-
SusAhnyA meNtaDBiR duNiA....
Apabila disebut mentadbir dunia, ia adalah mentadbir apa yang ada di antara langit dan bumi. Daripada segala khazanah yang lahir mahupun yang terpendam. Segala bangunan yang dibina mahupun yang wujud semula jadi, manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, wang ringgit, kenderaan, politik, ekonomi, ketenteraan, pendidikan, masyarakat dan lain-lain.Dunia itu kenalah diurus dan ditadbir. Pentadbirnya adalah manusia, sebagai khalifah Tuhan di bumi.Untuk mentadbir dan mengurus dunia amat susah dan rumit sekali. Ibarat-ibarat dan perumpamaan yang boleh kita beri untuk menggambarkan kerumitan ini di antaranya ialah:1. Dunia ibarat laut yang dalam yang dipenuhi dengan berbagai-bagai khazanah dan simpanan Tuhan yang berharga. Manusia dibenarkan mengambilnya tapi banyak manusia tenggelam di dalamnya atau karam di dalamnya.2. Dunia ibarat gadis yang cantik yang sangat mempesona. Kita disuruh mengurus dan menjaga kehormatannya tetapi kebanyakan orang sebelum orang lain menodainya, dia menodainya lebih dahulu.3. Dunia itu ibarat tumbuh-tumbuhan hijau yang senang mata memandangnya. Kita dilalaikan olehnya serta cenderung terhadapnya. Jarang orang boleh mendisiplinkan dan mengawal dirinya.4. Dunia itu ibarat ular. Racunnya boleh dibuat ubat. Ia boleh dijadikan pertunjukan untuk menghibur. Ertinya ia boleh dimanfaatkan tapi jarang orang yang tidak dipatuknya.5. Dunia itu ibarat madu yang manis. Ramai orang yang suka meminumnya. Jarang orang yang tidak tersedak apabila meminumnya.6. Dunia ibarat kebun yang indah. Penuh dengan buah-buahan, air yang mengalir, ikan yang bermain-main, pokok-pokok bunga yang tersusun dan teratur, bunga-bunganya yang berbagai-bagai warna, tempat-tempat rehat yang selesa dan udara yang segar. Daun-daun yang menghijau, pepohon yang melambai-lambai, rumput-rumput bak permaidani, jarang orang yang amanah menjaganya. Biasanya buah-buahan selalu saja dicuri dan diambil sesuka hati.7. Dunia ibarat harimau yang ditunggang oleh manusia untuk menuju ke destinasi. Jarang manusia sampai ke matlamatnya. Selalunya mereka dibaham harimau di dalam perjalanannya kerana bukan mudah kita hendak mengawal harimau....Wallahualam......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen: