MAHASISWA MSU

  • Jom Join ESQ TRAINING MAHASISWA-4 Malaysia (This weekend; 13-14 Sept 08)



    Suatu Pencarian~ Suatu Solusi ~ Iaitu dengan kembali kepada Allah.

    Kebahagiaan x terhingga ketika kita mengenal diri dan mengenal Allah..~

    Insyaallah, ESQ training cuba untuk membawa masyarakat untuk menyelami kembali makna terdalam disebalik panduan terbaik cara hidup yang Allah dah kurniakan kepada kita iaitu melalui nikmat Ihsan, Iman, Islam
    dan menjadikan kita memahami kenapa 'Islam is a way of Life'...
    yang selama ini mungkin kita tahu tapi buat2 tak tahu..

    Apa yang menarik ia tidak sama dengan training2 mahupun kursus atau seminar yang biasa rakan2 ikuti sebelum ni, yang mana mungkin lebih berkonsepkan penerangan modul dan teori semata2, tetapi esq way 165 insyaallah memberi rasa kebersamaan dan impak yang terkesan dihati setiap peserta dengan menterjemahkannya melalui sebuah perjalanan training yang cukup menarik dan hebat..penuh dengan dalil2 Al-Quran dan hadith dan setiap saatnya langsung tidak merugikan . Banyak benda di dalamnya yang akan membuka mata sahabat2 .. Esq training bukan training agama atau ritual, malah ia sgt2 terbuka untuk non muslim dan sudah rmai alumni dr kalangan non muslim yang telah mengikuti esq training dan memberi feedback yang baik terhadap keindahan methode yang dibwa kerana ia lebih memfokuskan kepada human resource development atau pembangunan sumber manusia yang mengaplikasikan sistem tertinggi islam sebagai modul terbaik latihan manusia .




    Dalam konteks kita sebagai mahasiswa, Esq training sgt2lah bermanfaat dan Insyaallah sedikit sebanyak dpt membantu kita untuk mengenali siapa diri kita yang sebenarnya dan memaksimumkan kembali potensi diri kita untuk menjadi lebih cemerlang dan jelas Tujuan Hidup.

    bagi yang tengah2 bersedih tu..haa..elokla join esq training. insyaallah kat sana boleh membantu sahabat2 tahu 'kebahagiaan sebenar' & pada Siapa air mata itu selayaknya dikeluarkan.

    Insyaallah lepas balik dari esq akan senyum je memanjang.. dan menjadi individu baru yang lebih smart, dan lebih memahami erti sebuah kehidupan. insyaallah =)

    wallahualam..




    Kini Kembali dengan~

    ESQ TRAINING MAHASISWA 4 (Malaysia)

    13 & 14 September 2008 (Sabtu & Ahad)

    KL International Hotel, Kg Bharu

    19-25 (Student Card diperlukan)

    Trainer: Firdaus Djamaris

    (walk-in registration is acceptable)


    -masih boleh mendaftar sehingga ke hari pertama training Sabtu ini...


    sepintas lalu suasana di esq training


    antara alumni yang pernah mengikuti esq training di malaysia




    ikuti pendapat Ustaz Asri kump Rabbani tentang Esq training...


    Feel the Experience~

    Liridhallah.....


    utk maklumat lanjut boleh menghubungi ahli PMI yang berikut:

    Muslihah (013-2113405) @ Apheeza (0137044806)



    Sekadar ingin berkongsi kebahagiaan dan Kami berharap sangat agar sahabat2 x melepaskan peluang yang baik ni...Ana merasakan ia sebuah platform tarbiyah dan dakwah yang cukup baik...Rasailah dulu ya, insyaallah kalian akan memahaminya. Peluang x selalu datang, jadi kejarlah ia k =)Sebuah hidayah tidak mampu dibeli dengan wang ringgit.. Yakinlah Selangkah kita menuju Allah...Seribu langkah Allah menuju kita... Wallahualam.. Jom..cepat mendaftar coz hujung minggu ni dah... Sebarkan pada teman2 yang lain dan boleh terus hubungi kami jika ada sebarang kemusykilan atau untuk pendaftaran k..
    Nak tahu lebih lanjut tentang Apa itu ESQ training?? sila layari

    http://www.iluvislam.com/v1/viewpage.php?page_id=531



0 komen:

Leave a Reply

Jangan Lupa sahabat...

Perhatian untuk ahli PMIMSU






insyaALLAH...
dalam masa terdekat nanti,
PMIMSU akan membuat dua program

1) "khidmat sosial dan mengenal cara hidup kampung di Kuala Selangor"

2) " Kursus Sembelihan"

tarikh akan diumumkan tidak lama lagi. :)

teruskan menyokong dan mengikuti perkembangan PMIMSU

jom berbual sebentar

ayat2 cinta



Ayat-ayat cinta dari ALLAH untuk hambaNYA

"Did you think that We had created you in play (without any purpose), and that you would not be brought back to Us?" (Quran 23:115):

“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.” - Surah az-Zariyat: ayat 56.

"demi masa:. .:sesungguhnya manusia dalam kerugian:. .:kecuali yang beriman dan juga yang beramal soleh:. .:yang berpesan pada kebenaran:. .:yang berpesan pada kesabaran" (Alquran:Al-asr)

"ya tuhanku, sesungguhnya aku berkehendak kepada kebaikan yang engkau turunkan kepadaku.. (alqasas:24)

"Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yg Aku Idam-Idamkan?"

"..dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui.." (albaqarah:216)

Kenapa Susah Sangat Ujian Ini?

"...dan ketahuilah, Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya..." (albaqarah:286) "...sesungguhnya disamping kesusahan bersamanya kemudahan... ...(ditegaskan sekali lagi) disamping kesusahan bersamanya kemudahan..." (alinsyirah:5&6)

"Do you really think that you will enter Paradise without such trials as came to those who passed away before you? They were afflicted with severe poverty and ailments and were so shaken that even the Messenger and those who believed along with him said, 'When will come the Help of Allah?" Yes, certainly the Help of Allah is near!" [Quran 2:214]

Rasa Frust? Tension? Lemah Semangat?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." :. - Surah Al-Imran ayat 139

"adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan sahaja berkata 'kami telah beriman' tanpa mereka diuji:. .:dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 sblm mereka,Dia mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta" (alankabut:2&3)

Bagaimana Harus Aku Menghadapinya?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)"." (Surah Al-Imran ayat 200)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (Surah Al-Baqarah ayat 45)

"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang." (Ar-Ra'd: 28) Apa Yang Aku Dapat Daripada Semua Ini?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... (Surah At-Taubah ayat 111)

Kepada Siapa Aku Berharap?

"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (Surah At-Taubah ayat 129)

Arghhh Aku Tak Tahan!!! Aku Dah Bosan!!

"...dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." (Surah Yusuf ayat 12)

Adakah Aku Sudah Dikira Beriman?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta". (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)


Bukankah ALLAH itu DEKAT? =) bacalah selalu Ayat-Ayat Cinta dari-NYa... CintaiLah DIA dengan sepenuh jiwa...krn Cinta-Nya x pernah mengecewakan....

Komen Dan cadangan