-
lagi pandangan filem Fitna (inijalanku.wordpress.com)
Eropah: Islam Tidak DiPatuk 1 Lubang 2 Kali
Posted on 3 April 2008 oleh inijalanku“Mereka ingin memadamkan (tersebarnya) cahaya (agama) Allah dengan mulut-mulut mereka, tetapi Allah enggan sebaliknya Dia akan menyempurnakan cahayaNya walaupun orang-orang kafir tidak suka.” (At-Taubah : 32)
Kali pertama Eropah menghina Islam ialah pada 30/9/2006 dengan tersiarnya 12 karikatur pengganas “Nabi Muhammad” diakhbar perdana Demnark, Jyllands-Posten. Perdana Menteri Denmark enggan memohon maaf, atas alasan “kebebasan bersuara”. Umat Islam bangkit dan memboikot produk Denmark. Setelah Denmark kerugian hasil eksportnya 1 juta Pound Sterling sehari selama beberapa bulan, baru permohonan maaf dibuat. Kini, tidak sampai 2 tahun, Eropah sekali lagi, menerusi Belanda cuba menguji perasaan umat Islam dengan pembuatan filem “Fitna”. Kali ini Islam tidak akan dipatuk 1 lubang 2 kali seperti yang disabda oleh Rasulullah saw. Dalam isu pertama, Perdana Menteri Denmark, Anders Fogh Rasmussen berkata bahawa Kerajaan Denmark tidak akan meminta maaf kerana kerajaan tidak mengawal media atau surat khabar. Alasan beliau nanti berlaku pula sekatan “kebebasan bersuara”. Ulamak dan umat Islam menjawab bahawa “kebebasan bersuara” tidak sama dengan kebebasan mengutuk atau kebebasan menghina. Jyllands-Posten akhirnya meminta maaf kerana telah menghina Islam, namun tetap berpendapat mereka berhak menerbitkan karikatur tersebut dengan alasan fundamentalisme Islam tidak ada authority terhadap sebarang penerbitan media di jajahan Denmark. OIC dan Liga Arab menuntut sekatan terhadap Denmark. Produk Denmark diboikot hebat di Negara-negara Arab terutamanya, demonstrasi di banyak Negara-negara Umat Islam, Kedutaan Denmark di Syria dan Lubnan di bakar. Iran memutuskan hubungan dagangan dengan Denmark.
Kali ini di Belanda pula, pada 27/3/2008 lalu, ketua parti politik PVV (People’s Party for Freedomand Democracy), Geert Wilders telah mengeluarkan satu filem bertajuk “Fitna” dengan menafsirkan 6 Surah dalam Al-Quran berkaitan Jihad melalui klip-klip video pengeboman WTC New York, penyembelihan wartawan asing oleh Al-Qaeda, letupan keretapi di Madrid, ucapan imam-imam masjid tentang jihad melawan Kristian dan Yahudi dan sebagainya. Penafsiran tersebut tidak diguna pada konteksnya, bahkan kejadian-kejadian yang berlaku belum dapat disabitkan dengan Islam hingga kehari ini melalui proses penyiasatan dan kehakiman. Filem tersebut disudahi dengan membentangkan statistik bilangan umat Islam di Belanda (1 juta) dan Eropah (54 juta) yang bertambah mendadak dengan menyeru agar suasana Islamisasi Eropah ini mesti dihalang dengan segera demi Kebebasan dan Demokrasi masadepan.
Filem ini akan memberikan gambaran buruk kepada masyarakat Barat dan dunia terhadap Islam dan penganutnya melalui penyelewengan hakikat dan fakta sejarah. Islam digambarkan ganas dan menyekat kebebasan. Kita percaya isu ini didalangi oleh musuh-musuh Islam terutamanya golongan Yahudi yang menguasai media dan mempunyai kekuatan ekonomi yang boleh menentukan halatuju sesebuah negara dan umat.
Pernah dizaman Nabi saw, seorang Quraisy yang berpengaruh kerana berkebolehan bersyair ditangkap dalam satu peperangan lalu dia meminta belas kasihan Nabi saw untuk membebaskannya dengan berjanji tidak akan cuba mempengaruhi masyarakat kearah memusuhi Islam. Nabi saw membebaskannya dengan syarat dia berhenti dari mempengaruhi masyarakat kearah menentang Islam. Namun, setelah dibebaskan, dia kembali menghasut orang ramai memusuhi Islam. Selepas itu, dalam satu peperangan lain dia ditangkap dan sekali lagi dia meminta belas kasihan Nabi saw agar dibebaskan sepertimana dulu. Nabi saw bersabda bermaksud, ‘Aku tidak akan membiar engkau kembali kepada kaummu dan berkata , ‘Aku telah berjaya menipu Muhammad dua kali’. Orang mukmin tidak dipatuk dua kali dalam satu lubang”, lalu Nabi saw mengarahkan supaya dia dibunuh.
Dalam isu memfitnah Islam yang terbaru ini, Dr. Yusof Al-Qardhawy, Pengerusi Dewan Ulamak Islam SeDunia mengajak umat Islam kepada 5 perkara :
- Menyangkal tuduhan Denmark bahawa Nabi Muhammad saw adalah seorang yang gila seks dan darah dengan cara ilmiah.
- Negara-negara Islam mesti tampil di hadapan sekali dengan berani menyatakan pendirian masing-masing dalam membela Rasulullah saw.
- Pemimpin-pemimpin umat Islam mensti menunjukkan kepada dunia bahawa umat Islam masih hidup dan mencintai Aqidah mereka yang suci dan sahih.
- mengajak umat Islam memperbanyakkan karya seni seperti penghasilan drama dan filem untuk memperkenalkan Islam kepada masyarakat dunia.
- Melakukan boikot ekonomi terhadap negara-negara yang cuba menyakiti pegangan umat Islam kerana telah terbukti Boikot Ekonomi mampu memberi kesan dan pengaruh terhadap sesuatu negara.
Difahamkan, selepas filem ‘Fitna’ ini akan menyusul pula filem kartun “The Life of Muhammad” yang dibuat oleh tokoh Parti Buruh Belanda kelahiran Iran bernama Ehsan Jami.
Kita percaya kebanyakan masyarakat Denmark, Belanda dan Barat tidak memusuhi Islam, tetapi ramai ahli-ahli politik mereka khususnya dari kalangan Yahudi atau dalam gerakan Zionis Yahudi, adalah mereka yang menjadi perancang, pembiaya dan pengedar filem-filem fitnah seperti “Fitna” ini. Pemerintah umat Islam harus menyatakan bangkangan mereka terhadap Belanda di kedutaannya, menggantung hubungan diplomatik atau sekurang-kurangnya perdagangan sehingga Kerajaan Belanda memohon maaf dan mengambil langkah membendung aktiviti mempersendakan Islam. Umat Islam seharusnya terus memboikot barangan Belanda, Denmark dan beralih kepada produk umat Islam tempatan atau dari negara-negara umat Islam yang lain. Sesungguhnya telah terbukti senjata ekonomi yang telah digunakan oleh umat Islam dalam menangani banyak isu global yang telah sudah.
-ibnu_jamalludin- -
0 komen: