MAHASISWA MSU

  • NafAS barU~AGM PMIMSU 08/09










    Assalamua'laikum wbt..

    ALHAMDULILLAH...segala puji bagi ALLAH..krn dengan limpah rahmat dan kurnianya,
    Annual Grand Meeting PMI kali ke-5 telah pun selamat dijalankan semalam bertempat di Hall H selepas solat Zohor berjemaah di Pusat Islam semalam..

    Mesyuarat dihadiri oleh Penasihat PMI sendiri iatu Ustaz Herzali Mohamed, barisan pimpinan lama, pimpinan Majlis Tertinggi yang baru dan juga pelajar-pelajar yang terdiri daripada ahli-ahli PMI sendiri. Majlis bertambah seri dan keprotokalannya apabila dipengerusikan oleh sahabat PMI kami iaitu akh Rukhaini (bob), dan dimulakan dengan bacaan doa Rabitah oleh mantan Exco Tarbiyah, akh Rafiuddin.

    Mesyuarat Agung diteruskan dengan Ucapan Dasar Presiden PMI yang diwakili oleh Timbalan Presiden PMI 07/08, akh Zaki Harun dan diteruskan dengan perbentangan Laporan Pentadbiran oleh saudari Setiausaha iaitu Ukhti Apheeza Dewi Pharah Awaluddin. Laporan yang dibentang adalah berkisar tentang keseluruhan program yang telah dijalankan oleh PMIMSU sepanjang di bawah pimpinan yang lepas dan dapat dirujuk oleh ahli melalui buku laporan yang disediakan kepada setiap ahli yang hadir. Hadirin kemudiannya dibuka ruang untuk sesi soal jawab untuk Laporan setiausaha. Mesyuarat kemudian diteruskan lagi dengan pembentangan laporan belanjawan oleh Bendahari I iaitu akh Saiful Ariff dan juga sesi soal jawab bersama bendahari.

    Mesyuarat disambung dengan perbahasan ucapan dasar presiden PMI dan juga usul cadangan oleh ahli mesyuarat. AGM kali ini bertuah dan rancak kerana menyaksikan banyak usul dan cadangan telah dikeluarkan oleh ahli dan mendapat sokongan bagi memantapkan lagi barisan kepimpinan akan datang. Insyaallah segala usul yang melibatkan perlembagaan dan cadangan-cadangan yang dikemukakan akan dibincangkan oleh Pimpinan Tertinggi yang baru dalam mesyuarat yang terdekat.

    Majlis diteruskan dengan Proses Pertukaran MT, persembahan video sekilas kenangan Pimpinan Lama dan juga perlantikan Pimpinan Baru MT PMIMSU 08/09..

    Alhamdulillah, dan inilah senarai barisan Pimpinan Majlis Tertinggi yang baru...

















    Presiden : Mohamad Halim bin Mohamad Shariff (BBM)

    Timbalan Presiden I : Saiful Ariff bin Ishak (BMS)

    Timbalan Presiden II (Helwanis) : Nurul Atikah Anuar (BMS)

    Setiausaha : Syed Abdul Faiz bin Syed Abdul Hamid (BBM)

    Setiausaha II : Siti Hajar Abdul Majid (TESL)

    Bendahari : Mohd Azri bin Nazarudin (BMS)

    Bendahari II :
    Hidayatul Husna Masli (BBM)

    (bagi yang belum kenal, boleh2la berkenalan lepas ni ye =p)

    TAHNIAH kepada semua yang telah terpilih.. dan takziah juga atas taklifan... Apapun
    Tapisan dari Allah pastinya yang terbaik, kalian adalah pilihan dari ALLAH, insyaallah, mg dpt buat yg terbaik dan jauh lbh baik dr pimpinan2 yg sebelumnya, dan mudahan akan terus istiqamah dan kuat dalam menyebarkan risalah perjuangan ini.

    Semoga Pimpinan PMI yang baru akan terus memberikan nafas yang segar dalam dakwah dan tarbiyah di bumi MSu yang kita cintai, dan lebih banyak melakukan program2 yang dapat mengajak sahabat2 untuk kembali kepada Allah..=) Insyaallah..caiyok2...

    Kepada pimpinan yang lama, tahniah juga atas segalanya... Hanya Allah yang dapat membalas segala pengorbanan kalian..dan moga perjuangan ini tak berhenti setakat ini sahaja. Teruslah berkongsi dan membimbing diri dan orang lain, juga adik2 di pimpinan PMI yg baru, dan mg trus menjadi yang bermanfaat untuk semua,. Insyaallah moga semuanya terus istiqamah dan terjaga dalam rahmatNya. Ukhuwwah yang terbina pasti menjadi kenangan terindah, terpateri bersama, dibawah satu Tautan Aqidah..













    kenangan indah bersama tetap terpahat diingatan...insyaallah..:-)


    Akhirul kalam, saya mewakili pimpinan PMIMSU 07/08, memohon maaf atas segala kekurangan, kesilapan, dan kesalahan kami sepanjang memegang taklifan ini. Yakinlah bahawa Islam tetap berada di tempat tertinggi, segala usaha yang dirancang, kami cuba lakukan yang terbaik atas segala kemampuan yang ada. Namun kekurangan sebagai insan biasa yang banyak melakukan kesilapan, kami pohon keampunan daripada Allah Ta’ala. Semoga usaha yang sedikit ini diberkati Allah SWT dan dinilai olehNya sebagai satu ibadah.

    Insyaallah.

    Sirru a'la barakatillah~ Dimana bumi dipijak, disitu Islam dijunjung...

    Salam PErjuangan kerana ALLAH =)

    With lots of Love Mahabbah Fillah, PMIMSU 0708

    Kpd adik2 pimpinan baru, salam perjuangan dari kami! Truskan berkhidmat utk Islam k..


    Ex-Presiden

    Muhammad Ruzaini b. Abdul Jalil

    Ex-Timbalan Presiden I

    Mohd Zaki b. Harun

    Ex-Timbalan Presiden II

    Siti Muslihah bt. Mohd Nor

    Ex-Setiausaha I

    Badrulhisyam b. Razali

    Ex-Setiausaha II

    Apheeza Dewi Pharah bt. Awaludin

    Ex-Bendahari I

    Saiful Ariff b. Ishak

    Ex-Bendahari II

    Hanani bt. Ahmad

    Ex-Exco Tarbiyyah

    1) Rafiuddin b. Ramli

    2) Normasitah bt Nawil

    Ex-Exco Dakwah

    1)Nawawi Abdul Rahman
    2) Siti Hajarul Aswad bt. Abdullah

    Ex-Exco Ekonomi

    1) Hidayatul Husna bt. Masli

    Ex- Exco Perhubungan Luar & Logistik

    1) Siti Khadijah bt. Che Ab. Malik

    Ex-Exco Kebajikan

    1) Hanzlah b. Othman
    2) Nur Salmah bt. Hanafe

    Ex-Exco Publisiti

    1) Muhammad Danial b. Ramli
    2) Asrimah bt. Bakri

    Ex-Exco ICT

    1.Nur Syuhada bt Mohd Salleh











































































    UKHUWWAH FILLAH, BONDED BY A'QIDAH~
    Salam ingatan Tulus Ikhlas, (",)
    -PMIMSU 07/08-

0 komen:

Leave a Reply

Jangan Lupa sahabat...

Perhatian untuk ahli PMIMSU






insyaALLAH...
dalam masa terdekat nanti,
PMIMSU akan membuat dua program

1) "khidmat sosial dan mengenal cara hidup kampung di Kuala Selangor"

2) " Kursus Sembelihan"

tarikh akan diumumkan tidak lama lagi. :)

teruskan menyokong dan mengikuti perkembangan PMIMSU

jom berbual sebentar

ayat2 cinta



Ayat-ayat cinta dari ALLAH untuk hambaNYA

"Did you think that We had created you in play (without any purpose), and that you would not be brought back to Us?" (Quran 23:115):

“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.” - Surah az-Zariyat: ayat 56.

"demi masa:. .:sesungguhnya manusia dalam kerugian:. .:kecuali yang beriman dan juga yang beramal soleh:. .:yang berpesan pada kebenaran:. .:yang berpesan pada kesabaran" (Alquran:Al-asr)

"ya tuhanku, sesungguhnya aku berkehendak kepada kebaikan yang engkau turunkan kepadaku.. (alqasas:24)

"Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yg Aku Idam-Idamkan?"

"..dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui.." (albaqarah:216)

Kenapa Susah Sangat Ujian Ini?

"...dan ketahuilah, Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya..." (albaqarah:286) "...sesungguhnya disamping kesusahan bersamanya kemudahan... ...(ditegaskan sekali lagi) disamping kesusahan bersamanya kemudahan..." (alinsyirah:5&6)

"Do you really think that you will enter Paradise without such trials as came to those who passed away before you? They were afflicted with severe poverty and ailments and were so shaken that even the Messenger and those who believed along with him said, 'When will come the Help of Allah?" Yes, certainly the Help of Allah is near!" [Quran 2:214]

Rasa Frust? Tension? Lemah Semangat?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." :. - Surah Al-Imran ayat 139

"adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan sahaja berkata 'kami telah beriman' tanpa mereka diuji:. .:dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 sblm mereka,Dia mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta" (alankabut:2&3)

Bagaimana Harus Aku Menghadapinya?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)"." (Surah Al-Imran ayat 200)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (Surah Al-Baqarah ayat 45)

"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang." (Ar-Ra'd: 28) Apa Yang Aku Dapat Daripada Semua Ini?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... (Surah At-Taubah ayat 111)

Kepada Siapa Aku Berharap?

"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (Surah At-Taubah ayat 129)

Arghhh Aku Tak Tahan!!! Aku Dah Bosan!!

"...dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." (Surah Yusuf ayat 12)

Adakah Aku Sudah Dikira Beriman?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta". (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)


Bukankah ALLAH itu DEKAT? =) bacalah selalu Ayat-Ayat Cinta dari-NYa... CintaiLah DIA dengan sepenuh jiwa...krn Cinta-Nya x pernah mengecewakan....

Komen Dan cadangan