-
Di sebalik melodi itu....
more
alala...tomeynyo adik2 ni....
Suasana Di Hari Raya
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira
Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa
Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira
Satu Hari Di Hari Raya
Satu hari di Hari Raya
Ku lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia
Satu hari di Hari Raya
Ku dengar irama yang sungguh indah
Ku coba mendekati padanya
Kira irama itu adalah
Suara pujian pada yang Esa
Satu hari di Hari Raya
Aku menangis tanda gembira
Aku menangis tanda ku cinta kepadaNya
Satu hari di Hari Raya
Ku lihat wajah suci ibuku
Ku lihat wajah kasih ayahku
Ku gembira
Mungkin inilah dia kebahagiaan
p/s: mdh2n lagu2 ini tidak hanya meniti dibibir @ di ringtone2 handset kita, tanpa kita koreksi dan hayati baris2 maknanya,..
YA Allah....BAHAGIAkan kami dengan Redha-MU~
Semoga di hari raya ini dan 11 bulan seterusnya kita benar2 tlh kembali kepada FITRAH SEBENAR..Krn itulah sebenar2 kebahagiaan dan kemenangan yg kita Cari...di AidilFitri.
dan smg SETIAP HARI adalah AIDILFITRI utk kita...
ALLAHUAKBAR...
ALLAHUAKBAR...
ALLAHUAKBAR...
WALILLAHILHAMD~
-
KHAS UNTUK WARGA MSU DAN PTPL
more
Pandu cermat perlahan-lahan,InsyaAllah, selamat diperjalanan,Hidup tentu banyak kesalahan,Sempena raya kita bermaafan.Sungguh tidak dapat diduga,Cempedak diidam, dapat kelapa,Raya tu raya juga,Ibadah dan solat jangan dilupa.Tinggi sungguh terbang Rajawali,Bintang di langit yang dicari,Manusia di pagi Raya juga mencari,Ampun maaf menyusun sepuluh jari.Tebing berlembah jangan diredah,Takut tersasar, masuk ke paya,Puasa sudah, berzakat pun sudah,Kini tiba berhari raya.Kepada semua ahli Persatuan Mahasiswa Islam(MSU/PTPL),kami ingin mengucapkanSELAMAT HARI RAYA...MAAF ZAHIR DAN BATIN..Terima kasih kerana sentiasa menyokong pmi selama ini..(^_^)*semoga kita sentiasa berwaspada dijalan raya…
-
KEmbALi KepAdA FitRaH DaLaM MenyAmbuT hAri RayA..
more
Kala ini, Ramadan yang penuh barakah bakal berakhir dan Syawal pula menjelma. Dengan ketibaan Syawal yang mulia ini membawa bersama perayaan umat Islam iaitu Hari Raya Aidilfitri. Pada hari raya ini kita disunatkan untuk banyak bertakbir, bertahmid dan bertasbih bersempena meraikan kejayaan kita melawan hawa nafsu di sepanjang bulan Ramadan.
Pada masa yang sama kita juga perlu merenung adakah kita benar-benar memahami akan hikmah sambutan hari raya aidilfitri. Aidilfitri itu sendiri merujuk kepada hari raya fitrah, yakni meraikan kejayaan kita untuk kembali kepada fitrah. Dan manusia secara fitrahnya itu dilahirkan dalam keadaan suci bersih jiwanya serta cenderung ke arah kebaikan.
Maka titik pertemuan kita dengan Syawal ini seharusnya mencetuskan perubahan dalam diri kita ke arah kebaikan. Kita perlu menginsafi bahawa bulan Ramadan yang bakal meninggalkan kita merupakan medan latihan terbaik untuk membuat peningkatan diri. Pemanfaatan Ramadan dengan sebaiknya akan tercermin dalam diri kita walaupun setelah ia berlalu.
Jika sebelum Ramadan dahulu kita sering meninggalkan solat maka biarlah ketika dan sesudah Ramadan ini kita sering menjaga solat kita.
Jika dahulu kita agak keberatan selalu bersedekah maka harapannya selepas ini kita dapat menjadi lebih pemurah. Jika dahulu kita begitu sukar hendak meninggalkan tabiat merokok, maka kini moga-moga kita berjaya berhenti merokok.
Begitulah harapan kita terhadap tarbiyah Ramadan yang telah kita lalui ini. Perjuangan kita melawan nafsu selama sebulan ini seharusnya berhasil menyucikan diri daripada tabiat buruk serta sifat-sifat mazmumah.
Justeru itulah yang dikatakan kembali kepada fitrah iaitu asal kejadian manusia yang cenderung ke arah kebaikan.
Sepinya masjid dan ‘prayer room’
Sememangnya dalam menyambut Aidilfitri ini ramai di antara kita yang sudah mula membuat persiapan serta tidak ketinggalan ada yang sibuk menyiapkan tugasan-tugasan universiti. Namun keghairahan menyambut Hari Raya ini seakan-akan mencuri tumpuan kita daripada memanfaatkan baki Ramadan yang masih tinggal.
Kedapatan ‘prayer room’ dan bilik tempat solat yang kelihatan jumlah saf solat tarawihnya semakin berkurangan. Malam-malam terakhir Ramadan ini terisi dengan aktiviti membuat kuih raya serta pelbagai lagi juadah. Namun kita tidak seharusnya lupa akan ganjaran beribadat dalam sepuluh malam terakhir Ramadan ini. Rasulullah s.a.w. sendiri melipatgandakan ibadah malam baginda dalam tempoh waktu sedemikian. Insya-Allah sekiranya kita konsisten beribadat di sepanjang malam Ramadan ini maka kita bakal bertemu dengan lailatul qadar yang lebih baik daripada 1,000 bulan.
Aidilfitri: antara adat dan ibadat
Di kala Hari Raya nanti masing-masing dengan pakaian yang terbaik tanda kegembiraan kita menyambut raya. Setelah menunaikan solat Hari Raya kita akan pulang ke bilik kita dan menikmati juadah, bermaaf-maafan serta menziarahi sahabat-handai.
Adakah bentuk sambutan yang kita bakal lalui sekadar berlegar dalam kerangka adat dan budaya sahaja? Bagaimanakah cara sambutan Hari Raya dapat dibentuk menurut acuan ibadah?
Persoalan sedemikian seharusnya bermain di fikiran kita dalam usaha kita menjadikan Aidilfitri ini lebih bermakna buat kita sebagai hamba Allah.
Kini timbul kecenderungan baru para remaja menyambut hari raya dengan menonton wayang, atau sekadar berpeleseran tanpa tujuan. Segelintir remaja pula menyambut cuti raya dengan mengunjungi pusat hiburan. Ada pula yang lebih selesa memerap di bilik bermain ‘game’ atau sekadar melayari ‘internet’ tanpa tujuan ataupun tidur sahaja.
Sambutan yang terlalu berunsurkan hiburan seakan menjalari golongan remaja kita masa kini. Tidak salah untuk berhibur asalkan tidak melanggar batas syarak dan sesuai masanya serta tidak melekakan. Namun kita perlu merenung bagaimana mengisi sambutan Aidilfitri ini agar dapat mencerminkan kembalinya kita kepada fitrah.
Selain itu, kita perlu meningkatkan kesedaran kita untuk kembali mengeratkan tali silaturahim antara sesama Muslim khususnya keluarga terdekat. Berada di perantauan tidak bermakna hubungan kekeluargaan tidak dapat dieratkan. Dengan kewujudan teknologi masa kini, segala elemen boleh digunakan oleh kita untuk tujuan yang murni ini. Pada ketika hari raya inilah peluang terbaik untuk saling menziarahi dan mengenali sahabat-handai kerana masing-masing berkumpul untuk bersama menyambut hari raya.
Ibadah puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal ini juga adalah amat digalakkan untuk dilaksanakan. Ternyata ibadah puasa dalam Islam mempunyai kesinambungannya dan merujuk bahawa perjuangan menahan nafsu tidak pernah mempunyai titik noktahnya selagi nyawa dikandung badan.
Kesimpulan
Kesimpulannya, kehadiran Syawal yang mulia ini menuntut kita bermuhasabah diri sejauh mana kita berjaya memanfaatkan bulan Ramadan yang bakal berlalu ini. Semoga latihan iman dan takwa yang kita jalani sepanjang Ramadan mencetuskan perubahan yang berkekalan dalam diri kita semua.
-
RamAdhan yang semakin berLalu.......
more
Sayunya hati mengenangkan Ramadhan semakin berlalu pergi...
Terasa baru sebentar tadi kita menerjah ke bulan yang penuh rahmat ini... tapi hakikatnya semakin menuju ke penghujungnya...
Kejarlah sisa2 yang masih berbaki ini...mungkin ada pluang lagi untuk kita memperoleh malam Al-QadarNya...mahupun keampunan dan rahmatNya...
Alhamdulillah a'la kulli haal.....Terima kasih Allah.... Atas segala-galanya...
Sepanjang sebulan ini, Kau berikan kami kesempatan untuk bersama-sama mengenal dan lebih menCintaiMu dalam pelbagai ruang dan peluang...bermacam2 jalan dan keadaan....pelbagai aktiviti dan tautan, di bulan penuh rahmahMu...
kau izinkan kami , melangkahkan hati dan fikiran kami....
Agar sentiasa terasa dekat dengan kasih dan maghfirahMu...
Ihya'kanlah hati2 kami, Truslah memilih kami Ya Allah, agar terus subur tarbiyyahnya menuju-Mu..walau sehingga Ramadhan meninggalkan kami..bertemu 11 bulan lagi....
"Maka nikmat Tuhanmu yang mana lagikah patut kamu dustakan.."
Beruntunglah siapa yang mensucikan...rugilah bagi yang mengotorinya..~فَإِنَّمَعَالْعُسْرِيُسْرًا Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, (QS. 94:5)
إِنَّمَعَالْعُسْرِيُسْرًا sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. (QS. 94:6)
فَإِذَافَرَغْتَفَانصَبْ Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain, (QS. 94:7)
وَإِلَىرَبِّكَفَارْغَبْ dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap. (QS. 94:8)
Study...Research Project....Esaimen...LAb report.....Mak Ayah... Keluarga.....Teman.....Adik2...Janji yang belum tertunaikan..Persiapan Rayer....
LailatuL Qadar....Kerja.....Quiz.....Final Exam...~
Ayuh.....walau apa pun positionmu, setinggi mana pun komitmenmu, sebizi manapun dirimu,
TERUSLAH BERGERAK..........
krn segala yang terbentang dihadapanmu adalah merupakan Sejadah PengAbdianmu kepada Allah... ~ insyaallah..
Penat, tapi membahagiakan.
Kerana itulah erti hidup pada 'memberi'...
Ramadhan yang telah banyak mentarbiyyah kita..
Moga sayang kita padanya akan trus subur dibawa bersama..
sehingga ke pertemuan yang seterusnya.
insyaallah!
SAlam IStiqamah.........
-
Pandangan al-Qardhawi Terhadap Beberapa Isu Ramadhan
more
Alhamdulillah, kita sudah sampai ke hari yang keenam di dalam bulan Ramadhan. Moga Allah menerima puasa dan amalan kita di dalam bulan ini.
Di sini dikongsikan beberapa pandangan Dr. Yusof al-Qardhawi tentang beberapa permasalahan berkait dengan ibadah di bulan Ramadhan. Pandangan-pandangan ini saya ambil dari laman web beliau http://www.qaradawi.net/. Untuk menjimatkan masa saya menulis dan memudahkan pembaca memahami pandangan beliau, saya hanya mengambil pandangan beliau tanpa membawa sekali hujah-hujah dan khilaf ulama’ yang beliau nyatakan sekali di dalam laman web tersebut. Kepada sesiapa yang berminat untuk mendalami perbincangan ulama’ berkenaan topik-topik tersebut sila rujuk di laman web beliau. Moga bermanfaat kepada semua.
Adakah boleh ditetapkan awal Ramadhan melalui kiraan falak?
Dr. Yusof al-Qardhawi menyetujui pandangan Imam Taqiyuddin al-Subki, salah seorang ulama’ mazhab Syafie yang mengatakan bahawa apabila kiraan falak menyatakan kemustahilan dilihat anak bulan dengan pandangan mata, maka persaksian sesiapa yang mendakwa melihat anak bulan akan ditolak.
Beliau mengatakan bahawa ini juga adalah pandangan Syeikh Al-Azhar Muhammad Mustafa al-Maraghi dan pandangan seorang ulama’ hadis, Syeikh Syakir. Selain itu beliau juga membawakan kata-kata Ibnu Sarij yang mentafsirkan hadis: “Jika tidak jelas bagi kamu (cuaca buruk yang menghalang dari melihat anak bulan), maka taqdirkanlah” sebagai ‘jika tidak jelas bagi kamu, maka lakukanlah kiraan turun naik bulan.”
Dr. Yusof al-Qardhawi menyatakan bahawa kiraan falak boleh dijadikan sekurang-kurangnya sebagai hujah untuk menafikan awal Ramadhan. Dengan itu jika ahli falak mengatakan bahawa pada hujung hari ke 29 bulan Sya’ban, anak bulan mustahil akan kelihatan, maka tidaklah perlu dikumpulkan orang ramai dan dikeluarkan kos untuk meneropong anak bulan. Sebaliknya umat Islam hendaklah terus menyempurnakan 30 hari Sya’ban.
Beliau menguatkan hujahnya dengan sabda Rasulullah s.a.w.: “Kami kaum buta huruf yang tidak pandai mengira dan membaca.” Beliau menafsirkan hadis tersebut sebagai keadaan dan sebab kenapa di zaman Rasulullah s.a.w., awal Ramadhan ditentukan dengan melihat anak bulan.
Adapun hadis: “Berpuasalah apabila melihat anak bulan dan berbukalah apabila melihat anak bulan. Jika tidak jelas bagi kamu, sempurnakanlah 30 hari Sya’ban.” Beliau mentafsirkan hadis ini berdasarkan kaedah fiqh bahawa hadis ini menyatakan matlamat yang tetap dan wasilah yang boleh berubah. Matlamat yang tetap adalah penentuan awal Ramadhan. Wasilah yang berubah adalah persaksian anak bulan dengan menggunakan mata. Jika ada cara yang lebih baik dari persaksian mata, maka wasilah itu diterima. Kiraan falak di zaman ini sudah tentunya lebih tepat dan lebih baik dari persaksian mata.
Apakah hikmah puasa diwajibkan berdasarkan pusingan bulan (tahun hijrah) dan bukannya pusingan matahari (tahun Masehi)?
Dr. Yusof al-Qardhawi menerangkan bahawa di antara hikmah puasa tersebut diwajibkan berdasarkan pusingan bulan:
-
1. Tahun Islam diasaskan di atas pusingan bulan. Begitu juga hukum hakam yang lain seperti haul zakat, ibadah haji, iddah seorang wanita yang diceraikan suami dan sebagainya.
-
2. Ia lebih tobi’ie dan lebih mudah untuk dikira berdasarkan kemunculan bulan dan saiznya pada waktu malam.
-
3. Ramadhan kadang-kadang akan berselisih dengan musim panas atau musim sejuk atau musim-musim yang lain. Dengan itu seorang muslim kadang-kadang akan berpuasa pada waktu sejuk dan kadang-kadang pada waktu panas terik. Kadang-kadang di waktu yang siangnya panjang dan kadang-kadang di waktu siang pendek. Ia lebih seimbang dan mengukuhkan ketaatan seorang muslim kepada Tuhan dalam setiap keadaan.
Adakah puasa tetap sah jika seseorang melakukan maksiat ketika dia sedang berpuasa?
Dr. Yusof al-Qardhawi menolak pandangan Ibnu Hazm yang mengatakan bahawa maksiat akan membatalkan puasa seseorang seperti makan dan minum. Walau pun begitu beliau mengatakan bahawa maksiat yang dilakukan oleh seseorang yang berpuasa akan menghilangkan hasil yang diharapkan dari puasa tersebut.
Dengan itu yang terbaik adalah seseorang itu sentiasa berusaha untuk mencontohi puasa salafussoleh yang menjaga diri bukan sahaja dari makan dan minum tetapi sebaliknya dari perkara-perkara haram dan melalaikan.
Adakah wujud sebenarnya ‘waktu imsak’?
Dr. Yusof al-Qardhawi menyokong pandangan al-Hafiz Ibnu Hajar yang berkata: “Di antara bid’ah mungkar adalah apa yang dilakukan pada hari ini; iaitu dilaungkan azan sepertiga jam sebelum azan Subuh di dalam bulan Ramadhan dan dipadamkan api sebagai tanda haramnya makan dan minum bagi orang yang akan berpuasa. Mereka menyangka bahawa itu lebih berhati-hati di dalam ibadah. Tiada yang mengamalkan itu kecuali manusia-manusia awam (ulama’ tidak mengamalkannya). Cara berfikir sebegini juga telah menyebabkan mereka tidak azan kecuali setelah beberapa ketika selepas tenggelam matahari. Mereka melambatkan berbuka dan mengawalkan sahur. Dengan itu mereka melakukan amalan yang bercanggah dengan sunnah (melewatkan sahur dan menyegerakan berbuka).”
Dr. Yusof al-Qardhawi menegaskan bahawa ‘waktu imsak’ tersebut adalah suatu yang tidak perlu kerana ulama’ silam makan dan minum sehingga azan Subuh berkumandang.
Manakah yang lebih afdhal bagi seseorang yang musafir; berpuasa atau tidak berpuasa?
Dr. Yusof al-Qardhawi berpendapat bahawa seorang bermusafir boleh berbuka puasa walau pun perjalanan yang ditempuhi itu tidak memberikan apa-apa masyaqqah (keberatan dan beban) kepadanya. Ini kerana illah (sebab) diharuskan berbuka adalah perjalanan itu sendiri dan bukannya masyaqqah (keberatan dan beban).
Walau pun begitu yang manakah yang lebih afdhal?
Dr. Yusof al-Qardhawi merumuskan bahawa kaedah syara’ menyatakan bahawa mengambil rukhsah (keringanan) lebih afdhal dari tidak mengambilnya. Dengan itu seseorang yang bermusafir itu perlu untuk mengukur di manakah rukhsah (keringanan) bagi dirinya.
-
1. Jika beliau merasakan bahawa lebih ringan baginya untuk berpuasa bersama-sama orang Islam lain di dalam bulan Ramadhan lalu dia tidak perlu menggantikannya di luar bulan Ramadhan, maka afdhal baginya untuk berpuasa.
-
2. Jika beliau merasakan bahawa berbuka dan kemudian menggantikan puasa tersebut di luar Ramadhan lebih ringan, maka berbuka puasa lebih afdhal baginya.
Bilakah waktu berbuka bagi seseorang di dalam pesawat?
Dr. Yusof al-Qardhawi menegaskan bahawa waktu berbuka puasa bagi seseorang yang berada di dalam pesawat tidak sama dengan waktu berbuka puasa bagi mereka yang berada di atas daratan. Kesilapan sering dilakukan oleh peramugari dan juruterbang yang mengisytiharkan masuknya waktu Maghrib berdasarkan waktu di daratan.
Beliau mengatakan bahawa sebagaimana waktu Maghrib berbeza dari satu tempat berbanding tempat yang lain disebabkan oleh perbezaan kedudukan tempat tersebut (garis lintang dsb) di atas muka bumi, begitu juga waktu Maghrib berbeza berdasarkan ketinggian. Kemungkinan waktu Maghrib sudah masuk bagi penduduk satu-satu bandar , tetapi bagi penduduk yang tinggal di tempat tinggi di bandar yang sama masih lagi dapat melihat cahaya matahari dengan jelas.
Inilah juga fatwa Ibnu Abidin, salah seorang ulama’ mazhab Hanafi: “Sesiapa yang tinggal di kawasan yang tinggi seperti menara Iskandariah, beliau tidak boleh berbuka selagi tidak tenggelam matahari di tempatnya, manakala bagi penduduk negeri tersebut boleh berbuka jika matahari telah tenggelam di tempat mereka. Begitulah juga halnya dengan terbit matahari bagi sahur dan solat Subuh.”
Bilakah malam Lailatul Qadr?
Dr. Yusof al-Qardhawi mengatakan bahawa tidak ada pendapat yang pasti di dalam menentukan bilakah malam lailatul qadr. Al-Hafiz Ibnu Hajar mengatakan bahawa terdapat 46 pendapat ulama’ di dalam masalah ini.
Apa yang pasti ia adalah pada 10 malam yang terakhir dari bulan Ramadhan. Pendapat yang kuat adalah ia pada salah satu dari malam-malam ganjil dan kemungkinan tidak sama di antara satu tahun ke satu tahun berikutnya.
Jika Ramadhan tahun itu 30 hari, maknanya 10 malam terakhir itu bermula dari malam ke 21. Jika Ramadhan tahun itu 29 hari, maknanya 10 malam terakhir itu bermula dari malam ke 20.
Bolehkah zakat fitrah dikeluarkan di awal bulan Ramadhan (bukan sebelum solat Aidil Fitri seperti yang diamalkan oleh sebahagian umat Islam)?
Dr. Yusof al-Qardhawi mentarjihkan pandangan Imam Syafie di dalam masalah ini. Imam Syafie berkata: “Harus dikeluarkan zakat bermula dari awal bulan Ramadhan kerana illah (sebab) kewajipan zakat adalah puasa dan berbuka.”
Dr. Yusof al-Qardhawi juga menambah bahawa masyarakat pada hari ini jauh lebih luas dan lebih rumit dari masyarakat di zaman Rasulullah s.aw. Ditambah pula jika zakat itu dikutip dan diagihkan oleh badan kerajaan atau mana-mana badan swasta, sudah tentulah ia memerlukan masa untuk menguruskan pengagihannya agar ia betul-betul dapat memenuhi keperluan si penerima zakat di hari Raya nanti.
Bolehkah wang menggantikan beras atau gandum di dalam zakat fitrah?
Imam Ahmad, Imam Malik dan Imam Abu Hanifah tidak membenarkan beras atau gandum tersebut diganti dengan wang tunai. Dr. Yusof al-Qardhawi mentarjihkan pandangan Ibnu al-Munzir yang mengharuskannya.
Di antara hujah yang diberikan oleh Dr. Yusof al-Qardhawi:
-
1. Rasulullah s.a.w. mewajibkan zakat fitrah dikeluarkan dalam bentuk tanaman kerana itu adalah yang termudah pada masa itu kerana wang pada zaman itu tidak banyak dimiliki oleh orang ramai
-
2. Wang akan berubah nilainya dari masa ke semasa sedangkan sukatan makanan lebih mudah untuk diukur
Dengan itu Dr. Yusof al-Qardhawi merumuskan bahawa bentuk pengeluaran zakat yang paling afdhal bergantung kepada yang manakah yang mudah dan lebih memenuhi keperluan penerima zakat. Apa yang jelas adalah wang lebih memenuhi keperluan penerima zakat kerana kerana wang bukan sahaja dapat memenuhi keperluannya kepada makanan sahaja sebaliknya boleh digunakan untuk membeli pakaian, keperluan Ramadhan dan keperluan hari raya.
-


