Assalamualaikum W.B.T. Pertama-tamanya marilah kita sama-sama berselawat keatas nabi kita, Nabi Muhammad S.W.T sebanyak mana yang kita mampu.
Siapakah dia insan yang bernama Muhammad B Abdullah ini? Baginda adalah nabi akhir zaman yang diutuskan oleh Allah S.W.T untuk menyampaikan dakwah kepada umat manusia. Menurut Sheikh Yusuf Al-Qaradawi, baginda lahir pada isnin, 9 Rabiuawal Tahun Gajah bersamaan 20 atau 22 april 571.
Sudah semestinya kita tidak mampu untuk membalas budi yang telah diberikan oleh baginda nabi. Sebaliknya kita lebih suka untuk menghina nabi dengan memperlekehkan sunnah nabi dan tidak mengamalkan ajaran islam yang sebenarnya. Kita juga lebih suka memilih tokoh-tokoh lain terutamanya orang kafir dan penyanyi untuk dijadikan role model. Tidakkah kita mahu menjadikan baginda sebagai role model kita? Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Ahzab ayat 21 “Sesungguhnya pada diri Rasullallah itu terdapat contoh ikutan yang baik bagi kamu…”. Ini jelas menunjukkan baginda sangat sempurna dalam segala aspek kehidupan baik samada sebagai pendakwah, sebagai seorang suami, sebagai seorang pemimpin dan seorang jeneral perang dimedan perang.
Bahkan sarjana bukan islam, Gottfried Leibniz (meninggal dunia pada 1716) yang pakar dalam matematik,metafizik dan falsafah, memuji Muhammad kerana “baginda tidak menyimpang daripada agama asal”. Begitu juga dengan William Montgomery Watt, Prof Emeritus dalam pengajian Arab dan Islam di University Edinburgh pernah mengatakan agama bagi (Nabi) Muhammad bukanlah perkara individu,tetapi lebih daripada itu dan menyentuh bukan saja aspek agama dan intelektual, malah bidang politik, ekonomi dan sosial.
Oleh itu, marilah kita semua memuji dan mengagungkan Nabi Muhammad dengan menggunakan pelbagai cara yang kita mampu. Apakah kita tidak mahu ganjaran mengamalkan sunnah nabi pada akhir zaman ini umpama pahala jihad kita perolehi? Tidak mahukah kita mendapat syafaat ataupun pertolongan nabi di
Tahniah dn jzkk utk perutusan maulidurrasul yg begitu menyentuh hati dr mr presiden.
ReplyDeletemg kita smua terus berusaha menghidupkn sunnah Nabi dlm kehidupan. Insyaallah...
Firman Allah yg bermaksud,
"Katakanlah (wahai Muhammad: Sekiranya kamu (wahai sekalian orang beriman) mencintai Allah, maka ikutilah aku, nescaya Allah akan mengasihimu, dan mengampuni segala dosamu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani"
(Ali Imraan:41)
Aslih nafsak, wad'u ghairak
-kak Ahyana-
Salam pmimsu. Truskn perjuangan! =)
ReplyDelete-persatuan mahasiswa islam semalaysia