MAHASISWA MSU

  • Ukur Diri Anda!!

    bulan ramadhan, yang sinonim dengan bulan kemarau panas membakar, telah berlalu meninggalkan kita. seharusnya, pada bulan tersebut, dosa-dosa pada diri ini juga turut terbakar bersama, membentuk diri yang kemarau dari dosa... sepatutnyalah...
    bulan syawal, yang membawa maksud 'mengangkat' (carry) kerna pada bulan ini unta-unta mula mengandungkan fetusnya, boleh juga ditafsirkan sebagai 'up-grade'. maka pada bulan syawal, kita sepatutnya telah meng-'upgrade'-kan iman kita...maka tanyakan pada diri, dimanakah tahap iman dan taqwa kita??...

    hai orang-orang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan (59:18)
    sahabat sekalian, kita dituntut al-quran untuk memuhasabah diri, memperhatikan apa yang telah dilakukan sebagai bekal untuk memastikan kita peroleh syurga di akhirat sana. malah Allah s.w.t telah mengajar kita metod untuk melakukan muhasabah diri yang berkesan. jika kita perhatikan ayat di atas, kita dapati ayat suruhan untuk kita memuhasabah diri ini diapit dengan ajakkan agar kita bertaqwa kepadaNya. sebelum kita memuhasabah diri, harus ada perasaan takut terhadapNya, perlu ada rasa ingin melakukan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya. dan setelah kita memuhasabah diri, melihat segala cacat cela yang telah kita lakukan, adalah penting untuk kita perbaiki, maka perlu kita perkuatkan azam untuk memperbaiki kerosakkan tersebut dengan perasaan taqwa kepadaNya.
    dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. mereka itulah orang-orang yang fasik. (59:19)
    setelah azam untuk memperbaiki diri telah dikukuhkan, dan kita mula kembali kepada fitrah kita sebagai hambaNya yang sentiasa mengikut suruhanNya, maka bagaimana untuk kita kekalkan perubahan pada diri ini? Allah mengajar kita satu cara yang cukup mudah, iaitu selalulah kita mengingati Allah s.w.t. adakah logik, jika seseorang itu merasakan tuannya sentiasa memperhatikannya masih sanggup melakukan perkara-perkara yang dilarangi oleh tuannya itu? jika kita tidak mengingatiNya, maka Allah akan menjadikan kita lupa pada diri kita sendiri. lupa akan fitrah kita sebagai hamba kepada yang Esa. akibatnya, kita kaya harta akan tetapi miskin akhlaq, kita berkahwin namun keluarga porak-peranda malah kita maju akan tetapi jenayah berleluasa dan sebagainya. sikap ini mengakibatkan diri tergolong sebagai orang-orang yang fasik.
    tiada sama penghuni-penghuni neraka dengan penghuni-penghuni syurga; penghuni-penghuni syurga itulah orang-orang yang beruntung (59:20)
    tempat orang-orang fasik itu ialah di neraka, keadaan mereka di neraka sudah tentu tidak sama dengan mereka yang dianugerahkan tempat di syurga. kerna sudah tentu keadaan di syurga itu penuh dengan keseronokkan dan kebahagiaan dan penghuni syurga adalah golongan yang beruntung. pengakhiran hidup yang manakah yang kita inginkan?
    kalau sekiranya kami menurunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. dan perumpaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir. (59:21)
    sahabat sekalian, Allah s.w.t menurunkan al-Quran ini sebagai petunjuk untuk kita. dan Allah s.w.t hanya menginginkan yang terbaik buat hambaNya. turun naik nya iman dan taqwa kita terhadap Allah tidak memberi kesan lansung terhadap Allah s.w.t. sebaliknya kita bergantung kepada tahap iman kita sebagai tiket untuk meraih cintaNya, memperoleh kebahagian abadi. jadi mengapa sampai kita sanggup mengetepikan ayat-ayat Allah ini? dalam surah Al-Baqarah, Allah s.w.t ada menceritakan bagaimana batu yang keras pun masih mampu mengalirkan air di celahannya. apa kaitannya perumpamaan batu dan gunung ini dengan kita? tidakkah kita sedar bahawa batu itu adalah dari tanah, begitu juga dengan gunung, kedua-duanya adalah dari tanah yang mengalami proses pengerasan. maka jika batu dan gunung yang datang dari sumber yang sama dengan manusia, jika didatangkan Al-Quran kepadaNya boleh hancur-lulur akibat takut terhadap kekuasaan dan kebesaranNya apatah lagi kita manusia? oleh itu, jika kita menolak suruhan-suruhan Al-Quran, sudah tentu kita ini lebih keras kepalanya dan hatinya dibandingkan dengan kerasnya sebuah gunung!!
    maka ukurlah diri kita, dimanakah tahap keimanan dan ketaqwaan kita pada saat ini?

0 komen:

Leave a Reply

Jangan Lupa sahabat...

Perhatian untuk ahli PMIMSU






insyaALLAH...
dalam masa terdekat nanti,
PMIMSU akan membuat dua program

1) "khidmat sosial dan mengenal cara hidup kampung di Kuala Selangor"

2) " Kursus Sembelihan"

tarikh akan diumumkan tidak lama lagi. :)

teruskan menyokong dan mengikuti perkembangan PMIMSU

jom berbual sebentar

ayat2 cinta



Ayat-ayat cinta dari ALLAH untuk hambaNYA

"Did you think that We had created you in play (without any purpose), and that you would not be brought back to Us?" (Quran 23:115):

“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.” - Surah az-Zariyat: ayat 56.

"demi masa:. .:sesungguhnya manusia dalam kerugian:. .:kecuali yang beriman dan juga yang beramal soleh:. .:yang berpesan pada kebenaran:. .:yang berpesan pada kesabaran" (Alquran:Al-asr)

"ya tuhanku, sesungguhnya aku berkehendak kepada kebaikan yang engkau turunkan kepadaku.. (alqasas:24)

"Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yg Aku Idam-Idamkan?"

"..dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui.." (albaqarah:216)

Kenapa Susah Sangat Ujian Ini?

"...dan ketahuilah, Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya..." (albaqarah:286) "...sesungguhnya disamping kesusahan bersamanya kemudahan... ...(ditegaskan sekali lagi) disamping kesusahan bersamanya kemudahan..." (alinsyirah:5&6)

"Do you really think that you will enter Paradise without such trials as came to those who passed away before you? They were afflicted with severe poverty and ailments and were so shaken that even the Messenger and those who believed along with him said, 'When will come the Help of Allah?" Yes, certainly the Help of Allah is near!" [Quran 2:214]

Rasa Frust? Tension? Lemah Semangat?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." :. - Surah Al-Imran ayat 139

"adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan sahaja berkata 'kami telah beriman' tanpa mereka diuji:. .:dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 sblm mereka,Dia mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta" (alankabut:2&3)

Bagaimana Harus Aku Menghadapinya?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)"." (Surah Al-Imran ayat 200)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (Surah Al-Baqarah ayat 45)

"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang." (Ar-Ra'd: 28) Apa Yang Aku Dapat Daripada Semua Ini?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... (Surah At-Taubah ayat 111)

Kepada Siapa Aku Berharap?

"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (Surah At-Taubah ayat 129)

Arghhh Aku Tak Tahan!!! Aku Dah Bosan!!

"...dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." (Surah Yusuf ayat 12)

Adakah Aku Sudah Dikira Beriman?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta". (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)


Bukankah ALLAH itu DEKAT? =) bacalah selalu Ayat-Ayat Cinta dari-NYa... CintaiLah DIA dengan sepenuh jiwa...krn Cinta-Nya x pernah mengecewakan....

Komen Dan cadangan