petang, dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Rafiudin(Exco Dakwah Dan Tarbiyah). Saudara saiful bertindak sebagai pengacara majlis. ucapan aluan dari Presiden menyentuh beberapa perkara seperti :-Ucapan terima kasih dan tahniah kepada ahli baru- Visi dan misi persatuan.- Perancangan aktiviti.l-Keterbukaan persatuan untuk bekerjasama dengan pelajar bukan Islam dibawah payung rakan PMI.Saudara Saiful meneruskan majlis dengan pengenalan untuk semua MT dan Exco persatuan. ahli-ahli diperkenalkan dengan semua barisan kepimpinan.Majlis "taaruf Day" ini diteruskan dengan sessi soal jawab dengan ahli. Ahli membangkitkan masalah "follow up" dengan ahli selepas mendaftar. Persoalan kedua dari muslimat menimbulkan masalah method untuk kepimpinan mendekati ahli. Soalan- soalan ini dijawab oleh saudara Saiful.Majlis menyambut kedatangan penasihat kelab kira-kira pada pukul 6 petang. Ucapan dari penasihat banyak menyentuh soal keterlibatan ahli dalam persatuan dan ucpaan terima kasih kerana menyokong persatuan.Majlis berakhir kira-kira pukul 6.30 petang, jamuan disediakan dan ahli menjamu selera bersama. Ini mungkin sebagai titik mula pada keakraban sebuah keluarga besar iaitu PMIMSU.Pada malam hari, ahli-ahli berkumpul semula untuk majlis solat berjemaah, bacaan yassin dan tazkirah ringkas. selepas selesai solat isyak, Semua ahli berkumpul dan menjamu jamuan soto yang disediakan oleh HELWANIS PMIMSU.Diharap semua ahli berpuas hati dengan kekurangan yang kami lakukan. Harap maaf juga jika ada yang masih tidak berpuas hati. Semoga semua ahli dapat menikmati nikmat berpersatuan di MSU dengan menyertai PMIMSU.Sekian.
-
Kahwin berlainan agama: Tiada ruang yang membenarkannya
more
Perkahwinan berlainan agama bukan lagi perkara baru di Indonesia, terutama dikalangan artis. Merujuk kepada undang-undang perkahwinan Islam, perkahwinan berlainan agama sama sekali tidak dibenarkan. Walaupun timbul isu dan perbahasan undang-undang berhubung perkahwinan yang berbeza agama, Islam sama sekali melarangnya. Bahkan dalam Islam, sekiranya seseorang itu berasakan tiada orang lain lagi yang boleh dikahwini,maka hamba abdi adalah lebih baik dikahwini berbanding bukan Islam atau musyrik.Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 221 yang bermaksud, "Jangan kamu nikahi wantia-wanita musyrik, kecuali jika mereka beriman. Sesungguhnya hamba sahaya yang beriman, lebih baik daripada perempuan musyrik, meskipun ia menakjubkan kamu dan janganlah kamu kahwinkan ( perempuan Muslim) dengan lelaki musyrik, kecuali jika mereka beriman.
"Sesungguhnya hamba lelaki yang beriman adalah lebih baik daripada lelaki musysik, meskipun ia menakjubkan kamu. Mereka itu menyeru ke dalam neraka dan Allah menyeru ke dalam syurga dan kepada ampunan dengan izin-Nya. Allh menyatakan ayat-ayatnya kepada manusia mudah-mudahan mereka menerima peringatan."
Mengulas perbincangan ini, Dekan Fakulti Pengajian Al-Quran dan Sunah USIM, Dr. Adnan Mohamed Yusoff menjelaskan tidak ada ruang perkahwinan berlainan agama.Rasulullah s.a.w pun menyebut, apabila seseorang itu berhasrat melangsungkan perkahwinan, maka pilihlah orang yang beragama, selain melihat dari sudut harta, rupa paras dan keturunan seseorang.
Larangan berkahwin dengan berbeza agama banyak ditegaskan di dalam al-Quran melainkan membenarkan perkahwinan lelaki mukmin dengan ahli kitab, sebagaimana yang turut diharuskan oleh ulama tersohor, Yusuf Qaradawi.
Hal ini jelas sebagaimana firman Allah melalui ayat 5 surah al-Maidah yang bermaksud, " Pada hari ini telah dihalalkan bagimu(makanan) yang baik-baik rasanya. Makanan orang ahli kitab( yahudi dan nasrani, halal bagimu dan makanan kamu, halal pula bagi mereka itu dan(dihalalkan bagimu) mengahwini perempuan-perempuan suci diantara wanita-wanita mukmin dan perempuan-perempuan suci diantara ahli-ahli kitab sebelum kamu...."
Dalam perbincangan ulama, ahli kitab ialah mereka yang masih berpegang kepada ajaran asal Samawi, iaitu beriman kepada Allah dan rasul-Nya dan hari akhirat. Mereka tergolong daripada wanita-wanita yang suci dan jauh daripada segala perkara subahat.
Rentetan daripada pengharaman itu, perkahwinan yang dilangsungkan dengan wanita-wanita mahupun lelaki-lelaki bukan Muslim, adalah terbatal. Dengan erti kata lain, tiada kompromi yang membolehkan wanita atau lelakimuslim berkahwin dengan pasangan musyrik.
p/s:untuk membaca artikel penuh, sumber adalah daripada majalah Al-Islam keluaran April 2009
-
koleksi hadis..'Syurga yang didambakan'
Persatuan Mahasiswa Islam Management & Science Universitymore
oleh: epppmimsu
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda:
”Setiap umatku masuk ke dalam syurga selain orang yang enggan. Mereka bertanya:”Ya Rasulullah! Siapakah yang enggan itu? Jawab baginda:”Siapa yang mematuhi perintahku, masuk syurga dan siapa yang melanggar perintahku maka sesungguhnya orang itu enggan.”(al-Bukhari)
Huraian
Dunia ini adalah kerajaan Allah SWT. Segala yang ada di alam ini adalah daripada kurniaan rahmat Allah. Manusia merupakan khalifah Allah, diciptakan untuk memuja Allah dan memikul amanah Allah. Hidup ini merupakan pemberian Allah dan kematian pula adalah qadar atau ukuran dari Allah. Dunia ini adalah kebun tempat manusia berusaha untuk mematuhi perintah Allah, dan akhirat adalah masa menuai dan menerima balasan daripada Allah. Orang yang berbahagia ialah mereka yang menurut petunjuk Allah dan Rasul-Nya, dan orang yang malang ialah mereka yang membelakangkan diri dari pengajaran Allah dan Rasul-Nya. Maka manusia yang ditugaskan memikul beban dan tanggungjawab di dunia yang fana dan penuh cabaran ini hendaklah mempunyai persiapan untuk kehidupan yang selamanya di negeri yang abadi di mana kematian adalah jambatan yang menghubungkan antara keduanya yang seterusnya menyampaikan mereka ke suatu tempat sama ada ke syurga atau ke neraka.
>>dipetik dari koleksi hadis JAKIM
-
Renungan bersama......
more
Assalamualaikum w.b.t....
SEARCH HIDAYAH, SEARCH SYURGA
Membaca utusan Malaysia ruangan hiburan kali ini. hatiku amat tersentuh. Ianya mengingatkanku dengan kata-kata;
“Hidup tidak selalunya indah. Langit tak selalu cerah. Suram langit tak berbintang. itulah lukisan alam”.
Ungkapan kata yang menyebabkan kita berfikir. Langit tidak selalu cerah, kerana langit yang sama juga bisa menjadi gelap.
Pun begitu, ketetapan Allah dalam menentukan langit itu cerah atau gelap. Langit yang gelap, diharapkan cerah. Kegelapan langit, diharap tidak berpanjangan. Jika berpanjangan yang tidak berkesudahan, itu merupakan azab dari Allah. Semua Azab, berpunca dari tangan-tangan manusia yang jahat.
Firman Allah;
ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ
Maksudnya;
”Telah nyata kebinasaan di daratan dan dilautan adalah bersebab tangan-tangan manusia”
(Surah Ar-Rum : 41)
Cerah amat sinonim dengan kebahagiaan. Gelap amat sinonim dengan kemurungan. Kebahagiaan sebenar adalah, kehidupan Al-Quran dan As-Sunnah. Tanpa Al-Quran dan As-Sunnah, tidak wujud keselamatan dan kesejahteraan dalam kehidupan. Itulah yang dimaksudkan dengan islam. yang mana, dalam bahasa arab, islam diterjemah sebagai sejahtera.
Amy search yang dulunya masyhur dengan Isabella, kini sudah dikenali seperti “artis dakwah”. Beliau berkawan dengan tokoh agamawan hebat di Malaysia. Tok guru Nik Abdul Aziz namanya. Beliau kagum dengan tok guru, sebab tok guru seorang ulama, tetapi membuktikan kemampuan memerintah negeri.
Jika dahulu, tidak ada seorang pun menyangka cerah hidayah telah meresap masuk ke dalam jiwa Amy. Pun begitu, search yang dilakukan melahirkan satu natijah, bahawa beliau sudah berjumpa dengan kebenaran Islam.
Konsert rock amat sinonim dengan Amy. Itu adalah sejarah silam. Tetapi kini, amy sedang mencipta sejarah bahawa beliau sudah terlibat dengan program-program dakwah.
Siapa sangka, seorang raja rock dahulu, tetapi kini boleh mengungkap kata;
”Kalau orang tidak kenal Rasulullah sudah tentu mereka tidak dapat merasai kehilangan baginda tetapi jika ada Rasullullah dalam diri mereka pasti mereka akan menangis”
Ya Allah.. Aku kagum denganMu. Dalam tidak disangka-sangka, inilah manusia pilihanMu Ya Allah.
Ya Allah.. pimpinlah kami ke jalan yang Kau redhai..
semoga kita sama-sama dapat mengambil iktibar dan mengingati diri kita serta sesama manusia..
dipetik dari :
http://g-82.blogspot.com
ustaz_bakistani@yahoo.com
-
Sedikit Makluman Dari Kami
more
oleh: exco penerangan dan perhubungan (edited by bro knie))AssalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuhPuji dan puja hanya untuk ALLAH S.W.TPada mulanya,izinkan saya memanjatkan rasa syukur kepada ALLAH s.w.t. kerana diberi peluang untuk bersama-sama berkhidmat dalam Persatuan Mahasiswa Islam MSU. Alhamdulillah.Untuk pengetahuan semua ahli PMIMSU,blog ini akan diuruskan oleh kami dari Exco Penerangan dan Perhubungan PMIMSU. Maka, saya mewakili semua exco ini memohon sokongan dan kritikan membina untuk sama-sama kita memperbaiki dalam setiap urusan mentadbir blog ini.sahabat-sahabat sekalian,Untuk penekanan disini, dengan wujudnya blog "pmi-daily.blogspot.com" yang sudah bertapak dihati mahasiswa Islam MSU, tidak bermakna semua pergerakan PMIMSU ini bersandarkan ilusi semata. Tidak sama sekali,kemudahan internet ini sekadar dijadikan alat untuk melicinkan pergerakan kami PMIMSU. Kami masih menekankan aktiviti-aktiviti kebajikan dan penerangan secara "face to face" untuk mahasiswa MSU.Mahasiswa MSU sekalian,jika terdapat kekurangan dalam usaha kami yang kecil ini, kami mohon sokongan dan buah fikiran dari sahabat-sahabat sekalian. kritikan yang membina akan menguatkan lagi barisan mahasiswa Islam di MSU. InsyaALLAH.akhir kata,semoga dengan sedikit perkongsian dari kalian, dapat mencetuskan rasa bahagia mahasiswa Islam di MSU hendaknya.senyum selalu... :)
Subscribe to:
Posts (Atom)

