-
Akhbar Harian Baru Sarawak Terbit Bulan Depan
http://www.malaysia-today.net/blog/2006/02/akhbar-harian-baru-sarawak-terbit.htm
(Bernama) -- Sebuah akhbar harian Sarawak yang baru dijangka mula diterbitkan pada bulan depan berikutan keputusan pihak pengurusan Sarawak Tribune untuk menghentikan penerbitan akhbar itu selepas kerajaan menarik balik penggantungannya yang tidak mempunyai had masa kerana menyiarkan karikatur kontroversi yang menghina Nabi Muhammad.Diberi nama "Eastern Times", akhbar tabloid itu akan diterbitkan oleh sekumpulan ahli perniagaan Sarawak yang ingin mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Tribune.Sumber-sumber di Kuching memberitahu Bernama bahawa kumpulan itu telah memohon permit penerbitannya daripada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri."Kami dimaklumkan bahawa permohonan kami mendapat pertimbangan yang baik. Kami yakin akan memperoleh permit itu menjelang pertengahan Mac," kata seorang jurucakap kumpulan itu.Beliau berkata kumpulan itu memutuskan untuk tidak memasukkan perkataan "Sarawak" sebagai sebahagian daripada nama akhbar baru itu kerana ia bercadang untuk mengedarkannya di luar Sarawak."Jika kita namakan Sarawak itu atau ini, maka ia tidak mungkin dapat dijual di Sabah, misalnya.Nama Eastern Times adalah lebih sesuai dan sejajar dengan hasrat kami untuk mengedarnya di sebelah timur negara ini," katanya."Kami bercadang untuk menerbitkannya mengikut saiz tabloid dan bukan saiz 'broadsheet' seperti Sarawak Tribune. Kami akan mempunyai satu pasukan editor yang baru dan mereka bukan dari Tribune," katanya.Sementara itu, seorang eksekutif kanan Sarawak Press Sdn Bhd, penerbit Tribune, memberitahu Bernama keputusan untuk tidak menerbitkan semula akhbar berusia 60 tahun itu, yang juga akhbar tertua di negeri itu, diambil kerana pengurusannya berpendapat ia langkah yang wajar kerana menyiarkan karikatur berkenaan dalam edisinya pada 4 Feb."Jika Tribune digantung kerana menyiarkan perkara lain pada masa itu, mungkin tidak salah jika ia diterbitkan semula setelah tempoh penggantungannya tamat. Tapi sudah tentu tidak demikian dalam kes ini walaupun ini bermakna menguburkan sejarah lebih 60 tahun penerbitan akhbar ini," katanya.Ditanya apa reaksi kakitangan Tribune terhadap keputusan untuk menghentikan penerbitan akhbar itu berikutan penggantungannya pada 9 Feb -- apabila ia diterbitkan buat kali terakhir -- beliau berkata: "Tiada perkataan yang dapat menggambarkan perasaan kami kerana ia adalah akhbar Sarawak terbesar dan tertua."Beliau bagaimanapun tidak mahu mendedahkan jumlah kerugian yang ditanggung syarikat itu akibat penutupan Tribune yang turut menyebabkan 300 kakitangannya kehilangan pekerjaan."Tribune adalah sebuah akhbar yang sebahagian besar pemegang sahamnya adalah orang Islam. Dan kerana menyiarkan karikatur berkenaan, kami yakin tindakan menutupnya adalah yang paling betul," katanya.Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, ketika mengumumkan penggantungan Tribune tanpa had masa, turut mengenakan larangan menyeluruh terhadap pemilikan dan pengedaran karikatur berkenaan yang pertama kali diterbitkan oleh sebuah akhbar Denmark yang telah mencetuskan kemarahan dunia Islam.~~Islam melarang penyiaran gambar Nabi= melakonkan watak, mengolah suara, mengaku Nabi dll...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen: