MAHASISWA MSU

  • Isu Filem Fitna : Wajar & Tidak Boikot ?

    Oleh

    Zaharuddin Abd Rahman

    www.zaharuddin.net

    Filem Jahat

    Tidak dinafikan terdapat pro kontra dalam isu filem ‘Fitna', iaitu sama ada perlu boikot barangan keluaran Belanda atau tidak.

    Pandangan ringkas saya, kita wajar memboikot atas rasional berikut :-

    1) Hidupkan sensitiviti Umat Islam terhadap kesucian Islam:

    Kesan tindakan Boikot ini mungkin sedikit sukar mengenai pembikin filem fitna iaitu Geert Wilders secara

    Geert Wilders

    ‘direct' namun Maqasid atau objektif dari tindakan boikot beberapa barangan Belanda terkuat ini hanya sebagai meraih sensitiviti umat Islam terhadap apa sahaja isu yang mencemar kemuliaan Islam. Terlalu kerap umat Islam dilihat lembik dan sering dimakan suasana yang dikawal oleh Barat, dengan mudah mereka mempermainkan deen Islam.

    Ada yang berkata "adakah kerana sebab seorang maka satu negara kita hukum?"

    " bayangkan jika terdapat penduduk Malaysia biadap maka semua barangan Malaysia dihukum, adilkah?'

    "Ye, namun masyarakat Malaysia belum ada yang biadap sebegitu, so kita tunggu dan kalau ada pun pihak sebelah sana mungkin akan senyap sahaja kerana bagi mereka agama ini adalah mainan sahaja dan mereka tidak peduli apa pun orang nak kata tentang kristian dan sekular mereka, kita tidak sama dengan mereka, kita sensitif dengan hal agama tidak seperti mereka." saya menjawab

    "Namun jika benar-benar wujud kebiadapan sebegitu di kalangan orang Malaysia, bolehkah dibebankan kepada beberapa syarikat Malaysia yang besar?. Bagi saya, tindakan boikot ini masih terima di sisi Islam dalam keadaan tertentu terutamanya syarikat Malaysia ini mempunyai pengaruh ke atas kerajaan. Ini kerana kerajaan sebagai pemimpin bertanggung jawab ke atas perangai dan sikap rakyatnya, justeru mereka perlu ambil tindakan sebaiknya selain menafikan kerjasama dan pengiktirafan. " Jawab saya

    "Kita tidak mahu perangai Amerika yang apabila menjatuhkan bom ke atas kampung umat Islam yang didakwanya pusat tentera. Apabila dikutuk kerana ia penempatan orang awam, mereka meminta maaf dengan wajah seposen dan habis begitu sahaja, Kita mahu mereka diberi sedar lebih dari itu, ye lebih besar dari ITU!!" Tambah saya lagi

    Cukup dalil berikut menunjukkan pemimpin dan rakyat negara mereka perlu nasihat si biadap, tiada yang mampu mendorong mereka bertindak kepada si biadap kecuali ditegur mereka juga, kerana semua hidup secara bermasyarakat:-

    سمعت النبي يقول: ما من عبد استرعاه الله رعية فلم يحطها بنصيحة إلا لم يجد رائحة الجنة

    Mafhum : "Tiada seorang manusia pun yang Allah memberikannya kuasa pemerintahan, kemudian ia tidak memberikan nasihat (kepada rakyatnya) kecuali tiadalah ia mendapat cium bauan syurga" ( Riwayat Bukhari dan Muslim )

    Walaupun hadis ini berkisar berkenaan hal pemimpin beragama Islam, namun kaedah asasnya sama bagi seseorang pemimpin. Mereka perlu bertanggungjawab.

    Sebuah athar lagi menyebut

    الناس على دين ملوكهم

    Ertinya : "Sesungguhnya rakyat akan mengikut gaya, cara hidup dan agam pemimpin mereka" ( Al-Asrar Al-Marfu'ah, Ali Al-Qarri, hlm 367 ; Fath Al-Bari, 7/151 )

    Maka dalam hal kebiadapan ini, ia bergantung juga kepada jenis kesalahan yang dilakukan. Ia ia jenis kesalahan besar seperti ‘Fitna' ini, saya tidak fikir kita boleh berdiam diri dengan hujjah ‘kita perlu koreksi diri dalam menggambarkan Islam yang betul semata-mata atas alasan berfikir panjang"

    Syaa bimbang berfikir panjang untuk memikirkan tindakan sehingga tertidur sebenarnya. Dan pihak yang biadap sudah puas hati dan dunia melihat penganut Islam sama seperti mereka yang tidak sensitif dengan hal agama.

    "bagaimana dengan orang di sana yang membunuh orang islam, di sini dan semua , kenapa dtidak diboikot?" Ada yang bertanya kepada saya

    Bukankah kita sedang membincang strategi, justeru boikot juga perlu dibuat berstrategi. Ia perlu dilakukan secara fokus specifik dan bertempoh agar dapat memberikan sedikit kesan. Kita jugamemang tidak mampu untuk memboikot semua, justeru dipilih kes-kes yang dikira besar dan tersebar.

    Ambil Peluang Atas Ucapan Wakil Islam

    Tidak saya nafikan, mungkin ada benarnya Geert Wilders mengambil peluang dengan mengambil beberapa ucapan dan sepanduk tertentu lalu dipetik di luar konteks. Mungkin ada yang dalam konteksnya tetapi diungkap secara emosi, tertutup dan perlukan huraian. Namun apabila saya melihat filem ciptaannya dan cuba berfikir sebagai seorang awam, liberal serta ahli maksiat, saya kira ia amat boleh menambahkan kebencian ramai kepada Islam.

    2) Gunakan Kuasa Ekonomi Di zaman Industri Untuk Mengajar :

    Saya menyokong semua cadangan yang bersifat pendidikan, penerangan dan lain-lain. Ye tentunya saya menyokong namun dalam jangka masa dekat, ia hanya satu pandangan idealitsik yang akan mematikan sensitviti umat Islam terhadap agama mereka.

    Umar Al-Khattab dan Uthman r.a berkata :-

    لما يزع الله بالسلطان أعظم مما يزع بالقرآن

    Ertinya : Apa-apa yang Allah halangi melalui penguatkuasaan undang-undang (kuasa) adalah lebih utama lebih besar (urusan) yang dilarangi melalui nasihat-nasihat (bacaan ayat-ayat Al-Quran kepada sasaran)" ( Tarikh Baghdad, 4/107 ; Akhbar Al-Madinah, 2/115 ; Al-Mubdi', 3/343)

    Ibn Taymiah berkata dalam menghuraikan athar di atas :

    "Amar ma'ruf dan nahi mungkar tidak akan sempurna kecuali dengan pelaksanaan hukuman (kuatkasaan undang-undang Syariah) kerana Allah menahan dan melarang dengan ancaman hukuman bagi kejahatan yang tidak mampu dihalang dengan nasihat Al-Quran" ( Fatawa Ibn Taymiah, 28/107 )

    Justeru, pada hemat saya ‘maslahat ‘ammah‘ dalam hal ini adalah ‘to preserve and protect our faith' lalu perlu dilakukan tindakan boikot ini sebagai ‘halangan dengan kuasa' selain yang boleh menajamkan sensitiviti umat Islam dalam semua hal yang diperlukan untuk mencapai maqasid ini.

    Kenyataan Perdana Menteri Belanda amat dihargai sebagai pemimpin politik, namun bagi saya kenyataan ini dikeluarkan adalah hasil bantahan, demonstrasi, memorandum dan laungan boikot umat Islam daripada pelbagai Negara. Jika ditambah dengan boikot, sudah tentu selepas hukuman lebih keras boleh difikirkan oleh pemerintah Belanda ke atas rakyatnya agar mereka tidak akan lagi menjadi mangsa hukuman umat Islam selepas ini disebabkan kebiadapan rakyat mereka.

    Government's reaction to Wilders' film

    News item | 27-03-2008

    Prime Minister Jan Peter Balkenende has reacted to the film Fitna that MP Geert Wilders has released on the internet on 27 March.

    Prime Minister Jan Peter Balkenende:

    'On behalf of the Dutch government, I would like to respond to the online film by Mr Wilders.

    The film shows images of violent acts and holds Islam and the Koran responsible for them. The government condemns such acts and those who commit them.

    The film equates Islam with violence. We reject this interpretation. The vast majority of Muslims reject extremism and violence. In fact, the victims are often also Muslims.

    We therefore regret that Mr Wilders has released this film. We believe it serves no purpose other than to cause offence. But feeling offended must never be used as an excuse for aggression and threats. The government is heartened by the initial restrained reactions of Dutch Muslim organisations.

    Muslims, Christians and people of other convictions can easily live together in peace. The problem is not religion, but misuse of religion to sow hatred and intolerance. That is why we are calling for respect for everyone's deepest convictions.

    We are aware of the concerns and the sentiments about this film in the international Muslim community. We have recently spoken with many people at home and abroad to promote mutual understanding. We will continue to follow this course.

    The Dutch government stands for a society in which freedom and respect go hand in hand. Such a society demands dedication and commitment. We oppose extremism. Anyone who breaks the law is dealt with firmly. Let us solve problems by working together. Let us reach out to others and build confidence and trust. Let us conquer prejudice. We shall surely succeed.' (Sumber )

    Muslim di Belanda Pendekatan Mungkin Berbeza

    Adapun bagi Muslim di Belanda, adalah sedikit kurang sesuai untuk mereka turut berdemonstrasi, membaling batu ke gereja dan apa-apa tindakan agresif kerana impak negatif amat dekat dengan mereka. Bagi mereka amat wajar digunakan kaedah diplomasi dan rundingan. Namun umat Islam di luar Belanda perlu menunjukkan prostes lebih sederhana agresif dan terancang dalam pelbagai aspek.

    Tidak perlu kita menafikan kewajaran boikot, dan hanya mengutamakan tindakan lain sahaja. Kerana bagi saya, boikot adalah salah satu cara. Dan ia juga patut dibuat bertempoh seperti dalam tempoh 2 bulan kepada barang terpilih untuk memberi mesej bahawa di dunia ekonomi kapitalis ini, umat Islam masih mempunyai kekuatan untuk menggugat, justeru seolah-olah kita melaungkan :

    "Jika kamu sayangkan ekonomi kamu, tolong ajar mana-mana rakanmu yang membenci Islam agar jangan biadap. Jangan lupa untuk jaga hati kami umat Islam. Jangan biadap dengan Islam, jika tidak kami akan menyakitkan ekonomi yang kamu cintai itu".

    Namun perlu diingat, pelbagai jenis tindakan perlu ada dan boikot dan demonstrasi bukanlah satu-satunya tindakan yang dikehendaki.

    Boikot barangan secara sementara ini bukanlah berobjektif meruntuhkan seluruh ekonomi, itu bukan objektifnya tetapi objektifnya hanya memberi sedikit tekanan ekonomi sementara akibat perbuatan rakyat mereka, Ia jatuh harus apabila bertembung dua maslahat besar. Ketika itu kita perlu mengorbankan satu maslahat demi mencapai maslahat yang lebih besar. Maslahat yang terpaksa dikorbankan adalah produk rakyat Belanda demi untuk menonjolkan masalaha yang lebih besar iaitu kesucian Islam.

    Kisah boikot sementara dan tidak menghancur ini pernah berlaku di zaman Nabi.

    Kisah ini dicatatkan di dalam oleh al-Bukhari berkenaan seorang pemimpin negara Al-Yamamah bernama Thumamah Bin Uthal yang ditangkap dan diikat di tepi masjid hingga beliau akhirnya memasuki Islam. ( Sohih Al-Bukhari, Bab Musryik masuk Masjid, no 457, 1/179 ,; Umdah Al-Qari', Al-'Aini, 14/256)

    Al-Yamamah sebagai sebuah negara yang kaya dengan hasil pertanian seperti gandum ketika itu, apabila Thumamah kembali ke negerinya, beliau telah menamatkan bekalan bahan mentah dari negerinya ke Mekah bertahun-tahun lamanya atas alasan penduduk Mekah adalah Kafir sehingga penduduk Mekah kelaparan dan terpaksa memakan kulit-kulit. Hal ini disebutkan oleh Fakhruddin Ar-Razi tafsirnya dalam perbincangan berkenaan sebab nuzul ayat Surah Mukminun ayat 76 dengan katanya (Tafsir Al-Kabir, 23/99) :-

    ولحق باليمامة منع الميرة عن أهل مكة فأخذهم الله بالسنين حتى أكلوا الجلود والجيف فجاء أبو سفيان إلى رسول الله وقال ألست تزعم أنك بعثت رحمة العالمين ثم قتلت الآباء بالسيف والأبناء بالجوع فادع الله يكشف عنا هذا القحط فدعا فكشف عنهم فأنزل الله هذه الآية والمعنى أخذناهم بالجوع فما أطاعوا

    Ertinya : Thumamah balik ke negerinya di Yamamah ( Bahrain) lalu membyekat bekalan makanan ke Mekah beberapa tahun sehingga penduduk Mekah tatkala itu terpaksa makan kuit-kulit, lalu datanglah Abu Sufyan kepada Nabi berkata : "BUkankah kamu mengatakan bahawa kamu dibangkitkan sebagai rahmat kepada seluruh alam? kemudian kamu membunuh lelalki dewasa ( tentera) menggunakan pedang dan membunuh kanak-kanak dengan kelaparan ( akibat boikot), doakanlah bagi kami kepada Allah untuk melepaskan kami dari kesengsaraan ini.."

    Thumamah diriwayatkan menyebut kepada penduduk Mekah setelah mengaku dirinya Islam dengan katanya :-

    والله لَا يَأْتِيكُمْ من الْيَمَامَةِ حَبَّةُ حِنْطَةٍ حتى يَأْذَنَ فيها النبي صلى الله عليه وسلم

    Ertinya : "Demi Allah tidak akan sampai dari negeri Yamamah satu biji gandum pun (kepadamu) sehingga jika diizinkan oleh Nabi s.a.w" ( Riwayat Al-Bukhari)

    Namun akhirnya Nabi s.a.w menghantar surat memberitahu bahawa penduduk Mekah adalah di 'Ahl Allah' lalu diminta oleh Nabi untuk menamatkan sekatan yang dibuat. Keadaan ini dapat dilihat dari catatan berikut ( Al-Kamil Fi At-Tarikh, 4/22 ; Tarikh Ibn Khaldun, 3/185; Al-Bidayah Wa An-Nihaya) :-

    أن ثمامة بن اثال لما أسلم قطع الميرة عن أهل مكة وهم مشركون , فكتب اليه رسول الله ان أهل مكة أهل الله فلا تمنعهم الميرة فجعلها لهم وأنك قطعت الميرة عنا ونحن مسلمون فجعلها نجدة لهم


    Ertinya : Sesungguhnya Thumamah ketika beliau memboikot bekalan dari penduduk Mekah iaitu orang kafir musyrik, lalu (setelah beberapa lama orang mekah mengadu) , barulah rasulullah menghantar surat kepada Thumamah dan menasihtakn agar jangan memutuskan bekalan makanan.."

    Hasilnya, boikot adalah satau tekanan sementara sahaja dan bentuk boikot yang dibuat oleh thumamah adalah berbeza dengan boikot beberapa barangan Belanda yang sementara dan bukannya boikot seluruh negara, ada yang perlu membuat rundingan politik, ada yang demonstrasi, ada yang hantar memorandum, ada yang bikin filem pendek gambaran sebenar Islam dan lain-lain.

    3. Tuntutan Marah Kerana Allah Dari Hadith : Bertindak Sesuai Dengan Kesalahan

    Terdapat rakan-rakan yang membawakan hujjah petikan hadis untuk menasihatkan umat Islam bersabar, fikir panjang, berhikmah, tidak gopoh, template dan stereotype dalam tindakan :-

    Ertinya : Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda, "Bukanlah gagah itu pada gagahnya orang bergusti. Akan tetapi gagah itu ialah pada upaya mengawal diri ketika marah!"

    Namun, saya tidak begitu bersetuju dengan penggunaan hadis ini dalam konteks ini berdasarkan nas berikut :-

    1) Hadis sohih

    ما خُيِّرَ رسول اللَّهِ بين أَمْرَيْنِ إلا أَخَذَ أَيْسَرَهُمَا ما لم يَكُنْ إِثْمًا فَإِنْ كان إِثْمًا كان أَبْعَدَ الناس منه وما انْتَقَمَ رسول اللَّهِ لِنَفْسِهِ إلا أَنْ تُنْتَهَكَ حُرْمَةُ اللَّهِ فَيَنْتَقِمَ لِلَّهِ بها

    Ertinya : Tidaklah Nabi S.a.w dalam memilih antara dua perkara kecuali akan mengambil yang lebih mudah selagimana tidak tergolong dalam dosa, namun jika ia tergolong dalam bab dosa maka Nabi akan menjadi orang yang paling jauh darinya dan tiadalah Nabi s.a.w membalas dendam & marah atas sebab dirinya kecuali APABILA DICEMARI DAN DICABULI kehormatan Allah swt , maka baginda akan bertindak (marah) bagi pihak Allah ( Riwayat Al-Bukhari, 3/1306 )

    Imam Ibn Hajar mengulas hadis di atas dengan katanya :

    وما انتقم لنفسه إلا أن تنتهك حرمة الله فإن انتهكت حرمة الله كان أشد الناس غضبا لله

    Ertinya : Nabi s.a.w tidak membalas dendam & marah atas sebab dirinya kecuali APABILA DICEMARI DAN DICABULI kehormatan Allah swt , maka baginda akan MENJADI MANUSIA YANG PALING MARAH DI KERANA ALLAH (Fath Al-Bari, 6/576)

    Justeru jelas, marah dan bertindak memboikot barangan keluaran mereka yang tertentu sebagai pengajaran tidak lari dari konteks hadis ini. Ini kerana kita wajar menyedari bahawa puak musuh Islam hari ini bertuhankan ekonomi. Mereka berpegang kepada system Laissez-faire atau free market. Pasaran akan menentukan sikap mereka. Kerana itu, salah satu cara mengajar dan meluahkan kemarahan sesuai mengikut zaman adalah dengan boikot ekonomi.

    Cara inilah yang kerap dilakukan oleh USA kepada Iraq, Iran dan lain-lain.

    Kita tidak nafikan perlunya cara lain untuk memperbetulkan keadaan, tetapi cara ini adalah salah satu cara yang relevan di sisi puak hamba-hamba ekonomi. Bila hal ini diusik bila mereak ganggu Islam, semua hamba-hamba ekonomi yang lain akan berawas-awas kerana takut akan diganggu WANG mereka juga.

    Sebab itu jika kita hanya ingin menumpukan kepada cara pendidikan, penerangan semata-mata, ia tidak akan memberikan kesan yang banyak kepada mereka yang sombong seperti pembenci Islam. Walaupun demikian, kerana hidayah milik Allah, sudah tentu kita boleh meneruskan kaedah tadi tetapi ia adalah kaedah jangka sederhana dan panjang.

    2) Hadis :-

    إن المؤمن يجاهد بسيفه ولسانه

    Ertinya : Sesungguhnya orang Mukmin itu berjuang dengan pedangnya dan juga dengan lisannya ( tulisan, lidah, dan tindakannya) ( Riwayat Ahmad, 1934, : Hadis Sohih)

    3) Hadis Nabi s.a.w

    قال سَعْدُ بن عُبَادَةَ لو رأيت رَجُلًا مع امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسَّيْفِ غير مُصْفَحٍ فقال النبي أَتَعْجَبُونَ من غَيْرَةِ سَعْدٍ لَأَنَا أَغْيَرُ منه وَاللَّهُ أَغْيَرُ مِنِّي

    Ertinya : Berkata Sa'ad bin Muadz , jika aku nampak seorang lelaki bersama isteriku nescaya akan kupukulnya dengan pedangku maka berkata Nabi : Adakah kamu kagum dengan cemburu, kasih dan rasa protective Sa'ad?, Sesungguhnya aku lebih dari Sa'ad dan Allah lebih dariku.. ( Riwayat Bukhari, 5/2002)

    Kesimpulannya, tanda kemarahan itu boleh dizahirkan menurut suasana dan keadaan dunia sekarang, apa yang penting adalah yang boleh memberikan kesedaran kepada masyarakat barat bahawa Islam bagi penganut Islam tidak sama dengan agama di kacamata mereka. Menurut mereka AGAMA sangat terhad seperti yang ditakrifkan :-

    . . . means a way of spending an hour or so on Sundays in practices which give him some support and strength in dealing with the problems of daily life, and which encourages him to be friendly towards other persons and to maintain the standards of sexual propriety; it has little or nothing to do with commerce or economics or politics or industrial relationships . . . or may even look on religion as an opiate developed by exploiters of the common people in order to keep them in subjection. (Watt (1979, p.3)

    Malah menurut pandangan kebanyakkan pemikir secular Barat juga berpandangan bahawa agama itu hanyalah (rujuk tulisan Prof. Dr Aslam, UIAM) :-

    • religion reduced to a private matter between and individual and his/her God(s)
    • no role to play in determining public affairs
    • science replaced religion as authority
    • religion for infantile man; science for modern/nature man

    Kerana itu mereka sendiri kerap membuat filem yang menghina agama mereka dan TIADA siapa dari gereja mereka yang membantah. Ini menjadikan mereka menganggap Islam juga seperti agama mereka yang boleh dipermainkan dan hanya dianuti dan dipercayai oleh orang-orang ketinggalana zaman dan tidak matang.

    Namun setelah diteliti filem ini, ia ternyata bukan dibuat untuk suka-suka kerana kejahilan pembuat semata-mata, ia juga jelas satu jenis perangkap dan mempunyai agenda jahat disebaliknya.

    Fatwa Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi

    Syeikh Al-Allamah Al-Qaradawi berkata :-

    أما الرد الخامس الذي طالب به فيتمثل في المقاطعة الاقتصادية لبضائع الدول التي تسمح لرعاياها بالتطاول على المقدسات الإسلامية". ووصف المقاطعة بأنها "سلاح يوجع القوم

    Ertinya : kaedah kelima (untuk berdepan dengan masalah penghinaan filem fitna) adalah "Boikot ekonomi iaitu dengan boikot pembelian barangannegara-negara yang membenarkan rakyatnya biadap kepada hal ehwal suci umat Islam, disifatkan boikot ini sebagai senjata yang boleh menyedar dan menyakitkan satu kaum" ( rujuk )

    Kesimpulan dan Filem Akhirat

    Harus di boikot barangan tertentu keluaran Belanda untuk tempoh tertentu ( cadangan saya 2 bulan) sebagai mesej jelas kepada Belanda dan semua non-muslim di dunia agar jangan lagi mempermainkan Islam. Sama ada boikot ini berjaya beri kesan atau tidak, ia tetap releven sebagaimana burung yang masih berusaha bertindak memadamkan api.. ramai di luar sana tidak mampu melakukan cadangan-cadangan seperti rundingan, penrangan sebanar wajah Islam dan lain-lain. Justeru, tanpa boikot, mereka hanya akan duduk saja tanpa apa-apa usaha dan daya yang disumbangkan dalam isu ini.

    Bantahan dan boikot yang sama perlu kita lontarkan kepada penebrit filem "AKHIRAT" keluaran tempatan yang menghina nama ‘akhirat' dengan cerita bertunjangkan seks, zina, raba, aksi intim, AIDS dan lain-lain, cerita yang secara tidak langsung menghina sensitiviti Islam. Tidak wajar sama sekali mereka menggunakan nama "Akhirat" satu lafaz yang penuh makan tersirat malah lafaz yang disebut di dalam al-Quran. Biadap penerbit ini !! (rujukan kebiadapan dalam filem akhirat )

    Sekian

    Zaharuddin Abd Rahman

    www.zaharuddin.net

    2 April 2008

0 komen:

Leave a Reply

Jangan Lupa sahabat...

Perhatian untuk ahli PMIMSU






insyaALLAH...
dalam masa terdekat nanti,
PMIMSU akan membuat dua program

1) "khidmat sosial dan mengenal cara hidup kampung di Kuala Selangor"

2) " Kursus Sembelihan"

tarikh akan diumumkan tidak lama lagi. :)

teruskan menyokong dan mengikuti perkembangan PMIMSU

jom berbual sebentar

ayat2 cinta



Ayat-ayat cinta dari ALLAH untuk hambaNYA

"Did you think that We had created you in play (without any purpose), and that you would not be brought back to Us?" (Quran 23:115):

“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.” - Surah az-Zariyat: ayat 56.

"demi masa:. .:sesungguhnya manusia dalam kerugian:. .:kecuali yang beriman dan juga yang beramal soleh:. .:yang berpesan pada kebenaran:. .:yang berpesan pada kesabaran" (Alquran:Al-asr)

"ya tuhanku, sesungguhnya aku berkehendak kepada kebaikan yang engkau turunkan kepadaku.. (alqasas:24)

"Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yg Aku Idam-Idamkan?"

"..dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui.." (albaqarah:216)

Kenapa Susah Sangat Ujian Ini?

"...dan ketahuilah, Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya..." (albaqarah:286) "...sesungguhnya disamping kesusahan bersamanya kemudahan... ...(ditegaskan sekali lagi) disamping kesusahan bersamanya kemudahan..." (alinsyirah:5&6)

"Do you really think that you will enter Paradise without such trials as came to those who passed away before you? They were afflicted with severe poverty and ailments and were so shaken that even the Messenger and those who believed along with him said, 'When will come the Help of Allah?" Yes, certainly the Help of Allah is near!" [Quran 2:214]

Rasa Frust? Tension? Lemah Semangat?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." :. - Surah Al-Imran ayat 139

"adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan sahaja berkata 'kami telah beriman' tanpa mereka diuji:. .:dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 sblm mereka,Dia mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta" (alankabut:2&3)

Bagaimana Harus Aku Menghadapinya?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)"." (Surah Al-Imran ayat 200)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (Surah Al-Baqarah ayat 45)

"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang." (Ar-Ra'd: 28) Apa Yang Aku Dapat Daripada Semua Ini?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... (Surah At-Taubah ayat 111)

Kepada Siapa Aku Berharap?

"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (Surah At-Taubah ayat 129)

Arghhh Aku Tak Tahan!!! Aku Dah Bosan!!

"...dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." (Surah Yusuf ayat 12)

Adakah Aku Sudah Dikira Beriman?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta". (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)


Bukankah ALLAH itu DEKAT? =) bacalah selalu Ayat-Ayat Cinta dari-NYa... CintaiLah DIA dengan sepenuh jiwa...krn Cinta-Nya x pernah mengecewakan....

Komen Dan cadangan