-
Kata Aluan Helwanis
Oleh: Timbalan Presiden 2 Persatuan Mahasiswa Islam MSU (helwanis)Assalamualaikum w.b.t
Bismillahirahmanirahim,Segala puji bagi Allah ,Penguasa Seluruh Alam,Selawat dan salam ke atas junjungan dan sanjungan Nabi Muhammad s.a.w.Olek kerana usaha Baginda ,kita umat akhir zaman masih dapat mengecap dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat Islam dan Iman.
Alhamdulillah,Segala puji hanya bagi Allah swt,kerana dengan limpah rahmat dan pilihan dari-Nya jualah,hati-hati ini telah menjadi sebahagian darpada sayap-sayap perjuangan untuk sama-sama bergerak dan berganding bahu dibawah payung PERSATUAN MAHASISWA ISLAM MSU bagi sesi 2008/2009
Tanpa kita sedari ,barisan PMI MSU telah bertukar wajah .Biarpun kepimpinan bertukar ganti setiap tahun tetapi matlamatnya tetap sama iaitu ingin mewujudkan suasana biah solehah dalam kampus dan menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.Kepada barisan pemimpin yang telah dilantik tahniah dan takziah diucapkan.
Helwanis menyeru semua pimpinan muslimat supaya menjadi benteng dalam mencegah gerakan halus feminism yang semakin menular di media elektronik dan media cetak. Justeru kepada para muslimat janganlah terus berdiam diri dan menjadi seperti enak dalam belukar yang hanya tahu melepaskan pucuk masing-masing,sedangkan isu-isu mencaci islam sedang luas disebarkan.
Saya merasakan telah menjadi satu kewajipan kepada pimpinan PMI MSU memikul amanah yang telah diberikan ini dengan sebaik-baiknya.Ingatlah amanah yang telah diberikan ini bukanlah suatu pangkat kemasyuran atau kebanggaan ,tetapi amanah ini adalah satu tanggungjawab yang perlu dipikul bersama kerana kelak kita akan dipersoalkan atas setiap apa yang telah dipertanggungjawabkan ini.
Akhir kata,kerjasama daripada semua pihak amatlah diperlukan dan berilah teguran yang membina kepada kami sekiranya terdapat kekurangan dan kelemahan .Sesungguhnya teguran daripada kalian adalah kayu pengukur dalam perjalanan menegakkan syiar islam di bumi kampus MSU ini.Marilah sama-sama kita menyumbang tenaga membangunkan syiar islam di bumi ini walaupun di mana kita berada.Wallahualam.
Utk Atikah dn smua shbt2/adik2 akhwat pmimsu 0910
"Dalam jauh perjalanan, Allah amanahkan sebuah perjuangan, terimalah dengan kekuatan..kdg2 sakit yg mendatang, kdg teman x sehaluan, kdg kjyn sukar dicapai, namun yakinlah itu skdr ujian, tarbiyah kekuatan dr Tuhan."
Sirru a'la barakatillah.
Mg istiqamah slalu dlm perjuangan.
=)
Moga muslimah trus maju ke depan. mnjadi sayap kiri perjuangan,insyaallah
Aslih nafsak, wad'u ghairak
-Kak Muslihah
mantan helwanis