MAHASISWA MSU

  • CeriTa Da’ie-da’ieyYaH-ceriTa vErsI StuDeNt..

    Tajuk seperti ramai yang tau kot….Bukan bende baru...dah jadi macam rahsia umum.....uncodified law....ye ke?Cerita yang telah lama berlegar di kalangan pendokong da’wah (?) dan yang segolongan dengannya yang claim bawak da’wah (sebab katenya sibuk berpersatuan...?). Cume saye meminjam istilah ustaz Maszlee Malik.

    Isu yang timbul, mungkin dari salah faham atau dan faham tapi hati....soalnya cinta ..jiwang ..Sebab tu seorang rakan pernah bagitau...masalah yang timbul dalam diri seorang dai’e berpunca dari dua benda je....samada as-syubhah (ketidakjelasan, ketidakfahaman terhadap beberapa perkara prinsip dan lain2) dan atau as-syahwah (soal kehendak dan kecenderungan menyalahai kehendak syariah).Hah, betitik tolak daripada dua prinsip..atau premis di atas sekarang kita nilai sendiri masalah yang berlaku ni, disebabkan puncanya di mana?

    Photobucket
    Situasi-situasi

    Situasi 1.
    Satu program kepimpinan da’wah mahasiswa yang dirancang...projek mega kesatuan da’wah di kampus di sebuah IPT Islam terkemuka di tanahair. Ketua Program bernama WQ ( bukan nama sebenar?), seorang lelaki da’ei, thiqah maut, lelaki idaman malaya, alim alim kucing...dan penolongnya SY (tah aku main sebat je nama), wanita melayu terakhir, redup wajah, alimah (?) terbaik segala segi....thiqah beb. Hasil gandingan mantap program tu berjalan lancar , dan akhirnya mendapat respon baik dari peserta. Akhirnya dapat anugerah program terbaik sepanjang tahun. Maka atas dasar kemenangan itu, si ukhti muslimah ni pun hantarlah satu sms mengucapkan tahniah kat ketuanya. Ketuanya pun balas balik dan mengucap terima kasih. Dua tiga hari lepas tu, hantar sms pulak nasihat sempena ramadhan...dah tibe ni ucap doa2 baik. Tup2 tanya khabar pulak...dah lepas tu melarat pulak tanya khabar study pulak...perancangan lain 2 lagi....last2 sekali dah melekat kat hp tuh tak lepas2....kawan2 lain tengok ape hal mamat ni...dok senyum2 bace message...tengah makan sms, tengah main sms, tengah tido sms (ni dah lebih la...)

    Situasi 2.
    Seorang siswi dalam keadaan bingung. Keluarga di kampung mengharap keputusan yang cemerlang. Dia pulak sibuk dengan persatuan (da’wah beb...). nak catter adik2 junior lagi alah macam2 lah...tugas murobbi agung lah katakan. Dia tension dan tak tau nak cakap dan berkongsi ngan sape. Akhirnya selepas mendapat no hp seorang pimpinan ikhwah, dia pun tanyakan hal2 yang merungsingkan dia. Tanya solution, tanya macam2....si ikhwah pulak dengan baik dan tulus hati good faith beriya2 benarlah pergi sms balik, membantulah tu kononnya...guide balik...dah macam2 lah pulak. Hah ni terbaik, akhawat tu dah tengok ade yang concern, dah naik tochang...rase macam ikhwah tu ada hati kat dia...kalau pun takde dia ada hati...sebab tertarik dengan kesungguhan ikhwah ni membantu dia. Akhirnya dia pun meletakkan harapan ...faham2 je lah kan.Dah akhirnya ...dua situasi.,..kalau ikhwah tu terima cintanya....hah macam situasi kat atas lah jawabnya...dan kalau ditolak dengan sebab baiklah sangat budak laki ni dengan ikhlas hati sebenarnya nak bantu budak pompuan ni....dan bukan sebenarnya atas dasar cinta...tak frust menonggeng budak pompuan tuh?

    Situasi 3.
    konon2 nak tanya dan bincang pasal study. Dah dpat no hp seorang ikhwah yang boleh dikatakan tak de lah top sangat study dia...biase2 je. Yang minah sorang ni macam lah tak de akhawat lain yang top2 study. Gi sms laki ni...hah mule2 baik lah bincang pasal study..pas tu study ke mane ape ke mane…btul bende ni berlaku...tak caye? Minoriti kes pun bukan...selalu gak berlaku. Mule2 memang lah niat baik nak study, tapi lepas tu ke mana. Yang pompuan tu pun satu, macam lah takde student pompuan lain yang boleh bincang, saje cari peluang nak study dengan lain jantina....hhhh (menghela nafas lah)

    Realiti
    Ape pandangan anda? Ape pun alasan dan pandangan anda...inilah realiti yang sebenarnya berlaku di sekeliling kite...betul tak?....Dan yang best nye bile anda cube membetulkan keadaan (salah ke?...satu pertanyaan dari diorang2 ni lah) mereka akan jawab ni untuk da’wah...ni penting untuk membina masyrakat muslim...ehh takpe2. ni same2 buat da’wah...kitorang bincang pasal strategi da’wah di kampus dan bagaimana nak menangani isu kebejatan sosial muda mudi kite sekarang (baik punye cover...amek aku dua debik..poyo sangat nak tegur menegur(meminjam istilah Taufeq))

    Sebenarnya banyak lagi situasi yang similar atau hampir 2 same. Sebab namenye pun manusia...tak lari mane...sebab ini soal hati....kan semua orang same je...akan merasai situasi yang same.Tapi yang pasti, saye bukannye cemburu dengan pengalaman setiap orang yang mungkin pernah melalui situasi2 di atas.....cume kadang2 terfikir....dah memang asas perkenalan tu tak jelas dan tak betul....nak betulkan dan justify macam mane?..........terpulang kat anda.Semuanya atas pilihan kite. Bukan kite tak boleh pilih dan pikir antara baik buruk....dah besau panjang......kalau tu memang saje buat bodo je tak nak dengar cakap orang2 tua....Ingat anda bawak da’wah. Jangan sampai da’wah dapat name buruk dengan sebab sikap dan perbuatan anda. Fikir2kan. Dont be selfish. Kan ada cara yang lebih mulia untuk dai’e.

    Petikan : http://muhammadaimansalmi.blogspot.com/2007/12/cinta-daie-daieyyah-cerita-versi.html

0 komen:

Leave a Reply

Jangan Lupa sahabat...

Perhatian untuk ahli PMIMSU






insyaALLAH...
dalam masa terdekat nanti,
PMIMSU akan membuat dua program

1) "khidmat sosial dan mengenal cara hidup kampung di Kuala Selangor"

2) " Kursus Sembelihan"

tarikh akan diumumkan tidak lama lagi. :)

teruskan menyokong dan mengikuti perkembangan PMIMSU

jom berbual sebentar

ayat2 cinta



Ayat-ayat cinta dari ALLAH untuk hambaNYA

"Did you think that We had created you in play (without any purpose), and that you would not be brought back to Us?" (Quran 23:115):

“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.” - Surah az-Zariyat: ayat 56.

"demi masa:. .:sesungguhnya manusia dalam kerugian:. .:kecuali yang beriman dan juga yang beramal soleh:. .:yang berpesan pada kebenaran:. .:yang berpesan pada kesabaran" (Alquran:Al-asr)

"ya tuhanku, sesungguhnya aku berkehendak kepada kebaikan yang engkau turunkan kepadaku.. (alqasas:24)

"Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yg Aku Idam-Idamkan?"

"..dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui.." (albaqarah:216)

Kenapa Susah Sangat Ujian Ini?

"...dan ketahuilah, Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya..." (albaqarah:286) "...sesungguhnya disamping kesusahan bersamanya kemudahan... ...(ditegaskan sekali lagi) disamping kesusahan bersamanya kemudahan..." (alinsyirah:5&6)

"Do you really think that you will enter Paradise without such trials as came to those who passed away before you? They were afflicted with severe poverty and ailments and were so shaken that even the Messenger and those who believed along with him said, 'When will come the Help of Allah?" Yes, certainly the Help of Allah is near!" [Quran 2:214]

Rasa Frust? Tension? Lemah Semangat?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." :. - Surah Al-Imran ayat 139

"adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan sahaja berkata 'kami telah beriman' tanpa mereka diuji:. .:dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 sblm mereka,Dia mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta" (alankabut:2&3)

Bagaimana Harus Aku Menghadapinya?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)"." (Surah Al-Imran ayat 200)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (Surah Al-Baqarah ayat 45)

"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang." (Ar-Ra'd: 28) Apa Yang Aku Dapat Daripada Semua Ini?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... (Surah At-Taubah ayat 111)

Kepada Siapa Aku Berharap?

"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (Surah At-Taubah ayat 129)

Arghhh Aku Tak Tahan!!! Aku Dah Bosan!!

"...dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." (Surah Yusuf ayat 12)

Adakah Aku Sudah Dikira Beriman?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta". (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)


Bukankah ALLAH itu DEKAT? =) bacalah selalu Ayat-Ayat Cinta dari-NYa... CintaiLah DIA dengan sepenuh jiwa...krn Cinta-Nya x pernah mengecewakan....

Komen Dan cadangan