-
Sukar Untuk Pertahankan RTM: Hishammuddin
http://www.malaysia-today.net/blog/2006/02/sukar-untuk-mempertahankan-tindakan.htm
(Bernama) -- Tindakan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menayangkan karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW menerusi siaran Berita Mandarin di saluran TV2 pada 3 Feb lepas sukar untuk dipertahankan.Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata penayangan karikatur itu merupakan satu tindakan yang tidak wajar dan tindakan yang tegas harus diambil."Sekiranya karikatur itu adalah karikatur asal yang sebelum ini telah mencetuskan kemarahan umat Islam seluruh dunia, bagi saya susah mereka (RTM) dapat mempertahankan diri mereka."Susah juga untuk saya mempertahankan RTM sendiri," katanya dalam sidang media selepas taklimat Laporan Kajian Tugas dan Tanggungjawab Guru (TTG) di sini, Jumaat.Menurut Hishammuddin selaku stesen televisyen milik Kerajaan, RTM sepatutnya perlu lebih peka kepada sensitiviti kaum dan agama di negara ini. Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno Malaysia mahu mereka yang dipertanggungjawabkan untuk menapis dan menentukan apa yang disiarkan oleh RTM disiasat."Siasatan yang dijalankan akan menjadi satu pengajaran supaya tidak mengambil mudah perkara yang berhubungkait dengan agama dan isu perkauman," katanya.Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terdahulu dipetik sebagai berkata pengurusan RTM akan dipanggil bagi membuat penjelasan berhubung penayangan karikatur tersebut.Najib berkata perkara itu perlu disiasat secara mendalam memandangkan ia telah sampai ke pengetahuan kerajaan.New Straits Times (NST) hari ini mendedahkan RTM menerusi siaran Berita Mandarin di saluran TV2 pada 3 Feb lepas menayangkan karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW dan telah menyerahkan salinan program berita itu kepada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Khamis.
Sementara itu ketika diminta mengulas laporan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa kerajaan tidak akan mengambil tindakan terhadap New Straits Times setelah akhbar itu memohon maaf secara terbuka kerana menyiarkan kartun yang dianggap mempersendakan Nabi Muhammad SAW, Hishammuddin berkata: "Perdana Menteri mempunyai alasan beliau sendiri dan tindakan itu diambil atas kapasiti beliau sebagai Menteri Keselamatan Dalam Negeri."Perdana Menteri dilaporkan berkata beliau menganggap isu itu selesai setelah akhbar berkenaan menyatakan rasa kesalnya terhadap apa yang telah berlaku.Abdullah berkata akhbar itu telah menyiarkan kenyataan memohon maaf di muka depannya dan tidak ada berita-berita lain yang dimasukkan di muka surat itu dan ini menunjukkan bahawa mereka benar-benar mahukan pembaca mengetahui mengenai pendirian mereka.Menurut Abdullah NST juga telah diberitahu bahawa tindakan mereka menyiarkan karikatur itu adalah satu tindakan "tidak elok".~~Layari komentar: www.malaysia-today.net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen: