MAHASISWA MSU

  • Kenaikan Harga Minyak: 6 Persoalan Pokok


    Kuala Lumpur, 1 Mac 2006 - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), seperti juga kami yakin sebahagian besar rakyat Malaysia yang lain, merasa terkejut, kesal dan terkilan dengan kenaikan mendadak harga yang diumumkan malam tadi. Sudah tentu keputusan ini akan disusuli perbahasan pro dan kontra dengan pelbagai angka, statistik, perangkaan, jadual perbandingan dan sebagainya, demi mempertahankan atau membantah tindakan ini. ABIM hanya berharap, dalam kehangatan perbahasan tentang isu ini nanti beberapa persoalan pokok yang begitu penting dan sangat dekat dihati rakyat dan pengguna akan terjawab dengan memuaskan. Persoalan-persoalan tersebut termasuk:

    1. Pihak manakah yang lebih bersedia menanggung beban kenaikan harga minyak di pasaran antarabangsa juga beban belanjawan kewangan defisit Negara sejak beberapa tahun ini?

    Kerajaan atau rakyat?
    Adakah belanjawan negara sudah sampai ke tahap begitu kritikal sehingga beban ini dipindahkan pada kadar yang begitu tinggi dan mendadak kepada rakyat?
    Bukankah kita sebagai Negara pengeluar minyak bukan hanya menanggung kesan negatif tetapi juga kesan positif kenaikan harga minyak?
    Adakah rakyat cukup kuat dan mampu memikul beban pada kadar tersebut?

    2. Adakah perbendaharaan dan belanjawan Negara tidak mampu menghadapi kenaikan harga minyak kerana perbelanjaan luar kawal atau kurang berhemah kita sebelum ini?

    Adakah ini termasuk proses membayar balik ‘harga’ segala projek-projek mega serta beberapa perbelanjaan kurang berhemah sebelum ini? Jika ini benar, bukankah pihak kerajaanlah yang lebih bertanggungjawab di atas keputusan-keputusan tersebut?
    Bukankah pihak kerajaanlah yang sepatutnya lebih banyak membayar ‘harga’ polisi kewangan yang diputuskan oleh kerajaan sendiri?

    3. Rakyat bersedia dan telahpun beberapa kali tabah menerima kenaikan harga minyak akibat potongan subsidi baru-baru ini.

    Tetapi bukankah ada batas dan kadar yang munasabah yang patut ditanggung oleh rakyat?
    Kadar kenaikan yang begitu mendadak ini wajarkah terus ditanggung rakyat?
    Adakah pendapatan rakyat turut meningkat pada kadar yang sebanding dalam tempoh yang sama?

    4. Antara alasan yang diberikan untuk memotong subsidi agar ianya dapat disalurkan kepada projek pembangunan dan meningkatkan sistem pengangkutan awam yang ada.

    Soalnya, bukankah kerajaan yang telah memilih polisi menggalakkan penggunaan dan pemilikan kereta individu selama ini?
    Termasuklah dengan mendokong kuat industri kereta nasional?
    Apakah sekarang kita betul-betul serius mahu mengutamakan pengangkutan awam?
    Jika betul itu sikap kita, sekali lagi wajarkah rakyat yang perlu menanggung beban perubahan dasar ini pada kadar yang terlalu tinggi?

    5. Seperti sebelumnya kita dipujuk dengan perbandingan harga dengan beberapa Negara jiran. Soalnya, adakah situasi kita sama dengan mereka?

    Bukankah mereka lebih teruk terkesan oleh krisis kewangan berbanding kita?
    Bukankan kita lebih berjaya mengharusi krisis tersebut dan sepatutnya berada dalam kedudukan yang lebih baik?
    Di sudut lain, adakah rakyat mereka juga mendokong industri kereta nasional hingga menanggung harga kereta yang tinggi seperti kita?


    ABIM menggesa persoalan-persoalan asasi diatas mendapat tanggapan sewajarnya oleh semua pihak terutama pihak kerajaan. Jika hakikatnya di akhir segala perbahasan pro dan kontra isu ini, persoalan-persoalan ini tidak mendapat penjelasan yang benar-benar memuaskan, maka ABIM memohon agar keputusan menaikkan harga minyak yang diumumkan malam tadi dikaji semula.

    Walau bagaimanapun jika jika apa sebab sekalipun kenaikan ini tetap dikekalkan, ABIM menggesa agar adalah sangat perlu beberapa langkah tambahan diambil untuk mengawal kesan-kesan negatif kepada rakyat terbanyak. Selain daripada langkah kawalan harga barangan lain yang lebih ketat, ABIM juga mencadangkan agar suatu sistem subsidi harga khas diperkenalkan bagi kategori pengguna yang memerlukan.

    ABIM berpendapat dalam mengurus ekonomi Negara, kepentingan dan kebajikan rakyat terbanyak khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang merupakan kelompok terbesar, perlu sentiasa diberi keutamaan dan diberatkan.




    YUSRI MOHAMAD
    Presiden ABIM

0 komen:

Leave a Reply

Jangan Lupa sahabat...

Perhatian untuk ahli PMIMSU






insyaALLAH...
dalam masa terdekat nanti,
PMIMSU akan membuat dua program

1) "khidmat sosial dan mengenal cara hidup kampung di Kuala Selangor"

2) " Kursus Sembelihan"

tarikh akan diumumkan tidak lama lagi. :)

teruskan menyokong dan mengikuti perkembangan PMIMSU

jom berbual sebentar

ayat2 cinta



Ayat-ayat cinta dari ALLAH untuk hambaNYA

"Did you think that We had created you in play (without any purpose), and that you would not be brought back to Us?" (Quran 23:115):

“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.” - Surah az-Zariyat: ayat 56.

"demi masa:. .:sesungguhnya manusia dalam kerugian:. .:kecuali yang beriman dan juga yang beramal soleh:. .:yang berpesan pada kebenaran:. .:yang berpesan pada kesabaran" (Alquran:Al-asr)

"ya tuhanku, sesungguhnya aku berkehendak kepada kebaikan yang engkau turunkan kepadaku.. (alqasas:24)

"Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yg Aku Idam-Idamkan?"

"..dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui.." (albaqarah:216)

Kenapa Susah Sangat Ujian Ini?

"...dan ketahuilah, Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya..." (albaqarah:286) "...sesungguhnya disamping kesusahan bersamanya kemudahan... ...(ditegaskan sekali lagi) disamping kesusahan bersamanya kemudahan..." (alinsyirah:5&6)

"Do you really think that you will enter Paradise without such trials as came to those who passed away before you? They were afflicted with severe poverty and ailments and were so shaken that even the Messenger and those who believed along with him said, 'When will come the Help of Allah?" Yes, certainly the Help of Allah is near!" [Quran 2:214]

Rasa Frust? Tension? Lemah Semangat?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." :. - Surah Al-Imran ayat 139

"adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan sahaja berkata 'kami telah beriman' tanpa mereka diuji:. .:dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 sblm mereka,Dia mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta" (alankabut:2&3)

Bagaimana Harus Aku Menghadapinya?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)"." (Surah Al-Imran ayat 200)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (Surah Al-Baqarah ayat 45)

"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang." (Ar-Ra'd: 28) Apa Yang Aku Dapat Daripada Semua Ini?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... (Surah At-Taubah ayat 111)

Kepada Siapa Aku Berharap?

"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (Surah At-Taubah ayat 129)

Arghhh Aku Tak Tahan!!! Aku Dah Bosan!!

"...dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." (Surah Yusuf ayat 12)

Adakah Aku Sudah Dikira Beriman?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta". (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)


Bukankah ALLAH itu DEKAT? =) bacalah selalu Ayat-Ayat Cinta dari-NYa... CintaiLah DIA dengan sepenuh jiwa...krn Cinta-Nya x pernah mengecewakan....

Komen Dan cadangan