-
Kesopanan Bertutur Pelihara Silaturrahim
Kebolehan bertutur dan berkata-kata adalah nikmat kurnuan Allah SWT yang besar kepada manusia dan tentunya pemberian ini dimanfatkan dengan sebaiknya.
Perktaan baik dan suci yang dilafazkan samaada dengan rakan atau musuh akan menghasilkan buah yang manis.
Perkataan yang manis akan mengekalkan kasih sayang,meneruskan ikatan persahabatan serta mencegah tipu daya syaitan yang sering mengendurkan ikatan silaturrahim sesame insan serta merosakkan persahabatan sesama umat.
Sementara perkataan baik dengan musuh akan memadamkan permusuhan dan mengendurkan ketegangan atau setidak-tidaknya menghentikan proses ledakan keburukan.
Antara jaminan diberikan islam untuk melindungi perkataan yang keluar dari kebenaran dan mengikut hawa nafsu ialah mengharamkan prtikaman lidah serta menutup pintunya samaada yang benar atau yang batil.
Ini kerana terdapat keadaan yang mendorong seorang untuk menang dalam perdebatan itu yang menyebabkan ia menyerang pihak lain dengan kata_katanya.
Jelasnya,keinginan untuk menang adalah lebih penting baginya dari menegakkan kebenarandan terserlah sifat sikap degil serta mementingkan diri dalam bentuk yang tidak diingini.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :”Tidak sesat suatu kaum selepas mereka berada dalam petunjuk kecuali orang yang suka bertikam lidah.“ (Riwayat Al-Tirmizi).
(Brita Harian ,27 Apr 06)
0 komen: