-
Alhamdulillah...Di sebalik makna sebuah 'Mujahadah'~
more
"Bukan senang nak senang"..
-Tokwan- =)
Assalamua'laikum wbt... Alhamdulillah...KMR 08 telah pun melabuhkan tirainya...pelbagai pengalaman..pahit manis...masam masin yang telah dirasakan oleh peserta mahupun urusetia2 sendiri...Allahuakbar! Sungguh seinfiniti terima kasih kepad Allah Al'Jami' yang telah menghimpunkan kita di sebuah program yang cukup bermanfaat ini..
insyaallah entry tentang KMR akan cuba dimasukkan oleh admin sbg round down sepanjang pgrm..
di samping itu, kami terlebih dahulu amat2 mengalukan sahabat2 bagi yang ingin memberi komen, testimonial, share pengalaman dn sbgnya ketika di KMR, (night walk...demi matahari...makan talam...nyanyi lagu rock versi nasyid..pengisian2 yang bermanfaat...dan apa saja lah yang meninggalkan 'sesuatu' di sudut terdalam hati antum) utk sama2 berkongsi cerita kepada semua terutamanya kepada yang tidak berpeluang hadir ke kem tempoh hari agar mereka juga bisa merasai kebahagiaan yang sama seperti mana yang kalian rasakan sepanjang 3 hari disana.
Jadi apa lagi, meh emelkan 'cerita' shbt2 kepada pmimsu@alwahy.com.
Kami menunggu cerita anda untuk dikongsikan disini.. =)
Akhirul kalam, sekalung penghargaan kepada semua yang telah menjayakan program ini..samada secara langsung atau tidak langsung...
Semoga semua dapat mengambil hikmah dari makna 'mujahadah' yang sebenar dan dapat mengekalkan apa saja nilai yang baik daripada kem sehingga ke akhirnya...
"Jangan diucapkan selamat tinggal,
Bahkan sehingga bertemu lagi,
Andai tidak dibumi Tuhan,
Mudah2an diSyurga nanti..."
insyaallah mg bertemu lagi di next KMR dan lain2 program!!~
Teruskan bersama PMI k...
Salam Tarbiyah.Salam Seribu Mujahadah.
Ikhlas dari kami.
PMIMSU
MUJAHADAH ITU PAHIT KERANA JANNAH ITU MANIS~;p
p/s: kredit jg utk smua akak2 n abg2 fc dr pmium...antum mmg superb.....
-
Jom Join ESQ TRAINING MAHASISWA-4 Malaysia (This weekend; 13-14 Sept 08)
more
Suatu Pencarian~ Suatu Solusi ~ Iaitu dengan kembali kepada Allah.
Kebahagiaan x terhingga ketika kita mengenal diri dan mengenal Allah..~
Insyaallah, ESQ training cuba untuk membawa masyarakat untuk menyelami kembali makna terdalam disebalik panduan terbaik cara hidup yang Allah dah kurniakan kepada kita iaitu melalui nikmat Ihsan, Iman, Islam
dan menjadikan kita memahami kenapa 'Islam is a way of Life'...
yang selama ini mungkin kita tahu tapi buat2 tak tahu..
Apa yang menarik ia tidak sama dengan training2 mahupun kursus atau seminar yang biasa rakan2 ikuti sebelum ni, yang mana mungkin lebih berkonsepkan penerangan modul dan teori semata2, tetapi esq way 165 insyaallah memberi rasa kebersamaan dan impak yang terkesan dihati setiap peserta dengan menterjemahkannya melalui sebuah perjalanan training yang cukup menarik dan hebat..penuh dengan dalil2 Al-Quran dan hadith dan setiap saatnya langsung tidak merugikan . Banyak benda di dalamnya yang akan membuka mata sahabat2 .. Esq training bukan training agama atau ritual, malah ia sgt2 terbuka untuk non muslim dan sudah rmai alumni dr kalangan non muslim yang telah mengikuti esq training dan memberi feedback yang baik terhadap keindahan methode yang dibwa kerana ia lebih memfokuskan kepada human resource development atau pembangunan sumber manusia yang mengaplikasikan sistem tertinggi islam sebagai modul terbaik latihan manusia .
Dalam konteks kita sebagai mahasiswa, Esq training sgt2lah bermanfaat dan Insyaallah sedikit sebanyak dpt membantu kita untuk mengenali siapa diri kita yang sebenarnya dan memaksimumkan kembali potensi diri kita untuk menjadi lebih cemerlang dan jelas Tujuan Hidup.
bagi yang tengah2 bersedih tu..haa..elokla join esq training. insyaallah kat sana boleh membantu sahabat2 tahu 'kebahagiaan sebenar' & pada Siapa air mata itu selayaknya dikeluarkan.Insyaallah lepas balik dari esq akan senyum je memanjang.. dan menjadi individu baru yang lebih smart, dan lebih memahami erti sebuah kehidupan. insyaallah =)
wallahualam..

Kini Kembali dengan~
ESQ TRAINING MAHASISWA 4 (Malaysia)
13 & 14 September 2008 (Sabtu & Ahad)KL International Hotel, Kg Bharu
19-25 (Student Card diperlukan)
Trainer: Firdaus Djamaris
(walk-in registration is acceptable)
-masih boleh mendaftar sehingga ke hari pertama training Sabtu ini...
sepintas lalu suasana di esq training
antara alumni yang pernah mengikuti esq training di malaysia
ikuti pendapat Ustaz Asri kump Rabbani tentang Esq training...Feel the Experience~
Liridhallah.....
utk maklumat lanjut boleh menghubungi ahli PMI yang berikut:
Muslihah (013-2113405) @ Apheeza (0137044806)Sekadar ingin berkongsi kebahagiaan dan Kami berharap sangat agar sahabat2 x melepaskan peluang yang baik ni...Ana merasakan ia sebuah platform tarbiyah dan dakwah yang cukup baik...Rasailah dulu ya, insyaallah kalian akan memahaminya. Peluang x selalu datang, jadi kejarlah ia k =)Sebuah hidayah tidak mampu dibeli dengan wang ringgit.. Yakinlah Selangkah kita menuju Allah...Seribu langkah Allah menuju kita... Wallahualam.. Jom..cepat mendaftar coz hujung minggu ni dah... Sebarkan pada teman2 yang lain dan boleh terus hubungi kami jika ada sebarang kemusykilan atau untuk pendaftaran k..
Nak tahu lebih lanjut tentang Apa itu ESQ training?? sila layarihttp://www.iluvislam.com/v1/viewpage.php?page_id=531
-
Bermulanya Kembara Sebuah Mujahadah~Selamat Berangkat..=)
more"Kem Mujahadah Ramadhan 08"
Date : 5-7 Sept 08
Venue : 'Medan tarbiyah kembara alam', Impian Resort, Hulu Langat Selangor
Participants : +-80 orang
Moga selamat pergi dan selamat pulang!Moga kembali dengan seribu mujahadah~ Insyaallah....
-
What Is Ramadan?
An Explanation By Yusuf Islam~moreBulan Ramadhan bulan yang berkat
Bulan rahmat dan bulan utama
Pahala digandakan doa diterima
Bulan lailatul qadar yang istimewa
Bulan Ramadhan bulan yang berkat
Bulan rahmat dan bulan utama
Pahala digandakan doa diterima
Bulan lailatul qadar yang istemewa
Isi lah bulan ini banyakkan amalan
Beribadah malam siang berpuasa
Banyakkan lah sedekah jangan di kira
Moga ia menjadi penebus dosa
Membaca Al-quran yang dilupakan kan
Zikir dan tasbih elok disertakan
Meriahkan ramadhan dengan bermacam cara
Agar ramadhan tidak sia-sia
Bulan Ramadhan bulan yang berkat
Bulan rahmat dan bulan utama
Pahala digandakan doa diterima
Bulan lailatul qadar yang istemewa
Bulan Ramadhan bulan yang berkat
Bulan rahmat dan bulan utama
Pahala digandakan doa diterima
Bulan lailatul qadar yang istemewa
Hindarkan lah dosa di setiap angagota
Kalau boleh dosa dijuang
Kerana dosa itu merosakkan pahala
Agar kita tidak mensiakan ramadhan
Isikan ramadhan dengan sebaiknya
Kerna ia datang setahun sekali
Tahun hadapan belum tentu jupa
Kerna kita mati bila-bila masa
-
SOLAT TARAWIKH
more
Rakan-rakan dijemput hadir untuk sama-sama menunaikan solat tarawikh berjemaah.Solat tarawikh akan diadakan sepanjang bulan Ramadhan di Pusat Islam MSU/PTPL (surau kolej)Semoga kehadiran rakan-rakan dapat menyemarakkan lagi malam yang penuh keberkatan ini."Semoga 1 bulan mendatang penuh kesabaran,4 minggu keimanan,30 hari keberkatan,720 jam kasih sayang43200 saat penuh senyuman..=)"sELaMaT BerpuAsA.....* moreh disediakan...(^_^)
