MAHASISWA MSU

  • Adaptasi dari majalah al-izzah oktober 2004 oleh hani mutiah


    Dalam kehidupan ini, kita semua mesti pernah melakukan perkara bodoh. Benda-benda yang tidak sepatutnya kita buat. Walau apapun yang paling penting apakah sikap kita tentang perbuatan yang telah kita buat itu. Adakah kita perbaiki dan bertaubat dari berbuat lagi perkara yang sama, atau kita tak kisah pun tentang perbuatan kita tersebut malah mengulanginya lagi?


    Al-Quran menggambarkan sifat-sifat orang munafik yang berkaitan dengan perbuatan bodoh mereka. Firman Allah , "Dan tidaklah mereka (orang- orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun kemudian mereka tidak bertaubat dan tidak mengambil pelajaran?" (Qs: At-taubah:126) . Orang munafik melakukan perkara bodoh tetapi tidak melakukan pembetulan dan perbaikan. Mereka tidak mengambil pelajaran dari kesalahan mereka sendiri.


    Sedangkan Rasulullah saw mengajarkan kepada umatnya untuk sentiasa memperbetulkan sikap-sikap kita. Rasulullah saw bersabda, "Periksalah diri anda sebelum anda diperiksa. Timbanglah baik buruknya perbuatan kalian sebelum perbuatan anda ditimbang kelak." (HR At-Tirimidzi)


    Oleh kerana itu, sila buka fail THE FOOL THINGS I HAVE DONE yang anda miliki! Kemudian mulalah perbaiki diri kita step by step.


    1) Menangguhkan kebaikan ketika mempunyai kesempatan

    Mungkin ini merupakan perbuatan yang paling bodoh sekali. Seorang muslim harus memahami bahawa amalnya tiak mungkin dapat dilakukannoleh orang lain (nasihat Imam Ahmad). Seharusnya dia patut memacu diri untuk terus menerus melakukan banyak kebaikan. Ironi sungguh jika seseorang melepaskan kesempatan untuk berbuat baik begitu sahaja. Mungkin lebih bodoh daripada seorang yang bekerja keras selama sebulan dan membuang wang gajinya begitu sahaja. Untuk apa dia bekerja pada mulanya?!


    Kesempatan berbuat kebaikan ibarat mutiara paling berharga dalam kehidupan seorang muslim. Apatah lagi di ketika ramai orang tertindas kerana keimanannya kepada Allah dan di corok bumi yang lain, banyak kaum muslim yang merasakan sempitnya kesempatan untuk berbuat kebaikan itu. Maka, kita yang merasakan kebebasan sepanjang hari untuk berbuat kebaikan, jangan sekali-kali mensia-siakan kesempatan besar ini.


    2) Menurut Hawa Nafsu padahal mampu menahannya

    Hawa nafsu tidak lain merupakan perhiasan yang diberikan Allah kepada manusia. Hawa nafsu merangkumi keseluruhan unsur duniawi manusia. Tanpa hawa nafsu, tentu makna manusia menjadi kaku. Sebab manusia adalah makhluk Allah yang diberi hawa nafsu dan budi pekerti luhur.


    Oleh itu, sungguh merupakan satu kebodohan yang nyata apabila seorang muslim itu menyalurkan hawa nafsunya di sebarangan tempat. Ia menafikan etika moral dan susila yang dijunjung tinggi semenjak kehadiran manusia di muka bumi. Apatah lagi di saat dia mampu menahan hawa nafsu tersebut.

    Mungkin kita juga sedemikian. Di saat tidak ada kesempatan untuk berbuat maksiat, kita mahu melakukannya. Kita cuba untuk melakukannya secara sembunyi-sembunyi, mencuri ruang agar boleh melakukan maksiat. Tersebut kisah ikhwan yang suka untuk menonton kisah lucah sedangkan dia tinggal serumah dengan ikhwan yang lain, namun akhirnya ikhwah tersebut terjerumus dalam maksiat yang nyata. Ini boleh dijadikan contoh kebiasaan yang bodoh. Di kala kesempatan maksiat terbuka, kita harus menghindarinya apatah lagi di saat maksiat itu tertutup


    3)Gagal Memanfaatkan Waktu

    Waktu adalah amanah Allah. Waktu harus digunakan secara bertanggungjawab. Saat kita lahir di muka bumi, waktu itu dihamparkan oleh Allah. Kita tidak tahu bilakah amanah ini akan
    dihentikan. Jelasnya, apabila kita mati, ketika itulah kesempatan waktu akan habus. Oleh kerana itu, tiada kata lain yang boleh menggambarkan betapa penting dan urgentnya untuk memanfaatkan waktu.


    Ibarat seorang pengguna elektrik. Jika dia diberitahu yang bekalan elektrik cuma akan ada sehingga pukul 7 malam, mereka yang yang bijak dan cerdas pasti akan memanfaatkan penggunaan elektrik itu untuk keperluan yang penting. Namun, bagi yang lalai, ia mungkin akan menghabiskan segala penggunaan eletrik itu untuk bermain playstation sepanjang hari.


    4) Terlalu banyak bicara

    Salah satu kelemahan manusia adalah terlalu banyak bicara. Apatah lagi di saat dia tidak perlu berbicara pun. Terlalu banyak bicara mengakibatkan kata-kata menjadi miskin makna. Kata-kata tersebut tidak akan menyentuh sanubari. Malah kata-kata itu akan menyinggung banyak hati. Oleh kerana itu, kita harus menjaga kata-kata kita agar bermakna dan bermanfaat.


    Terlalu banyak bicara juga akan membuka kesempatan untuk berbohong. Tiada manfaat yang boleh diperolehi si pembohong kecuali kesulitan dan nestapa. Seumur hidup. bergelumang dengan kebohongannya, semakin laju jugalah usahanya untuk menutup kebohongan yang lama. Maka kebohongan baru tercipta. Inilah kebodohan namanya.


    5)Terlalu memanjakan angan-angan

    Mimpi dan angan-angan sebenarnya mampu menjadi motivasi hidup. Sebahagian manusia menjelmakan angan-angan dan mimpi menjadi cita-cita yang perlu dicapai. Dia boleh mengambil manfaat dari angan- angan tersebut. Dia bekerja keras dan berdoa agar angan-angan dan mimpinya terwujud. Jika tidak, dia akan menganggap perkara itu merupakan ketentuan dari Allah lalu dia redha dan pasrah.


    Di sudut lain pula, sebahagian manusia menjadikan angan-angan sebagai penghias di minda. Mereka menghabiskan hidup dengan hanya duduk dan merenungi nasib tanpa melangkah keluar. Mereka hanya berpangku tangan dan tidak bekerja keras. Mereka merasakan diri raja padahal rakyat jelata.


    Di sisi lain pula, ada yang terjerumus di dalam cita-cita yang tinggi. Sehingga menghalalkan segala cara untuk menggapai mimpi dan angannya. Dia menjadi tamak dan rakus di saat kejayaan memuncak. Dan dia berasa lemah dan putus asa di saat gagal.


    Ini adalah sebahagian kecil senarai kebodohan yang mungkin ditemui di dalam setiap diri manusia. Masih adakah senarai tersebut dalam diri kita? Jangan lakukan perkara yang sama lagi. Setelah meneliti senarai ini haruslah kita berasa kesal dan berani untuk menilai diri sendiri. Kata seorang yang bijak , 'Kita perlu membuat minuman manis dari limau yang kecut.'

    Wallahu'alam bishawwab.

0 komen:

Leave a Reply

Jangan Lupa sahabat...

Perhatian untuk ahli PMIMSU






insyaALLAH...
dalam masa terdekat nanti,
PMIMSU akan membuat dua program

1) "khidmat sosial dan mengenal cara hidup kampung di Kuala Selangor"

2) " Kursus Sembelihan"

tarikh akan diumumkan tidak lama lagi. :)

teruskan menyokong dan mengikuti perkembangan PMIMSU

jom berbual sebentar

ayat2 cinta



Ayat-ayat cinta dari ALLAH untuk hambaNYA

"Did you think that We had created you in play (without any purpose), and that you would not be brought back to Us?" (Quran 23:115):

“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.” - Surah az-Zariyat: ayat 56.

"demi masa:. .:sesungguhnya manusia dalam kerugian:. .:kecuali yang beriman dan juga yang beramal soleh:. .:yang berpesan pada kebenaran:. .:yang berpesan pada kesabaran" (Alquran:Al-asr)

"ya tuhanku, sesungguhnya aku berkehendak kepada kebaikan yang engkau turunkan kepadaku.. (alqasas:24)

"Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yg Aku Idam-Idamkan?"

"..dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui.." (albaqarah:216)

Kenapa Susah Sangat Ujian Ini?

"...dan ketahuilah, Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya..." (albaqarah:286) "...sesungguhnya disamping kesusahan bersamanya kemudahan... ...(ditegaskan sekali lagi) disamping kesusahan bersamanya kemudahan..." (alinsyirah:5&6)

"Do you really think that you will enter Paradise without such trials as came to those who passed away before you? They were afflicted with severe poverty and ailments and were so shaken that even the Messenger and those who believed along with him said, 'When will come the Help of Allah?" Yes, certainly the Help of Allah is near!" [Quran 2:214]

Rasa Frust? Tension? Lemah Semangat?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." :. - Surah Al-Imran ayat 139

"adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan sahaja berkata 'kami telah beriman' tanpa mereka diuji:. .:dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 sblm mereka,Dia mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta" (alankabut:2&3)

Bagaimana Harus Aku Menghadapinya?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)"." (Surah Al-Imran ayat 200)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (Surah Al-Baqarah ayat 45)

"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang." (Ar-Ra'd: 28) Apa Yang Aku Dapat Daripada Semua Ini?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... (Surah At-Taubah ayat 111)

Kepada Siapa Aku Berharap?

"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (Surah At-Taubah ayat 129)

Arghhh Aku Tak Tahan!!! Aku Dah Bosan!!

"...dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." (Surah Yusuf ayat 12)

Adakah Aku Sudah Dikira Beriman?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta". (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)


Bukankah ALLAH itu DEKAT? =) bacalah selalu Ayat-Ayat Cinta dari-NYa... CintaiLah DIA dengan sepenuh jiwa...krn Cinta-Nya x pernah mengecewakan....

Komen Dan cadangan