-
PMIMSU : UPCOMING EVENTS.....
LeTs rUN TRu da' PROGRAMMES~more
1) JUMAAT (19/9)
IFTAR JAMAIE BERSAMA ANAK-ANAK YATIM
Status : college event
Tentative :
Morning - Kerja2 Merewang (Potong daging, bawang dll)
Sasaran : Semua ahli PMI & semua pelajar MSU / Pt yang bersedia turun membantu (dijemput ramai2 hadir memeriahkan)...pakat2 tolong potong bawang n daging k...boleh bawak pisau lebih, =p dan brg2 dapur yang berkenaan jika perlu..just datang je...mengajak kawan2 yang lain juga adalah satu tindakan yang terpuji...datang jangan x datang..... venue : depan hall H & sekitar Pusat Islam (boleh berkumpul dalam 8-9pagi kat sana)
Evening : -Iftar Jamaie (Majlis berbuka Puasa bersama anak2 yatim) -
hasil daripada masakan merewang tadi...but only 50 seats available for PMIians... yang lain wakil dari kelab dan persatuan lain (5 org per club) ... jadi jemputlah bagi siapa yang ingin berbuka puasa bersama adik2 ni..boleh dtg dan inform secepatnya kpd PMI incharge. *ba'da solat Asr di pusat islam insyaallah ada tazkirah yang akan disampaikan oleh ustaz..
Night : Solat Maghrib berjemaah, Terawih dan penyampaian hadiah dan duit raya kepada Anak-anak Yatim oleh Dato'.
2) SABTU (20/9)
- PMIMSU sebagai Jemputan di Talkshow Nisa' @ PKNS Shah Alam
(thanx Nisa' Shah Alam! =)
Semua dijemput hadir... Jom rakan dan taulan,
fahami pengurusan bijak perbelanjaan Ramadhan dan Lebaran serta mengupas isu HALAL dan BARAKAH di Nisa' talkshow : "CUKUP WANG HATI TENANG"
DATE : 20 SEPTEMBER 2008 / 20 RAMADHAN 1429 H SATURDAY
TIME : 9.30 A.M - 1.30 P.M
VENUE : PENTAS UTAMA KOMPLEKS PKNS, SHAH ALAM
Jom ramai2 ke sana..... PENYERTAAN ADALAH PERCUMA!!!
Bersama Ust.Uda Kasim (Eksekutif Penerangan & Dakwah Lembaga Zakat Selangor) dan Pn. Hajah Rohani Bt Dato' Hj. Shahir (Eksekutif Hijrah Wealth Management Sdn. Bhd) waa....best nii....30 peserta terawal akn mendapat cenderahati khas!
Persembahan istimewa! ~~~> Mu'adz (konsert hadis)
for futher info, do visit http://nisashahalam.blogspot.com/
JEMPUT RAMAI2 YE....
3) AHAD (21/9)
Majlis Tadarus & kHatam Al-Quran beserta
Majlis Penyerahan Sijil kepada Peserta-peserta KMR
Sempena mengambil barakah dari bulan suci Ramadhan, dan hikmah dari sejarah 17 Ramadhan tarikh nuzulnya Quran, insyaallah PMIMSU akan mengadakan majlis Tadarus & Khatam Al-Quran bagi menanamkan rasa cinta terhadap pelajar2 dalam membudayakan Al-QURAN dalam kehidupan sehari-hari, disamping mengukuhkan ukhuwwah antara peserta-peserta Kem Mujahadah Islam yang lepas juga ahli-ahli PMI yang baru.
Penyertaan : Semua peserta KMR & ahli2 PMI yang baru atau lama & semua pelajar MSU @ PTPL yang berminat dan free time tersebut
(sila inform s/u Pmi utk pendaftaran atau walk-in registration bagi memudahkan 'key in' data) Time : 10.00 am - tammat Insyaallah iftar juga disediakan (kerana kemungkinan besar akan terbawa sehingga ke petang)
Mari sama2 mengimarahkan Ramadhan ini dengan bacaan dan tadabbur al-Quran.. insyaallah mudaha2n hati-hati ini sentiasa bercahaya dengan Ayat-ayat Cinta-Nya Allah....
"Al-QURAN DEKAT DIHATI"
4) TERAWIH dan kultim (kuliah 3 minit) di Pusat Islam MSU
status : sepanjang Ramadhan (insyaallah)
Ayuh, bersama mengambil manfaat dari segala Program2 yang akan dijalankan ini... "Beruntunglah siapa yang mensucikan..rugilah siapa yang mengotorinya.."
Moga usaha yang kecil ini diberkati Allah dan mendapat keredhaan daripadaNya..
SELAMAT MEMASUKI FASA KEDUA RAMADHAN....=)
SAMA-SAMA KITA MENGEJAR KEAMPUNAN-NYA...
Suburkah ukhuwwah, tingkatkan tarbiyah~
Dengan ingatan tulus ikhlas,
Persatuan Mahasiswa Islam MSU...
p/s: utk apa2 perkembangan dan kemusykilan boleh hubungi terus
wakil muslimin, ydp pmi (012-4659648) atau wakil muslimat, tydp ii (013-2113405) atau mana2 saja jawatankuasa pmi yang berdekatan....
Salam Ukhuwwah! melestari izzah...insyaallah...
Takbir!~
-
Apakah Lailatul Qadar bersifat khusus atau umum?...
more

Bacaan surah Lailatul Qadar berkumandang di setengah-tengah masjid apabila masuknya malam yang ke 15 Ramadhan. Ada juga dikalangan mereka cuba mentafsirkan semula surah ini dengan mengatakan Lailatul Qadar hanya datang sekali sahaja, iaitu semasa penurunan al-Quran. Dikalangan umat Islam juga mempunyai pandangan yang berbeza mengenai apa yang akan berlaku atau apa yang harus dilakukan pada malam al-Qadar ini. Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi telah menjelaskan mengenai persoalan samada Lailatul Qadar itu dikhaskan untuk orang-orang tertentu sahaja atau kepada kesemua umat Islam secara umumnya, iaitu mereka yang mendirikan malam pada hari berlakunya peristiwa tersebut.Apakah Lailatul Qadar bersifat khusus atau umum?
(هل هي ليلة عامة أو خاصة ؛)Diantara perkara yang dibahaskan ulama' disini adalah : apakah Lailatul Qadar dikhususkan kepada beberapa orang (tertentu sahaja), lalu menzahirkan kepadanya melihat alamat-alamat, atau melihatnya didalam mimpi, atau ada karamah luarbiasa yang terjadi, dan tidak berlaku kepada orang lain? Atau ia merupakan satu malam yang bersifat umum kepada kesemua orang Islam, sehingga hasil pahala dapat dikecapi bersama kepada sesiapa yang melakukan solat / qiam pada masa itu, walaupun tidak dizahirkan apa-apa alamat sekalipun?
Maka kebanyakkan ulama telah memilih pandangan kedua, bersandarkan hadith Abu Hurairah ra.:
من يقم ليلة القدر فيوافقها..
"Barangsiapa yang berqiam pada malam Lailatul Qadar maka dia telah menjumpainya..." [Hadith Riwayat Muslim].
Begitu juga dengan hadith A'isyah ra. :-
رأيت يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر ما أقول؟ فقال: قولي: اللهم إنك عفوٌّ تحب العفو فاعفُ عني
"Apa pendapat kamu Ya Rasulullah jika aku berjumpa dengan Lailatul Qadar dan apa yang hendak aku ucapkan? Jawab baginda : Katakanlah : Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan yang memberi kemaafan, Engkau mencinta kemaafan, maka maafkanlah aku" [Hadith Riwayat Ibn Maajah dan Imam al-Timudzi].
Maka mereka mentafsirkan perkataan 'menjumpai' atau al-muwaafaqah (الموافقة) dengan maksud 'mengetahuinya', dan ini lah merupakan syarat untuk mendapatkan pahala, ia itu khusus dengannya (dengan 'al-Muwaafaqah').
Ulama' lain memilih makna menjumpainya : iaitu pada diri sendiri, walaupun tidak mengetahuinya, kerana sesungguhnya bukanlah menjadi syarat akibat dari melihat sesuatu atau mendengarnya, sebagaimana yang diperkatakan oleh Imam al-Thabari.
Ada beberapa kalam ulama' yang meletakkan syarat perlu mengetahui Lailatul Qadar telah menjadi sebab kebanyakan orang awam beritiqad bahawa Lailatul Qadar adalah cahaya yang kuat yang dibuka kepada beberapa orang dengan mendapat kegembiraan, dan sebahagian lain tidak mendapatnya. Maka timbullah orang berkata : Si Fulan telah mendapat Lailatul Qadar. KESEMUA INI TERMASUKLAH PERKARA YANG TIDAK DIDASARKAN DENGAN DALIL YANG JELAS DARI SYARA'.
Maka Lailatul Qadar itu bersifat UMUM kepada seluruh umat Islam yang menunggunya, mencari kebaikkan dan ganjarannya, serta apa yang disisi Allah, iaitu malam ibadat dan ketaatan, dengan melakukan Solat, Tilawah al-Quran, berdo'a, melakukan sedekah, menjalinkan siratul rahim, dan segala perbuatan yang baik.Paling sedikit seseorang Islam itu boleh lakukan pada malam itu adalah : bersolat Isya' berjemaah, dan solat Subuh berjemaah, kerana kedua-duanya menyerupai Qiamullail. Didalam sebuah hadith sahih Nabi :saw bersabda :
من صلى العشاء في جماعة، فكأنما قام نصف الليل، ومن صلى الصبح في جماعة، فكأنما صلى الليل كله
"Barangsiapa yang bersolat Isya' berjemaah, maka seolah-olah dia telah bersolat separuh malam, dan barangsiapa bersolat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah bersolat sepenuh malam" [Hadith Riwayat Ahmad dan Muslim dengan lafaznya, dari hadith Uthman, Sahih al-Jaami' al-Shaghir #6341].
Maksudnya 'barangsiapa yang telah bersolat Subuh', iaitu setelah menunaikan solat Isya', dan diperjelaskan didalam sebuah hadith riwayat Abu Daud dan Imam al-Tirmudzi :-
من صلى العشاء في جماعة كان كقيام نصف ليلة، ومن صلى العشاء والفجر في جماعة كان كقيام ليلة
"Barangsiapa bersolat Isya' berjemaah, seakan-akan dia bersolat separuh malam, dan barangsiapa yang bersolat Isya' dan Fajar berjemaah, seakan-akan dia telah melakukan Qiamullail" [Rujukan seperti diatas, hadith #6342].
Sumber : email
Terjemahan dari buku :
Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi. Fiqh al-Shiyaam. Beirut : Muaasasah al-Risalah, 2001. ms 133.
-
Peristiwa Penting....
more
Nuzul al-Quran dan Lailatul QadarOleh; Dr. Samsu Adabi MamatJabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia
Nuzul Al-Quran
Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”(al-‘alaq:1-5)Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran
Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT
Maksudnya:
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!(al-Qadar:1-5)Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu.Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.Panduan
Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:
1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran
2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.
3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.
Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.
Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.
Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan.Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan.Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan.Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).
Wallahualam...
-
Free Al-Quds
more
Assalamualaikum wbt....Alhamdulillah...program 'Hari memperingati Al-Quds' berakhir dengan jayanya....Semoga kita semua dapat mengambil iktibar dari apa yang berlaku terhadap saudara kita di sana...Jika di sini kita dapat mendengar hilai tawa...tapi di sana kita hanya dapat mendengar tangisan dari anak-anak yang hanya tahu...bahawa..ayah mereka sudah meninggalkan mereka...ibu mereka sentiasa cuba melindungi mereka...abang mereka di seksa dengan tentera Israel yang tak punyai hati dan perasaan...Sahabat...cuba kita letakkan diri kita di sana..apakah kita mampu menghadapi segala-galanya???Berdoa lah untuk saudara-saudara kita...berilah sumbangan selagi mana kita mampu....
Hulurkan bantuan rakan-rakan melalui :Aman Palestin BerhadMaybank Malaysia Berhad562263010787Bank Muamalat Malaysia Berhad12070005133717Bank Islam Malaysia Berhad12029010047880SELAMATKAN AL-AQSA, BEBASKAN PALESTIN
-
'CAkNA' kah KitA kepada saudara kita ini???.....
more

Air Mata PAlestin......
Saudara kita terus ditindas....dizalimi......
Sedarkah kita apa yang masih terjadi...
Adakah kita tega bersenang-lenang di sini,
tanpa seulit pun rasa peduli??
Ayuh, ramai2 kita koreksi diri...
melihat dengan mata hati....
menghulurkan bantuan seikhlas hati...
bersama2 PMI dengan kerjasama Pusat Islam dan Amal PAlestin
menjayakan misi HARI MEMPERINGATI AL-QUDS MSU 08'
Tarikh:
(KHAMIS, 11 September 2008)
Tentatif :
9 am - 4.30 pm (d whole day )-
(Jualan, Pameran, Tayangan, Edaran tabung derma Palestin)
venue : perkarangan pusat islam
10.00 am - 12.00-
(CERAMAH)
oleh penceramah Jemputan Pusat Islam MSU/PTPL
Yang Berbahagia Dr Roslan (UIA).
venue : Surau/Pusat ISlam MSU
Silence is not an option!
Jom, jemput hadir eh semua....
”Barang siapa yang berpagi-pagi bangkit dari tidurnya namun tidak terlintas di benak hatinya untuk memikirkan (tidak mempedulikan) hal-hal umat Islam, maka dia bukanlah dariku”
-Hadis Nabi-

