Assalamualaikum w.b.t.
Segala pujian kita panjatkan ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah dan rahmat-Nya,kita mampu untuk bernafas pada hari ini dengan menggunakan oksigen tanpa perlu kita membayarnya sebagai tanda kasih dan sayang-Nya kepada kita. Selawat dan salam ke atas nabi junjungan kita, Muhammad bin Abdullah, pemimpin contoh yang patut kita ikuti sebagai role model pada masa kini. Yang pertamanya, saya mewakili sahabat-sahabat pimpinan PMIMSU sessi 08/09 ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penasihat PMIMSU, Ustaz Mohd Herzali B. Muhamad Haled dan juga pimpinan PMIMSU sessi yang lepas kerana telah memberi peluang kepada saya untuk mengetuai pimpinan yang baru ini. InsyaAllah kami tidak akan menghampakan amanah yang telah diberikan kepada kami.
PMIMSU adalah sebuah persatuan yang berdaftar yang dianggotai oleh pelajar-pelajar yang beragama Islam. Kami di PMIMSU akan
Visi kami adalah
“ Menjadi Persatuan Yang Dinamik Dan Berkebajikan Dalam Membentuk Mahasiswa Islam Yang Berdaya Saing Dan Berakhlak Ke Arah Mewujudkan Biah Solehah Di Kampus.”
Mudah-mudahan dengan penukaran visi ini, kita semua terutamanya ahli PMIMSU akan lebih bersemangat untuk membuat gerak kerja didalam persatuan dan seterusnya mencapai visi yang telah kita rencanakan.
Pelbagai program yang telah kami rancangkan untuk tahun ini antaranya pertandingan sukan, pameran, ceramah, aktiviti yang bersifat extermis, program bina semangat dan banyak lagi. Semua pelajar samada pelajar MSU dan PTPL dijemput untuk menyertai program yang akan kami adakan bahkan kami juga membuka pintu kepada non-muslim untuk menyertai program kami ini. Saya berharap dengan penyertaan semua pelajar dapat memeriahkan lagi program yang kami adakan sepanjang tahun ini.
Akhirul kalam, mudahan-mudahan apa yang kita kerjakan selama ini akan mendapat keredhaan dan pahala daripada Allah S.W.T. Ingatlah semua ahli PMIMSU, insyaAllah jika kita bantu agama ALLAH, ALLAH akan membantu kita dan kita perlu yakin dengan seyakinnya. Jadilah PMIMSU ini sebagai satu platform untuk kita berjaya didunia dan akhirat, amin. Assalamualaikum W.B.T
No comments:
Post a Comment