-
Asrama Penyayang Nur Iman perlu Sokongan! Hulurkan bantuan,ringankan beban!...:)
Sahabat sekalian,Sebuah asrama perlindungan yang menempatkan 45 orang kanak-kanak yang terdiri daripada orang asli, anak yatim serta anak fakir miskin yang tercicir dari sekolah memerlukan bantuan anda. Anak-anak orang asli ini telah diislamkan sebelum pihak lain mengambil mereka untuk dikristiankan.Asrama penyayang Nur Iman ini terletak di Kampung Bandar Dalam, Sentul, Kuala Lumpur dan kini diuruskan oleh Uztazah Sarimah Ali. Kini, Uztazah Sarimah menyewa rumah 3 pintu dengan bayaran RM1,350 sebulan yang dijadikan 2 buah asrama, sebuah untuk lelaki seramai 24 orang dan sebuah untuk perempuan yang seramai 21 orang dan sebuah lagi dijadikan surau dan pejabat. Anak-anak ini hidup dalam keadaan yang begitu dhaif, mereka hanya ada tempat tidur dan makan sahaja, tidak lebih dari itu. Keadaan asrama juga begitu sempit.Di atas belas ihsan seseorang, di bahagian tepi sebuah asrama, telah dibina satu kawasan seperti garaj parking kereta yang dinamakan 'dewan' yang menjadi tempat anak-anak ini makan dan belajar. Keadaan dewan yang begitu sempit berlantaikan simen berpasir kasar dan beratapkan zink tanpa dinding adalah tidak sesuai langsung untuk pembelajaran 45 orang kanak-kanak.Almari pakaian mereka pula diperbuat daripada besi yang sudah roboh pintunya menjadi tempat diletakkan pakaian harian mereka yang kelihatan begitu lusuh sekali. Kasut sekolah yang begitu usang tersusun di luar asrama.Menurut salah seorang pengelola, Pn Noraini , mereka baru sahaja mendapat katil dari seorang hamba Allah. Sebelum ini, mereka tidur di atas simen berbekalkan tilam buruk sahaja. Menurutnya lagi, anak-anak ini mungkin ada tak biasa tidur di atas katil, tiba-tiba suatu hari, ada seorang yang hilang, bila dicari, rupanya tidur di bawah katil. (orang dah biasa susah )....cuba bayangkan diri kita yang selesa tidur atas katil tiap-tiap malam jika dibandingkan dengan anak-anak ini yang cuma beralaskan lantai dan tilam buruk. Sekiranya dilihat keadaan mereka, pasti akan menginsafkan kita semua.Tentang makanan, uztazah di asrama ini dapat menyediakan makanan untuk anak-anak ini setiap hari walaupun berbekalkan nasi dengan satu jenis lauk sahaja kerana anak-anak ini dah biasa susah dan tidak makan. Keadaan dapur amat menyedihkan dan serba kekurangan.Dana amat terhad untuk asrama penyayang ini untuk mencari tempat yang lebih sesuai dan untuk mendapat bekalan makanan yang mencukupi.Asrama ini memerlukan pelbagai bantuan dalam apa jua bentuk seperti bantuan kewangan, pakaian, pinggan mangkuk, almari, kerusi meja, kasut sekolah, kasut jalan, alat tulis, buku sekolah dan macam-macam lagi.Untuk sebarang sumbangan boleh menghubungi terus Uztazah Sarimah di talian 03-40222404/ 019-2519082 atau disalurkan ke akaun AM Finance no. 2272021000327.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen: