MAHASISWA MSU

  • Teknik Memurtadkan Gadis Melayu Bertudung

    MUJAHID304 menulis "Pada hari Sabtu (22/07/2006) yang
    lalu, saya telah berkesempatan mengikuti satu sessi
    "Ceramah Keibubapaan" di sekolah menengah agama
    berasrama penuh dimana dua orang anak perempuan saya
    bersekolah. Penceramah jemputan yang pihak PIBG
    sekolah jemput adalah Dr. Rubiah Kulup Hamzah. Selain
    menjadi penceramah motivasi, Dr. Rubiah juga adalah
    pensyarah part-time di UM, UiTM, UKM dan OUM serta
    amat bergiat aktif dalam pergerakkan NGO Islam.
    Disini, saya ingin berkongsi dengan anda sedikit
    maklumat yang disampaikan oleh Dr. Rubiah mengenai isu
    yang sedang hangat diperkatakan, iaitu isu "Murtad"
    dan "Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan"

    PERANCANGAN
    Berdasarkan penyelidikan beliau serta anggota NGO
    Islam yang lain, pihak-pihak yang memusuhi Islam,
    terutamanya pihak Kristian telah lama membuat
    perancangan rapi untuk menjadikan remaja-remaja Islam
    sebagai sasaran untuk dikristiankan. Umumnya, kita
    mengetahui bahawa mereka telah berjaya
    menjadikan"Dunia Hiburan" dan "Dunia Sukan" sebagai
    senjata untuk menjauhkan remaja-remaja kita dari agama
    Islam. Namun, satu pendedahan yang dibuat oleh Dr.
    Rubiah mengenai "Perangkap" yang digunakan oleh pihak
    kristian ini amat membimbangkan kami yang hadir semua.
    Berikut adalah kronologi bagaimana mereka memerangkap
    anak-anak gadis kita untuk dijadikan mangsa.

    MEMIKAT
    Untuk makluman semua, pertubuhan-pertubuh an kristian
    telah bersepakat untuk memberi satu bentuk skim
    galakan kepada para jejaka kristian serta diberi
    tunjuk-ajar mengenai teknik untuk memikat gadis-gadis
    melayu Islam untuk dijadikan pasangan mereka.
    Berbagai-bagi teknik memikat akan digunakan dan ia
    bergantung kepada latar belakang gadis yang
    disasarkan. Tapi, apa yang membimbangkan kami semua
    adalah, sasaran utama mereka kini adalah gadis-gadis
    bertudung labuh yang berpendidikan agama. Teknik yang
    mereka gunakan adalah lebih kurang sama sahaja. Pada
    peringkat awal mereka akan mencari jalan untuk
    berkenalan dengan anak-anak gadis kita, samada melalui
    hubungan kerja, hubungan sesama pelajar mahu pun
    hubungan jiran tetangga. Kemudian, mereka akan
    berlakun seolah-olahnya mereka telah tertarik dengan
    kesopanan, cara berpakaian serta kelembuatan tingkah
    laku anak-anak gadis kita ini. Antara ungkapan yang
    sering digunakan adakah "Adakah semua anak-anak gadis
    melayu begitu ayu dan sopan?", "Didalam masyarakat
    saya, tidak pernah saya bergaul dengan gadis yang
    begitu berakhlak", "Saya tertarik dengan tingkah laku
    awak". "Saya ingin mengenali awak dan agama awak
    dengan lebih dekat lagi" Biasanya, anak-anak gadis
    yang berpendidikan agama kita ini akan terbuka hatinya
    untuk menerima kehadiran jejaka kristian ini apabila
    sijejaka mula menyatakan keinginan untuk mengenali
    agama Islam dengan lebih dekat lagi.

    PERANGKAP
    Apabila sijejaka merasakan anak gadis kita telah
    menerima kehadiran mereka, mereka akan menjalinkan
    persahabatan mereka dengan jujur, ikhlas, bersopan dan
    begitu "gentleman" sekali. Mereka akan ke
    perpustakaan, minum serta beriadah bersama dengan
    rakan-rakan yang lain Pendek kata, sepanjang
    persabatan mereka, cubaan "ringan-ringan" pun tidak
    ada. Tetapi AWAS, para ibubapa. Satelah kian lama
    bersama serta mendapati sigadis telah mula ada
    perasaan cinta, sijejaka akan menunggu dengan sabarnya
    ketika untuk memulakan "langkah sebenarnya" yang
    pertama. Apabila sigadis didapatinya mula terleka,
    mereka akan digambarkan seolah-olah mereka
    terbawa-bawa oleh perasan cinta sehingga sigadis
    TerNODA. Ketika inilah, perangkap mereka sudah mula
    mengena.

    DILEMA
    Perlakuan noda ini boleh berlaku mungkin sekali, dua,
    tiga atau

    seterusnya. Sebab bagi sejejaka, perangkapnya hanya
    dikirabenar- benarmengena apabila sigadis didapati
    berbadan dua. Pada ketikaini, sijejaka akan
    menunjukkan kekesalannya yang tidak terhingga.
    Sejejaka kononnya akan bertanggungjawap diatas
    perbuatan mereka seraya berkata "Agama kita melarang
    kita menggugurkannya, maka terpaksa kita berkahwin,
    tetapi kita berlainan agama" Seterusnya kata sijejaka
    "Kalau kita ingin berkahwin secara Islam, saya sanggup
    memeluk Islam, tetapi kita terpaksa berhadapan dengan
    dua perkara. Pertama, mengikut hukum Islam, kita boleh
    dikenakan 100 sebatan sebagai balasan dosa. Kedua,
    masyarakat Islam akan mencemuh dan meminggirkan kita
    kerana mempunyai anak

    diluar nikah yang kita hasilkan bersama. Kita akan
    berasa amat malu, lebih-lebih lagi awak yang
    berpendidikan agama. Sanggup kah kita? Saya rasa, saya
    tidak sanggup menghadapinya"

    Kata sijejaka lagi "Kalau kita berkahwin secara agama
    saya, awak hanya perlu untuk menukar agama, dan kita
    akan terlepas dari dua seksa. Pertama, mengikut agama
    saya, kita hanya perlu untuk membuat pengakuan
    dihadapan paderi digereja untuk menghapuskan segala
    dosa. Kedua, masyarakat agama saya akan menganggap
    anak kita ini senasib dengan Jesus (Nabi Isa) yang
    dilahirkan tanpa bapa.

    Mereka juga akan menganggap awak senasib dengan Mary
    (Mariam) yang melahirkan Nabi Isa. Maka, kita pasti
    tidak akan dipersia. Saya rasa ini option terbaik buat
    kita" Untuk makluman semua, mereka hanya merancang
    agar anak jejaka mereka memikat anak gadis kita.
    Tetapi mereka tidak akan mencuba agar anak gadis
    mereka untuk mendampingi anak jejaka kita kerana
    mereka sedar bahawa perangkap mereka yang ini tidak
    akan mengena.

    MURTAD

    Mengikut penyelidikan Dr. Rubiah serta rakan-rakan
    dalam NGO Islam yang lain, amat ramai gadis-gadis
    melayu Islam yang memilih option kedua walaupun ada
    segelintir yang berjaya diselamatkan dan terpaksa
    disembunyikan demi maruah agama & bangsa. Mereka
    seterusnya mengemukakan permohonan untuk menukar agama
    (murtad) dipejabat agama. Namun Artikel 11
    Perlembagaan Persekutuan menjadi penghalang utama
    rancangan mereka.

    Menurut Dr. Rubiah lagi, pihak IFC (Inter-Faith
    Council) telah berjaya mendapat 2 juta tanda tangan
    sokongan agar Artikel 11

    Perlembagaan Persekutuan ini dapat dipinda. Tetapi
    katanya lagi, untuk mendapatkan 1 juta tanda tangan
    umat melayu Islam bagi menghalang usaha mereka, adalah
    sesuatu yang teramat seksa. Ramai yang terlalu merasa
    curiga dengan alasan mereka khuatir tanda tangan
    mereka akan disalahgunakan untuk menyatakan sokongan
    atau bantahan terhadap usaha yang lain pula. Alasan
    demi alasan diterima???hinggala h satu masa nanti
    saudara mara terdekat kita tiba-tiba menjadi
    sebahagian dari statistik puluhan ribu mangsa.

    Adalah diharap, satelah perhimpunan di Masjid Wilayah,
    Ahad yang lalu (23/07/06), lebih 2 juta tanda tangan
    telah berjaya diterima. Dimanakah semangat kita? Kita
    belum lagi diperlukan untuk mengangkat senjata. Maka,
    marilah kita bersama-sama berusaha dan mengembeling
    tenaga agar gejala ini tidak terus melanda agama dan
    negara.

    DOA
    "Doa adalah senjata para mukmin". Satelah kita
    berusaha, marilah kita bersama-sama berdoa agar
    anak-anak gadis kita akan terhindar dari menjadi
    mangsa. Doa juga dipanjatkan agar umat Islam di
    Palestin, di Lubnan, di Iraq dan seluruh dunia
    dihindari dari segala bencana. Amin??Ya Rabbil
    A'lamin.

    Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah
    Syarak Mengata , Adat Menurut

0 komen:

Leave a Reply

Jangan Lupa sahabat...

Perhatian untuk ahli PMIMSU






insyaALLAH...
dalam masa terdekat nanti,
PMIMSU akan membuat dua program

1) "khidmat sosial dan mengenal cara hidup kampung di Kuala Selangor"

2) " Kursus Sembelihan"

tarikh akan diumumkan tidak lama lagi. :)

teruskan menyokong dan mengikuti perkembangan PMIMSU

jom berbual sebentar

ayat2 cinta



Ayat-ayat cinta dari ALLAH untuk hambaNYA

"Did you think that We had created you in play (without any purpose), and that you would not be brought back to Us?" (Quran 23:115):

“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.” - Surah az-Zariyat: ayat 56.

"demi masa:. .:sesungguhnya manusia dalam kerugian:. .:kecuali yang beriman dan juga yang beramal soleh:. .:yang berpesan pada kebenaran:. .:yang berpesan pada kesabaran" (Alquran:Al-asr)

"ya tuhanku, sesungguhnya aku berkehendak kepada kebaikan yang engkau turunkan kepadaku.. (alqasas:24)

"Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yg Aku Idam-Idamkan?"

"..dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui.." (albaqarah:216)

Kenapa Susah Sangat Ujian Ini?

"...dan ketahuilah, Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya..." (albaqarah:286) "...sesungguhnya disamping kesusahan bersamanya kemudahan... ...(ditegaskan sekali lagi) disamping kesusahan bersamanya kemudahan..." (alinsyirah:5&6)

"Do you really think that you will enter Paradise without such trials as came to those who passed away before you? They were afflicted with severe poverty and ailments and were so shaken that even the Messenger and those who believed along with him said, 'When will come the Help of Allah?" Yes, certainly the Help of Allah is near!" [Quran 2:214]

Rasa Frust? Tension? Lemah Semangat?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." :. - Surah Al-Imran ayat 139

"adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan sahaja berkata 'kami telah beriman' tanpa mereka diuji:. .:dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 sblm mereka,Dia mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta" (alankabut:2&3)

Bagaimana Harus Aku Menghadapinya?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)"." (Surah Al-Imran ayat 200)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (Surah Al-Baqarah ayat 45)

"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang." (Ar-Ra'd: 28) Apa Yang Aku Dapat Daripada Semua Ini?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... (Surah At-Taubah ayat 111)

Kepada Siapa Aku Berharap?

"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (Surah At-Taubah ayat 129)

Arghhh Aku Tak Tahan!!! Aku Dah Bosan!!

"...dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." (Surah Yusuf ayat 12)

Adakah Aku Sudah Dikira Beriman?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta". (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)


Bukankah ALLAH itu DEKAT? =) bacalah selalu Ayat-Ayat Cinta dari-NYa... CintaiLah DIA dengan sepenuh jiwa...krn Cinta-Nya x pernah mengecewakan....

Komen Dan cadangan