MAHASISWA MSU

  • Keganasan ISREAL dan PENYATUAN ISLAM SEDUNIA


    www.halaqah.net
    Serangan pengganas yang kononnya dalangnya adalah sebuah persatuan ekstrim ISLAM AL-QAEDA pada 11 september 2001 adalah satu titik permulaan kepada pandangan serong seluruh dunia terhadap agama yang suci ini, seluruh umat ISLAM didunia dianggap sebagai pengganas, serangan dan pembunuhan terhadap mana-mana umat islam didunia ini adalah dihalalkan, bahkan sering kali kita dengar ramai penumpang islam yang diarahkan turun dari pesawat antarabangsa hanya kerana berstatus islam, dan selepas peristiwa itu juga banyak negara islam didunia ini dianaktirikan oleh badan-badan dunia dalam semua perkara.
    Akhir disember 2008 dan berlarutan sehingga januari 2009 dan tidak tahu sampai bila peperangan dan keganasan israel yang tanpa maruahnya menceroboh dan membunuh serta melakukan kerosakan dibumi palestin, bumi yang pernah menyaksikan peristiwa israq dan mikraj oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W di masjid al-aqsar. Serangan demi serangan dilakukan tanpa mengira kanak-kanak, wanita mahupun orang tua itu sendiri, sehingga membunuh 800 nyawa yang tidak berdosa dan mungkin akan bertambah dari setiap minit telah merubah sepenuhnya pandangan dunia terhadap siapakah yang pengganas sebenarnya.
    IS adalah satu permulaan bagi pengganas dunia barat yang menumpu kepada ISLAM kini dunia melihat IS pengganas sebenar iaitu ISRAEL..lucu bukan..istilah yang kononnya untuk orang islam telah bertukar kepada ISRAEL LAKNATULLAH yang merupakan sekutu kuat dan orang kuat AMERIKA yang kini diambang kejatuhan...ambang kejatuhan kuasa besar dunia itu semakin jelas, fakta menyatakan AMERIKA kini merupakan negara yang sedang menuju kejatuhan dimana negara itu telah berhutang dengan bank dunia sebanyak 50 TRILION DOLLAR, satu jumlah hutang yang banyak dan agak sukar untuk dilunaskan.....
    Kejatuhan AMERIKA bukanlah satu isu besar yang ingin dikupaskan disini, namun isu penyatuan umat islam seluruh dunia yang akan ditekankan disini...VENEZUELA sebuah negara bukan Islam yang terkenal dengan keruntuhan akhlak dan merupakan salah sebuah negara pengeluar dadah terbesar didunia merupakan satu contoh yang amat jelas kepada penyatuan islam dunia, kumpulan minoriti islam disana mampu menarik sejumlah besar rakyat bukan Islam disana berarak untuk menyokong perjuangan rakyat palestin yang majoritinya beragama islam, antara slogan yang benar-benar menarik perhatian ialah “ BERTAHANLAH GAZA KAMI SEMUA DISINI BERSATU UNTUK MEMBANTU ANDA” kami semua disini bersatu untuk membantu anda adalah satu tanda penyatuan yang amat jelas dan secara tidak langsung dunia kini meyokong islam...ALHAMDULILLAH...
    Semoga mereka yang terlibat dalam perarakan itu diberi NUR hidayah untuk memeluk islam.......Percaya atau tidak serangan ke atas palestin ini sedikit sebanyak mula menunjukkan kebenaran ISLAM itu sendiri dan kebodohan serta kekalahan ISRAEL....sebelum ini umat islam terlalu taksub dengan agenda masing-masing namun kini mereka mula bersatu sedikit demi sedikit untuk membantu saudara seislam mereka di Palestin yang teraniaya....SUBHANALLAH...benarlah janji yang MAHA ESA setiap dugaan itu adalah satu ujian yang akan memberikan kita semua kekuatan untuk mengatasinya...semakin besar dugaan itu...semakin besarlah ganjarannya...
    Bersabarlah dan bersatulah wahai saudara seislamku di sana...kami di sini sentiasa menyokongmu melalui senjata utama umat islam iaitu DOA....tunggu masa kejatuhan kafir laknatullah dan kebangkitan ISLAM sedunia akan menjadi nyata tidak lama lagi....INSYAALLAH...
    AL-FATIHAH KEPADA MANGSA-MANGSA YANG TERKOBAN DIBUMI PALESTIN DAN UNTUK SELURUH UMAT ISLAM YANG TELAH TERKORBAN...

0 komen:

Leave a Reply

Jangan Lupa sahabat...

Perhatian untuk ahli PMIMSU






insyaALLAH...
dalam masa terdekat nanti,
PMIMSU akan membuat dua program

1) "khidmat sosial dan mengenal cara hidup kampung di Kuala Selangor"

2) " Kursus Sembelihan"

tarikh akan diumumkan tidak lama lagi. :)

teruskan menyokong dan mengikuti perkembangan PMIMSU

jom berbual sebentar

ayat2 cinta



Ayat-ayat cinta dari ALLAH untuk hambaNYA

"Did you think that We had created you in play (without any purpose), and that you would not be brought back to Us?" (Quran 23:115):

“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.” - Surah az-Zariyat: ayat 56.

"demi masa:. .:sesungguhnya manusia dalam kerugian:. .:kecuali yang beriman dan juga yang beramal soleh:. .:yang berpesan pada kebenaran:. .:yang berpesan pada kesabaran" (Alquran:Al-asr)

"ya tuhanku, sesungguhnya aku berkehendak kepada kebaikan yang engkau turunkan kepadaku.. (alqasas:24)

"Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yg Aku Idam-Idamkan?"

"..dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui.." (albaqarah:216)

Kenapa Susah Sangat Ujian Ini?

"...dan ketahuilah, Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya..." (albaqarah:286) "...sesungguhnya disamping kesusahan bersamanya kemudahan... ...(ditegaskan sekali lagi) disamping kesusahan bersamanya kemudahan..." (alinsyirah:5&6)

"Do you really think that you will enter Paradise without such trials as came to those who passed away before you? They were afflicted with severe poverty and ailments and were so shaken that even the Messenger and those who believed along with him said, 'When will come the Help of Allah?" Yes, certainly the Help of Allah is near!" [Quran 2:214]

Rasa Frust? Tension? Lemah Semangat?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." :. - Surah Al-Imran ayat 139

"adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan sahaja berkata 'kami telah beriman' tanpa mereka diuji:. .:dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 sblm mereka,Dia mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta" (alankabut:2&3)

Bagaimana Harus Aku Menghadapinya?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)"." (Surah Al-Imran ayat 200)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (Surah Al-Baqarah ayat 45)

"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang." (Ar-Ra'd: 28) Apa Yang Aku Dapat Daripada Semua Ini?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... (Surah At-Taubah ayat 111)

Kepada Siapa Aku Berharap?

"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (Surah At-Taubah ayat 129)

Arghhh Aku Tak Tahan!!! Aku Dah Bosan!!

"...dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." (Surah Yusuf ayat 12)

Adakah Aku Sudah Dikira Beriman?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta". (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)


Bukankah ALLAH itu DEKAT? =) bacalah selalu Ayat-Ayat Cinta dari-NYa... CintaiLah DIA dengan sepenuh jiwa...krn Cinta-Nya x pernah mengecewakan....

Komen Dan cadangan