-
TIKA DAN KETIKA : ~ SeL@M@T BeRcUti ~
Jika kau merasa lelah dan tidak berdaya daripada usaha yang sia-sia…Allah tahu betapa keras engkau sudah berusaha.
Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih…Allah sudah menghitung air matamu.
Jika kau fikir hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu sahaja…Allah sedang menunggu bersama-samamu.
Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk…Allah sentiasa disampingmu.
Ketika kau fikir bahawa kau sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi…Allah mempunyai jawapanya.
Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau merasa tertekan…Allah bersamamu untuk menenagkanmu.
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan…Sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu.
Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur…Allah telah pun memberkatimu.
Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban…Allah tersenyum kepadamu.
Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi…Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.
Oleh itu, ingatlah bahawa di manapun kau atau ke manapun kau berada…Allah akan mengetahui dan sentiasa berada disampingmu.
~ Wassalam ~
Tingkatkan Taqwa, Cekalkan Semangat, Tabahkan Hati,
Jalan Yang Engkau Lalui Ini Bukanlah Setenag Air…
Selamat Bercuti! Manfaatkan cuti anda semoga berjumpa di sem depan..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen: