-
Apakah telah sampai kepadamu...kisah dari Al-Quran....
Mengambil Hikmah dari Surah An-Naml...sebuah kisah persahabatan yg indah,
sebagai renungan buatmu..
Bismillahirrahmanirrahim...
(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Waadi`n-Naml", berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari". (An-Naml:18)
“Apabila kau ingin berteman, Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan, Kau mungkin akan menjauhinya….
Andai kau ingin berteman, Janganlah kerana kebaikannya, Kerana mungkin dengan satu keburukan, Kau akan membencinya….
Andai kau inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya, Kerana apabila dia buntu, Kau mungkin akan memfitnahnya…..
Andai kau inginkan seorang teman, Janganlah kerana sifat cerianya, Kerana andai dia tidak pandai menceriakan, Kau mungkin akan menyalahkannya….Andai kau ingin bersahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa….Jangan diharapkan sempurna,
Kerana kau juga tidak sempurna,
Tiada siapa yang sempurna…
Tapi bersahabatlah kerana Allah..Ayuh, sebarkan salam. maniskan senyuman, bersabar2lah dalam menyampaikan pesanan ~
Jangan cepat kecik ati dgn shbt2...kitakan hamba.. =)
“Tidak sempurna iman seorang daripada kamu sehingga dia mencintai terhadap saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya.”
(Hadits riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Jadilah seperti semut..yang sentiasa bersama mengingati dan menasihati sahabat2nya yang masih terleka~
Salam Ukhuwwah Fillah Abadan Abada.......
p/s: salam semut! =)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen: