MAHASISWA MSU

  • Qunut nazilah : BAntu Palestin

    Tegakah kita 'hanya' melihat kekejaman ini?.......
    Dimana nilai kemanusiaan..sebagai hamba Tuhan?...


    Gaza, tak kan hangus oleh nafsumu hai Israel yang haus darah!
    Gaza, tak kan pernah mati oleh kelicikanmu wahai laknatullah!
    Bumi Palestina takkan surut menyeru!, mengguncang! memporak porandakanmu!
    Bumi Islam tak kan habis mengikis semangat menggempurmu!

    karna mereka adalah pilihan
    sebab mereka adalah seruan...
    Biarpun kemaren kau bangga telah membunuh 230 mujahid
    dan melukai 750 lainnya..
    Tak kan ada artinya..
    bagi mereka adalah syurga
    tetapi bagimu mati adalah disebabkani ketakutan.
    Kebanggaan yang hina yang kau propagandakan pada dunia!

    Sekali lagi Gaza,
    Sekali lagi Palestina!
    Sekali lagi kukatakan 'telah jelas yang haq dan yang bathil'

    Kayla Sajida, 28 disember 2008


    QUNUT NAZILAH

    Qunut Nazilah adalah do'a qunut ketika musibah atau kesulitan menimpa kaum Muslimin, seperti peperangan, terbunuhnya kaum Muslimin atau diserangnya kaum Muslimin oleh orang-orang kafir. Qunut Nazilah, yaitu mendo'akan kebaikan atau kemenangan bagi kaum Muk-minin dan mendo'akan kecelakaan atau kekalahan, ke-hancuran dan kebinasaan bagi orang-orang kafir, Musy-rikin dan selainnya yang memerangi kaum Muslimin. Qunut Nazilah ini hukumnya sunnat, dilakukan sesudah ruku? di raka'at terakhir pada shalat wajib lima waktu, dan hal ini dilakukan oleh Imam atau Ulil Amri.

    Imam at-Tirmidzi berkata: "Ahmad (bin Hanbal) dan Ishaq bin Rahawaih telah berkata: "Tidak ada qunut dalam shalat Fajar (Shubuh) kecuali bila terjadi Nazilah (musibah) yang menimpa kaum Muslimin. Maka, apabila telah ter-jadi sesuatu, hendaklah Imam (yakni Imam kaum Mus-limin atau Ulil Amri) mendo'akan kemenangan bagi tentera-tentera kaum Muslimin." [2]

    Berdasarkan hadits Ibnu Abbas , bahwasanya Rasulullah صلی الله عليه وسلم melakukan qunut satu bulan berturut-turut pada shalat Zhuhur, Ashar, Maghrib, 'Isya dan Shubuh di akhir setiap shalat, yakni apabila beliau telah membaca "Sami'allaahu liman hamidah dari raka'at terakhir, beliau صلی الله عليه وسلم mendo'akan kecelakaan atas mereka, satu kabilah dari Bani Sulaim, Ri'il, Dzakwan dan Ushayyah sedangkan orang-orang yang di belakang beliau mengaminkannya. [3]

    Hadits-hadits tentang qunut Nazilah banyak sekali, dilakukan pada shalat lima waktu sesudah ruku' di raka'at yang terakhir.

    Imam an-Nawawi memberikan bab di dalam Syarah Muslim dari Kitabul Masaajid, bab 54: Istihbaabul Qunut fii Jami'ish Shalawat idzaa Nazalat bil Muslimin Nazilah (bab Disunnahkan Qunut pada Semua Shalat (yang Lima Waktu) apabila ada musibah yang menimpa kaum Muslimin) [4]


    [2]. Tuhfatul Ahwadzi Syarah at-Tirmidzi II/434.
    [3]. Abu Dawud no.1443, al-Hakim I/225 dan al-Baihaqi II/200 & 212, lihat Irwaa-ul ghaliil II/163.
    [4]. Lihat juga masalah ini dalam Zaadul Ma'aad I/272-273, Nailul Authar II/374-375 -muhaqqaq.

    sumber : iluvislam.com (please click 4 further info's)

    APA yang akan terjadi di masjid jika dalam solat Zuhur, imam membaca qunut dalam bahasa Arab yang maksudnya "Ya Allah ampunilah dosa kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat. Ya Allah, jinakkan, satu padukan hati orang muslimin. Perbaikilah keadaan mereka. Tolonglah kaum muslimin khususnya pejuang Palestin dan Lubnan untuk melawan musuh-musuh-Mu, dan musuh-musuh mereka khususnya tentera Israel penceroboh. Ya Allah, laknatlah orang kafir yang mendustakan Rasul-Mu dan membunuh kekasih-Mu. Ya Allah cerai-beraikan kesatuan mereka. Hancur leburkan kekuatan mereka, Dan turunkanlah bencana-Mu yang tiada tertolak lagi untuk orang yang penuh dengan dosa, dengan menyebut nama-Mu ya Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindungan-Mu"?

    Sudah tentu makmum pada mulanya akan gelabah dan gempar seperti ada yang terus sujud selepas baca doa rukuk kerana dia fikir imam akan terus sujud seperti biasanya; ada yang tertanya-tanya yang akhirnya mengganggu kekhusyukan solatnya dan sebagainya jika imam tidak memaklumkan terlebih dulu bahawa dia akan membaca doa qunut nazilah pada rakaat terakhir solat Zuhur berkenaan. Dalam amalannya, doa itu bukan hanya dalam solat Zuhur tapi juga dibaca dalam setiap solat fardu.

    Apakah qunut nazilah itu? Secara garis besarnya qunut nazilah adalah suatu doa di dalam solat pada tempat yang khusus dalam keadaan berdiri kerana malapetaka atau musibah yang turun menimpa kaum muslimin dalam bentuk penganiayaan, penyiksaan, gempa, banjir, dan sebagainya. Nazilah, jamak nawazil, itu sendiri bererti 'malapetaka' (al-Bahuti, Kasysyaf al-Qina', 1/421)

    Dalam sejarah Islam, qunut nazilah sering dilakukan baginda Rasulullah SAW dan Khulafa Rasyidin yang empat. Pada permulaan Hijrah, baginda membaca qunut nazilah untuk keselamatan Ayyasy, al-Walid dan Salamah yang berpakat hijrah dengan melarikan diri dari Makkah ke Madinah. (Rujuk hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

    Dalam kejadian lain, puak Ri'l, Zakuan, 'Ushayyah dan Bani Lahyan meminta pertolongan Nabi untuk menghantar tentera bantuan dalam memerangi musuh mereka. Baginda mengabulkan permohonan itu dan mengutuskan 70 pejuang Ansar yang dikenali sebagai penghafaz al-Quran pada masa itu. Mereka adalah pencari kayu pada siang hari dan solat tahajud pada malam hari. Ketika tiba di satu tempat bernama Perigi Ma'unah, kawasan al-Najd, puak Arab berkenaan mengkhianati Nabi dan menyembelih semua pejuang utusan baginda itu. Kejadian ini berlaku pada bulan Safar tahun 4 Hijrah. Selepas berita memilukan dan menyedihkan ini, Nabi membaca qunut nazilah untuk kebinasaan puak Ri'l, Zakuan, 'Ushayyah dan Bani Lahyan selama satu bulan. (Rujuk hadis riwayat Bukhari)

    Selepas kekalahan umat Islam dalam peperangan Uhud yang berakhir pada Sabtu, 15 Syawal tahun 3 Hijrah, puak 'Adhl dan al-Qarah meminta kepada Nabi orang yang boleh mengajarkan agama kepada mereka. Nabi dengan senang hati mengabulkan permintaan mereka dan mengirimkan 10 orang ustaz di bawah pimpinan 'Ashim bin Tsabit. Malangnya, ketika tiba di kawasan puak Huzail, penipu daripada orang musyrik itu menghadang dan membunuh mereka. Tiga daripada mereka terselamat iaitu Khubaib bin Adiy, Zaid bin al-Datsnah dan Abdullah bin Tariq tetapi mereka menjadi tawanan. Bagaimanapun, mereka akhirnya terbunuh juga kerana sebab masing-masing. Kejadian ini dalam sejarah Islam terkenal dengan nama Ba'ts al-Raji' atau Utusan al-Raji' dan Rasulullah juga membaca qunut nazilah untuk kebinasaan kedua-dua puak pengkhianat berkenaan. (Rujuk Sirah Ibn Hisham)

    Daripada tiga kejadian di atas, kita boleh menyimpulkan bahawa setiap bala bencana menimpa umat dan juga demi memohon keselamatan umat, Nabi selalu melakukan qunut nazilah. Ini ditegaskan lagi dalam sebuah hadis maksudnya: "Sesungguhnya bila ingin mendoakan seseorang, Nabi Muhammad SAW membacakan qunut sesudah rukuk." (HR Ahmad dan Bukhari)

    Imam al-Nawawi (w. 676H) dalam kitabnya al-Majmu' menyatakan: "Pendapat yang benar dan masyhur yang ditetapkan majoriti ulama, apabila berlaku bala dan bencana ke atas orang Islam seperti ketakutan, kemarau, wabak atau serangan belalang atau seumpamanya, bolehlah dilakukan qunut nazilah pada setiap kali solat fardu. Jika tidak berlaku bala bencana, tidaklah perlu qunut nazilah itu."

    Qunut nazilah adalah suatu hal yang disyariatkan dan amat disunatkan ketika terjadi musibah. Sunat qunut nazilah ini pendapat ulama daripada mazhab Hanafi, Maliki, Syafie, Hambali dan lain-lainnya. Imam Syafie berkata: "Apabila turun musibah kepada kaum muslimin disyariatkan membaca qunut nazilah pada seluruh solat wajib.” (Dalam al-Baghawi, al-Syarh, 2/279). Ibn Qudamah dalam kitabnya al-Mughni menukil ucapan Imam Ahmad: “Apabila turun bencana kepada kaum muslimin, hendaknya imam melakukan qunut dan diaminkan orang yang dibelakangnya.” (1/450)

    Umat Islam adalah satu tubuh jika salah satu anggota tubuhnya sakit, yang lain turut sakit. Kita berkewajipan membantu umat Islam lain yang dalam keadaan musibah khasnya peperangan di merata tempat.

    Ukhuwah Islamiyah adalah kewajipan. Kita boleh membantu mereka dengan harta kekayaan, dukungan moral, pemberitaan kepada umat Islam yang lain dan salah satu di antaranya dengan doa. Saudara-saudara kita di Palestin sememangnya mengharungi keperitan hidup sepanjang masa. Gaza sudah dikuasai Israel. Serangan ke atas Lubnan adalah satu cara mengalihkan isu sebenar Palestin. Ehud Olmert, Perdana Menteri Israel Penceroboh dipetik Reuter menegaskan “Kami tidak membuat jadual khusus untuk operasi ini. Serangan akan diteruskan di merata tempat, bila-bila masa, dan dalam pelbagai ukuran untuk mencapai tujuan yang digariskan.” Malangnya, di tengah kecaman dunia yang datang bertubi-tubi, Amerika Syarikat bukan ikut meredakan suasana, sebaliknya membela negara zionis sekutunya itu. “Mari kita mengingat-ingat, siapa yang memulakan semua ini," kata Timbalan Menteri Luar Amerika Syarikat, Nicholas Burns, kepada CNN. Bahkan Kongres dan Parlimen Amerika Syarikat sudah menyiapkan satu usul resolusi yang menegaskan kesetiaan menyokong Israel, haknya untuk membela diri dan bertindak menghalang pencerobohan ke atasnya oleh kelompok atau negara penyokong keganasan seperti dikatakan salah seorang pemimpin Parlimen AS, Nancy Pelosi. (AFP)

    Israel memporak-perandakan sebuah negara dengan mengetepikan semua sopan santun hubungan antarabangsa kerana dakwaan hanya dengan dua tenteranya yang ditawan. Mereka boleh melakukannya dengan selesa. Sebaliknya, ribuan orang Islam dibunuh dan diancam Israel tapi kita tidak boleh buat apa-apa. Kita hanya boleh berdoa dengan kehinaan diri, tanpa daya kuasa dan penuh khusyuk “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang engkau bebankan kepada orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kami, dan ampunkanlah kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; maka tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir." (Surah al-Baqarah: 286)

    Kita sebagai umat yang hanya berstatus pengikut hanya boleh berdoa seperti dianjurkan al-Quran dan Sunnah Nabi. Dalam semua qunut nazilah yang dilakukan Nabi dan diamini sahabat di atas, dengan perkenan Allah. Ayyasy, al-Walid dan Salamah selamat tiba di Madinah; pemimpin dalam kejadian penyembelihan 70 sahabat, mati dengan pelbagai seksaan dunia, dan puak 'Adhl dan al-Qarah akhirnya direlakan kerana masuk Islam secara tulus dan ikhlas. Akankah kita melakukan qunut nazilah? Wallahu a'lam.

    INTI PATI
    Sunnah membaca qunut nazilah

  • Qunut nazilah adalah suatu doa di dalam solat dalam keadaan berdiri kerana malapetaka atau musibah yang turun menimpa kaum muslimin dalam bentuk penganiayaan, penyiksaan bencana alam.

  • Qunut nazilah sering dilakukan Baginda Rasulullah SAW dan Khulafa Rasyidin yang empat.

  • Kita sebagai umat islam sepatutnya berdoa seperti dianjurkan al-Quran dan Sunnah Nabi.




  • pmi-daily~

    "Ya Allah selamatkanlah rakyat Palestin selamatlah umat islam di seluruh dunia dari cengkaman musuh-musuh islam.Ya Allah berilah balasan setimpal kepada kaum-kaum yang memusuhi islam dan menganiaya umat islam"..

    Barangsiapa yang tidak mengambil berat ke atas urusan umat Islam maka sesungguhnya mereka bukan tergolong daripada mereka. (Maksud Hadith)

0 komen:

Leave a Reply

Jangan Lupa sahabat...

Perhatian untuk ahli PMIMSU






insyaALLAH...
dalam masa terdekat nanti,
PMIMSU akan membuat dua program

1) "khidmat sosial dan mengenal cara hidup kampung di Kuala Selangor"

2) " Kursus Sembelihan"

tarikh akan diumumkan tidak lama lagi. :)

teruskan menyokong dan mengikuti perkembangan PMIMSU

jom berbual sebentar

ayat2 cinta



Ayat-ayat cinta dari ALLAH untuk hambaNYA

"Did you think that We had created you in play (without any purpose), and that you would not be brought back to Us?" (Quran 23:115):

“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.” - Surah az-Zariyat: ayat 56.

"demi masa:. .:sesungguhnya manusia dalam kerugian:. .:kecuali yang beriman dan juga yang beramal soleh:. .:yang berpesan pada kebenaran:. .:yang berpesan pada kesabaran" (Alquran:Al-asr)

"ya tuhanku, sesungguhnya aku berkehendak kepada kebaikan yang engkau turunkan kepadaku.. (alqasas:24)

"Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yg Aku Idam-Idamkan?"

"..dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui.." (albaqarah:216)

Kenapa Susah Sangat Ujian Ini?

"...dan ketahuilah, Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya..." (albaqarah:286) "...sesungguhnya disamping kesusahan bersamanya kemudahan... ...(ditegaskan sekali lagi) disamping kesusahan bersamanya kemudahan..." (alinsyirah:5&6)

"Do you really think that you will enter Paradise without such trials as came to those who passed away before you? They were afflicted with severe poverty and ailments and were so shaken that even the Messenger and those who believed along with him said, 'When will come the Help of Allah?" Yes, certainly the Help of Allah is near!" [Quran 2:214]

Rasa Frust? Tension? Lemah Semangat?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." :. - Surah Al-Imran ayat 139

"adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan sahaja berkata 'kami telah beriman' tanpa mereka diuji:. .:dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 sblm mereka,Dia mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta" (alankabut:2&3)

Bagaimana Harus Aku Menghadapinya?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)"." (Surah Al-Imran ayat 200)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (Surah Al-Baqarah ayat 45)

"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang." (Ar-Ra'd: 28) Apa Yang Aku Dapat Daripada Semua Ini?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... (Surah At-Taubah ayat 111)

Kepada Siapa Aku Berharap?

"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (Surah At-Taubah ayat 129)

Arghhh Aku Tak Tahan!!! Aku Dah Bosan!!

"...dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." (Surah Yusuf ayat 12)

Adakah Aku Sudah Dikira Beriman?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta". (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)


Bukankah ALLAH itu DEKAT? =) bacalah selalu Ayat-Ayat Cinta dari-NYa... CintaiLah DIA dengan sepenuh jiwa...krn Cinta-Nya x pernah mengecewakan....

Komen Dan cadangan