-
MuhaRRaM vs New YeAr....
Tahun baru Hijrah menjengah tanpa kita sedari, masih banyak rasanya tugas dan tanggungjawab kita sebagai mahasiswa masih belum tertunai. Kata orang tahun baru, azam baru. Terpulanglah pada diri masing-masing untuk merealisasikannya..Sedar tak sedar, kita sudah hampir ke akhir fasal. Bagaimanakah persediaan kita dengan madah-madah yang kita ambil. Buatlah persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan agar kesilapan yang lalu tidak berulang. Ingatlah jika anda berhasrat untuk Berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.Bulan Muharam merupakan bulan keberkatan dan rahmat kerana bermula dari bulan inilah berlakunya segala kejadian alam ini. Bulan Muharam juga merupakan bulan yang penuh sejarah, di mana banyak peristiwa yang berlaku sebagai menunjukkan kekuasaan dan kasih sayang Allah kepada makhlukNya.Dalam bulan muharram imam ghazali ada menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub tentang sejarah 10 muharram iaitu:1 Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.2 Dicipta Adam a.s3 Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga4 Diterima taubat Nabi Adam a.s5 Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.6 Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.7 Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.8 Selamat Musa dan pengikutnya.9 Lemas Firaun.10 Dilahirkan Nabi Isa a.s.11 Diangkat Nabi Isa kelangit.12 Diangkat Nabi Idris ke langit.13 Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.14 Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.15 Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.16 Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.17 Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.18 Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.19 Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.Dalam singkapan sejarah ini maka kita seharusnya mengambil pedoman atas apa yang Allah kurniakan bagi nabi-nabinya yang berdakwah kejalanya tetapi sebaliknya bagi golongan yang menentangnya adalah azab yang sangat pedih.Begitulah kehidupan seharian kita yang seharusnya kita hidup untuk mendapat keredhaan Allah.Dalam kita berbicara tentang Muharram kita jugak tidak harus lupa bahawa tahun 2008 baru melabuhkan tirainya.Maka 2009 tiba membawa obor dan harapan baru bagi kita yang akan meneruskan kehidupan sebagai hambanya.Marilah sama-sama kita koreksi diri dan melihat kembali kehidupan kita sepanjang tahun 1429H & 2008 ini adakah mencapai target kita sebagai seorang penuntut ilmu,sebagai manusia dan yang paling penting kehidupan kita sebagai hambanya.Kedatangan tahun baru 1430H & 2009 bakal disambut dengan penuh meriah bersama dengan azam, semangat serta seribu harapan ke arah membentuk kehidupan yang lebih cemerlang. Ada manusia yang berjaya mengotakan apa yang dicita-citakan kerana kesungguhan diri ke arah merealisasikan apa yang dikata.Tidak kurang cita-cita dan azam hanya mampu terukir di mulut sahaja sedangkan hasilnya tidak ke mana disebabkan kealpaan diri yang lebih banyak berangan daripada melaksanakan perancangan. Itulah adat kehidupan manusia yang sememangnya mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri di mana ada yang tahu kekurangan diri maka dia sentiasa memperbaikinya dari hari ke hari ke arah yang lebih baik dan tidak kurang yang jahil tentang kekurangan yang ada sehingga dia terus alpa sebagai manusia yang tidak sedar diri di mana akhirnya ia bukan sahaja merosakkan dirinya sendiri malah turut memberi kesan kepada masyarakat sekitar.Kehadiran tahun baru juga tidak sepatutnya disia-siakan sehingga kita sebagai umat pilihan terus tertindas akibat meninggalkan ajaran Islam yang sebenar. Sampai bilakah keadaan kita terus dihina dan dianggap sebagai umat yang tidak berguna. Tidak cukupkah lagi penderitaan yang ditanggung dan penghinaan yang dihadapi selama ini. Adakah cukup sekadar merayakan kehadiran tahun baru saban tahun sedangkan hakikat kebahagiaan sebenar yang dikejar iaitu ingin kembali maju dalam membina tamadun yang selari antara kemanusiaan dan kebendaan berasaskan Islam belum dapat digapai. Adakah sudah cukup kita bergembira menyambut kedatangan tahun baru dengan gelak ketawa sedangkan masih ramai saudara seagama berteriak menangis memohon simpati akibat ditindas dan diburu oleh kuffar durjana. Sampai bilakah air mata ini terus mengalir meratapi tubuh umat Islam yang menjadi mangsa percubaan kepada senjata canggih pengganas kuffar dan bilakah lagi kita mahu merasai bagaimana air mata yang mengalir itu merupakan air mata kegembiraan menyambut kemenangan dan kegemilangan Islam.Hijrah nabi berjaya menghasilkan sebuah pemerintahan yang adil lagi saksama berdasarkan Islam sedangkan penghijrahan umat Islam hari ini akibat dihalau oleh musuh sehingga menjadi pelarian yang terbiar dan mengharapkan ihsan daripada saudara seagama. Hijrah nabi berjaya mengubah kehidupan umat Islam daripada dihina menjadi mulia, daripada lemah menjadi gagah, daripada rakyat yang diseksa kepada pemerintah yang berkuasa tetapi hijrah umat Islam hari ini menambah sengsara dan bebanan yang sudah sedia ada.Hijrah nabi mampu membentuk sebuah negara kebajikan tempat si kaya berbudi, si miskin dirai, si susah dibantu tetapi umat Islam hari ini hidup di sebuah yang kaya dengan hasil mahsul tetapi kesenangan hanya berkisar dan mampu diraih oleh si kaya sahaja sehingga si kaya semakin kaya si miskin papa kedana. Oleh itu mulai tahun baru ini mula orakkan langkah, hayunkan tangan bersama Islam untuk sama-sama berhijrah daripada kekufuran sistem kepada mengislamkan semula semua sistem hidup berdasarkan wahyu Allah demi mencapai kebahagiaan hidup di dunia fana dan akhirat yang kekal selamanya.Azam bagi kita umat Islam mestilah selari dengan kehendak agama kita bukan sebaliknya. Kita mesti mengetahui sejauh manakah kemampuan dan kelemahan yang ada pada diri kita dalam mencapai azam yang telah ditanam. Jangan terlalu mengharapkan sesuatu yang luar daripada kemampuan diri kita seumpama ingin memeluk gunung. Ingatlah bahawa azam seseorang mampu membelah sebuah bukit dengan syarat kemampuan yang ada mesti diadunkan dengan istiqomah dan kesungguhan maka ia baru terhasil.Usahakan setiap urusan akhirat kamu seumpama kamu akan mati esok hari dan gandakan usaha untuk dunia kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi. Apa yang penting bagi kita umat Islam dalam menyemat azam baru maka ia mesti berkait antara hari akhirat dengan kehidupan dunia kita. Jika kita memisahkan antara akhirat dan dunia maka kita akan rugi. Begitu juga bila kita melebihkan dunia kita sehingga mengurangkan penumpuan kita pada bekalan untuk meneruskan kehidupan di akhirat sana maka kita akan hina.Ingatlah bahawa dunia adalah jambatan untuk sampai ke negeri akhirat. Oleh itu pastikan niat dan azam kita serasi dengan kehendak agama. Kita dilahirkan untuk beribadat maka jadikanlah setiap niat, gerak geri kita adalah kerana Allah dan untuk membantu Islam bukannya untuk mencapai kepentingan peribadi sahaja.Ingatlah kita bagaimana Qarun yang berazam tinggi untuk membantu meninggikan kalimah Allah dan juga membantu mereka yang susah apabila nabi Musa mendoakan kepada Allah supaya beliau menjadi kaya raya. Tetapi apabila beliau telah pun hidup dalam penuh kemewahan tetapi melawan Allah.Begitu juga yang berlaku kepada Tha'labah yang memohon agar Rasulullah s.a.w mendoakan supaya dia menjadi kaya di mana jika dia telah kaya maka akan dibantu perjuangan Islam dan umat yang susah. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya sehingga dia pada mulanya lalai untuk mengerjakan solat kerana begitu sibuk menjaga kambingnya yang bertambah membiak. Selepas itu dia bukan sahaja tidak membantu perjuangan Islam dan umat yang susah tetapi turut engkar membayar zakat. Dia hidup sehingga zaman Sayyidinan Othman di mana pada ketika akhir usia, dia telah dihidapi penyakit kulit yang merbahaya. Ketika ini dia berasa menyesal dan ingin mengeluarkan zakat tetapi sebagaimana Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar yang tidak menerima zakatnya maka begitulah juga apa yang dilakukan oleh Sayyidina Uthman di mana baginda tidak menerima zakat daripada Tha'labah. Akhirnya dia mati dalam keadaan penuh kehinaan dunia dan akhirat.Melalui kisah ini maka kita mesti mengambil pengajaran yang sewajarnya dalam memastikan segala azam kita bertepatan dengan Islam dan disertai dengan perlaksaanannya yang bersungguh. Ingatlah kita bahawa beredarnya tahun demi tahun maka ia meningkatkan lagi usia kita. Oleh itu pastikan setiap azam dan tindakan kita selari dengan Islam. Jangan terlalu cintakan dunia dengan panjang angan-angan sehingga takut kepada kematian. Sebaliknya kita mesti cintakan mati agar setiap gerak geri kita tidak akan melanggar peraturan Allah bagi mencapai kebahagian hidup di dunia sementara dan akhirat yang kekal selamanya.Semoga kedatangan tahun baru ini akan membawa sinar kebahagiaan kepada seluruh umat Islam khasnya dan umat manusia amnya apabila Islam yang kini dipersenda akan menjadi peneraju dipersada dunia, Islam yang kini dipadang rendah akan kembali dilihat sebagai agama yang penting dan berguna kepada seluruh umat manusia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen: