MAHASISWA MSU

  • PEDULI PALESTINE - AL AQSA DALAM BAHAYA


    Semalam, pada 12 mei 2006, Aman Palestine telah mengadakan sebuah ceramah bertajuk ‘Al- Aqsa diambang bahaya’ (peduli Palestine) yang telah di anjur oleh surau Munawwarah seksyen 13 Shah Alam. Aman Palestine diwakili oleh Dr Zainul Rashid b. Zainuddin. Penceramah merupakan seorang pakar sakit puan yang berkhidmat di International Medical University (IMU) dan telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan Aman Palestine sejak dua tahun yang lalu. Pihak pmi-daily turut bersama menyertai puluhan jemaah yang lain untuk mendengar pandangan beliau tentang isu Palestine.

    Dr Zainul memulakan ceramah beliau dengan menerangkan kepentingan masjid Al-Aqsa dan Palestine sendiri terhadap umat islam. Selain Palestine yang terkenal dalam sejarah islam menerusi peranannya dalam peristiwa isra’ mikraj, Al-aqsa juga merupakan tempat terletaknya batu dari syurga yang dikenali sebagai As-sakhrah. Batu tersebut terletak benar-benar di bawah kubah batu (dome of rock- kubah yang berwarna kuning) dan juga dipercayai merupakan tempat nabi Muhammad S.A.W naik ke langit. Orang yahudi pula mengenalinya sebagai ‘pusat dunia’ atau pintu untuk ke alam langit. Mereka mempercayai bahawa setelah menguasai dunia, alam langit juga dapat dikuasi jika mereka dapat menawan ‘pintu’ tersebut.

    Selain itu, Dr Zainul juga turut menyenaraikan beberapa perkara yang menjadikan kota Baitulmaqdis amat penting bagi umat islam antaranya ialah Baitulmaqdis merupakan arah qiblat umat islam yang pertama. Ia juga merupakan negeri berlakunya isra’ mikraj. Tambahan pula, Baitulmaqdis adalah merupakan Bandar ketiga penting bagi umat islam selepas Mekah dan Madinah. Di Palestine juga lahirnya kebanyakkan nabi hingga dikenali sebagai negeri kenabian, dipercayai seramai 70 orang nabi lahir di Palestine. Ini termasuk nabi Ibrahim, Isa dan Yaakub. Akhir sekali, Palestine adalah amat penting buat umat islam kerana ia merupakan negeri perjuangan umat islam hingga dikatakan qiamat itu akan tiba setelah umat islam berjaya membunuh orang-orang yahudi.

    Baitulmaqdis menjadi rebutan tiga agama samawi iaitu Islam, Yahudi dan Kristian. Ini adalah kerana Baitulmaqdis adalah merupakan tempat suci bagi ketiga-tiga agama tersebut. Palestine juga menjadi punca perkelahian tiga pihak ini kerana kedudukan strategiknya. Jika dapat dilihat pada peta, Palestine (nama Palestine sudah tidak dijumpai dalam peta sebaliknya dikenali sebagai Negara yahudi Israel) terletak pada titik pertemuan antara Negara arab asia dan Negara arab afrika. Penguasaan Yahudi terhadap Palestine secara tidak lansung menyebabkan komunikasi antara Negara-negara tersebut terputus! Akhir sekali, Yahudi dan Kristian terlalu mengingini nagara ini adalah kerana sejarah telah membuktikan mana-mana pihak yang menguasai Negara ini akan menjadi kuasa terkuat dunia.

    Selain keganasan tanpa perikemanusiaan yang terpaksa dipikul oleh umat islam di Palestine, Pelampau yahudi telah bertindak melampaui batas dalam menghina umat islam. Israel telah menjalankan misi merosakkan masjid Al-Aqsa secara teleti dan sistematis dimana pelbagai siri pengeboman dan pembakaran masjid Al-Aqsa telah dilakukan. Kekejaman ini tidak terhenti di sini sahaja, Yahudi mendakwa bahawa masjid AL-Aqsa adalah merupakan tapak ‘Solomon temple’ yang runtuh disebabkan gempa bumi suatu ketika dahulu. Untuk membuktikan bahawa dakwaan mereka ini benar, Pelampau yahudi telah mengorek beberapa terowong di bawah masjid Al-Aqsa. Akan tetapi hingga kini, tapak ‘Solomon temple’ tersebut masih tidak ditemui.

    Proses pembinaan terowong ini telah menyebabkan struktur masjid Al-Aqsa semakin goyah. Keadaan ini amat membimbangkan kerana Israel sememangnya bercadang untuk merobohkan masjid Al-Aqsa agar dapat membina ‘Solomon temple’ seterusnya menambat hati seluruh kaum Yahudi untuk berhijrah ke Palestine (juga membawa maksud menghalau penduduk pribumi Palestine). Lebih dari itu, yahudi juga mempercayai bahawa mereka akan dapat membina ‘Solomon temple’ apabila lahirnya lembu yang berkaki merah. Mutakhir ini, telah tersebar bahawa mereka telah menemui lembu tersebut. Dr Zainul juga sempat menayangkan gambar ‘lembu’ (agak menghairankan kerna lembu tersebut tidak langsung berkaki merah?) yang didakwa oleh orang yahudi tersebut. Keadaan ini membuktikan bahawa umur masjid Al-Aqsa adalah sama dengan umur seekor lembu.

    Adalah sungguh menyedihkan apabila kita sebagai pemuda-pemudi islam hanya mengambil enteng isu ini. Seharusnya, kita sebagai mahasiswa yang bakal menerajui tompok kepimpinan perlu melayan isu Palestine ini secara sirius. Lebih-lebih lagi kita sebagai seorang muslim yang berdarah muda perlu bangkit secara kolektif menentang kezaliman yang melanda bumi suci ini. Pihak pmi-daily berpendapat jika kita umat islam dan mahasiswa kampus dapat bersatu menemplak isu karikatur nabi S.A.W maka sudah tentu kita juga dapat bersama bangkit menegakkan keadilan terhadap agama dan saudara kita yang saban hari terseksa.

    Dr Zainul juga turut menyatakan bahawa ketika beliau menuntut di United Kingdom dahulu, beliau dapati anak-anak yahudi seawall umur 7 tahun sudah mampu menghafal kitab Talmud di dalam bahasa Hebrew dengan fasih sekali. Antara isi kandungan kitab Talmud adalah ‘semua gentile (bukan yahudi) adalah binatang’, yabamoth98a. penanaman awal kebencian terhadap orang-orang bukan yahudi ini telah berjaya melahirkan tentera-tentera (perlu diingat bahawa semua penduduk yahudi baik lelaki mahupun perempuan adalah tentera) yahudi yang amat zalim.

    Dr Zainul juga berpandangan bahawa oleh kerana orang yahudi menzalimi umat islam menggunakan isu pemahaman agama mereka maka, kita, umat islam perlu bangkit menentang mereka dengan aqidah, ukhwah dan kekuatan bukan menerusi semangat nasionalisme, keamanan dan sebagainya. Dr. Zainul dalam memetik kata-kata beberapa tokoh pemimpin dan rabbi yahudi berkata, “bahawa umat islam tidak mampu menentang yahudi melainkan solat jemaah subuh adalah sama bilangannya dengan solat jumaat.” Selain itu, umat islam dikatakan lemah dari segala aspek kerana “ umat islam tidak menguasai sejarah, tidak melakukan perancangan yang teliti dan akhir sekali, MALAS”

    Sebelum mengakhiri ceramah beliau, Dr Zainul Rashid amat berharap agar umat islam Malaysia dapat bersama menghulurkan bantuan kepada saudara-saudara kita di Palestine dengan menyokong perjuangan Aman Palestine. Beliau menyatakan bahawa sokongan dalam bentuk bantuan kewangan amat-amat diperlukan untuk menampung para pelarian Palestine yang terpaksa hidup dalam suasana daif di kem-kem pelarian.

    Melalui wawancara pihak pmi-daily dengan wakil Aman Palestine yang telah ke Lebanon untuk menyalurkan bantuan, Puan Hasimah, didapati bahawa berjuta pelarian Palestine hanya ditempatkan di beberapa banggunan yang kecil. Beliau turut menyatakan bahawa anak-anak Palestine tidak diberi pendedahan ilmu-ilmu fardhu ‘ain kerana sekolah-sekolah mereka adalah dikendalikan oleh rahib-rahib perempuan kristian (majoriti, 54%. penduduk Lebanon adalah kristian) melalui UNESCO. Puan Hasimah juga menambah bahawa Aman Palestine telah melancarkan program anak angkat Palestine dimana mereka yang bersimpati boleh membiayai kos hidup kanak-kanak ini dengan menderma sebanyak 30 US dollar (RM126) sebulan.

    Segala bantuan boleh disalurkan pada:

    Aman Palestina Bhd
    Bank maybank - 5622 6301 0787

    Untuk maklumat boleh hubungi: Puan Hasimah- 012 3266600

0 komen:

Leave a Reply

Jangan Lupa sahabat...

Perhatian untuk ahli PMIMSU






insyaALLAH...
dalam masa terdekat nanti,
PMIMSU akan membuat dua program

1) "khidmat sosial dan mengenal cara hidup kampung di Kuala Selangor"

2) " Kursus Sembelihan"

tarikh akan diumumkan tidak lama lagi. :)

teruskan menyokong dan mengikuti perkembangan PMIMSU

jom berbual sebentar

ayat2 cinta



Ayat-ayat cinta dari ALLAH untuk hambaNYA

"Did you think that We had created you in play (without any purpose), and that you would not be brought back to Us?" (Quran 23:115):

“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.” - Surah az-Zariyat: ayat 56.

"demi masa:. .:sesungguhnya manusia dalam kerugian:. .:kecuali yang beriman dan juga yang beramal soleh:. .:yang berpesan pada kebenaran:. .:yang berpesan pada kesabaran" (Alquran:Al-asr)

"ya tuhanku, sesungguhnya aku berkehendak kepada kebaikan yang engkau turunkan kepadaku.. (alqasas:24)

"Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yg Aku Idam-Idamkan?"

"..dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui.." (albaqarah:216)

Kenapa Susah Sangat Ujian Ini?

"...dan ketahuilah, Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya..." (albaqarah:286) "...sesungguhnya disamping kesusahan bersamanya kemudahan... ...(ditegaskan sekali lagi) disamping kesusahan bersamanya kemudahan..." (alinsyirah:5&6)

"Do you really think that you will enter Paradise without such trials as came to those who passed away before you? They were afflicted with severe poverty and ailments and were so shaken that even the Messenger and those who believed along with him said, 'When will come the Help of Allah?" Yes, certainly the Help of Allah is near!" [Quran 2:214]

Rasa Frust? Tension? Lemah Semangat?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." :. - Surah Al-Imran ayat 139

"adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan sahaja berkata 'kami telah beriman' tanpa mereka diuji:. .:dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 sblm mereka,Dia mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta" (alankabut:2&3)

Bagaimana Harus Aku Menghadapinya?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)"." (Surah Al-Imran ayat 200)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (Surah Al-Baqarah ayat 45)

"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang." (Ar-Ra'd: 28) Apa Yang Aku Dapat Daripada Semua Ini?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... (Surah At-Taubah ayat 111)

Kepada Siapa Aku Berharap?

"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (Surah At-Taubah ayat 129)

Arghhh Aku Tak Tahan!!! Aku Dah Bosan!!

"...dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." (Surah Yusuf ayat 12)

Adakah Aku Sudah Dikira Beriman?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta". (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)


Bukankah ALLAH itu DEKAT? =) bacalah selalu Ayat-Ayat Cinta dari-NYa... CintaiLah DIA dengan sepenuh jiwa...krn Cinta-Nya x pernah mengecewakan....

Komen Dan cadangan