-
Jumble Sales Untuk Pembiayaan Perubatan
Seperti yang pernah dihebahkan, Pusat Nur Hukmah(PNH) - Pusat Jagaan Anak Yatim/Ibu Tunggal dan Anak2 Ibu Tunggal - akan menganjurkan satu 'Jumble Sale'. Namun, kerana beberapa yang tidak dapat dielakkan, tempat 'Jumble Sale' ini terpaksa dipindahkan ke alamat PNH sendiri dan bukan lagi di Subang Jaya. Harap maklum.
Tempat : Lot 11552, Jalan 18, Taman Mesra Kajang Selangor D.E.
Tarikh : 4 hb March,2006Masa : 10.00 pagi - 6 petangdan
Tempat : Alamanda, Putrajaya
Tarikh : 1&2 hb April 2006Masa : 10.00 pagi - 6 petang
* Sila maklum jika anda berminat untuk hadir, kami juga akan menjemput selebriti yang akan turut serta menjual di dalam projek ini.
Pusat Nur Hikmah mempunya 2 penghuni yang memerlukan bantuan perubatan:
1. Putry Noratikah Bte M.Azlan - Umur 14 tahun memerlukan pembedahan -lelangit tinggi/hingus keluar ke telinga/mulut macam ikan/dagu kecil.
2. Siti Maisarah Bte M.Azlan - 1 tahun memerlukan pembedahan dan bantuan susu isomil dan lain. Usus tidak boleh hadam dan menunggu hari yang akan tiba.
Untuk pengetahuan Pusat Nur Hikmah juga amat memerlukan sumbangan derma, barang harian atau pun tajaan bagi menampung perbelanjaan pusat tersebut.
Jika anda ada barangan/pakaian/kasut (not too run down) tidak terlalu buruk.Mereka masih memerlukan : dapur, pinggan mangkuk (culinaries), kitchen cabinet, fridge,washing machine, rice cookers, sofa, dining table, closet (almari baju), tikar, katil, tilam, bantal, kipas dan lain. Pendek kata, barangan asas banyak diperlukan.
Pusat juga bercadang menganjurkan :
1. Program anak angkat tajaan
2. Program pendidikan berterusan
3. Program kemahiran ibu tunggal
4. Program tajaan kewangan - menampung perbelanjaan harian
5. Program bantuan perubatan
Terdapat 47 orang kanak-kanak dan 6 orang ibu tunggal di rumah ini. Sesiapa yang hendak memberi sumbangan kewangan boleh hubungi dibawah untuk minta no akuan bank.
Sila hubungi :Haliza (Pengarah Projek) - 016 2675056 / 016 9002639 / 012 3413884
email: haliza61@yahoo.com
Noor Aida (Setiausaha) - 013 3088169
Hj Osman Hj Ahmad (Yang Dipertua Pusat) - 016 6699942 / 017 3839994
Rumah Pusat Nur Hukmah diwakafkan dekat: Lot 11552, Jalan 18, Taman Mesra Kajang Selangor D.E.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen: