MAHASISWA MSU

Showing posts with label - Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label - Tazkirah. Show all posts
  • Toleransi dalam Islam

    Islam menganjurkan agar sifat toleransi ini dikembangkan sebagai satu syarat mewujudkan kehidupan masyarakat yang harmoni dan sejahtera.

    Sabda nabi s.a.w :Ertinya: “Tunjukkanlah belas kasihan terhadap orang-orang di muka bumi, nescaya Allah yang di langit akan mengasihanimu. Berbelas kasihanlah, nescaya anda dibelas-kasihani pula. Sesungguhnya Allah merahmati para hambaNya yang bersifat belas kasihan”.

    Kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. sendiri merupakan manifestasi daripada sifat toleransi ini. Pertama;baginda dengan jelas mengingatkan manusia bahawa mereka datang daripada keturunan yang sama, bermoyangkan Adam a.s. Oleh itu, mereka tidak seharusnya terlalu mempertengkarkan perbezaan sesama sendiri, sebaliknya harus lebih berusaha ke arah menumbuhkan rasa persaudaraan dan kasih sayang di antara satu sama lain. Sebagai contoh, selepas Hijrahnya ke Madinah, Nabi telah mempersaudarakan orang-orang Makkah dengan orang-orang Madinah. Pakciknya Hamzah, seorang bangsawan Quraisy, dipersaudarakan dengan Zaid, bekas hamba baginda. Zaid inilah yang kemudiannya dilantik sebagai panglima dalam Perang Mu’tah, yang di bawahnya berkhidmat pula dua orang bangsawan Arab – Jaafar bin Abu Talib dan Abdullah bin Rowaha. Bilal bin Rabbah, bekas hamba yang berkulit hitam dimuliakan sebagai mu’azzin. Salman, dari Farsi, diistiharkan sebagai ahli keluarga baginda, untuk mematikan sentimen membangga-banggakan kebangsaan Arab yang masih dipegang oleh sebahagian Sahabat ketika itu.Tindakan baginda itu dengan sendirinya menolak prasangka yang berdasarkan kelainan keturunan, dan darjat sosial. Darjah toleransi yang tinggi itu juga telah membebaskan masyarakat Islam dewasa itu daripada bahaya nepotisme, kekauman dan kebangsaan yang sempit – sifat-sifat yang sering menjadi punca berlakunya ketegangan dan pergeseran dalam kehidupan masyarakat sejak dahulu hinggalah kini.

    Kedua,;menerusi hukum-hukum Islam, baginda terus mendidik hati dan akhlak umatnya supaya sentiasa mempunyai perasaan berbaik-baik. Firman Allah S.W.T:“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat”(Al-Hujurat : 10)

    Dalam satu peristiwa diriwayatkan bahawa baginda telah berdiri menghormati jenazah yang sedang diusung di hadapannya. Apabila salah seorang yang hadir membisikkan kepadanya bahawa jenazah itu adalah seorang Yahudi, baginda secara spontan menjawab: “Bukankah si mati itu juga seorang manusia?”

    Ketiga; baginda bertindak memastikan terpeliharanya jaminan ke atas setiap individu dalam kehidupan bermasyarakat tanpa mengira bangsa dan agamanya. Di antara jaminan-jaminan itu ialah hak untuk hidup. Tidak seorang pun mempunyai hak mencabut nyawa manusia, baik nyawa orang lain mahupun nyawanya sendiri. Balasan ke atas mereka yang membunuh hanya boleh ditentukan oleh lembaga kehakiman yang adil dan cekap. Seseorang individu dijamin keselamatan maruah dan harta-bendanya daripada penganiayaan. Tidak boleh menceroboh rumah seseorang. Perbuatan mengintip perihal orang lain terlarang. Seseorang itu dijamin haknya daripada difitnah dan dihukum atas dasar syak dan prasangka, termasuk jaminan selamat daripada dihukum disebabkan kesalahan orang lain. Juga, seseorang itu diberi hak menghindarkan dirinya atau enggan terlibat dalam perbuatan dosa.Darjah toleransi yang tinggi sekali ditunjukkan menerusi jaminan hak seseorang itu bebas memilih agama masing-masing serta hak perlindungan untuk memenuhi sentimen agamanya tanpa diganggu-gugat atau diperhina. Baginda juga telah melindungi hak untuk seseorang individu bebas berfikir dan bercakap bagi menganjurkan kebaikan dan kebenaran, termasuk hak memprotes kezaliman. tetapi bukannya untuk menyebarkan maksiat dan kejahatan.Terdapat salah faham di kalangan sebahagian orang-orang Islam sendiri dalam menanggapi konsep toleransi. Di antara mereka, ada yang mendakwa toleransi sebagai sikap berlembut, lemah dan buruk. Sebahagiannya berhujah jika kita berlembut dalam perjuangan, kita akan lebih diperas dan ditekan. Ada pula yang menilaikan bahawa kemenangan yang diperolehi tanpa mengharungi rintangan rendah mutunya. Ada juga pihak-pihak yang menggunakan beberapa episod dalam sirah Nabi Muhammad s.a.w. untuk menafsirkan bahawa sepanjang hidupnya baginda tidak pernah bertolak ansur dalam memerangi orang-orang kafir. Mereka memetik peristiwa bagaimana baginda bertindak ke atas tiga puak Yahudi di Madinah sebagai alasan.Benarkah penafsiran demikian?

    Fakta sejarah membuktikan tindakan ke atas tiga puak Yahudi itu –Bani Qainuqa, Bani Nadir dan Bani Quraidhah- berupa tindakan terakhir akibat daripada satu rangkaian provokasi terus-menerus yang berat dan berbahaya daripada puak-puak Yahudi tersebut terhadap keselamatan masyarakat Islam dewasa itu. Semua puak Yahudi tersebut telah melanggar perjanjian yang dibuat dengan pihak Islam dan oleh itu wajar dikenakan tindakan. Bagaimanapun, di saat-saat dikenakan provokasi yang berat itupun, Nabi Muhammad s.a.w. masih mengamalkan darjah toleransi yang tinggi. Hanya puak Bani Quraidhah dikenakan hukuman berat kerana darjah pengkhianatannya begitu berat. Mereka memutuskan perjanjian untuk membekalkan makanan kepada orang-orang Islam Madinah sebagai helah melemahkan pertahanan Islam dalam Perang Khandak. Akibatnya, mereka dijatuhi hukuman di mana lelaki mereka yang terlibat dalam perang itu dibunuh dan harta-benda mereka dibahagi-bahagikan, manakala kaum wanita dan kanak-kanaknya dijadikan tawanan.

    Sebelum itu, puak Qainuqa dan Nadir, hanya dikenakan hukuman dihalau keluar daripada Madinah.Toleransi tidak pula bermakna Islam melarang umatnya berperang. Rasulullah s.a.w. sendiri sepanjang hayatnya turut mengepalai peperangan melawan musuh-musuh Islam. Namun, dalam berperang pun banyak unsur toleransi diamalkan. Semasa perang, hak golongan awam dipelihara. Pembunuhan dilarang ke atas orang-orang tua, kanak, kaum wanita, kaum pendeta dalam rumah-rumah ibadat, dan orang-orang yang berada dalam rumah-rumah ibadat. Tentera yang berperang dilarang membunuh musuh dengan membakarnya hidup-hidup, menyerang askar yang sedang cedera dan tidak lagi mampu berperang, menceroboh dan merosakkan harta-benda dalam wilayah musuh, merampas harta-benda awam dan merosakkan mayat-mayat. Kemaafan yang diberikan oleh Nabi kepada musuh-musuh Islam, termasuk Abu Sufian, selepas tentera Islam membebaskan Kota Makkah dilakukan ketika Islam sedang menang, dan kepimpinan Nabi sedang kuat dan menyerlah.

    Ini membuktikan betapa semakin seorang pemimpin kukuh kedudukan kepimpinannya, semakin dia harus berlapang dada, semakin tinggi ihsannya, dan semakin kuat pula darjah toleransinya.

    Kesimpulannya, dalam agama Islam telah sedia ada sifat toleransi. Toleransi bukanlah tanda lemah, bacul atau tidak bersedia menghadapi rintangan. Toleransi dalam Islam menjadi syarat mewujudkan kehidupan damai, maju dan sejahtera. Paling unik, toleransi dalam Islam dianjurkan bukannya kerana keadaan kita sedang lemah dan terancam, tetapi menjadi ciri utama yang tetap berlaku pada ketika kita sedang kuat.

    more
  • JOM PUASA : PUASA ASYURA & 'SIGNIFICANT'NYA.....

    oleh :
    Ustaz Muhammad Fauzi

    Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. setelah berhijrah ke Madinah melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada 10 Muharram. Rasulullah s.a.w. bertanya kepada mereka: “Hari apakah ini yang kamu berpuasa padanya?” Mereka menjawab: “Ini adalah hari yang agung. Hari ini Allah menyelamatkan Musa dan kaumnya. Hari ini juga Allah menenggelamkan Firaun dan kaumnya. Musa berpuasa pada hari ini sebagai syukur kepada Allah. Lalu kami turut juga berpuasa.” Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kami lebih layak mengikuti Musa dari kamu.” Lalu Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang Islam yang lain juga berpuasa.

    Puasa Asyura’

    Sebahagian umat Islam di Malaysia mungkin lebih mengenali bubur asyura dari puasa Asyura’. Di Malaysia juga mungkin lebih masyhur cerita bahawa Nabi Nuh a.s. dan beberapa orang beriman sesudah diselamatkan oleh Allah dari banjir besar, mencampurkan semua makanan yang ada pada mereka (ada yang menambah; dengan daun-daun dan dahan-dahan kayu) lalu mereka memasak bubur asyura. Konon untuk menghidupkan sunnah tersebut, maka masyarakat kita mengamalkan memasak bubur asyura pada waktu-waktu tertentu (tapi tanpa daun dan dahan kayu).

    Sebenarnya ada dua peristiwa besar yang diriwayatkan dengan riwayat yang sahih berlaku pada 10 Muharram; kematian Firaun setelah tenggelam di Laut Merah dan pembunuhan Husain bin Ali r.a. pada Jumaat 10 Muharram 61 Hijrah di Karbala’. Kedua-dua peristiwa ini adalah peristiwa penting. Tetapi sunat berpuasa pada 10 Muharram (hari Asyura) hanya berkait dengan peristiwa kemusnahan Firaun sahaja dan tidak ada sebarang kaitan dengan pembunuhan Husain r.a. di Karbala’. Syiah memperingatinya setiap tahun dan melakukan amalan-amalan bid’ah sempena tarikh tersebut. Tetapi ajaran sunnah yang sebenarnya adalah disunatkan berpuasa sempena memperingati peristiwa Allah menyelamatkan Nabi Musa a.s. dari buruan Firaun tanpa dikaitkan sedikit pun dengan peristiwa pembunuha Husain r.a.

    Imam Ibnu al-Qayyim menyebut di dalam Zadul Ma’ad:

    “Puasa Aasyura ada tiga darjat:

    Berpuasa 9, 10 dan 11 Muharram. Ini yang paling sempurna.

    Berpuasa 9 dan 10 Muharram. Ini yang paling banyak disebut di dalam hadis.

    Berpuasa 10 Muharram sahaja.”

    Disunatkan berpuasa 9 dan 11 Muharram agar ibadah kita sebagai umat Islam berbeza dengan ibadah orang-orang Yahudi yang berpuasa pada hari 10 Muharram sahaja. Rasulullah s.a.w. bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim: “Jika aku masih lagi hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa juga pada hari 9 Muharram.”

    Puasa Asyura’ adalah di antara puasa-puasa yang afdhal. Ada ulama’ yang berpendapat bahawa sebelum para sahabat r.a. diwajibkan berpuasa penuh sebulan pada bulan Ramadhan, mereka telah diwajibkan terlebih dahulu berpuasa pada 10 Muharram. Mereka juga membiasakan anak-anak mereka untuk berpuasa pada hari Asyura’.

    Bukhari meriwayatkan dari ar-Rabi’ binti Muawwidz r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. pergi ke perkampungan Ansar pada hari Asyura’ dan bersabda: “Sesiapa yang telah makan pada hari ini, jangan lagi makan sehingga habis siang hari ini. Sesiapa yang berpuasa, teruskan berpuasa.” Ar-Rabi’ r.a. berkata: “Kami berpuasa pada hari itu dan menyuruh anak-anak kami berpuasa. Kami mereka untuk mereka permainan. Apabila ada yang menangis meminta makanan, kami akan lekakan dia dengan permainan itu sehingga berbuka.”

    Rasulullah s.a.w. bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh at-Tobroni: “Tidak ada hari yang afdhal berpuasa melebihi hari-hari di bulan Ramadhan dan hari Asyura’.”

    Kemusnahan Firaun

    Firaun musnah pada hari itu. Dia adalah insan yang diabadikan kisahnya di dalam banyak ayat di dalam al-Quran dan dijanjikan oleh Allah akan diselamatkan jasadnya. Allah berfirman:

    “Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu): “Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah)”. (Allah berfirman): “Adakah sekarang (baharu engkau beriman), padahal sesungguhnya engkau dari dahulu telah kufur derhaka, dan engkau telah pun menjadi dari orang-orang yang melakukan kerosakan?” Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terselamat dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil itibar) dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!” (Yunus: 90-92)

    Di Mesir ada satu muzium khas menyimpan khazanah dinasti Firaun yang dikeluarkan dari piramid-piramid dan kuil-kuil Firaun. Di dalam muzium tersebut ada ruang khas ‘The Royal Mummies’ atau Mumiyat Malakiah. Masuk muzium tu kena bayar. Masuk ruang khas tersebut kena bayaran lain. Di dalam ruang khas tersebut ada lebih kurang 9 mumia yang diambil dari piramid-piramid. Salah satunya Ramses II atau Ra’mases II. Dipercayai itulah Firaun yang memburu Nabi Musa a.s. ketika beliau a.s. membawa keluar 60,000 Bani Israel keluar dari bumi Mesir dan kemudian mati tenggelam di Laut Merah. Lihatlah gambar di atas. Menakjubkan. Di antara 9 mumia tersebut, dialah yang paling sempurna.

    Saya tiba di Mesir pada awal 1991 tetapi kali pertama pergi ke Dataran Piramid Giza pada musim panas 1993. Itu pun bukan kerana ingin melihat piramid tetapi kerana nak naik kuda. Tidak ada tarikan untuk ke piramid. Tetapi saya masuk ke ruang ‘The Royal Mummies’ sebanyak dua kali sepanjang saya belajar di Mesir. Pada tahun 2004, semasa saya dan keluarga menziarahi Mesir semula, saya ajak isteri lagi sekali ke muzium.Tarikannya kuat; nak ‘jumpa’ Ramses II. Memang menarik. Rambutnya masih ada. Raut mukanya nampak sempurna. Telinga dia. Hidung dia. Saya pergi tengok dekat-dekat jari dia; masih ada jalur-jalur. Semuanya nampak hebat. Ini janji Allah. Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terselamat dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil itibar)….”

    Firaun adalah gelaran kepada raja Mesir. Semua Firaun mengaku diri mereka tuhan. Tetapi Ramses II tidak begitu. Dia mendakwa dirinya ‘akulah tuhanmu yang paling agung’ (An-Naziaat: 24). Dia juga berkata kepada kaumnya ‘Wahai kaumku! bukankah kerajaan negeri Mesir ini, aku yang menguasainya, dan sungai-sungai ini mengalir di bawah (istana) ku? tidakkah kamu melihatnya?’ (Az-Zuhruf: 51).

    Saya pernah terbaca di dalam sebuah buku yang saya sendiri tidak pasti sumbernya; Ramses II adalah seorang lelaki yang cukup sempurna. Tampan bergaya. Gagah perkasa. Kaya raya. Ada karisma. Mampu menakutkan musuhnya. Sihat wal afiat. Tidak pernah demam. Tidak pernah bersin. Dia dan Firaun yang mengambil Nabi Musa a.s. sebagai anak angkat; ada pendapat yang mengatakan bahawa mereka adalah orang yang sama dan ada yang mengatakan mereka adalah dua orang yang berbeza. Tapi zalim yang tidak ada had. Kesudahannya hanya seperti dalam gambar di atas.

    Ketika Bani Israel buntu, tidak jumpa cara untuk keluar dari penindasan Firaun, Allah menyelesaikan kebuntuan itu dengan cara yang cukup menakjubkan. Firaun memelihara orang yang akan mengalahkannya di dalam istananya sendiri. Ketika diburu dan terperangkap di pantai Laut Merah, sekali lagi Allah menyelesaikan kebuntuan itu dengan membelah Laut Merah. Selain dari itu banyak lagi kisah-kisah menarik berkenaan pertembungan Nabi Musa a.s. dan Firaun. Ini semua adalah kisah-kisah yang sepatutnya kita kenang kembali di hari 10 Muharram.

    “Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya). Dan Kami hendak memberi mereka kedudukan yang kukuh di negeri itu, serta hendak memperlihatkan kepada Firaun dan Haman bersama-sama tentera mereka apa yang mereka bimbangkan dari golongan yang bertindas itu. Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa:” Susukanlah dia; Dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut; dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang dari Rasul-rasul kami. Setelah itu dia dipungut oleh orang-orang Firaun; kesudahannya dia akan menjadi musuh dan menyebabkan dukacita bagi mereka; Sesungguhnya Firaun dan Haman serta orang-orangnya adalah golongan yang bersalah.” (Al-Qosos: 5-8)

    Moga kita semua dapat menjalani ibadah puasa Asyura’ dan mengambil iktibar dari kisah Musa a.s. dan Firaun.

    sumber : Ustaz Muhammad Fauzi
    http://satuperkongsian.wordpress.com
    (bab Thaqafah Islamiah)




    SElamaT BErPuaSa buat semua warga MSu...

    Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa Asyura’
    9 -11 Muharam 1430H (bersamaan 6 – 8 Januari 2009)
    dan mengambil iktibar dari kisah Musa a.s. dan Firaun.
    Insyaallah.

    Senyum selalu!

    ~pmi-daily
    9 Muharram 1430H



    more
  • MuhaRRaM vs New YeAr....

    Tahun baru Hijrah menjengah tanpa kita sedari, masih banyak rasanya tugas dan tanggungjawab kita sebagai mahasiswa masih belum tertunai. Kata orang tahun baru, azam baru. Terpulanglah pada diri masing-masing untuk merealisasikannya..

    Sedar tak sedar, kita sudah hampir ke akhir fasal. Bagaimanakah persediaan kita dengan madah-madah yang kita ambil. Buatlah persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan agar kesilapan yang lalu tidak berulang. Ingatlah jika anda berhasrat untuk Berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.

    Bulan Muharam merupakan bulan keberkatan dan rahmat kerana bermula dari bulan inilah berlakunya segala kejadian alam ini. Bulan Muharam juga merupakan bulan yang penuh sejarah, di mana banyak peristiwa yang berlaku sebagai menunjukkan kekuasaan dan kasih sayang Allah kepada makhlukNya.

    Dalam bulan muharram imam ghazali ada menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub tentang sejarah 10 muharram iaitu:

    1 Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
    2 Dicipta Adam a.s
    3 Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga
    4 Diterima taubat Nabi Adam a.s
    5 Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
    6 Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
    7 Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
    8 Selamat Musa dan pengikutnya.
    9 Lemas Firaun.
    10 Dilahirkan Nabi Isa a.s.
    11 Diangkat Nabi Isa kelangit.
    12 Diangkat Nabi Idris ke langit.
    13 Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
    14 Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
    15 Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
    16 Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
    17 Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
    18 Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
    19 Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.

    Dalam singkapan sejarah ini maka kita seharusnya mengambil pedoman atas apa yang Allah kurniakan bagi nabi-nabinya yang berdakwah kejalanya tetapi sebaliknya bagi golongan yang menentangnya adalah azab yang sangat pedih.

    Begitulah kehidupan seharian kita yang seharusnya kita hidup untuk mendapat keredhaan Allah.

    Dalam kita berbicara tentang Muharram kita jugak tidak harus lupa bahawa tahun 2008 baru melabuhkan tirainya.Maka 2009 tiba membawa obor dan harapan baru bagi kita yang akan meneruskan kehidupan sebagai hambanya.Marilah sama-sama kita koreksi diri dan melihat kembali kehidupan kita sepanjang tahun 1429H & 2008 ini adakah mencapai target kita sebagai seorang penuntut ilmu,sebagai manusia dan yang paling penting kehidupan kita sebagai hambanya.Kedatangan tahun baru 1430H & 2009 bakal disambut dengan penuh meriah bersama dengan azam, semangat serta seribu harapan ke arah membentuk kehidupan yang lebih cemerlang. Ada manusia yang berjaya mengotakan apa yang dicita-citakan kerana kesungguhan diri ke arah merealisasikan apa yang dikata.

    Tidak kurang cita-cita dan azam hanya mampu terukir di mulut sahaja sedangkan hasilnya tidak ke mana disebabkan kealpaan diri yang lebih banyak berangan daripada melaksanakan perancangan. Itulah adat kehidupan manusia yang sememangnya mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri di mana ada yang tahu kekurangan diri maka dia sentiasa memperbaikinya dari hari ke hari ke arah yang lebih baik dan tidak kurang yang jahil tentang kekurangan yang ada sehingga dia terus alpa sebagai manusia yang tidak sedar diri di mana akhirnya ia bukan sahaja merosakkan dirinya sendiri malah turut memberi kesan kepada masyarakat sekitar.

    Kehadiran tahun baru juga tidak sepatutnya disia-siakan sehingga kita sebagai umat pilihan terus tertindas akibat meninggalkan ajaran Islam yang sebenar. Sampai bilakah keadaan kita terus dihina dan dianggap sebagai umat yang tidak berguna. Tidak cukupkah lagi penderitaan yang ditanggung dan penghinaan yang dihadapi selama ini. Adakah cukup sekadar merayakan kehadiran tahun baru saban tahun sedangkan hakikat kebahagiaan sebenar yang dikejar iaitu ingin kembali maju dalam membina tamadun yang selari antara kemanusiaan dan kebendaan berasaskan Islam belum dapat digapai. Adakah sudah cukup kita bergembira menyambut kedatangan tahun baru dengan gelak ketawa sedangkan masih ramai saudara seagama berteriak menangis memohon simpati akibat ditindas dan diburu oleh kuffar durjana. Sampai bilakah air mata ini terus mengalir meratapi tubuh umat Islam yang menjadi mangsa percubaan kepada senjata canggih pengganas kuffar dan bilakah lagi kita mahu merasai bagaimana air mata yang mengalir itu merupakan air mata kegembiraan menyambut kemenangan dan kegemilangan Islam.

    Hijrah nabi berjaya menghasilkan sebuah pemerintahan yang adil lagi saksama berdasarkan Islam sedangkan penghijrahan umat Islam hari ini akibat dihalau oleh musuh sehingga menjadi pelarian yang terbiar dan mengharapkan ihsan daripada saudara seagama. Hijrah nabi berjaya mengubah kehidupan umat Islam daripada dihina menjadi mulia, daripada lemah menjadi gagah, daripada rakyat yang diseksa kepada pemerintah yang berkuasa tetapi hijrah umat Islam hari ini menambah sengsara dan bebanan yang sudah sedia ada.

    Hijrah nabi mampu membentuk sebuah negara kebajikan tempat si kaya berbudi, si miskin dirai, si susah dibantu tetapi umat Islam hari ini hidup di sebuah yang kaya dengan hasil mahsul tetapi kesenangan hanya berkisar dan mampu diraih oleh si kaya sahaja sehingga si kaya semakin kaya si miskin papa kedana. Oleh itu mulai tahun baru ini mula orakkan langkah, hayunkan tangan bersama Islam untuk sama-sama berhijrah daripada kekufuran sistem kepada mengislamkan semula semua sistem hidup berdasarkan wahyu Allah demi mencapai kebahagiaan hidup di dunia fana dan akhirat yang kekal selamanya.

    Azam bagi kita umat Islam mestilah selari dengan kehendak agama kita bukan sebaliknya. Kita mesti mengetahui sejauh manakah kemampuan dan kelemahan yang ada pada diri kita dalam mencapai azam yang telah ditanam. Jangan terlalu mengharapkan sesuatu yang luar daripada kemampuan diri kita seumpama ingin memeluk gunung. Ingatlah bahawa azam seseorang mampu membelah sebuah bukit dengan syarat kemampuan yang ada mesti diadunkan dengan istiqomah dan kesungguhan maka ia baru terhasil.

    Usahakan setiap urusan akhirat kamu seumpama kamu akan mati esok hari dan gandakan usaha untuk dunia kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi. Apa yang penting bagi kita umat Islam dalam menyemat azam baru maka ia mesti berkait antara hari akhirat dengan kehidupan dunia kita. Jika kita memisahkan antara akhirat dan dunia maka kita akan rugi. Begitu juga bila kita melebihkan dunia kita sehingga mengurangkan penumpuan kita pada bekalan untuk meneruskan kehidupan di akhirat sana maka kita akan hina.

    Ingatlah bahawa dunia adalah jambatan untuk sampai ke negeri akhirat. Oleh itu pastikan niat dan azam kita serasi dengan kehendak agama. Kita dilahirkan untuk beribadat maka jadikanlah setiap niat, gerak geri kita adalah kerana Allah dan untuk membantu Islam bukannya untuk mencapai kepentingan peribadi sahaja.Ingatlah kita bagaimana Qarun yang berazam tinggi untuk membantu meninggikan kalimah Allah dan juga membantu mereka yang susah apabila nabi Musa mendoakan kepada Allah supaya beliau menjadi kaya raya. Tetapi apabila beliau telah pun hidup dalam penuh kemewahan tetapi melawan Allah.

    Begitu juga yang berlaku kepada Tha'labah yang memohon agar Rasulullah s.a.w mendoakan supaya dia menjadi kaya di mana jika dia telah kaya maka akan dibantu perjuangan Islam dan umat yang susah. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya sehingga dia pada mulanya lalai untuk mengerjakan solat kerana begitu sibuk menjaga kambingnya yang bertambah membiak. Selepas itu dia bukan sahaja tidak membantu perjuangan Islam dan umat yang susah tetapi turut engkar membayar zakat. Dia hidup sehingga zaman Sayyidinan Othman di mana pada ketika akhir usia, dia telah dihidapi penyakit kulit yang merbahaya. Ketika ini dia berasa menyesal dan ingin mengeluarkan zakat tetapi sebagaimana Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar yang tidak menerima zakatnya maka begitulah juga apa yang dilakukan oleh Sayyidina Uthman di mana baginda tidak menerima zakat daripada Tha'labah. Akhirnya dia mati dalam keadaan penuh kehinaan dunia dan akhirat.

    Melalui kisah ini maka kita mesti mengambil pengajaran yang sewajarnya dalam memastikan segala azam kita bertepatan dengan Islam dan disertai dengan perlaksaanannya yang bersungguh. Ingatlah kita bahawa beredarnya tahun demi tahun maka ia meningkatkan lagi usia kita. Oleh itu pastikan setiap azam dan tindakan kita selari dengan Islam. Jangan terlalu cintakan dunia dengan panjang angan-angan sehingga takut kepada kematian. Sebaliknya kita mesti cintakan mati agar setiap gerak geri kita tidak akan melanggar peraturan Allah bagi mencapai kebahagian hidup di dunia sementara dan akhirat yang kekal selamanya.

    Semoga kedatangan tahun baru ini akan membawa sinar kebahagiaan kepada seluruh umat Islam khasnya dan umat manusia amnya apabila Islam yang kini dipersenda akan menjadi peneraju dipersada dunia, Islam yang kini dipadang rendah akan kembali dilihat sebagai agama yang penting dan berguna kepada seluruh umat manusia.

    more
  • Ibu...Kesaktian Cintamu...



    crdt to ema@iluvislam
    (klik to view d video)


    'Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).' (Luqman,31:14)'

    Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau dengan fikiran sihatmu tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taatkepada mereka dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.' (Luqman,31:15)

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


    Warkah Ibu Buat Anak Tersayang di Kampus ~

    Sambil membasuh pinggan di singki, fikiranku melayang-layang. Teringat kepada SMS yang ku terima dari anak lelakiku yang masih di peringkat matrikulasi UIA.

    "Mak......test fizik tadi,boleh juga jawab, tapi sebab careless ada yang tersilap."

    Begitulah bunyi SMS daripada Salman. Sebagai ibu, apa patut aku balas? Apa yang aku rasa tidak mungkin dapat diluahkan melalui SMS. Lalu, aku bingkiskan segera surat ini untuknya.

    ******

    Bismillahirrahmanirrahim.

    Man yang dikasihi, assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah dengan izinNya emak dapat menulis surat ini untuk tatapan Man. Selawat dan salam buat junjungan mulia, Rasulullah SAW. Apa khabar? Semoga Man berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa menghubungkan hati dengan Allah SWT dan dekat padaNya.

    Man masih ada test lagi? Mak harap Man terus berusaha. Belajar di universiti tak sama dengan belajar di sekolah. Di U, ujian selalu diadakan dan peratus markah sentiasa dikumpulkan untuk dicampurkan dengan ujian semester akhir. Ini dibuat bertujuan untuk menggalakkan kita mewujudkan suasana pembelajaran yang berterusan dan mengelakkan kita dari membuang masa dan lalai. Mak tahu...memang Man akan rasa bebanan dan tuntutan belajar tu, tapi itulah hakikatnya. Kita pemuda-pemuda Muslim perlu berjuang untuk menjadi individu unggul yang cemerlang demi Allah yang jadikan kita dan deen yang kita junjung ni.

    Islam sangat menuntut umatnya mencari ilmu, mendalaminya...dan mengaplikasikannya demi kesejahteraan ummah, dan demi keunggulan ummah Islam keseluruhannya. Mungkin jika kita berusaha untuk cemerlang atas dasar kepentingan diri sahaja. Kita tidak jelas dan tidak bermotivasi. Tapi sekiranya kita jelas akan hakikat tuntutan terhadap diri, maka kita akan berusaha sungguh-sungguh kerana kejayaan itu bukan untuk diri kita sahaja, tapi kejayaan kita adalah kejayaan semua. Kita perlu menunjukkan contoh yang baik demi Allah yang menjadikan kita, demi keredhaanNya, dan demi deenul Islam itu sendiri.

    Man yang dikasihi, mak harap Man jelas akan matlamat ini, keredhaan Allahlah yang kita dambakan dalam apa jua tindakan kita. Mak tahu memang payah...memang susah belajar di sana... tapi itulah jihad bagi kita. Dalam hal ini, mak nak ingatkan jagalah hati dan fikiran serta tindakan kita. Utamakan solat pada waktunya. Walaupun Man sibuk kuliah,usahakan supaya dapat berjemaah di surau kampus. Jangan tinggalkan zikir Al-Mathurat setiap pagi dan sentiasa bertadabbur al-Quran.

    Ingatlah ibadah yang sahih merupakan syarat untuk kejayaan kehidupan manusia, kita tak boleh meringan-ringankan soal ibadah. Hati yang sentiasa dekat dengan Allah dan sentiasa berzikir dan mengingatinya akan diberi rahmat dan keberkatanNya. Jadi apa yang kita usahakan selama ini, kita pulangkan kepada Nya untuk memberikan kepada kita natijahnya. Allah sayangkan pemuda-pemuda. Mustaffa Mahsyur menyeru pemuda-pemuda dalam 'Fiqh Dakwah' kerana mereka adalah aset yang tinggi nilainya bagi meninggikan deen ini.

    Ingat tak? Seorang yang alim yang selalu sujud kepada Allah selama 500 tahun dan apabila ia mati, Allah kata kepada malaikat, masukkannya ke syurga dengan rahmatKu. Lalu orang itu melarangnya dan meminta ia dimasukkan ke syurga atas amal-amalnya. Apabila malaikat mengiranya..tak cukup untuk melayakkan ia masuk syurga kerana jika dikira nilai amal manusia dengan anugerah Allah yang beri kepada kita sangat besar. Sujud 500 tahun tidak cukup membayar nilai sepasang mata untuk melihat. Jadi orang alim itu pun menyesal dan memohon pada Allah supaya masukkan ia ke syurga dengan rahmatNya.


    Begitulah hakikat diri kita Man..terlalu kerdil. Orang mukmin perlu ada dua sifat ini yang mengiringi perjalanan hidupnya iaitu, sifat raji' dan sifat taqwa. Dua sifat ini iaitu takut dan berharap perlu ada dalam hatinya, barulah menjadi manusia yang sentiasa menharap redha Allah dan takut amal-amalnya tidak diterima. Sebenarnya, Allah nak tarbiah kita sebagai hambaNya supaya tidak terlalu yakin dan merasa puas hati dengan prestasi kita walaupun telah melakukan yang terbaik. Sahabat-sahabat pada zaman Rasulullah SAW sentiasa ada sifat ini sebab itulah Allah memberi kejayaan kepada mereka. Keberkatan dan rahmat Allah mengiringi mereka sehingga muncul generasi unggul yang tiada tolok bandingnya hingga kini.

    Tiada apa yang kita boleh banggakan dan berhak tuntut selain hanya boleh beerusaha sekaligus memulangkan hasilnya kepada Allah SWT. Mak teringat ujian fizik Man yang Man beritahu baru-baru ini. Tak apalah..tak boleh jawab sepenuhnya pun..usaha lain kali. Tapi ingat! Iringilah dengan ibadah yang kuat kepadaNya. Insya-Allah, Dia akan lebih dekat dengan kita.

    Hiasilah malam hari dengan solat sunat, munajat dan beristighfar kepada Nya. Itulah orang mukmin yang cerdik dalam erti kata sebenarnya. Cukup disini dulu Man. Insya-Allah, Mak akan menulis lagi. Salam juga dari Ayah dan adik-adik di kampung. Mak harap Allah mengurniakan kekuatan dan kesihatan kepada Man untuk terus berjuang. Mak doakan agar Man sentiasa diberi rahmat oleh Allah SWT.

    Wassalam

    Salam sayang,
    Emak

    Ya Allah...

    Ampunilah segala dosa kedua ibu bapa kami....

    Rahmatilah dan peliharalah mereka sebagaimana mereka memelihara kami sejak dari kecil..

    Mak Abah...

    Maafkan anak2mu ini....

    andai pernah melukakanmu...mengecewakanmu

    dalam sedar atau diam kami...

    restuilah dan redhailah perjalanan kami..menuju cita2 ini...

    Agar mampu menjadi jalan untuk kami menggapai cinta dan redha tertinggi

    milik Rabbul Izzati...

    Mak Abah...

    Izinkan kami membahagiakanmu!

    more
  • Kau Silap jika men'cemari' cinta itu Teman....


    Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa
    dan apa yang saya alami
    sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh
    apatah lagi mengingkari apa
    yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada
    saya dan kita semua orang
    yang beriman dengan-Nya.
    Kisah ini saya
    khabarkan agar apa yang
    saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa
    saya kongsi dan tanpa saya
    rekodkan sebagai panduan bagi diri saya
    sendiri untuk hari-hari
    kemudian.

    Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan
    disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah
    bagi saya untuk jatuh
    hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita
    untuk
    dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman
    pendamping
    hidup saya hingga ke akhir
    hayat saya. Seorang yang boleh
    mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting

    wanita yang amat saya percayai
    untuk mendidik anak-anak saya kelak
    dan generasi yang akan lahir
    daripada keluarga kami nanti. Untuk
    itu, sejak di bangku sekolah lagi
    saya telah letakkan beberapa
    syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya,
    dan dialah
    orangnya.


    Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian
    tinggi di Petaling Jaya, banyak
    perkara yang telah saya pelajari.
    Yang paling penting buat saya
    ialah, bagaimana saya mula mengenali
    wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari
    sekolah rendah
    belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang
    wanita pun dan
    saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara
    lelaki dan wanita
    kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah
    agama lelaki
    berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati
    untuk
    memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir
    beberapa kali.

    Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk
    mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar.
    Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah
    perkenalan kami bermula.

    Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa
    mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya.
    Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia
    amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun
    dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman
    dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya
    amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara
    ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia
    sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan
    maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali
    dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan-
    panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa
    punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi
    dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya,
    itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan
    orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata
    walau sepatah.


    Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang
    perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua
    itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu
    siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya
    bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping
    saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan
    respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali dengan lebih
    dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang
    boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok
    semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah
    lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan
    rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak
    pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu
    daripadanya.

    Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan
    menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut.
    Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan
    lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia.
    Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah
    yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej-
    mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan
    kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.

    Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas,
    ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa
    suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi
    akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.

    Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu
    perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya
    sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan
    saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat
    saya tak mampu membalas walau sepatah.

    "I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now."

    "Not a single phrase, nor a word."

    "My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah
    doesn't help you so, and you must know in every family that stands
    until their dying day, they have Allah on their side.
    You can't
    expect Him to help you if you did the wrong step from the very
    beginning."

    Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu
    kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan
    kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang
    dipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia.

    Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam
    lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali
    selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya
    pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada
    satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama
    dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu
    untuk menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan
    saya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini.

    Ummi berkata:

    "It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so."
    Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan
    itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat
    faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti
    mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta
    maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan
    saya, tetapi ummi memberi isyarat, janganlah bimbang. Andai ada
    jodoh kamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan
    yang jauh lebih baik dari sekarang.

    Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan
    hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap
    kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh
    perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami
    muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala
    kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali
    cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah
    yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami
    insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah
    sudi maafkan kami.

    Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu
    melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu
    yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku.

    Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah
    berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan jadi teman hidup
    saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri
    telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana
    mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir
    dalam hidup saya. Insya-Allah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan
    umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan
    kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati
    saya. Insya-Allah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan
    berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya.

    "Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia
    sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita
    tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang
    seumpamanya."

    Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara
    lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s
    dan puteri Nabi Syuaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?



    Mafraq, Jordan
    (dipetik daripada penulis di laman iluvislam.com)


    Jangan kau 'Kotori' Fitrah yg suci Itu, Teman......

    Ya Allah, janganlah Kau uji kami dengan ujian yang berat...
    sebagaimana yang telah Engkau berikan kepada orang2 sebelum kami...

    Kuatkanlah iman kami...IStiqamahkanlah kami menuju Syurga Cinta-Mu yA RAbbi..

    Jangan sesekali Kau biarkan kami berpaling dari jalanMu..

    Jagalah dan bimbinglah selalu hati dan fikiran kami...

    Agar sentiasa IHSAn dihadapanmu...
    tetAp dalam Redha-Mu...

    dan tetap ikhlas memperjuangkan Agama-Mu...

    Jangan biarkan kami tersungkur kerana panahan duniaMu..

    Amiin.... Ya RAbbal A'lamiin....
    more

  • ANTARA SABAR DAN MENGELUH

    Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

    "Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."

    Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

    Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?"

    Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"

    Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"

    Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

    Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"

    Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

    Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:
    " Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil keksaihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

    Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:
    " Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

    Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)

    Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

    ~sabar itu indah...~

    insyaAllah seminggu lagi kita akan menyambut hari raya korban atau aidiladha..sama2 lah kita merenung apa itu erti pengorbanan.semoga Allah menerima segala amalan kita.ameen..



    more
  • Qada dan Qadar. Bagaimana Usaha Hamba?


    Qada dan qadar adalah salah satu dari rukun iman yang wajib dipercayai dan diimani oleh setiap orang Islam. Penjelasan mengenai qada dan qadar ini ada dibicarakan di dalam kitab-kitab aqidah dan perbincangannya agak panjang dan adakalanya begitu susah untuk difahami oleh kebanyakkan orang terutamanya bagi sesiapa yang baru menjejakkan kaki dalam perbincangan ilmu aqidah secara mendalam.Sememangnya perkara aqidah ini memerlukan penjelasan yang sejelas-jelasnya. Para ulama mengatakan bahawa adalah tidak harus sama sekali untuk bertakliq di dalam persoalan aqidah.

    ERTI DAN BAHAGIAN QADA DAN QADAR

    Qada bermaksud pelaksanaan. Adapun qadar bermaksud sukatan.Terbahagi kepada dua bahagian iaitu: Qada Mubram dan Qada Muallaq.

    Qada Mubram: Adalah ketentuan Allah Taala yang pasti berlaku dan tidak dapat dihalang oleh sesuatu apa pun. (Contoh: Mati pasti akan berlaku).Firman Allah Taala bermaksud:Dan pada sisi Allah Taala jua kunci-kunci semua yang ghaib.(Surah al-Anaam: ayat 59).

    Qada Muallaq: Adalah ketentuan yang tidak semestinya berlaku bahkan bergantung kepada sesuatu perkara. (Contoh: Panjang umur bergantung kepada menghubungkan silaturrahim dan amal kebajikan yang lain).Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan berbuat baik kepada ibubapa.(Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tarmizi).

    SEMUA PERKARA DI DALAM PENGETAHUAN ALLAH TAALA

    Kedua-dua jenis qada di atas ini adalah di dalam pengetahuan Allah Taala.Firman Allah Taala bermaksud:Dan pada sisi Allah Taala jua kunci-kunci semua yang ghaib.(Surah al-Anaam: ayat 59).Segala perbuatan hamba adalah diketahui oleh Allah Taala melalui ilmu-ilmuNya. Hanya ianya terlindung dan tidak diketahui oleh hamba-hambaNya yang lemah. Kerana itulah kita disuruh untuk sentiasa berusaha dan taat kepadaNya kerana kita tidak mengetahui apa yang akan berlaku kepada kita nanti.

    ANTARA BENTUK KETAATAN

    Antara bentuk ketaatan adalah dengan berdoa kepada Allah Taala. Dengan berdoalah seseorang hamba itu akan merasakan dirinya lemah dan berhajat atau memerlukan kepada Allah Taala.

    Firman Allah Taala bermaksud:Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang aku maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Aku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Surah al-Baqarah: ayat 186).

    Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Doa merupakan otak kepada ibadat. (Riwayat at-Tarmizi).

    SENTIASA BERUSAHA DAN BERDOA

    Setelah diketahui bahawa segala usaha dan doa dari hamba akan didengar dan diambil kira oleh Allah Taala maka dengan sebab itulah perlunya seseoarang hamba itu untuk sentiasa berusaha dan berdoa. Namun segala usaha dan doa ini sudah tentulah di dalam kuasa dan ilmu Allah Taala. Kerana itulah ada dinyatakan bahawa manusia hanya berusaha dan berdoa tetapi Allah Taala jualah yang menentukannya. Disebabkan manusia tidak mengetahui qada dan qadarnyalah maka manusia perlu kepada usaha dan doa.

    Firman Allah Taala bermaksud:Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. (Surah ar-Rad: ayat 11).

    KONSEP QADA DAN QADAR

    Keperluan kepada konsep qada dan qadar di dalam Islam adalah:

    - Menisbahkan kepada Allah Taala di atas segala yang berlaku di dunia ini.

    - Beriman bahawa hanya Allah Taala yang memiliki kuasa mutlak menentukan urusan di dunia ini.

    - Menyedarkan bahawa manusia itu lemah dan perlu kepada bantuan Allah Taala.

    - Hikmah qada dan qadar disembunyikan dari pengetahuan hamba adalah supaya seseorang hamba itu sentiasa berusaha dan taat kepadaNya.

    PERINGATAN

    Peringatan daripada dalil hadis di bawah ini dapat mengingatkan kepada kita tentang bahayanya mempersoalkan dan memanjang-manjangkan perbincangan mengenai qada dan qadar ini tanpa sebab tertentu. Sebab itulah kebanyakkan para tok guru kita cuba mengelakkan diri dari berbicara mengenai qada dan qadar ini secara panjang lebar terutamanya kepada masyarakat awam.

    Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Apabila disebut tentang qadar maka diamlah…(Riwayat Tabrani dan Abu Nuaim).

    PENUTUP

    Sebagai umat Islam yang beriman adalah kita diwajibkan mempercayai dan mengimani qada dan qadar. Segala yang berlaku adalah dari Allah Taala semuanya. Kita hanya mampu berusaha dan berdoa akan tetapi Allah Taala jualah yang Maha Berkuasa yang menuntukan segala sesuatu itu. Maka disini disarankan agar kita semua dapat mempelajari ilmu aqidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jamaah dengan lebih mendalam dan terperinci.

    Wallahualam...

    more
  • Duhai Hati, Jangan Kau Terkorban dengan Dunia..
    Sesekali hati mengeluh dengan kesusahan dan kepayahan hidup. Terasa pedih dan rapuh, sakitnya seperti tiada hati lain yang mampu mengerti. Namun tidak tersedarkah hati itu adalah ujian dari Tuhannya? Kepayahan itu sesungguhnya adalah bentuk tarbiyahNya kepada hati. Pernahkah hati bersyukur kerana mendapat perhatian yang sedemikian dari Tuhannya? Terlebih banyak mengaduh dari bertahmid rasanya.

    "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3 "

    "...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." -Surah Yusuf ayat 12"

    Tak tersedarkah hati segala yang diberinya itu adalah nikmat; kebahagiaan adalah nikmat, sakit adalah nikmat, perit itu lebih nikmat, jika hati ingin menerima. Duhai hati, sedarlah, bukannya Tuhanmu tidak mendengar segala jerit perih, betapa pedih peritnya derita apa yang dialami, betapa segala yang hati ingin, tidak semua kan hati perolehi. Bukankah Dia sudah terang-terang berfirman:

    "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

    Nah, Tuhannya sendiri telah siap mengatur segala rencana perjalanan hidupnya hati. Mengapa harus merungut lagi dengan jalan yang ditempuh. Duri-duri dan halangan itu adalah rahmat. Redha dan pasrah, wahai hati, itulah lumrah. Tidak tersedarkah hati bahawa setiap langkah, setiap kudrat, setiap butir bicara, kerlip mata dan denyut jantung selama ini semuanya nikmat yang Tuhannya beri, Tuhannya pinjamkan. Cara apa dan bagaimana hati gunakan semua pinjaman tersebut? Setiap langkah dan kudrat digunakan untuk ke jalan kebaikankah? Setiap butir bicara hanya yang baik dan berhikmah sajakah? Kerlip mata dan sisa denyut jantung yang masih ada dimanfaatkan dengan amal ibadahkah? Tuhannya berhak mutlak ke atas hati. Kenapa hati masih perlu persoalkan mengapa ujian diturunkan? Tepuk dahi, tanya minda semula. Layakkah hati-hati ini dengan Syurga milik Allah SWT???

    "Hai Kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab." (Surah Al Mu'min ; ayat 39-40)

    Duhai hati, janganlah terkorban dengan dunia...Sesungguhnya hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna...
    Wallahualam...
    more
  • Bedtime zikr.... INDAhNYA QiYAMuLLAiL.....

    KEUTAMAAN SOLAT MALAM...
    (dipetik dan diolah daripada halaqah.net)

    "Malam itu gelap gelita tetapi ia amat indah. Di muka langit bertaburan bintang-bintang yang berkelipan, disisi bulan yang terang benderang.
    Untuk apakah Allah s.w.t jadikan malam? Ada waktu malam yang dihiasi dengan munajat kepada Allah s.w.t dan ada malam yang dihiasi dengan derhaka kepada Allah s.w.t. Jadi malam itu tidak sentiasa indah dan permai kerana ia bergantung kepada penghuni-penghuninya.

    Bagi orang-orang yang soleh merindui malam ibarat pengantin menanti malam pertama. Kerana pada waktu malam untuk mereka bermesra-mesra dengan Tuhannya. Pada waktu malam tiada kebisingan kecuali mereka mengadu dan bermunajat kepada Tuhannya.

    Kalau sepasang kekasih mencari waktu malam untuk memadu kasih, maka tidak hairan kalau orang-orang yang soleh juga menggunakan waktu malam untuk memadu cinta sejati dengan Allah s.w.t. Berkata Al Fudhail bin Iyadh, “Apabila terbenam matahari maka saya gembira dengan gelap. Dan apabila terbitnya matahari maka saya berdukacita kerana datangnya manusia kepadaku!” Abu Sulaiman pula berkata, “Jikalau tidaklah kerana malam nescaya saya tidaklah menyukai tinggal di dunia ini.”

    Satu cara paling ideal bagi seorang Muslim untuk berhubungan dengan Allah ialah mengerjakan ibadat pada waktu tengah malam, ketika suasana sunyi sepi dengan kebanyakan makhluk nyenyak tidur dan penuh kesejukan. Pada waktu itu seorang Muslim boleh beristighfar, memuji, mensuci dan membesarkan Allah, malah mengerjakan solat sunat tahajud serta solat taubat. Bagaimanapun, bukan satu perkara mudah untuk bangun dari tidur sedang orang lain lena dibuai mimpi. Bukan mudah untuk berwuduk dalam kedinginan malam yang mencengkam tulang dan bukan sesuatu yang mudah untuk mengangkat takbir menghadap Allah dalam keadaan mata terkebil-kebil. Justeru, tidak ramai yang boleh bangun bertahajud, walaupun mengetahui banyak kelebihannya kecuali mereka yang benar-benar tertarik dengan keindahan Allah, berbanding keindahan mimpi di dalam tidurnya. Ia memerlukan kegigihan pada hati serta hidup cintanya dengan Tuhan. Sebab itu Allah menyediakan sebuah syurga bagi hamba-hambaNya yang menghidupkan malam.

    Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Diikat oleh syaitan di atas seseorang kamu dengan tiga ikatan apabila ia sedang tidur. Maka syaitan memukul tiap-tiap tempat ikatan tersebut sepanjang malam sehingga tertidurlah kamu. Kalau kamu terbangun dan berzikir kepada Allah s.w.t nescaya terbukalah satu ikatan. Kalau berwuduk nescaya terbukalah satu ikatan lagi dan kalau bersolat nescaya terbukalah semuanya. Sehingga kamu menjadi rajin dan baik jiwanya. Kalau tidak yang demikian nescaya menjadi keji jiwa dan malas.”

    "Ibnu Mas'ud ra berkata : Telah disebutkan seseorang lelaki di sisi Rasulullah saw yang sentiasa tidur sahaja sampai waktu subuh sehingga tidak pernah mendirikan solat malam. Maka Rasulullah saw telah bersabda : Bahawa lelaki itu telah dikencingi syaitan di telinganya.." (Riwayat Bukhari, Muslim, An-Nasa'i)


    Pada waktu malam juga akan ada satu detik di mana barangsiapa yang berdoa ketika itu akan dikabulkan segala hajatnya. Solat yang didirikan pada waktu malam juga lebih banyak manfaat dan lebih pahalanya.

    Sabda Rasulullah bermaksud: “Dua rakaat yang dikerjakan oleh hamba pada waktu tengah malam adalah lebih baik baginya dari dunia dan isinya. Dan kalaulah tidak memberi kesukaran kepada umatku, nescaya saya wajibkan kedua rakaat itu atas mereka.”

    Sabda Baginda, "Hendaklah kamu beribadat di waktu malam, meskipun setakat satu rakaat sahaja."

    Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud: “Kerjakan solat dua rakaat dalam kegelapan malam untuk kesuraman kubur.”

    Sabdanya lagi, "Wahai sekalian manusia! Sebarkan keamanan, berikanlah makan (kepada orang yang susah), hubungkanlah silatur-rahim kepada kaum kerabat, dan jangan lupa solat di tengah malam ketika manusia sedang tidur nyenyak, nescaya kamu akan memasuki syurga dengan penuh kesejahteraan.

    Keutamaan selanjutnya adalah bahwa mengerjakan sholat malam disebutkan Allah sebagai salah satu ciri orang yang beriman dan bertakwa. Ia juga merupakan sifat hamba Allah yang baik dan yang mendapat kemuliaan.

    "Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya (maksudnya mereka tidak tidur di waktu biasanya orang tidur, untuk mengerjakan shalat malam), sedang mereka berdo'a kepada Tuhannya dengan rasa takut dan harap, dan mereka menafkahkan sebahagian dari rizki yang Kami berikan kepada mereka. "( QS As-Sajdah:16).

    "Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam; dan di akhir-akhir malam mereka momohon ampun (kepada Allah)." (QS. Adz-Dzaariyaat : 17-18).

    "Dan orang-orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka." (Al-Furqaan: 64).

    Seorang pekerja biasanya berusaha menambah penghasilannya dengan bekerja lembur. Begitu juga dengan kita, bila ingin menambah pahala maka sholat malam adalah salah satu jalan yang bisa kita kerjakan untuk mendapat "bonus" dari Allah.

    "Dan pada sebagian malam hari bertahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu. Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji."
    (QS.Al Israa',17:79)


    Dan terakhir, tentunya kita tidak ingin kehilangan kesempatan diberi ampunan dan pengabulan permintaan, yang dibuka seluas-luasnya oleh Allah pada setiap sepertiga malam. Telah ditetapkan di dalam hadits-hadits shahih dan selainnya yang diriwayatkan oleh jamaah dari sahabat Nabi SAW yang menyatakan bahwa beliau bersabda,

    "Sesungguhnya Allah SWT turun di setiap malam menuju langit dunia pada saat malam tinggal sepertiga lagi, kemudian Dia berfirman:
    "Adakah siapa yang mahu memohon supaya Aku mengabulkannya. Adakah siapa yang mahu meminta supaya Aku memberi kepadanya. Adakah siapa yang mahu meminta keampunan supaya Aku mengampuninya. Sampai waktu subuh tiba."


    Memanglah bangun di tengah malam itu merupakan seperkara yang berat sekali ke atas diri, teutama sekali sesudah tidur nyenyak. Akan tetapi ia bisa menjadi ringan bila telah dilazim dan dibiasakan, serta bersabar atas kesukarannya dan memaksa diri pada permulaannya. Sesudah itu yakinlah bahawa hati akan merasa lapang untuk berhadapan dengan Allah Ta'ala, dan akan terasalah pula kelazatan munajat kepadaNya dan kemanisan khalwat denganNya. Ketika itu ia akan merasa tidak puas untuk bangun malam saja, apatah lagi perasaan malas dan bosan itu akan terletak jauh daripadanya. Perkara serupa ini sering berlaku kepada para salihin dan hamba-hamba Allah, hingga setengah mereka berkata: Seandainya ahli syurga itu sering melakukan seperti yang kami lakukan kini, tentulah mereka itu akan berada dalam kehidupan yang bahagia sekali. Yang lain pula berkata: Selama empat puluh tahun berlalu, tidak suatu pun yang mendukacitakan aku kecuali terbitnya fajar pagi.

    Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: "Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat." Kurniaan di dunia ialah:-

    1) Jauh daripada segala penyakit
    2) Lahir kesan takwa pada wajahnya
    3) Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia
    4) Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)
    5) Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)

    Sementara empat perkara di akhirat ialah:-

    1) Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
    2) Dipermudahkan hisab
    3) Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat
    4) Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.

    Kelebihannya yang lain, antaranya:

    - Jalan mendekatkan diri dengan Allah. Itulah peluang berbakti lebih masa untuk-Nya setelah siang hari berurusan sesama manusia.

    - Dimuliakan Allah. Sabda Nabi SAW: "Telah datang Jibril kepadaku seraya berkata: `Ketahuilah bahawa kemuliaan seseorang Mukmin itu terletak pada mengerjakan ibadah qiamullail dan kehormatannya terletak pada keengganannya meminta-minta."

    - Dimakbulkan doa. Sabda Nabi SAW: "Sesungguhnya dari sebahagian malam itu terdapat satu saat yang mempunyai kelebihan bagi seseorang Muslim untuk memohon sesuatu yang baik kepada Allah. Allah SWT pasti akan kabulkan doanya. Demikianlah itu ada pada setiap malam."

    - Faktor pertolongan Tuhan. Inilah juga amalan untuk menguatkan jiwa para pejuang Kebenaran. Oleh sebab itulah dalam sejarah Sultan Salahuddin Al Ayubi dan Muhammad Al Fateh, tentera-tentera yang beribadah malam sahaja yang dibawa ke medan perang.

    - Menjadi pelindung di Hari Qiamat. Sabda Rasul SAW: "Semua manusia akan dikumpulkan di hari Qiamat di satu tempat. Mereka akan mendengar satu seruan yang berbunyi: `Di manakah mereka yang meninggalkan tempat tidurnya dan menghabiskan malamnya dengan beribadah. Akan ada satu golongan yang bangkit dan masuk Syurga tanpa hisab.


    Berqiamullail boleh dilakukan sama ada sepanjang malam, bermula lepas Isyak hingga Subuh, atau separuh malam, sepertiga malam, seperenam malam atau akhir malam. Bukan senang untuk bangun malam di kala kesejukan menggigit dan mimpi menggamit. Hanya orang yang dipermudahkan Tuhan, kuat azam dan kecintaan kepada-Nya yang mampu bersekang mata untuk-Nya.


    InsyaAllah...
    mudahan2 kita menjadi hamba2-Nya yang terpilih...
    untuk sentiasa menghidupkan malam2Nya...

    Salam Mujahadah.
    more
  • SOLAT SUBUH, ANTARA UJIAN TERBERAT





    Makna Ujian

    Ungkapan lidah sering tak sesuai dengan keyakinan hati, Dan beribu ucapan tidak sesuai dengan amal perbuatan. Mukmin yang benar dan jujur adalah yang sesuai antara perkataan dengan perbuatannya. Sedangkan orang munafik, secara lahiriah kelihatan bagus Dan bersih, namun hatinya keras bagaikan batu, bahkan lebih keras lagi.

    Allah swt. Maha Mengetahui apa yang terlintas dalam hati manusia. Mengetahui Mata yang tidak jujur Dan segala yang tersembunyi dalam dada. Mengetahui yang munafik dari yang mukmin, serta mengetahui yang dusta dari yang jujur.

    Namun, atas kehendak-Nya, Dia berhak memberikan ujian-ujian tertentu, untuk mengetahui rahsia hati yang tersembunyi dalam setiap jiwa; serta menunjukkan siapa yang hanya berbicara tanpa melaksanakan apa yang ia katakan; atau menyakini sesuatu, tapi tidak merealisasikannya.

    Tujuan ditampakkannya rahsia hati itu kerana Allah swt. Ingin menegakkan hujah (alasan) atas manusia, agar di Hari kiamat nanti tidak Ada seorang pun yang merasa dizalimi Dan teraniaya. Mereka diberi ujian, akan tetapi sebagian besar gagal dalam ujian tersebut. Lebih dari itu, melalui ujian, Allah swt. Ingin membersihkan barisan orang-orang mukmin dari orang-orang munafik. Sebab, bercampurnya orang mukmin dengan orang munafik akan melemahkan barisan, menyebabkan kegoncangan, Dan mengakibatkan kekalahan serta kehancuran.

    Ujian merupakan sunnah ilahiyah Dan sebagai standard bagi semua manusia tanpa kecuali, yang berlaku sejak Adam a.s. Diciptakan hingga Hari kiamat kelak.

    Allah swt. Berfirman dalam kitab-Nya: Alif lam mim. Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: " Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar Dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (QS.Al-Ankabut [29]: 1-3).

    Ujian dari Allah swt. Tidak sedikit jumlahnya, Dan berlaku terus-menerus sejak manusia mendapat beban syariat, sampai tibanya kematian. Jihad fisabilillah merupakan ujian, bahkan sebagai ujian yang sangat berat. Namun, bukan mustahil dilakukan karena orang-orang mukmin bisa Lulus dalam ujian itu. Sedangkan orang-orang munafik, tidak akan Lulus. Infak di jalan Allah swt. Adalah ujian. Ujian ini sulit, tetapi bukan sesuatu yang mustahil.

    Orang mukmin mampu melaksanakannya, sementara orang munafik tidak akan mampu. Begitu pula, bersikap baik terhadap sesama manusia juga ujian; menahan amarah juga ujian; redha dengan hukum Allah swt. Juga ujian; berbuat baik kepada orang tua pun ujian, Dan seterusnya.

    Ujian memiliki variasi tingkat kesulitan. Seorang mukmin harus Lulus dalam semua ujian itu untuk membuktikan kebenaran imannya, Dan untuk menyelaraskan antara lisan Dan hatinya.


    Solat Subuh, Ujian Terberat



    Inilah ujian yang sesungguhnya. Ujian yang sangat sulit, namun bukan satu hal yang mustahil. Nilai tertinggi dalam ujian ini ­bagi seorang laki-laki­ adalah solat Subuh secara rutin berjemaah di masjid. Sedangkan bagi wanita, solat Subuh tepat pada waktunya di rumah. Setiap orang dianggap gagal dalam ujian penting ini, manakala mereka solat tidak tepat waktu, sesuai yang telah ditetapkan Allah swt.

    Sikap manusia dalam menunaikan solat fardhu cukup beragam. Ada yang mengerjakan sebahagian solatnya di masjid, namun meninggalkan sebahagian yang lain. Ada pula yang melaksanakan solat sebelum habis waktunya, namun dikerjakan di rumah.

    Dan, Ada pula sebahagian orang yang mengerjakan salat ketika hampir habis batas waktunya (dengan tergesa-gesa). Yang terbaik di antara mereka adalah yang mengerjakan solat fardhu secara berjemaah di mushala/masjid pada awal waktu.

    Rasulullah saw. Telah membuat klasifikasi yang dijadikan sebagai tolok ukur untuk membezakan antara orang mukmin dengan orang munafik. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., IA berkata bahwa Rasulullah saw. Bersabda:

    " Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isya' Dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, niscaya mereka akan mendatangi keduanya sekalipun dengan merangkak. (HR. Al-Bukhari dan Muslim).

    Apabila Rasulullah saw. meragukan keimanan seseorang, beliau akan menelitinya pada ketika solat Subuh. Apabila beliau tidak mendapati orang tadi salat Subuh (di masjid), maka benarlah apa yang beliau ragukan dalam hati.

    Di sebalik pelaksanaan dua rakaat di ambang fajar ini, tersimpan rahsia yang menakjubkan. Banyak permasalahan yang bila dirujuk, bersumber dari pelaksanaan salat Subuh yang diringan-ringankan. Itulah sebabnya, para sahabat Rasulullah saw. sekuat tenaga agar tidak kehilangan waktu emas itu.



    Pernah suatu hari, mereka terlambat salat Subuh dalam penaklulkan benteng Tastar. 'Kejadian' ini membuat seorang sahabat, Anas bin Malik selalu menangis bila mengingatnya. Yang menarik, ternyata Subuh juga menjadi waktu peralihan dari era jahiliyah menuju era tauhid. Kaum 'Ad, Tsamud, dan kaum penderhaka lainnya, dilibas azab Allah swt. pada waktu Subuh.

    Seorang penguasa Yahudi pernah menyatakan bahawa mereka tidak takut dengan orang Islam, kecuali pada satu hal, yaitu bila jumlah jemaah solat Subuh mencapai jumlah jemaah solat Jumaat. Memang, tanpa solat Subuh, umat Islam tidak lagi berwibawa. Tak selayaknya kaum muslimin mengharapkan kemuliaan, kehormatan, dan kejayaan, bila mereka tidak memperhatikan solat ini.

    Bagaimana orang-orang muslim tidur di waktu Subuh, lalu dia berdoa pada waktu Dhuha atau waktu Zhuhur atau waktu petang hari (Asar), memohon kemenangan, keteguhan dan kejayaan di muka bumi. Bagaimana mungkin?



    Sesungguhnya agama ini tidak akan mendapatkan kemenangan, kecuali telah terpenuhi semua syarat-syaratnya. Yaitu dengan melaksanakan ibadah, konsekuen dengan akidah, berakhlak mulia, mengikuti ajaran-Nya, tidak melanggar larangan-Nya, dan tidak sedikit pun meninggalkannya, baik yang ringan apalagi yang sangat penting.

    Subhanallah! Allah swt. akan mengubah apa yang terjadi di muka bumi ini dari kegelapan menjadi keadilan, dari kerusakan menuju kebaikan. Semua itu terjadi pada waktu yang mulia, ialah waktu Subuh. Berhati-hatilah, jangan sampai tertidur pada saat yang mulia ini.

    Allah swt akan memberikan jaminan kepada orang yang menjaga solat Subuhnya, yaitu dibebaskan dari siksa neraka jahanam. Diriwayatkan dari Ammarah bin Ruwainah r.a., ia berkata:

    Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: "Tidak akan masuk neraka, orang yang solat sebelum terbit matahari dan sebelum terbenam matahari." (HR. Muslim).


    Solat Subuh merupakan hadiah dari Allah swt., tidak diberikan, kecuali kepada orang-orang yang taat lagi bertaubat. Hati yang diisi dengan cinta kemaksiatan, bagaimana mungkin akan bangun untuk solat Subuh? Hati yang tertutup dosa, bagaimana mungkin akan terpengaruh oleh hadith-hadith yang berbicara tentang keutamaan solat Subuh?



    Orang munafik tidak mengetahui kebaikan yang terkandung dalam salat Subuh berjemaah di masjid. Sekiranya mereka mengetahui kebaikan yang ada di dalamnya, niscaya mereka akan pergi ke masjid, bagaimanapun keadaannya, seperti sabda Rasulullah saw.: " Maka mereka akan mendatanginya, sekalipun dengan merangkak."

    Cuba kita bayangkan ketika ada seorang laki-laki yang tidak mampu berjalan, tidak ada orang yang membantu memapahnya. Dalam keadaan yang sedemikian rupa, ia bersikap keras mendatangi masjid dengan merangkak dan merayap di atas tanah untuk mendapatkan kebaikan yang terkandung dalam salat Subuh berjamaah

    Sekiranya kita saksikan ada orang yang meninggalkan salat Subuh berjamaah di masjid (dengan sengaja), maka kita akan mengetahui betapa besar musibah yang telah menimpanya.

    Tulisan ini bukan untuk menuduh orang-orang yang tidak menegakkan solat Subuh di masjid dengan sebutan munafik. Allah swt Maha Tahu akan keadaan setiap muslim. Namun, sebaiknya hal ini dapat dijadikan sebagai bahan pembaiki bagi setiap individu (kita), orang-orang yang kita cintai, anak-anak, serta sahabat-sahabat kita. Sudahkah kita salat Subuh berjamaah di masjid/musalla secara istiqamah?

    Jika seseorang meninggalkan solat Subuh dengan sengaja, maka kesengajaan tersebut adalah bukti nyata dari sifat kemunafikan. Barang siapa yang pada dirinya terdapat sifat ini, maka segeralah bermuhasabah dan bertaubat. Mengapa? Karena dikhuatiri akhir hayat yang buruk (su'ul khatimah) akan menimpanya. Nauzubillah minzalik! (HD).

    dipetik dan diolah dari blog seorang sahabat.

    Dikutip, disadur dari buku:
    Misteri Salat Subuh (Menyingkap 1001 Hikmah Salat Subuh Bagi Pribadi dan Masyarakat). Dr. Raghib As-Sirjani. Penerbit Aqwam Jembatan Ilmu.
    more

Jangan Lupa sahabat...

Perhatian untuk ahli PMIMSU






insyaALLAH...
dalam masa terdekat nanti,
PMIMSU akan membuat dua program

1) "khidmat sosial dan mengenal cara hidup kampung di Kuala Selangor"

2) " Kursus Sembelihan"

tarikh akan diumumkan tidak lama lagi. :)

teruskan menyokong dan mengikuti perkembangan PMIMSU

jom berbual sebentar

ayat2 cinta



Ayat-ayat cinta dari ALLAH untuk hambaNYA

"Did you think that We had created you in play (without any purpose), and that you would not be brought back to Us?" (Quran 23:115):

“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.” - Surah az-Zariyat: ayat 56.

"demi masa:. .:sesungguhnya manusia dalam kerugian:. .:kecuali yang beriman dan juga yang beramal soleh:. .:yang berpesan pada kebenaran:. .:yang berpesan pada kesabaran" (Alquran:Al-asr)

"ya tuhanku, sesungguhnya aku berkehendak kepada kebaikan yang engkau turunkan kepadaku.. (alqasas:24)

"Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yg Aku Idam-Idamkan?"

"..dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui.." (albaqarah:216)

Kenapa Susah Sangat Ujian Ini?

"...dan ketahuilah, Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya..." (albaqarah:286) "...sesungguhnya disamping kesusahan bersamanya kemudahan... ...(ditegaskan sekali lagi) disamping kesusahan bersamanya kemudahan..." (alinsyirah:5&6)

"Do you really think that you will enter Paradise without such trials as came to those who passed away before you? They were afflicted with severe poverty and ailments and were so shaken that even the Messenger and those who believed along with him said, 'When will come the Help of Allah?" Yes, certainly the Help of Allah is near!" [Quran 2:214]

Rasa Frust? Tension? Lemah Semangat?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." :. - Surah Al-Imran ayat 139

"adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan sahaja berkata 'kami telah beriman' tanpa mereka diuji:. .:dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 sblm mereka,Dia mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta" (alankabut:2&3)

Bagaimana Harus Aku Menghadapinya?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)"." (Surah Al-Imran ayat 200)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (Surah Al-Baqarah ayat 45)

"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang." (Ar-Ra'd: 28) Apa Yang Aku Dapat Daripada Semua Ini?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... (Surah At-Taubah ayat 111)

Kepada Siapa Aku Berharap?

"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (Surah At-Taubah ayat 129)

Arghhh Aku Tak Tahan!!! Aku Dah Bosan!!

"...dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." (Surah Yusuf ayat 12)

Adakah Aku Sudah Dikira Beriman?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta". (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)


Bukankah ALLAH itu DEKAT? =) bacalah selalu Ayat-Ayat Cinta dari-NYa... CintaiLah DIA dengan sepenuh jiwa...krn Cinta-Nya x pernah mengecewakan....

Komen Dan cadangan