-
Program Ilmiah
Seminar Perdana Islam Sebagai Sebuah Cara Hidup
Tarikh: 15 & 16 April 2006
Tempat: Balai Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur
( Terhad kepada 700 peserta sahaja )
YuranRM 130 ( Orang Awam )
RM 65 ( Bagi Pelajar Ijazah Pertama ke Bawah, 100 tempat sahaja )
*Pembayaran yuran mesti dibuat sebelum kursus
( Yuran termasuk, makan minum sepanjang seminar dan langgananMajalah-I terbitan Karangkraf selama 6 bulan )
Anjuran Bersama: Pusat Pengajian At-Tibyan & Majalah-i
Pendaftaran
Sila hubungi :-
019-388 5486,
012-930 7765,
012-264 4984 atau
019-270 7303 atau
email tibyan2006@gmail.com
Cara PembayaranBoleh membuat pembayaran yuran KE MANA-MANA ANTARA DUA akaun DIBAWAH:-
a) Bank Islam Malaysia Berhad secara bank in atau fund transfer.
Noakaun : 1404 1010 0476 03
atas nama "Pusat Pengajian At-Tibyan".
b) Maybank ( Wadiah )
no akaun 164017071347
atas nama " zaharuddin abd rahman"
Dan maklumkan pembayaran anda kepada nombor di atas.
Dan bawa slipatau tanda pembyaran semasa kursus nanti.
Aturcara Seminar
(Sesi rehat, solat dan makan tidak dimasukkan di dalam aturcara ini bagi ringkasan )
15 APRIL 2006 ( SABTU )
08.00 - 10.30 pagi : BICARA AQIDAH
Tajuk : " Gejala Syirik & Masalah Kepercayaan Umat Islam : Suatu Pendedahan dan Pemurnian"
Oleh : YBhg Dr. Abdullah Yasin B.A, Usul (Madinah), M.A, Shariah (Riyadh) PhD, (USA)Persatuan An-Nida'
11.00 - 01.15 tgh : BICARA TAFSIR
Tajuk : " Tafsir Al-Quran Semasa : Konsep, Syarat & Peranannya Dalam Menyelesai Masalah Ummat"
Oleh : YBhg. Prof . Madya Dr Zulkilfi Yusoff M.A Tafsir (Jordan); PhD (UK)Universiti Malaya
02.15 - 4.10 ptg : BICARA HADITH
Tajuk : " Peranan Hadith Nabawi Dalam Kehidupan Semasa dan Kepentingan Analisa Tahap Ketulenannya"
Oleh : YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd Radzi OthmanM.A; PhD, Hadith (Madinah) Universiti Sains Malaysia
04.45 - 6.45 ptg : BICARA FIQH KEWANGAN
Tajuk : Halal & Haram Dalam Urusan Kewangan : Antara Dosa dan Harta.
Oleh : YBhg. Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman B.A(Hons), UM ; M.A, Shariah (Jordan) Jabatan Pengawasan Shariah, RHB Islamic Bank Berhad
16 APRIL 2006 ( AHAD )
08.30 - 10.30 pg : BICARA FIQH UMUM
Tajuk : Pengajian Fiqh : Tertib, Adab & Kewajibannya Bagi UmatIslam.
Oleh : YBhg Ust Hj Nuruddin Al-Banjari Al-Makki Mekkah, Al-Azhar Pesantren, Bogor, Indonesia
11.00 - 01.00 ptg : BICARA PENUTUP
Tajuk : Kesatuan & Keselamatan Umat : Di Bawah Naungan Al-Quran & As-Sunnah
Oleh : YBhg. Prof (B) Dato' Dr. Haron Din M.A ( Al-Azhar), PhD, Shariah (Kaherah)
Fokus Setiap Pembicara:-
1. AQIDAH
- Pendedahan berkenaan bahaya Syirik yang kian di pandangringan akibat kejahilan umat.
- Hukum, jenis-jenis dan pembahagian Syirik.
- Amalan semasa yang disepakati oleh seluruh aliran Ulama Islambahawa boleh menjatuhkan seseorang ke lembah syirik Jaliy(terang) dan Syirik Khafiy (tersembunyi).
- Displin dalam kepercayaan terhadap sesuatu perkara ghaib.
- Takrif perkara ghaib dan had ilmu yang diberikan Allah.
- Kupasan hukum berkenaan perbomohan, jampi dengan menurun,jampi mantera, tangkal, azimat, kayu kokka, air musoffa, rohkembali selepas mati, pelesit, jembalang, ilmu kebal, silatdengan bantuan jin dsbgnya.
2. TAFSIR
- Pengenalan ringkas tafsir dan pembahagiannya.
- Fokus tafsir waqie (tasfiran semasa).
- Konsep, syarat, displin dan ruang lingkup tafsiran semasa.
- Bagaimana ilmu tafsiran silam dapat di manfaatkan di dalamkonteks semasa sedangkan berbeza zaman dan tempat?.
- Contoh-contoh tafsiran semasa digunakan bagi menyelesaikanpermasalahan semasa dan menjadi sumber dakwah yang mampumenarik manusia kepada Islam di zaman ini.
- Tips bagi mengaplikasikan ilmu tafsir dalam kehidupan.
- Kupasan permasalahan tafsiran moden tanpa displin & alat ala Islam Liberal.
3. HADITH
- Pengenalan kepada pembahagian dari sudut tahap kekuatan perawi : Sohih, hasan dan dhoif.
- Kepentingan analisa sesebuah hadith dan implikasi burukakibat pengabaiannya terhadap aqidah, ibadat dan kehidupanseharian.
- Kepentingan pengajian hadith dan saranan-saranan.
- Tips asas bagi mengaplikasikan ilmu hadith dalam kehidupansemasa.
- Kupasan isu rekaan dan sebaran hadith dengan tujuan baik,rekaan fadhilat-fadhilat bagi promosi sesuatu amalan.
4. FIQH KEWANGAN
- Displin Islam dalam hal kewangan.
- Riba dan bentuknya dalam konteks semasa di Bank-Bank Konvensional dan Institusi kewangan tempatan.
- Pelaburan yang haram dan halal, : displin dan syaratnya.
- Pendedahan berkenaan fenomena keghairahan mencari hartawalaupun secara haram tanpa sedar. Seperti kes gaji, hadiahbuat pegawai, kerja lebih masa dsbgnya.
- Simpanan wang dan kaitannya dengan hukum dan riba.
- Riba dalam transaksi kad kredit, pembelian emas, tukaran matawang, FOREX.
- Teknik jual beli yang diharamkan seperti tanajush danlain-lain.
- Perbezaan amalan bank Islam dan konvensional. Mengapa kadarkeuntungan produk pembiayaan perniagaan, rumah dan lain-lain dibank Islam lebih tinggi berbanding Konvensional?
- Kepentingan kontrak / aqad di dalam kewangan Islam.
- Adakah produk-produk di Bank-bank Islam benar-benar halalatau hanyalah cerminan produk konvensional.
- Benarkah ada salah laku Shariah dalam pengurusan perbankanIslam? Dan jika ada di mana ?
- Hutang dari perspektif Islam.
5. FIQH UMUM
- Kepentingan pengajian Fiqh.
- Implikasi buruk akibat pengabaian pengajian Fiqh dalamkehidupan seharian umat Islam.
- Fiqh Perbandingan dan kelebihannya.
- Masalah Taqlid, Talfiq ( mencampurkan pandangan mazhab) sertastatus orang awam dalam hal ini.
- Kupasan perihal taksub dengan sesuatu Mazhab.
- Persoalan ikut pandangan mazhab tanpa mengetahui dalil atau ikut Nabi secara terus dengan mempelajari dalil ; kupasandisplin dan syarat bagi kedua-duanya.
- Ciri-ciri istimewa pengajian secara bersanad, kelebihan dan kekurangan pengajian secara pondok dan universiti.
- Kepentingan merujuk kitab-kitab muktabar ( bukan kitabsampingan) dalam sesebuah mazhab bagi menisbahkannya kepadasesuatu mazhab.
6. BICARA AKHIR
- Maksud kesatuan dan keselamatan di bawah naungan Al-Quran danAs-Sunnah.
- Bolehkah kesatuan di asaskan atas asas selain al-quran danas-sunnah?.
- Bagaimana mencapai kesatuan sedangkan pentafsiran sesuatudalil berbeza-beza. Malah kesohihan sesuatu dalil juga mungkinberbeza-beza.
- Jenis-jenis nas al-quran dan al-Hadith yang boleh di'ikhtilaf'kan.
- Ikhtilaf yang terpuji dan yang terkeji :Kupasan adab-adab ikhtilaf.
- Kepentingan memahami ilmu maqasid as-Shariah bagi mencapaikesatuan umat Islam.
- Fahaman 'Asobiyyah ; Penghalang kesatuan umat.
- Saranan-saranan penting dan tindakan wajib bagi seluruh ummatbagi mencapai kesatuan dan keselamatan di dunia dan di akhirat.
*panel yang dijemput adalah panel yang tersohor dalam bidang masing-masing.
CEPAT JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN YANG MUNGKIN TIADA ULANGAN INI.
0 komen: