-
Islamic Outreach ABIM (IOA)
Islamic Outreach ABIM (IOA)telah ditubuhkan pada 26 Oktober 1987 dengan bertujuan untuk menerangkan Islam kepada masyarakat bukan Islam denganperspektif yang sebenarnya dan memberikan pendidikan, bimbingan yangsecukupnya kepada saudara baru serta memberi bantuan kepada golonganyang memerlukan.Beberapa program kebajikan telah dianjurkan oleh pihakIOA seperti Program Ziarah Hospital (HVTF), Program Kembara Da'wah,Program Kebajikan dan Tajaan Kanak-anak Miskin (CWSP), dan ProgramKebajikan Golongan Orang Kurang Upaya (Islamicare).Program-program ini telah dijalankan oleh para sukarelawan IOA dengan bimbingan daripada pelatih-pelatih dan staf-staf IOA.Justeru itu, IOA akan menganjurkan"Latihan KebangsaanPenggerak-Penggerak Islamic Outreach ABIM (IOA)"untuk pengambilan ahli-ahli sukarelawan baru dan memberi latihan kepada mereka.Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan ilmu dan pendedahan serta keyakinan kepada para sukarelawan untuk terus komited menyumbangkanmasa, buah fikiran dan tenaga kepada masyarakat.Butiran program adalahseperti berikut:-Tarikh : 3hb - 4hb Jun 2006 (Sabtu -Ahad)Tempat : Institut Latihan Islam Malaysia(ILIM), Bandar Baru Bangi, SelangorBayaran : RM 20.00 setiap peserta(termasuk makanan dan penginapan)Dengan ini pihak IOA berharap mendapat kerjasama semua pihak untukmenyiarkan maklumat program ini ke jaringan organisasi anda. Sekiranyaada sebarang pertanyaan, sila hubungiCik Normah / Saudara Haider:-ditalian 03-4256 9822.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen: