MAHASISWA MSU

  • He is going on Leave - for 1 Month


    Allah's Apostle said, "When the month of Ramadan starts, the gates of the heaven are opened and the gates of Hell are closed and the devils are chained." [Bukhari] ...
    ...

    ......Alhamdulillah...He is going on Leave for 1 month.......
    Tapi cukup kuatkah kita?? ??


    Pesan nya:

    "Selamat tinggal kengkawan... jangan sedih..

    aku cuti sebulan jer..."

    TAPI Ingat KENGKAWAN semua!!!

    pandai-pandai bawak diri yang selama ini dalam godaan nya!!!
    ............ ......... .........


    Ketahuilah shbt2, Ramadan adalah madrasah tarbiyah terbaik yang Allah kurniakan dengan penuh kelebihan dan kenikmatan kepada kita….supaya kita belajar sungguh2 daripadanya…agar selepas sebulan ini, kita terus menjadi seorang hamba yg kuat malah lebih kuat dr yg sebelum ini…

    Semoga roh Ramadhan kali ini dpt kita kekalkan di luar Ramadhan juga sehingga Ramadhan yg berikutnya…dan

    Semoga selepas Ramadan ni... makhluq yg dah nak bercuti tu tak mampu kacau kita dah.!! =)


    Thanks to Allah kerana kita masih diberi nikmat merasai dtgnya ramadhan sekali lg...insyaallah.(moga kita semua masih dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadan kali ini dan akan datang..)


    Maaf Zahir ...
    ............ .....
    Selamat menyambut Ramadhan...

    Berwaspada
    kerana akan berjumpa dia lagi di bulan Syawal....

    ............ ......... ....

    Ambil kesempatan ini untuk:

    Memperkasakan iman kita…islam juga ihsan di dalam hati kita….

    Perbanyakkan Amalan..Solat Tarawikh

    Bertadarus

    Zakat/Fitrah jgn dilupa

    Semoga hidup kita diberkati ALLAH sehingga bertemu RAMADHAN yang akan DATANG

    Insyaallah…


    Salam Ramadan~
    Salam Mujahadah!

    ikhlas dari kami:
    Warga PMIMSU~


    "...And it is better for you that ye fast, if ye only knew." (Q 2:184)




    more
  • SusAhnyA meNtaDBiR duNiA....

    Apabila disebut mentadbir dunia, ia adalah mentadbir apa yang ada di antara langit dan bumi. Daripada segala khazanah yang lahir mahupun yang terpendam. Segala bangunan yang dibina mahupun yang wujud semula jadi, manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, wang ringgit, kenderaan, politik, ekonomi, ketenteraan, pendidikan, masyarakat dan lain-lain.Dunia itu kenalah diurus dan ditadbir. Pentadbirnya adalah manusia, sebagai khalifah Tuhan di bumi.

    Untuk mentadbir dan mengurus dunia amat susah dan rumit sekali. Ibarat-ibarat dan perumpamaan yang boleh kita beri untuk menggambarkan kerumitan ini di antaranya ialah:

    1. Dunia ibarat laut yang dalam yang dipenuhi dengan berbagai-bagai khazanah dan simpanan Tuhan yang berharga. Manusia dibenarkan mengambilnya tapi banyak manusia tenggelam di dalamnya atau karam di dalamnya.

    2. Dunia ibarat gadis yang cantik yang sangat mempesona. Kita disuruh mengurus dan menjaga kehormatannya tetapi kebanyakan orang sebelum orang lain menodainya, dia menodainya lebih dahulu.

    3. Dunia itu ibarat tumbuh-tumbuhan hijau yang senang mata memandangnya. Kita dilalaikan olehnya serta cenderung terhadapnya. Jarang orang boleh mendisiplinkan dan mengawal dirinya.

    4. Dunia itu ibarat ular. Racunnya boleh dibuat ubat. Ia boleh dijadikan pertunjukan untuk menghibur. Ertinya ia boleh dimanfaatkan tapi jarang orang yang tidak dipatuknya.

    5. Dunia itu ibarat madu yang manis. Ramai orang yang suka meminumnya. Jarang orang yang tidak tersedak apabila meminumnya.

    6. Dunia ibarat kebun yang indah. Penuh dengan buah-buahan, air yang mengalir, ikan yang bermain-main, pokok-pokok bunga yang tersusun dan teratur, bunga-bunganya yang berbagai-bagai warna, tempat-tempat rehat yang selesa dan udara yang segar. Daun-daun yang menghijau, pepohon yang melambai-lambai, rumput-rumput bak permaidani, jarang orang yang amanah menjaganya. Biasanya buah-buahan selalu saja dicuri dan diambil sesuka hati.

    7. Dunia ibarat harimau yang ditunggang oleh manusia untuk menuju ke destinasi. Jarang manusia sampai ke matlamatnya. Selalunya mereka dibaham harimau di dalam perjalanannya kerana bukan mudah kita hendak mengawal harimau....

    Wallahualam......
    more


  • Pernahkah kita bertanyakan pada diri....Siapakah kita???


    Siapa kita sebenarnya di sisi Tuhan?

    Adakah kita......lebih gembira meyambut 1 Januari daripada 1 Muharram

    Adakah kita......lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal

    Adakah kita......lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat

    Adakah kita......lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan

    Adakah kita......lebih suka lepak, tidur, tengok TV..dll daripada sembahyang dan mengaji

    Adakah kita......lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi

    Adakah kita......lebih suka menyebut hello! dan hi! daripada Assalamualaikum

    Adakah kita......lebih suka menyanyi dangdut, rap, hip-hop...dll daripada berwirid atau bertahmid

    Adakah kita......lebih suka memuji manusia daripada memuji Tuhan kita sendiri

    Adakah kita......lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama

    Adakah kita......lebih suka ke konsert dan karaoke daripada ke ceramah agama

    Adakah kita......lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka

    Adakah kita......lebih suka mencarut daripada menyebut MasyaAllah

    Adakah kita......lebih suka kemungkaran daripada membuat kebaikan

    Adakah kita......lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita

    Adakah kita......lebih cintakan dunia daripada urusan akhirat

    Adakah kita.....lebih memilih konsep kepartian daripada konsep keIslaman

    Adakah kita......lebih suka kepada kezaliman daripada keadilan

    TETAPI bila orang tanya ke mana arah tujuan kita, kita pasti akan jawab bahawa...

    KITA SEBENARNYA......lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka

    Layakkah kita berada di Syurga milik Allah??

    Mampukah kita memiliki SyurgaNya?


    wallahua'lam..

    ~insafilah diri..adakah kita ini hambaNya yang layak untuk merasai jannahNya yang mahal harganya?apakah yang telah kita lakukan sepanjang hidup kita didunia ini..sentiasalah memperbaharui IMAN dan AMAL kita..sempena bulan Ramadhan yang akan hadir tidak beberapa hari lagi,tekadkan azam baru..~

    ~menanti Ramadhan~

    more

  • (Dis is d real pic of Masjidil Aqsa, not d upper one as it is d Dome of d rock. credit to akhi zizaur.) Lets find d differences ya.:)

    HARI AL-QUDS (21 OGOS)

    LUPAKAH KITA??.....



    TANGGAL 21 Ogos merupakan tarikh yang amat penting dalam lipatan sejarah umat Islam. Apa tidaknya, Pertubuhan Persidangan Islam atau lebih dikenali dengan OIC lahir kerana insiden 21 Ogos. Apakah yang berlaku sehingga persidangan ini tercetus?

    Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael Rohan telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok serta mimbarnya yang besar (mimbar Solahuddin).

    Api marak dengan dahsyat sekali seolah-olah seluruh Masjid Al-Aqsa akan musnah ketika itu. Sehinggakan pihak bomba juga tidak hadir menghulur bantuan. Tetapi Allah s.w.t telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan.

    Setelah itu orang-orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Rohan. Lucunya, Rohan mendakwa bahawa dia diutuskan oleh Allah untuk melakukan pembakaran itu, bersesuaian dengan berita dari Kitab Zakaria.

    Apa yang menyedihkan kemudiannya ialah Yahudi membebaskannya dengan mengatakan Rohan 'gila', dengan kata lain, tidak waras.

    Maka, atas sebab itu, Rohan tidak dapat dipertanggungjawabkan atas kejadian tersebut. Bertitik-tolak insiden menghinakan itu, negara-negara Islam di seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa.

    Maka sejak itu, 21 Ogos tanpa gagal diangkat sebagai Hari Al-Quds sedunia. Ia disambut sebagai tanda memperingati tragedi pembakaran masjid Al-Aqsa.

    Tragedi tersebut merupakan catatan sejarah yang paling menyedihkan dalam sejarah umat Islam. Masjid Al-Aqsa yang begitu suci itu dihina sedemikian rupa.

    Tidak menghairankan apabila semua umat Islam seluruh dunia 'terbakar' hati dan perasaan mereka kerana tindakan Rohan, 38 tahun lalu. Begitulah nasib Tanah suci umat Islam yang ketiga setelah dihuni oleh rejim Zionis.

    Perlu diingatkan, isu Masjid Al-Aqsa ini ada hubung kait dengan hal-hal Palestin.

    Maka selayaknya, isu Palestin ini merupakan isu yang dipertanggungjawabkan bagi sekalian umat Islam. Satunya kerana, kedudukan Masjid al-Aqsa sebagai Tanah Suci ketiga dalam Islam. Selebihnya ia merupakan kiblat pertama umat Islam selain menjadi bumi didiami para Nabi serta pusat pemerintahan dunia Islam seperti yang dirakamkan dalam hadis Rasulullah.

    Bagi masyarakat bukan Islam, isu Palestin menggambarkan ketidakadilan dan kezaliman rejim terhadap bangsa Palestin yang perlu sama-sama dibela dan diperjuangkan.

    Hari ini Palestin berada dalam tangan rejim Zionis yang telah merampasnya daripada tangan umat Islam.

    Akibatnya, umat Palestin telah dihalau keluar, dizalimi, ditindas, dikambinghitamkan, dipenjarakan dan dibunuh. Nasib yang melanda umat Islam Palestin memerlukan pembelaan dari seluruh umat Islam.

    Sebagai usaha pembelaan dan kepedulian, maka Hari Memperingati Al-Quds atau Remembrance of Al-Quds (ROQ) merupakan sebuah gagasan yang menjadi simbol solidariti umat Islam di Malaysia terhadap umat Palestin.

    Pelbagai kegiatan boleh dijalankan untuk menghebahkan tentang isu Palestin dan kedudukan Palestin dalam hati umat Islam serta soal penindasan di Masjid Al-Aqsa. Kita berharap program ini akan menggerakkan masyarakat supaya sedar lalu terpanggil untuk menghulurkan sumbangan dan mempersiapkan diri mereka dengan segala pertahanan dan kecemerlangan sebagai umat yang terbaik.

    Episod duka Palestin ini, ditambah dengan penindasan dan kezaliman yang tidak henti hingga ke saat ini hakikatnya menuntut sokongan dan bantuan semua, seluruh lapisan masyarakat dunia.

    Malah, 21 Ogos hadir setiap tahun mengingatkan kita bahawa sekiranya kita tidak mempertahankan tanah suci Palestin dan Masjid Al-Aqsa, kelak, kita bukan sahaja tidak dapat mempertahankannya daripada sekadar dibakar, malah keseluruhannya cenderung untuk dirampas secara haram oleh rejim Zionis.

    Justeru, bersempena Sambutan Memperingati Hari Al-Quds Sedunia tahun ini, adalah amat wajar untuk kita sama- sama mengajak masyarakat sekeliling memperingatinya, apatah lagi merencana langkah strategik, efektif dan praktikal lagi kreatif demi menyumbang ke arah pembebasan Palestin.

    AYUH!KITA SAMA2 MEMPERINGATI HARI AL-AQSA DIBAKAR...SEBARKAN PADA SAHABAT DAN MEREKA DISEKELILING ANDA TENTANG NASIB UMAT DI PALESTINE!!!




    ALLAHU AKBAR!!!




    P/S : bersama2 lah kita berdoa agar seluruh umat Islam sentiasa berada didalam kesejahteraan dan perlindungan Allah..ameen





    more
  • Al-Quds, Al-Aqsa - Tanggungjawab bersama!

    Program Bebaskan Al Quds & Masjidil Aqsa

    sempena Naqbah 60 Tahun Kewujudan Negara Haram Israel

    Tema "Al-Quds: Tanggungjawab Kamu!"


    Program ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri
    Selangor & Jabatan Agama Islam Selangor, dengan kerjasama Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) & Muslim Care Society Malaysia (MUSLIMCARE) . Aktiviti yang dijalankan adalah program tahunan yang telah beberapa kali dijalankan sepanjang Bulan Sya'ban dan Ramadhan, dan bersempena tahun 2008 ini yang merupakan Tahun Ke-60 Naqbah (penderitaan) Ummat Palestin yang telah dijajah pada 16-Mei-1948 oleh Zionist Yahudi, ianya dijalankan denagn kerjasama beberapa agensi kerajaan.

    Bermula tarikh itu jugalah bermakna jihad Ummat Islam untuk membebaskan Masjidil Aqsa dan Kota Suci Al-Quds bermula, dan kita sebagai Ummat Islam seluruh dunia adalah berWAJIB untuk bersama melaksanakannya, dengan kemamupuan yang ada pada kita.


    tanggal tarikh 21-Ogos ini juga bermakna genaplah 30 tahun pula usaha pelampau Zionist Yahudi di dalam usaha merek
    a memperkosa Masjidil Aqsa dalam cubaan mereka untuk memusnahkan Qiblat Pertama dan Masjid Suci Ke-3 Ummat Islam. Usaha ini akan mereka teruskan sehinggalah tapak Kota Suci tersebut berjaya mereka robohkan dan membina Haykal (tempat sembahyang) Kaum Yahudi di atas tapak Masjid tersebut.

    Alhamdulillah untuk tahun 2008 ini, Kerajaan Negeri Selangor & JAIS bersetuju untuk menjadikan program ini sebagai program rasmi demi untuk (1) Memberi kesedaran kepada Ummat Islam (2) Mengumpulkan Dana untuk diserahkan secara 100% kepada perjuangan Ummat Islam di Negara Palestine membebaskan negara mereka.

    Antara aktiviti yang akan dijalankan (yang telah confirmed) untuk tahun ini adalah;


    1) Majlis Pelancaran Hari Al-Quds & Forum Perdana

    Tarikh / Masa : Jumaat 22/8, 8pm

    Lokasi : Stadium Bangi

    Perasmian : Tan Sri Khalid Ibrahim, MB Negeri Selangor

    Ahli Panel : Dato' Harun Din, Dato' Ismail Kamus, Dato' Hasim Yahya

    Moderator : Dato' Dr Hasan Ali

    Tajuk : Al-Quds, Antara Cabaran & Harapan

    2) Forum Khas Naqbah 60 Tahun Palestine & Persembahan Artist & Multimedia Bebaskan Al-Aqsa

    Tarikh / Masa : Sabtu 23/8, 8pm

    Lokasi : Dataran Shah Alam

    Ahli Panel : Tuan Haji Mohamad Sabu, Dr Azhar Yaakob, dan Wakkil Hamas

    Moderator : Ustaz Mohd Nazmi Karim


    Lain-lain program kecil;


    3) Ceramah Khas Al-Quds - Tanggungjawab Kamu (Dalam Program Golongan
    POP, Masjid Negeri Shah Alam)

    Tarikh / Masa : Khamis 21/8, 9am

    Lokasi : Masjid Negeri Shah Alam, Dewan Kulliyyah

    Kehadiran : Persatuan POP dan Rakyat Umum

    Tajuk : Al-Quds, Antara Cabaran & Harapan

    4) Khutbah Jumaat Khas Al-Quds, Tanggungjawab Kamu

    Tarikh / Masa : Jumaat 22/8

    Lokasi : Seluruh Masjid di Negeri Selangor

    5) Kutipan Derma pada Hari Jumaat 22/8

    Tarikh / Masa : Jumaat 22/8

    Lokasi : Seluruh Masjid di Negeri Selangor

    6) Pameran Al-Quds

    Tarikh / Masa : 21/8 ~ 24/8, 10am ~ 8pm

    Lokasi : Kompleks PKNS, Masjid Negeri, Dataran Shah Alam, Stadium Bangi

    7) Dialog Khas "Palestine" di Gereja Divine Mercy Shah Alam

    Tarikh / Masa : Sabtu 23/8, 8pm

    Lokasi : Gereja Divine Mercy, Glenmarie, Shah Alam

    Ahli Panel : YB Tuan Haji Khalid Samad, Dr Muhyiddin Kadir, Wakil Paderi Gereja Divine Mercy

    Kehadiran : Tertutup, khas untuk ahli persatuan Gereja Divine Mercy.


    Seluruh muslimin muslimat
    dijemput hadir ke program-program yang tersebut di atas. Tolong panjang-panjangkan makluman ini kepada seluruh kenalan dan taulan. Siri program ini akan berterusan sehinggalah pertengahan Ramadhan 2008 bersama tetamu khas Syeikh Dr Muhammad Mahmud Siyam, bekas Khatib Masjidil Aqsa & bekas Rektor University Ghaza, Pelstine.

    Ingatlah, tanggungjawab membebaskan Masjidil Aqsa & Kota Suci Al Quds adalah tanggungjawab kamu & kita bersama. Hitungkan apa yang telah kita laksanakan demi menunaikan amanah tersebut!

    Jzklh. / Al Quds, Al Aqsa - Tanggungjawab bersama...!


    En Ahmad Sayuti bin Bashiron

    Jom sahabat2 MSU & PTPL, Silence is not an option!~


    more
  • HikMah SoLaT berJemaaH-Teori fiZiK
    Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif.

    Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian.

    Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan.

    Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

    Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

    Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

    Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.
    Wallahualam.....
    more
  • Apakah telah sampai kepadamu...kisah dari Al-Quran....
    Mengambil Hikmah dari Surah An-Naml...
    sebuah kisah persahabatan yg indah,
    sebagai renungan buatmu..


    Bismillahirrahmanirrahim...


    (Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Waadi`n-Naml", berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari". (An-Naml:18)



    “Apabila kau ingin berteman, Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan, Kau mungkin akan menjauhinya….

    Andai kau ingin berteman, Janganlah kerana kebaikannya, Kerana mungkin dengan satu keburukan, Kau akan membencinya….

    Andai kau inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya, Kerana apabila dia buntu, Kau mungkin akan memfitnahnya…..

    Andai kau inginkan seorang teman, Janganlah kerana sifat cerianya, Kerana andai dia tidak pandai menceriakan, Kau mungkin akan menyalahkannya….

    Andai kau ingin bersahabat,
    Terimalah dia seadanya,
    Kerana dia seorang sahabat,
    Yang hanya manusia biasa….

    Jangan diharapkan sempurna,
    Kerana kau juga tidak sempurna,
    Tiada siapa yang sempurna…
    Tapi bersahabatlah kerana Allah..



    Ayuh, sebarkan salam. maniskan senyuman, bersabar2lah dalam menyampaikan pesanan ~

    Jangan cepat kecik ati dgn shbt2...kitakan hamba.. =)


    “Tidak sempurna iman seorang daripada kamu sehingga dia mencintai terhadap saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya.”

    (Hadits riwayat Al-Bukhari dan Muslim)



    Jadilah seperti semut..yang sentiasa bersama mengingati dan menasihati sahabat2nya yang masih terleka~


    Salam Ukhuwwah Fillah Abadan Abada.......



    p/s: salam semut! =)


    more
  • Ohoho.... Mid Semester EXAM is coming~

    Jangan stress2 yer....... =)

    Lakukan segala yg terbaik krn Allah.

    Salam ikhlas, salam perjuangan~

    dari kami..

    -warga Persatuan Mahasiswa Islam MSU-

    SALAM IMTIHAN~
    more
  • Kenapa ramai yg Berpakaian, tetapi 'Telanjang'?.....

    HAlusnya syaitan memanah kaum hawa~






    Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi,
    dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang
    memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan
    (ammaratun bis su'). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu
    kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah
    ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.

    Berikut adalah cara bertahap:


    I. Menghilangkan Definisi Hijab
    Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa
    pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya
    dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para
    wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun
    bentuk dan namanya tetap pakaian.

    Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan
    manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti
    juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke
    negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian
    penduduknya, apapun yang mereka pakai. Berbeza halnya jika
    seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar'i
    (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar
    gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab
    syar'i tetap dipertahankan.

    Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya,
    maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?

    Pertama, Membuka Bahagian Tangan
    Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan
    membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model
    yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak
    apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu
    bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model
    baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki
    melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik," Tu.. tidak
    apa-apa kan?

    Kedua, Membuka Leher dan Dada
    Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah
    syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah
    menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih
    maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut
    sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan
    hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli,
    sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.

    Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher
    dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen
    bentuk huruf "V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian
    sensitif lagi dari dadanya.

    Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang
    Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu nih biasa jah aku tengok, x "cool"
    cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus skitlah! Tapi apa ya? Si wanita
    berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya
    dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang," syaitan
    memberi idea baru.

    Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyenpakaian yang ketat dan
    kain yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan
    potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja
    yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia
    menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya
    di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan
    transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi
    sebagai wanita kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang).

    Keempat, Agak di Buka Sedikit
    Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka
    syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea
    baru yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisiki wanita itu, "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya
    sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati
    paha?" Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan
    energik." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan
    dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha
    ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan
    duduk atau naik kenderaan. "Yah.... tersingkap sedikit tak apa-apa
    lah, yang penting enjoy," katanya.

    Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini
    pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan
    dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar'i yang
    sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.

    II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit
    Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih
    "power", tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat
    tubuhnya.

    Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit
    Syaitan Berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar
    tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih
    kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata
    kaki." Ini baru agak longgar. "Oh...... ada yang yang terlupa, kalau
    kamu pakai baju sedemikian, maka baju yang besar tidak sepadan
    lagi, sekarang kamu cari baju yang kecil agar lebih serasi dan
    sepadan, ala....... okje tuh."

    Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru
    mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut
    tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian
    orang.

    Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
    Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang
    melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik,
    "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan,
    buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa
    orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu
    cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt
    separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya
    terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja." Nanti kalau sudah biasa,
    baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis."

    Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat
    peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam
    jiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang
    terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.

    Ketiga, Terbuka Seluruh Betis
    Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan
    telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si
    wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa
    Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah
    jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu
    para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka
    wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup
    telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan
    pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus
    menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah
    betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh
    betisnya."

    Tetapi? apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki," bersungut.
    "Fitnah? Ah...... itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka
    kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka
    lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi
    sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian
    tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau
    wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama-
    sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar
    malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya
    memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di
    zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang
    ketinggalan zaman."

    Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya
    menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali
    orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan
    melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab
    wanita.

    III. Serba Mini
    Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari-
    harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan
    yang lain. "Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja,
    sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala
    harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah."

    Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia
    pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan
    tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan
    berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya
    sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial,
    pakaian kerja, pakaian resmi, pakaian malam, petang, musim panas,
    musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha
    pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi,
    semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil
    untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka
    segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.

    Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang
    terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya
    dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan
    dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering
    disebut dengan "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut
    begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya
    tercapai, "Menelanjangi Kaum Wanita."

    Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama,
    telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri
    kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan
    jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung
    sendiri semua dosamu" Syaitan tak ingin ambil risiko.

    Penutup

    Demikian halus, cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia
    terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua,
    terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak
    gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil
    tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan
    dan telah menjadi kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bagi kita
    untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti
    merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka,
    selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke
    dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di
    akhirat.

    Wallahu a'lam bisshawab.


    Sumber idea dan buah fikiran:
    Kitab "At ta'ari asy syaithani", Adnan ath-Thursyah

    Menyampaikan Kebenaran adalah kewajipan setiap Muslim.
    Kesempatan kita saat ini untuk berdakwah adalah dengan
    menyampaikan peringatan ini kepada saudara-saudara kita yang belum
    mengetahuinya.

    Wassalamualaikum warahmatullaahi wabarakatuh.


    Tutuplah auratmu duhai Muslimah,
    krn sesungguhnya antara wanita2 ciptaan-Nya, wanita solehah itulah perhiasan terbaik dunia...



    Photobucket

    Photobucket
    more

Jangan Lupa sahabat...

Perhatian untuk ahli PMIMSU






insyaALLAH...
dalam masa terdekat nanti,
PMIMSU akan membuat dua program

1) "khidmat sosial dan mengenal cara hidup kampung di Kuala Selangor"

2) " Kursus Sembelihan"

tarikh akan diumumkan tidak lama lagi. :)

teruskan menyokong dan mengikuti perkembangan PMIMSU

jom berbual sebentar

ayat2 cinta



Ayat-ayat cinta dari ALLAH untuk hambaNYA

"Did you think that We had created you in play (without any purpose), and that you would not be brought back to Us?" (Quran 23:115):

“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.” - Surah az-Zariyat: ayat 56.

"demi masa:. .:sesungguhnya manusia dalam kerugian:. .:kecuali yang beriman dan juga yang beramal soleh:. .:yang berpesan pada kebenaran:. .:yang berpesan pada kesabaran" (Alquran:Al-asr)

"ya tuhanku, sesungguhnya aku berkehendak kepada kebaikan yang engkau turunkan kepadaku.. (alqasas:24)

"Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yg Aku Idam-Idamkan?"

"..dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui.." (albaqarah:216)

Kenapa Susah Sangat Ujian Ini?

"...dan ketahuilah, Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya..." (albaqarah:286) "...sesungguhnya disamping kesusahan bersamanya kemudahan... ...(ditegaskan sekali lagi) disamping kesusahan bersamanya kemudahan..." (alinsyirah:5&6)

"Do you really think that you will enter Paradise without such trials as came to those who passed away before you? They were afflicted with severe poverty and ailments and were so shaken that even the Messenger and those who believed along with him said, 'When will come the Help of Allah?" Yes, certainly the Help of Allah is near!" [Quran 2:214]

Rasa Frust? Tension? Lemah Semangat?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." :. - Surah Al-Imran ayat 139

"adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan sahaja berkata 'kami telah beriman' tanpa mereka diuji:. .:dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 sblm mereka,Dia mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta" (alankabut:2&3)

Bagaimana Harus Aku Menghadapinya?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)"." (Surah Al-Imran ayat 200)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (Surah Al-Baqarah ayat 45)

"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang." (Ar-Ra'd: 28) Apa Yang Aku Dapat Daripada Semua Ini?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... (Surah At-Taubah ayat 111)

Kepada Siapa Aku Berharap?

"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (Surah At-Taubah ayat 129)

Arghhh Aku Tak Tahan!!! Aku Dah Bosan!!

"...dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." (Surah Yusuf ayat 12)

Adakah Aku Sudah Dikira Beriman?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta". (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)


Bukankah ALLAH itu DEKAT? =) bacalah selalu Ayat-Ayat Cinta dari-NYa... CintaiLah DIA dengan sepenuh jiwa...krn Cinta-Nya x pernah mengecewakan....

Komen Dan cadangan