-
Demonstrasi Membantah Kenaikan Minyak
Demonstrasi menentang kenaikkan harga minyak yang diadakan semalam sejurus selesai solat Jumaat di Masjid As Syakirin KLCC telah berjaya menghimpunkan kira-kira 5,000 peserta, tidak termasuk mereka yang duduk di hadapan pejabat masing-masing.
Perarakkan dari Masjid As Syakirin itu telah menutup satu laluan Jalan Ampang, melalui Hotel Niko, Citi bank, Bangunan MCA, Wisma Central dan terus ke kawasan laluan hadapan Menara Berkembar KLCC. Di sana mereka yang berarak tadi disertai pula oleh kaum wanita dan masyarakat serta pemimpin bukan Islam yang telah sedia menunggu ketibaab perarakkan itu.
Agensi berita antarabangsa Associated Press ataupun AP mengeluarkan dalam siaran berita terkininya:
Malaysian shout slogan, The government is cruel, long live the people, as they protest against the recent oil price hike in Kuala Lumpur, Malaysia, Friday, March 3, 2006. Several hundred people staged a peaceful demonstration Friday at Malaysia's tallest towers to protest the government's move this week to sharply raise retail gasoline prices.
(Aneh tak sampai 30 minit berkahirnya demo ini agensi berita antarabangsa AP telah pun menyiarkannya sedangkan agensi berita negara BERNAMA membisu seribu bahasa sehingga kini)
Perhimpunan tersebut telah diperhatikan oleh puluhan anggota polis termasuklah dari Pasukan Simpanan Persekutuan ataupun FRU lengkap dengan water canon masing-masing. Tetapi tiada kejadian yang tidak diingini berlaku semasa demonstrasi aman itu kecuali disatu ketika dimana helikopter PDRM terbang betul-betul di atas tempat para pemimpin alternatif berkumpul iaitu pada jarak tidak sampai 100 meter sehingga menimbulkan keresahan orang-ramai
Rata-rata perhimpunan dan perarakkan yang besar itu telah menarik perhatian dan minat orang-ramai yang lalu lalang, serta berurusan di sekitar kawasan tersebut termasuklah para pekerja pejabat dan pelancong-pelancong asing
0 komen: