-
Pena Sahabat~
Tiada apa yang dapat kita tangisi dalam kehidupan ini....
Kerana segalanya pemberian Illahi...
Sewajarnya kita kembali kepada hakikat sejati....
Bahawa hidup ini berarus tali..
Demikian jua kebahagian tak selamanya menunjung abadi….
Kerana itu, berpautlah pada tali Allah, Al-Quran dan hadis murni.....
Penderitaan dan kebahagiaan tersembunyi di sebalik surah-surah suci.....
Jika sesekali ianya merangkul hati....
Panjatkan doa pada Illahi, solat dan zikir membendung murni...
Kerana itu jua tiada yang harus kita tangisi.....
Setiap penderitaan adalah ujian Illahi....
Renungilah pada diri sendiri .....
Sejauh mana ibadah yang kita pusakai....
Di situ akan kita temui hakikat sejati...
Neraca kehidupan yang abadi...
ISTIQAMAH DALAM SETIAP AMALAN KEBAIKAN…
JAGA IMAN JAGA AMAL
~Nawawi~
0 komen: