-
Graduan Perlu Imbang Kecemerlangan Akademik dengan Penampilan Diri
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Graduan dan bakal graduan perlu mengimbangi kecemerlangan akademik mereka dengan penampilan diri dalam menghadapi persaingan pasaran pekerjaan masa kini.Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mustapa Mohamed berkata ini kerana kecemerlangan akademik semata-mata tidak akan menjamin graduan mendapat tawaran kerja secara automatik dalam pasaran kerja yang terhad dan sengit ketika ini."Jangan hanya fikir untuk mendapatkan mata gred yang tinggi sahaja. Seimbangkan mata gred tinggi dengan penampilan diri," katanya dalam ucapan pada perasmian program Siswazah Bestari di Universiti Malaya di sini hari Jumaat.Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) kementerian itu Dr Mohd Taib Hashim.Mustapa berkata graduan dan bakal graduan juga tidak harus membataskan peluang mencari pekerjaan hanya dalam negara, malah mereka perlu meneroka dunia luar."Dalam era globalisasi ini, mereka (graduan) perlu mempunyai wawasan untuk bekerja di dunia luar.Jadikan pasaran global sebagai satu usaha untuk mendapatkan pekerjaan," katanya.Mustapa juga menyarankan graduan dan bakal graduan meningkatkan pengetahuan mereka mengenai hal ehwal semasa dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka, selain meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris.Beliau berkata kurangnya tabiat membaca akhbar di kalangan graduan merupakan antara punca golongan itu memiliki pengetahuan semasa yang cetek."Mereka hanya membaca buku atau apa yang dipelajari selain akhbar yang berunsurkan hiburan," katanya.Program Siswazah Bestari anjuran Persatuan Siswazah Wanita Malaysia (PSWM) yang diadakan selama tiga hari mulai hari ini bertujuan membantu bakal graduan menyediakan diri bagi menghadapi pasaran pekerjaan.
-- BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen: