-
PELANCARAN DISKUSI TALAMIZ
pada 26 april 2006 yang lalu, PMIKUTPM dengan kerjasama school of flexible learning telah melancarkan program diskusi talamis yang membawa erti diskusi pelajar-pelajar. menerusi program ini, seramai hampir 200 orang pelajar telah dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil yang akan membincangkan pelbagai isu-isu berunsur islam secara bersama. Pada peringkat permulaan ini, pelajar-pelajar yang terlibat dengan program ini adalah terdiri daripada para pelajar foundation yang mendaftar subjek pengajian islam. pendekatan baru yang diadaptasi dalam subjek pengajian islam ini dilihat sebagai suatu perubahan positif yang dapat mewujudkan sistem pembelajaran dan pengajaran yang lebih bermutu. tambahan pula, program ini dilihat perlu sebagai persediaan untuk setiap pelajar memperkasakan diri dalam bidang kerohanian seiring dengan pencapaian akademik yang cemerlang agar dapat membentuk mahasiswa yang kamil. pihak PMIKUTPM meletakkan harapan yang amat tinggi semoga program ini berjalan dengan lancar dan berdoa agar suntikan roh-roh islam menerusi diskusi talamis dapat melahirkan generasi rabbani.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bgs..stu pendktn g efektif...mga naqib n naqibah dpt mjlnkn amnh dgn hikmah n bjksana..