-
Sisters In Islam Menghina Islam: Meracun pemikiran wanita Malaysia!!!
Kita sepatutnya amat terperanjat dengan kandungan artikel yang disiarkan dalam akhbar International Herald Tribune keluaran 16 Februari 2006 yang bertajuk
“Letter from Malaysia: Malaysia's big sister shakes up Islam rule”
http://www.iht.com/articles/2006/02/16/news/letter.php
Terlalu banyak penghinaan yang disiarkan dalam artikeltersebut yang diberikan oleh Zainah Anwar daripada Sisters In Islam , sebuah NGO (Badan Bukan Kerajaan) yang beroperasi di Malaysia.
Adalah diharapkan pihak berkuasa dan pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan yang sewajarnya diatas penulisan yang dianggap terlalu memperlekehkan kerajaan Malaysia yang mengamalkan prinsip Islam Hadhari dibawah kepimpinan Dato Seri Abdullah Hj AhmadBadawi.
Antara kenyataan-kenyataan yang terdapat dalam artikel tersebut ialah :
Zainah Anwar menyatakan pegawai-pegawai kerajaan dalam Jabatan Agama Islam sebagai “ Ahli birokrat yangberfikiran Taliban”.
(With the acid touch that hasmade her an accomplished campaigner, Anwar calls the officials in the government religious departments "those Taliban-minded bureaucrats.")
Zainah Anwar begitu marah dengan pindaan perlembagaan, bukan sahaja langkah ke belakang yang diambil tetapi kerana kerajaan dibawah pimpinan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan semua senator wanita yang secara peribadi menentang pindaan tersebut supaya mengundi untuk menyokong.
(Zainah Anwar was outraged by the amendments, not only for the backward step they represented, but also because the governing party of Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi insisted that women senators who personally opposed the newa mendments vote in favor of them).
Zainah tidak berkahwin, dan memberitahu orang : “Saya tidak mahu menjadi hamba lelaki”
(She has not married,saying to people: "I don't want to be a slave to man.")
Sisters In Islam ialah NGO yang menggunakan nama Islam yang lantang memperjuangkan hak-hak wanita mengikut perspektif barat dan sekular.
Dr. Amina Wadud ialah salah seorang pengasas Sisters In Islam.
Beliau adalah seorang wanita Afro American dari US pernah menjadi kontroversi kerana MENGIMAMKAN dan menjadi KHATIB dalam Solat Jumaat di New York City. Sekarang Islam dipermainkan atas nama islam itu sendiri.
Adakah ini bentuk Islam progresif yang kita cari........???
------------------------------------------------------
Di 'edit' daripada http://waghih.blogspot.com/
"Kalau kita hanya mengharapkan kemenangan, kita tidak akan berjaya. Kalau kita berusaha untuk mencapai kemenangan, dengan izin Allah kita akan berjaya"
0 komen: