MAHASISWA MSU

  • program daurah

    PROGRAM DAURAH BERSAMA MASYAIKH DARI ARAB SAUDI

    Jemputan : Ustaz/Ustazah adalah dijemput menyertai program di atas secara
    PERCUMA.
    Tarikh : 20 – 24 Ogos 2006
    Tempat: Selesa Hillhomes
    Peserta: Guru-Guru agama sekolah, Pensyarah Maktab dan Universiti, pelajar universiti peringkat sarjana, muslimin atau muslimat yang fasih berbahasa Arab.

    Tujuan: Menyampaikan ilmu, meniupkan semangat pergerakan, memikirkan realiti pergerakan.

    Kandungan : 1. Dakwah 1.1 Bagaimana menegakkan dakwah Islamiyah di Malaysia.1.2 Bimbingan menghadapi halangan-halangan dalam dakwah.1.3 Pengalaman-pengalaman pendakwah salafi di seluruh pelusuk dunia.2. Aqidah2.1 I’tiqad dan keyakinan ahlus sunnah wal jamaah.2.2 Propaganda penyatuan agama.3. Fiqh Semasa3.1 Fiqhul Ikhtilaf (memahami perselisihan) menurut al-Qur’an, sunnah dan manhaj salafusalih. 3.2 Isu muamalah Islam masa kini (Islamic banking, business dan lain-lain).4. Al-Quran dan Sunnah4.1 Sunnah Nabi yang diabaikan dan bagaimana menghidupkannya kembali.5. Manhaj/umum5.1 Prinsip-prinsip mengkaji dan memahami Islam.5.2 Mengenal sejarah ahlus sunnah wal jamaah.5.3 Penyimpangan muda mudi dari agama dan kaedah penyelesaiannya.5.4 Bagaimana meraih kebahagiaan hakiki dalam hidup.

    Pensyarah: Masyaikh dari Arab Saudi di bawah pimpinan Muhammad Abdul Rahman al- Khamis.

    Kaedah: Disamping pensyarah menyampaikan ilmu dalam bidang kepakaran mereka, peserta boleh mengemukakan masalah, kemusykilan dan dilema yang mereka hadapi dengan nyata di lapangan dakwah masing-masing agar boleh dibincang dengan pensyarah dan sesama mereka secara terbuka.

    Penginapan : Peserta ditempatkan di apartment dua orang sebilik.

    Makanan: Sarapan, makan tengahari dan malam serta tiga jamuan ringan sehari.
    Yuran : Percuma bagi keseluruhan program.
    Kos perjalanan tanggungan peserta sendiri.

    Program: Akan diberikan kepada peserta yang telah mengesahkan penyertaan.
    Peserta mesti tiba di Selesa Hillhomes sebelum jam 5.00 petang, 20 Ogos, 2006.
    Penyertaan : Pemohon dikehendaki mengisi Borang Penyertaan yang mesti tiba dipejabat Al-Nidaa’ sebelum 15 Ogos 2006.
    Oleh kerana tempat terhad, siapa dulu dia dapat.

    Pertanyaan : Sila hubungi Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa' Malaysia, 17A, Lorong Datuk Sulaiman 7, Taman Tun Dr.Ismail, 60000 Kuala Lumpur. Tel. No. 03-77106900, Fax No. 03-77107900. Zainuddin 012-2820244.Laman Web:http://www.al-nidaa.com.my.
    Email: urusetia@al-nidaa.com.my.

0 komen:

Leave a Reply

Jangan Lupa sahabat...

Perhatian untuk ahli PMIMSU






insyaALLAH...
dalam masa terdekat nanti,
PMIMSU akan membuat dua program

1) "khidmat sosial dan mengenal cara hidup kampung di Kuala Selangor"

2) " Kursus Sembelihan"

tarikh akan diumumkan tidak lama lagi. :)

teruskan menyokong dan mengikuti perkembangan PMIMSU

jom berbual sebentar

ayat2 cinta



Ayat-ayat cinta dari ALLAH untuk hambaNYA

"Did you think that We had created you in play (without any purpose), and that you would not be brought back to Us?" (Quran 23:115):

“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.” - Surah az-Zariyat: ayat 56.

"demi masa:. .:sesungguhnya manusia dalam kerugian:. .:kecuali yang beriman dan juga yang beramal soleh:. .:yang berpesan pada kebenaran:. .:yang berpesan pada kesabaran" (Alquran:Al-asr)

"ya tuhanku, sesungguhnya aku berkehendak kepada kebaikan yang engkau turunkan kepadaku.. (alqasas:24)

"Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yg Aku Idam-Idamkan?"

"..dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui.." (albaqarah:216)

Kenapa Susah Sangat Ujian Ini?

"...dan ketahuilah, Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya..." (albaqarah:286) "...sesungguhnya disamping kesusahan bersamanya kemudahan... ...(ditegaskan sekali lagi) disamping kesusahan bersamanya kemudahan..." (alinsyirah:5&6)

"Do you really think that you will enter Paradise without such trials as came to those who passed away before you? They were afflicted with severe poverty and ailments and were so shaken that even the Messenger and those who believed along with him said, 'When will come the Help of Allah?" Yes, certainly the Help of Allah is near!" [Quran 2:214]

Rasa Frust? Tension? Lemah Semangat?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." :. - Surah Al-Imran ayat 139

"adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan sahaja berkata 'kami telah beriman' tanpa mereka diuji:. .:dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 sblm mereka,Dia mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta" (alankabut:2&3)

Bagaimana Harus Aku Menghadapinya?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)"." (Surah Al-Imran ayat 200)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (Surah Al-Baqarah ayat 45)

"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang." (Ar-Ra'd: 28) Apa Yang Aku Dapat Daripada Semua Ini?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... (Surah At-Taubah ayat 111)

Kepada Siapa Aku Berharap?

"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (Surah At-Taubah ayat 129)

Arghhh Aku Tak Tahan!!! Aku Dah Bosan!!

"...dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." (Surah Yusuf ayat 12)

Adakah Aku Sudah Dikira Beriman?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta". (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)


Bukankah ALLAH itu DEKAT? =) bacalah selalu Ayat-Ayat Cinta dari-NYa... CintaiLah DIA dengan sepenuh jiwa...krn Cinta-Nya x pernah mengecewakan....

Komen Dan cadangan