-
Produk Tarbiyah Akhawat Muslimah (1) : Ummu Usamah
Ummu Usamah atau nama aslinya Sayidah Na'imah adalah isteri Mursyidul Am kedua Jamaah Ikhwanul Muslimin, Hasan Al-Hudhaibi. Suaminya berada di dalam penjara selama lapan belas tahun, dan Ummu Usamah masih tegar menghadapi perjuangan melawan kezaliman pemerintah Mesir.
Tatkala Sa'diyah Hanim, isteri seorang menteri di Mesir datang menjenguk dan menghiburkan Ummu Usamah dan anak-anak puterinya ketika Al-Hudhaibi dipenjara, dengan menyatakan bahawa suaminya sedang mengusahakan agar Al-Hudhaibi terhindar dari hukuman yang tidak baik, Ummu Usamah berkata dengan tegas, "Apakah Anda ingin memberi tahu kepadaku dan anak-anak puteriku bahawa hukuman telah ditetapkan sebelum dilaksanakan pengadilan? Dan bahawa hukuman yang akan diterima suamiku adalah hukuman mati?"
"Wahai Sa'diyah Hanim, saya mohon agar Anda mendengar baik-baik dan menyampaikan kepada tuan menteri bahawa Hasan Al-Hudhaibi tidak memegang kepimpinan Ikhwanul Muslimin kecuali setelah menyaksikan pendahulunya yang agung Asy-Syahid Hasan Al-Banna telah dibunuh dengan terang-terangan di jalan protocol ibukota negara. Hudhaibi tidak menerima untuk menjadi pengganti kecuali kerana menunggu akhir kehidupan yang sama dengan beliau."
"Sungguh, dia telah menjual dirinya untuk Allah dan kami juga menjual jiwa kami untuk Allah. Bila semua itu terjadi kerana takdir Allah maka tak seorang pun akan melihat kami, kecuali dalam ketenangan, ketenteraman dan kebahagiaan. Sebab kami serahkan sepenuhnya kepada Allah, kami mengharap pahala-Nya dan kami sangat berbahagia bila dapat menyusulnya sebagai syuhada," lanjut Ummu Usamah.
Seusai berbicara seperti itu, Ummu Usamah melihat kepada ketiga puterinya, "Itu pendpatku, bagaimana pendapat kalian anak-anakku?"
Serentak Ilyah Hudhaibi, Khalidah Hudhaibi, dan Su'ad Hudhaibi menjawab, "Pendapat kami sama dengan pendapatmu, wahai ibu."
Menyusul, Ummu Usamah juga dihantar ke penjara dan mendekam di bilik tirai besi yang gelap. Walaupun sudah berusia lanjut, beruban, fizikalnya lemah, tulang-tulangnya telah rapauh, dan beberapa penyakit tua dideritai, namun semangat Ummu Usamah tak pernah padam untuk menyuarakan kebenaran. Ia bersikap amat tegar selama menjalani pemenjaraan dan Allah telah memberikan kekuatan kepadanya untuk menghadapi pelbagai cobaan yang dihadapi selama dalam penjara.
Dalam kekuasaan Abdun Naser, Ilyah Hudhaibi juga dihumbankan ke penjara saat ia tengah hamil tua. Ia ditempatkan satu sel dengan Zainab Al-Ghazali dan Ghadah `Ammar, seorang akhawat muslimah aktivis dakwah. Mereka semua adalah akhawat muslimah yang dipersiapkan dengan sentuhan tarbiyah di masa-masa penindasan terhadap aktivis dakwah Islam. tercetaklah peribadi akhawat Muslimah yang tabah dan tegar menghadapi pelbagai tekanan dan kekejaman musuh-musuh Islam.
Moga anda, akhawat muslimah sudah mula menyiapkan dan membekalkan mutarabbiyah anda dengan etos perjuangan agar mereka tidak menjadi lemah dan manja hanya kerana menghadapi permasalahan kehidupan. Semoga Anda menjadi saksi sekaligus pelaku sejarah, bahawa para akhawat muslimah dengan tarbiyah telah tumbuh dan mekar di mana- mana, di muka bumi Allah ini, yang siap menjaga dan mengharumkan peradaban Islam..
0 komen: