MAHASISWA MSU

  • NST perkecil bantahan awam

    Disaat umat Islam seluruh dunia masih terluka dengan tindakan biadap akhbar Denmark Jyllands Posten yang menyiarkan karikatur menghina Nabi Muhammad saw, sepatutnya semua pihak khasnya di Malaysia mengambil jalan tengah menyejuk dan meredakan keadaan.

    Jangan lagi diguris dan ditoreh luka yang masih merah berdarah itu.Apabila akhbar Sarawak Tribune turut menyiarkan semula karikatur yang sama, pihak kerajaan segera mengambil tindakan dengan menggantung lesen penerbitannya. Demikian juga apabila akhbar harian Cina Guang Ming Daily mengeluarkan foto sebuah akhbar yang menyiarkan karikatur tersebut, kerajaan telah serta-merta menggantung penerbitannya selama dua minggu.

    Semua ini dilakukan demi memelihara sensitiviti umat Islam yang telah tidak dihormati atau dipedulikan oleh anasir-anasir dari Barat itu.Kita sangkakan keadaan akan kembali tenang, rupa-rupanya masih ada pihak yang cuba menangguk di air keruh.

    Dan kali ini pihak berkenaan bukan calang-calang statusnya, iaitu salah sebuah akhbar media perdana yang tersohor dalam negara yang ada pula kaitan langsung dengan parti pemerintah. Akhbar NST telah menyiarkan kartun karikatur berikut dalam ruangan kartun akhbarnya Isnin lepas:










    Ekoran penyiaran karikatur tersebut beberapa badan NGO seperti GPMS, Persatuan Pengguna Islam PPIM, KIMMA, MAPAN termasuklah PAS telah membuat laporan Polis kerana menganggap kartun tersebut menghina Nabi Muhammad saw.

    NST sepatutnya bertindak dengan penuh tanggungjawab dan segera memohon maaf di atas kelalaiannya itu. Akan tetapi penjelasan yang disiarkan di muka dua akhbar NST hari ini tidak langsung mencerminkan keinsafannya. Sebaliknya ia menganggap mereka yang membuat laporan termasuklah pihak media lain yang menyerang tindakannya menyiarkan kartun di atas sebagai memiliki agenda jahat terhadapnya.

    Do we continue to be a society where a vocal few, with personal vendettas and less than honourable motives, can whip up sentiments and make the innocent guilty?
    (Adakah kita mahu menjadi satu masyarakat dimana segelintir kecil yang begitu vokal, yang masing-masing dendam kesumat dan maksud jahat, memukul gendang dan membuat tuduhan sesuka hati)

    NST cuba membela tindakan mereka dengan menyatakan:

    The issue we have to decide here is whether the cartoon has transgressed the limits; whether it has crossed the boundaries, and whether it has insulted Islam and the Prophet.
    (Isu yang perlu kita putuskan adalah, apakah kartun (itu) telah melampaui batas-batas yang ditetapkan dan apakah ia menghina Islam dan Nabi nya?)

    Saya sendiri pada awalnya menganggap kartun ini biasa sahaja dan tidaklah setanding dengan karikatur terbitan Jyllands Posten yang biadap itu. Namun setelah lama berfikir saya terpaksa bersetuju dengan pihak-pihak yang telah membuat laporan Polis itu kerana bahang karikatur Jyllands Posten masih panas membara, mengapa NST tidak ambil pusing dan berhati-hati agar maksud yang sama tidak lagi dieksploitasi oleh mana-mana pelukis kartun dan karikatur.

    Mungkin kartun terbitan NST itu berbeza dari kartun Jyllands Posten, tetapi maksudnya tetap sama iaitu memperlekeh dan merendah-rendahkan kecintaan umat Islam terhadap Nabinya Muhammad saw.

    Dalam hal ini saya kira NST perlu segera memohon maaf dan pihak kerajaan sendiri, suka tak suka, kalau berani bertindak terhadap Sarawak Tribune dan Guang Ming Daily, maka walaupun NST kerabat kroni sendiri, tindakan tegas perlu juga dikenakan.

    Dimana sensitiviti kita sebagai seorang Islam???

0 komen:

Leave a Reply

Jangan Lupa sahabat...

Perhatian untuk ahli PMIMSU






insyaALLAH...
dalam masa terdekat nanti,
PMIMSU akan membuat dua program

1) "khidmat sosial dan mengenal cara hidup kampung di Kuala Selangor"

2) " Kursus Sembelihan"

tarikh akan diumumkan tidak lama lagi. :)

teruskan menyokong dan mengikuti perkembangan PMIMSU

jom berbual sebentar

ayat2 cinta



Ayat-ayat cinta dari ALLAH untuk hambaNYA

"Did you think that We had created you in play (without any purpose), and that you would not be brought back to Us?" (Quran 23:115):

“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.” - Surah az-Zariyat: ayat 56.

"demi masa:. .:sesungguhnya manusia dalam kerugian:. .:kecuali yang beriman dan juga yang beramal soleh:. .:yang berpesan pada kebenaran:. .:yang berpesan pada kesabaran" (Alquran:Al-asr)

"ya tuhanku, sesungguhnya aku berkehendak kepada kebaikan yang engkau turunkan kepadaku.. (alqasas:24)

"Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yg Aku Idam-Idamkan?"

"..dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui.." (albaqarah:216)

Kenapa Susah Sangat Ujian Ini?

"...dan ketahuilah, Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya..." (albaqarah:286) "...sesungguhnya disamping kesusahan bersamanya kemudahan... ...(ditegaskan sekali lagi) disamping kesusahan bersamanya kemudahan..." (alinsyirah:5&6)

"Do you really think that you will enter Paradise without such trials as came to those who passed away before you? They were afflicted with severe poverty and ailments and were so shaken that even the Messenger and those who believed along with him said, 'When will come the Help of Allah?" Yes, certainly the Help of Allah is near!" [Quran 2:214]

Rasa Frust? Tension? Lemah Semangat?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." :. - Surah Al-Imran ayat 139

"adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan sahaja berkata 'kami telah beriman' tanpa mereka diuji:. .:dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 sblm mereka,Dia mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta" (alankabut:2&3)

Bagaimana Harus Aku Menghadapinya?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)"." (Surah Al-Imran ayat 200)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (Surah Al-Baqarah ayat 45)

"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang." (Ar-Ra'd: 28) Apa Yang Aku Dapat Daripada Semua Ini?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... (Surah At-Taubah ayat 111)

Kepada Siapa Aku Berharap?

"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (Surah At-Taubah ayat 129)

Arghhh Aku Tak Tahan!!! Aku Dah Bosan!!

"...dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." (Surah Yusuf ayat 12)

Adakah Aku Sudah Dikira Beriman?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta". (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)


Bukankah ALLAH itu DEKAT? =) bacalah selalu Ayat-Ayat Cinta dari-NYa... CintaiLah DIA dengan sepenuh jiwa...krn Cinta-Nya x pernah mengecewakan....

Komen Dan cadangan