MAHASISWA MSU

  • PMIMSU : UPCOMING EVENTS.....

    LeTs rUN TRu da' PROGRAMMES~

    1) JUMAAT (19/9)

    IFTAR JAMAIE BERSAMA ANAK-ANAK YATIM


    Status : college event

    Tentative :
    Morning - Kerja2 Merewang (Potong daging, bawang dll)

    Sasaran : Semua ahli PMI & semua pelajar MSU / Pt yang bersedia turun membantu (dijemput ramai2 hadir memeriahkan)...pakat2 tolong potong bawang n daging k...boleh bawak pisau lebih, =p dan brg2 dapur yang berkenaan jika perlu..just datang je...mengajak kawan2 yang lain juga adalah satu tindakan yang terpuji...datang jangan x datang..... venue : depan hall H & sekitar Pusat Islam (boleh berkumpul dalam 8-9pagi kat sana)

    Evening : -Iftar Jamaie (Majlis berbuka Puasa bersama anak2 yatim) -
    hasil daripada masakan merewang tadi...but only 50 seats available for PMIians... yang lain wakil dari kelab dan persatuan lain (5 org per club) ... jadi jemputlah bagi siapa yang ingin berbuka puasa bersama adik2 ni..boleh dtg dan inform secepatnya kpd PMI incharge.
    *ba'da solat Asr di pusat islam insyaallah ada tazkirah yang akan disampaikan oleh ustaz..

    Night : Solat Maghrib berjemaah,
    Terawih dan penyampaian hadiah dan duit raya kepada Anak-anak Yatim oleh Dato'.


    2) SABTU (20/9)

    - PMIMSU sebagai Jemputan di Talkshow Nisa' @ PKNS Shah Alam
    (thanx Nisa' Shah Alam! =)

    Semua dijemput hadir... Jom rakan dan taulan,
    fahami pengurusan bijak perbelanjaan Ramadhan dan Lebaran serta mengupas isu HALAL dan BARAKAH di
    Nisa' talkshow : "CUKUP WANG HATI TENANG"

    DATE : 20 SEPTEMBER 2008 / 20 RAMADHAN 1429 H SATURDAY

    TIME : 9.30 A.M - 1.30 P.M

    VENUE : PENTAS UTAMA KOMPLEKS PKNS, SHAH ALAM

    Bersama Ust.Uda Kasim (Eksekutif Penerangan & Dakwah Lembaga Zakat Selangor) dan Pn. Hajah Rohani Bt Dato' Hj. Shahir (Eksekutif Hijrah Wealth Management Sdn. Bhd) waa....best nii....

    Jom ramai2 ke sana..... PENYERTAAN ADALAH PERCUMA!!!

    30 peserta terawal akn mendapat cenderahati khas!

    Persembahan istimewa! ~~~> Mu'adz (konsert hadis)

    for futher info, do visit http://nisashahalam.blogspot.com/

    JEMPUT RAMAI2 YE....


    3) AHAD (21/9)

    Majlis Tadarus & kHatam Al-Quran beserta
    Majlis Penyerahan Sijil kepada Peserta-peserta KMR


    Sempena mengambil barakah dari bulan suci Ramadhan, dan hikmah dari sejarah 17 Ramadhan tarikh nuzulnya Quran, insyaallah PMIMSU akan mengadakan majlis Tadarus & Khatam Al-Quran bagi menanamkan rasa cinta terhadap pelajar2 dalam membudayakan Al-QURAN dalam kehidupan sehari-hari, disamping mengukuhkan ukhuwwah antara peserta-peserta Kem Mujahadah Islam yang lepas juga ahli-ahli PMI yang baru.

    Penyertaan : Semua peserta KMR & ahli2 PMI yang baru atau lama & semua pelajar MSU @ PTPL yang berminat dan free time tersebut
    (sila inform s/u Pmi utk pendaftaran atau walk-in registration bagi memudahkan 'key in' data) Time : 10.00 am - tammat Insyaallah iftar juga disediakan (kerana kemungkinan besar akan terbawa sehingga ke petang)

    Mari sama2 mengimarahkan Ramadhan ini dengan bacaan dan tadabbur al-Quran.. insyaallah mudaha2n hati-hati ini sentiasa bercahaya dengan Ayat-ayat Cinta-Nya Allah....

    "Al-QURAN DEKAT DIHATI"


    4) TERAWIH dan kultim (kuliah 3 minit) di Pusat Islam MSU



    status : sepanjang Ramadhan (insyaallah)

    Ayuh, bersama mengambil manfaat dari segala Program2 yang akan dijalankan ini... "Beruntunglah siapa yang mensucikan..rugilah siapa yang mengotorinya.."
    Moga usaha yang kecil ini diberkati Allah dan mendapat keredhaan daripadaNya..

    SELAMAT MEMASUKI FASA KEDUA RAMADHAN....=)
    SAMA-SAMA KITA MENGEJAR KEAMPUNAN-NYA...


    Suburkah ukhuwwah, tingkatkan tarbiyah~

    Dengan ingatan tulus ikhlas,

    Persatuan Mahasiswa Islam MSU...

    p/s: utk apa2 perkembangan dan kemusykilan boleh hubungi terus
    wakil muslimin, ydp pmi (012-4659648) atau wakil muslimat, tydp ii (013-2113405) atau mana2 saja jawatankuasa pmi yang berdekatan....

    Salam Ukhuwwah! melestari izzah...insyaallah...

    Takbir!~

0 komen:

Leave a Reply

Jangan Lupa sahabat...

Perhatian untuk ahli PMIMSU






insyaALLAH...
dalam masa terdekat nanti,
PMIMSU akan membuat dua program

1) "khidmat sosial dan mengenal cara hidup kampung di Kuala Selangor"

2) " Kursus Sembelihan"

tarikh akan diumumkan tidak lama lagi. :)

teruskan menyokong dan mengikuti perkembangan PMIMSU

jom berbual sebentar

ayat2 cinta



Ayat-ayat cinta dari ALLAH untuk hambaNYA

"Did you think that We had created you in play (without any purpose), and that you would not be brought back to Us?" (Quran 23:115):

“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.” - Surah az-Zariyat: ayat 56.

"demi masa:. .:sesungguhnya manusia dalam kerugian:. .:kecuali yang beriman dan juga yang beramal soleh:. .:yang berpesan pada kebenaran:. .:yang berpesan pada kesabaran" (Alquran:Al-asr)

"ya tuhanku, sesungguhnya aku berkehendak kepada kebaikan yang engkau turunkan kepadaku.. (alqasas:24)

"Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yg Aku Idam-Idamkan?"

"..dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui.." (albaqarah:216)

Kenapa Susah Sangat Ujian Ini?

"...dan ketahuilah, Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya..." (albaqarah:286) "...sesungguhnya disamping kesusahan bersamanya kemudahan... ...(ditegaskan sekali lagi) disamping kesusahan bersamanya kemudahan..." (alinsyirah:5&6)

"Do you really think that you will enter Paradise without such trials as came to those who passed away before you? They were afflicted with severe poverty and ailments and were so shaken that even the Messenger and those who believed along with him said, 'When will come the Help of Allah?" Yes, certainly the Help of Allah is near!" [Quran 2:214]

Rasa Frust? Tension? Lemah Semangat?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." :. - Surah Al-Imran ayat 139

"adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan sahaja berkata 'kami telah beriman' tanpa mereka diuji:. .:dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 sblm mereka,Dia mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta" (alankabut:2&3)

Bagaimana Harus Aku Menghadapinya?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)"." (Surah Al-Imran ayat 200)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (Surah Al-Baqarah ayat 45)

"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang." (Ar-Ra'd: 28) Apa Yang Aku Dapat Daripada Semua Ini?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... (Surah At-Taubah ayat 111)

Kepada Siapa Aku Berharap?

"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (Surah At-Taubah ayat 129)

Arghhh Aku Tak Tahan!!! Aku Dah Bosan!!

"...dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." (Surah Yusuf ayat 12)

Adakah Aku Sudah Dikira Beriman?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta". (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)


Bukankah ALLAH itu DEKAT? =) bacalah selalu Ayat-Ayat Cinta dari-NYa... CintaiLah DIA dengan sepenuh jiwa...krn Cinta-Nya x pernah mengecewakan....

Komen Dan cadangan