MAHASISWA MSU

  • ....Jatuh cinta...

    Aku ingat lagi….cuti summer maser aku 3rd year.he….aku blaja banyak mender dari umi. Yang paling aku ingat….mase aku jatuh cinta. Hehehehhehe


    “Hai… Mizi… kamu tengah bercinta ke?”

    Huh…terkezut aku dibuatnye. Cecepat ku sorokkan hanset. he… aku sengih. Umi duduk… Kain dalam bakul abih dikeluarkan.Umi nak lipat baju. Aku cume memerhati… Huhu…. risau… takut umi marah….


    “Aik….senyum…senyum…sengih…Betul ke?” Umi sambung lagi.

    Aku geleng. Memang aku tak bercinta…


    “Udah tu… asik sangat ngn enset tu…. Cam ader paper je…” Lagi sekali umi menduga.

    Ala mi… baru sekali nampak Mizi senyum-senyum pegang henset dah nak cakap Mizi bercinta. Hehehhe… tak patut…”


    “Yerla tuh… baru sekali yer… He… camla umi tak kenal anak umi sendri….”

    Kali nih aku tak leh berselindung lagi. Aku mendekati umi… he… Aku nak terus terang time tuh. Aku nak tau pendapat umi…

    “Mi…. Mizi bukan bercinta la… Just berkenan je…”

    “Ngan saper? orang maner? Cam ne budak tu???”

    Gulp…. telan air liur aku dibuatnyer…. Umi nampak amik berat hal ni.


    “Mizi tatau orang maner… Budak usrah ngn Mizi gak kat U… tp Tak kenai sgt….”

    “Kamu selalu kontek die??”

    “Tak mi… kadang2… klu ader hal2 keje je… Kdg2 Mizi sj bg msg.. hmmm… tak slalu die balas.he….”

    Umi stop lipat kain. Alamak…. aku silap ke.Umi tanyer…. then aku jawab le. salah ke??? Huhu


    “Naper kamu suke die….?”

    “Mmm… tatau la Mi…may b sebab…. he… tatau la mi….”


    Kali ni mmg umi serius. Umi berhenti melipat baju. Dia merenung aku tepat. Isk… aku mula raser bersalah. Nyesal pun ader cz bgtau umi. Tp masakan aku nak sorok… cz ati nih mmg tak tenang… Aku nak gak umi bg opinion… tanggapan ngn aper yg aku raser… buat…


    “Mizi… cinta itu fitrah manusia. Umi tak larang…. Umi pun teringin tengok anak2 umi berumah tangga. Tapi kamu tahu kan cam ne yg syariat landaskan… Umi tanak kamu jdkan usrah… keje agama kamu sebagai jalan… untuk kamu berhubung…”


    “Tp umi…kawan-kawan Mizi tu… ader je… tak per pun. Diorang tak der la kuar-kuar ke… .msg-msg sgt ke… call ke…. just kadang-kadang je. Tu pun salah ke mi??”

    “Kamu buleh bagi jaminan yang hati kamu terjage hanyer dengan menjaga komunikasi?? Kamu tahu kan…penyakit hati adalah penyakit yang paling susah diubati…Hati kamu nanti sibuk merindu… mengingat… subhanallah… kan terganggu nanti…”

    Aku terdiam. Betul gak kater umi. Cam ne nak jage hati yang sarat ngn tipuan syaitan nih. Depan orang mmg leh jage. Tp dalam hati nih… susah weh…


    “Mizi…untuk jadi daie’ kamu kene jage hati dan iman kamu. Walaupun luaran kamu nampak gah… tp tader hikmah dari Allah.. maka tak berguna. Kamu tahu…. perkara-perkara cam nih la yang jd penyakit dalam usaha dakwah. Yang menghalang keberkahan dakwah….. Perkara-perkara cam nih gak la yang bawa banyak fitnah..."”


    “Tp umi…. cam ne klu ….” Aku tak tahu aper yang aku nak terus katakan. He…. Aku raser banyak kebenaran dari aper yang umi kater. Aku teringat kembali zaman sekolah. Ustaz selalu ingatkan yang cinta Allah cinta hakiki. Mmg ramai orang leh cakap… tp tak ramai yang usaha untuk dapatkan.


    Bila difikir-fikirkan… memang tak layak dalam keadaan aku yang blajar nih nak mencari kasih teman hidup cz kat ne la aku nak letak kasih umi yang tak ternilai untuk aku. maner aku nak cr duit… nak topup bg msg…. Maner aku nak curi maser bgtau caring aku kat si die sedangkan mase yang allah bg skang pun cukup-cukup untuk stadi n keje dakwah aku. Huhu… memang tak patut. Ustaz pun cakap yang couple tu tak haram… Tp aktiviti-aktiviti percouplelan tu yang haram. Maner ader couple tak der activiti. tipu… Paling-paling.. jumper kejap-kejap. Tak pun msg… bgtau sihat ke tak… aper tah…


    Bila piker cam pelik. Ngan adik-beradik dah mmg tersedia untuk kiter caring, kiter tak wat gitu… Ngan orang yang tak tentu suke kiter…. kiter gatai lak… Klu yang islamik sket tuh….. jumper bertiga kunun. Tp klu bertiga… lagik solang tu duduk jejauh… wat per..

    Same je kan. Manusia nih pelik... klu die nak.... die nak gak wat.... try jugak bulehkan mender yang sepatutnyer, tak manis dibuat oleh orang yang jelas pemikirannya.

    “Mizi…. umi tak nak control. Cume umi nak ingatkan… supaya Mizi sentiasa jadikan Allah pengontrol Mizi. Kita nih manusia… klu tak ingat saper kiter… mmg jauh tersasar. Kiter selalu cube penuhi permintaan hati… tapi jgn terlalu memenuhi… takut-takut menjauhi jalan Ilahi… paham kan…??? Memang Allah jadikan cinta untuk manusia berkasih-sayang… tp sume dalam landasan agama…”


    Umi berlalu ke dapur. Amik kopi. Hmmm… skang aku paham. aku gak tau aper yang patut aku wat. Baru aku tau naper si minah yang aku suke tu pun tak mau reply sgt msg aku… melainkan msg aktiviti2 gerakan… Astaghfirullah….. aku tak mahu jadi orang yang gunakan agama untuk dirinya….


    Aku akan berusaha jauhi penyakit hati nih. Biarlah hati ini aku lembutkan dengan Cinta Allah… Rindu rasulullah… dah kasih umi… Kadang-kadang aku rasakan biar hidup ku habis di sini… Aku takut nak menghadapi hari depan. Aku takut klu aku tiba-tiba tersasar. Lagi aku takut... klu saat tu... tader siapa yang ingatkan aku.... cam umi... yang selalu ingat kan aku... dengan hikmah bicaranya...

    “Ya Allah…. ku minta KAU tetapkan hati ini. KAU kurniakan cintaMU… Dan cinta orang yang mencintaiMU… Kau kasihi umi sepertimana dia mengasihi ku…”


    Ala…. tp sume tu jadi setaun lepas… sekarang aku dah taun 4. Dah nak abih sem pun. Tp taun nih aku tak balik. Ya Allah…. rindunya kat umi. Hehhehehe… aku lah anak laki yang asek rindu kat mak kot. hehehehhe.


    Tp umi selalu pesan. Rindu hanya penghias jiwa. jangan terlalu diturutkan… kang binase. Hehehheh… Umi slalu gak pesan untuk kuatkan hati… biar aku jd lelaki yang hebat di sisi Allah. Alahai umi…. Mizi selalu ingatkan agar sentiasa ingat pesan umi… agar selalu taat perintah Allah… agar tetapkan niat… biar segala dalam hidup ini hanya KERANA DIA.

    *********

    Aku menarik nafas panjang.Aku tak tahu mengapa amarah ku tiba-tiba memuncak. Cepat-cepat aku mengambil wudu’ supaya marah ini hilang segera. Kemudian aku duduk di meja… Memandang daun pintu yang terbuka kerana baru berlalu nyer seseorang. Ya sahabat ku…Haikal.


    Aku tak tahu kenape hati ini digit pilu. Aku tak tahu adakah aku patut marah… atau bersedih kerananya. Haikal…. Ya Allah…. aku tak mahu kau pergi dari kami.


    “Ana tak setuju dengan anta…” tegas Haikal tiba-tiba. Dia masuk ke bilik ku tanpa salam… kemudian menghamburkan kata-kata dengan kasar. Aku tak paham…


    “Apa yang anta tak puas hati??? Ana buat salah ke?”


    “Dahlah Mizi… Ana dah lali dengan lakonan anta selama nih. Hanya ana je yg tau hati budi anta.”


    Aku menelan air liur. Tak paham lagi…


    “Jap… jap…. astaghfirullah…. aper masalah ni… cuba bgtau pelan-pelan…”


    “Ana tak setuju program usrah kiter yang akan datang iaitu ke Afghanistan… Ana tak setuju!!!!!!


    “Kenapa anta tak setuju??? dan kenapa anta tak cakap dalam syura tadi?”


    “Apa yang nak ana bantah. Jawapan syura kan bergantung pada bersetujuan majority…. klu anta yang cakap.. masakan ader orang lain yg akan membantah…. Saper lah ana…. Tp ana tak setuju ngn program nih!!!!”


    Aku mengeleng kepala.. terduduk seketika. Aku tau perasaan Haikal. Tp masih tak paham aper yg dia tak setujukan.


    “Haikal…. program ni hanya untuk sesiapa yang nak saje. Lagipun kiter wat kejesama ngn badan NGO dari Malaysia… Sume tu Dr.Faridz yang uruskan. Ana raser anta tak perlu risau…”


    “Tarmizi…. ana dah jelak la ngn sume nih. Kan lebih baik kiter buat je summer camp. Kiter leh combine ngn sume budak medic Mesia di negara nih. Kan lebey manfaat .Ana tak tahu cam ner fikiran anta nih. Ana raser anta ni semangat je lebih… tanpa melihat keupayaan diri…”


    Aduh… aku tak tau naper aku raser tertampar. Kenapa ngn Haikal nih.Macam ader tak kena dengan dirinya. Aku tak tau kenapa dia berang dgn hal nih. Tak buleh ke bincang leklok. Kenapa die perlu meninggikan suara… sedang aku masih terkulat-kulat kurang paham..


    “Anta tak ingat ke yang kerana semangat anta nih… scholar anta ditarik?? Anta nih tak serik-serik la…”


    “Apa kaitan hal nih ngn scholar ana.Haikal..badan NGO tu berdaftar di Malaysia. Sebelum nih pun mereka dah banyak menghantar bantuan perubatan ke negara-negara lain. Ana pilih program ni sebagai tarbiyyah untuk kiter selain mempraktikkan ilmu kedoktoran yang ader. Tugas kiter pun tak berat. Hanya membantu doktor-doktor lain bekerja sambil menimba pengalaman…”


    “Lagi-lagi tarbiyyah……”

    Haikal terus berlalu. Aku hanya terkebil-kebil. Hati ini diruntun pilu. Aku sedikit kecewa. Aku tak tau samaada marah atau sedih yang patut mendominasi perasaan ini.. Namun…. ada kesan yg bersisa pada diri ini.


    Tit… tit.. sms kubuka.

    …Salam alaik. Tarmizi, naqib kami Haikal membatalkan usrahnya lagi. tp ana dah panggil semua ahli usrah untuk hadir. Cam ne ye??? usrah kami kul2 ptg nanti. Hmmm… kalu anta tak keberatan, harap anta dapat gantikan saudara Haikal cz hari ni kami ader tetamu istimewa.. Mohd Daniel… saudara baru kita.he… cam ne??...


    Jam baru pukul12 tengahari. Masih sempat untuk aku bersiap-siap. Tp aku masih konfius… kenapa Haikal membatalkan usrahnya. Masuk kali nih dah lima kali. Mujur minggu lepas aku memaksanya untuk hadir ke usrah. Hati manusia…bila lama tidak menerima peringatan maka akan hitamlah ia.


    Takkan hanya Haikal marahkan aku… dia sangguh membatalkan usrahnya. Setakat nih, mmg ahli usrah Haikal adalah yang paing aktif. Mereka sanggup wat apa saja utuk hadir ke usrah. Selain itu.. mmg mereka sangat prihatin terhadap saudara usrah yang lain. Tp kenapa baru 10 minit die berllau dari bilikku… die terus membatalkan usrahnya???


    Tiba-tiba mata ini bergenang. Mata ku tertumpu pada bingkai gambar di atas meja. Gambar arwah abi dan Hj.Mahfuz.Aku terkenang kembali bagaimana aku mengenali Haikal. Kami berkenalan bila dia datang ke bilik ku untuk bertemu dengan Taufik rakan sebilikku. Kemudian dia sendiri menyapaku kerana pelik melihat gambar ayah nya ada denganku. Ya… Hj. Mahfuz… dialah sahabat abi yang masih ada. Ketika abi syahid pada tahun 1992, Hj Mahfuz ada bersama-sama dengan abi. Dan dari cerita Haikal… Abi syahid ketika abi menyelamatkan Hj.Mahfuz yang terkandas dikepung tentera kafir laknatullah….


    Air mata berjujuran aku keciwa Haikal telah berubah. Aku tahu sebagai manusia biasa.. kadang kala kite akan tewas dengan perasaan dan kehendak sendiri. Aku uga faham sebagai seorang yag meningkat dewasa… manusia akan cenderung mencari pilihan hati. Tpi bukan perempuan tuh! Bukan perempuan yang tak jelas fikrahnya. Bukan perempuan yang merengek-rengek minta di manja. Bukan perempuan yang menutup aurat ala kadar saja…. Aku tak tahu bagaimana haikal buleh terjerat. Aku tak tahu bagaimana Haikal buleh terpikat sedangkan dulu wanita idamannya adalah seperti wangian syurga. Yang bisa menambah cintanya untuk yang Esa. Yang bisa menaikkan semangat jihadnya.


    Astaghfirullah…. aku tahu betapa kotornya hati. Menilai orang lain mengikut nafsu amarah ku. Tp aku mula bimbang… Semenjak aku tahu Haikal sedang hangat bercinta… aku mula risau akan dirinya. Aku ingat pesan umi…. Cinta yang tidak halal selalunya membawa kepada fitnah dan mengganggu keberkahan dakwah.


    Aku sedar yang Haikal mula lambat hadir ke liqa’ syura… Dia mula suka menagguhkan kerje. aku juga sukar untuk bertemu denganya di surau .Usrahnya seringkali dibatalkan… Aku ingat… aku sendri pernah mendenda Haikal kerana kesalahannya lewat dalam satu meting syura yang penting. Aku bukan bertujuan untuk memalukannya, tp sbagai pengajaran pada semua ahli… bahwa seorang da’ie harus tepat pada masa patuh pada janji.


    Aku bersiap-siap. Aku dah berjanji pada ahli usrah Haikal bahawa aku akan menggantikan Haikal pada hari ini. Aku pun mmg pernah mengikuti liqa’ usrah mereka. Jam baru kul 1 tapi aku tahu aku kene bertolak awal kerana aku terpakse menaiki bas untuk ke sana… Aku berharap agar Allah mudahkan segala urusan ku. Aku berharap moga Allah pelihara Haikal. Moga Allah memelihara hati dan imannya. Supaya apa jua yang kami lakukan hanya KERANA DIA.

    ***********

    Perjalanan yang baru bermula itu kuraserkan lama.Aku pun tatau ngape.Petang tu macam petang yg terlalu muram.. tader semangat untuk aku. Umi… Mizi raser nak jumpe umi..Aku cube membetulkan perasaan yg bersisa di hati ni supaya tader perasaan yg kurang enak bermain di hati. Aku nak focus supaya aku dapat menyampaikan dengan baik bahan usrah.


    Aku teringat ahli usrah Haikal.. Aidil,Razman,Zakwan… alahai budak-budak nih. Aku suke dengan semangat diorg. Aku ingat lagi cam ne aku kenal diorg. Mase tuh kami buat aktiviti Jelajah Kelab. he…. dari perkenalan di kelab malam… terus menyebabkan mereka menjadi orang kuat jemaah usrah kami di sini. Masa itu, aku pun was-was ngn method dakwah yg bermula dr kelab. Dr.Faridz…. murabbiku yg membawa kami.


    Aku teringat Hassan Al-Banna… dakwahnya di kedai-kedai kopi. Mampukah aku berdakwah sepertinya. Tp.. itulah pengalaman ku… aku tahu sekarang… andai hati telah menjadi pilihan Ilahi… tak kira siapa.. tak kira di mana.. pasti hidayah menjadi kurnia.

    Aku tak tahu kenapa aku masih tak dapat menyedapkan hati.Aku cuba memuhasabah diri.andai aku ader membuat silap pagi itu… Aku bencikan perasaan sebegini.. perasaan yg tader ketenangan. Takkan kerana Haikal aku jadi cam nih. Aku tak marah Haikal… insyaallah lepas nih aku nak jumpa dia. Aku tahu siapa aku untuk simpan perasaan marah. Aku teringat pesan umi… bahawa manusia tidak layak memarahi og lain kerana manusia memerlukan sesame sendri. Umi kate… cukuplah marah yg bersebabkan kepentingan agama kemudian selesaikan permasalahan itu.


    Aku lagik raser tak sedap hati bile terlihat pak cik driver bas nih. Isk… die cam…. cam…. lahai.. mabuk la lupok. Ikut hati nak je aku suh die stop. Aku mengira-ngira penumpang yang ader… aderla dalam 5 org. Hish…. dah.. aku malas nak piker. aku harap Allah tenangkan aku. Semoga aku cepat sampai ke destinasi..


    Tiba-tiba……………………………………
    ……


    Aku tatau aper berlaku pastu.Yang aku tahu skang… aku dah tak boleh bangun. Ya Allah… aku tak boleh bangun.Aku sendri kurang pasti dah berapa lame aku tersadai di sini. Hanya berbekal nikmat pendengaran aku tahu aku di hospital. Bunyi ECG… percakapan medical workers yg berada di sekitarku.. membuatkan aku tahu aku di mana.


    Apa yang kupikirkan hanyalah janji ku untuk sampai ke usrah.Klu mampu diri ini bngun.. nak je aku terus berlari supaya aku sampai.Tp aku tak mampu….. Ya Allah… adakah kehidupanku berakhir di sini.Dikatil hospital yang aku sendri tak tahu di mana.


    Aku teringat kater-kater Dr.Abdul Aziz Ar-Rantisi, pemimpin tertinggi HAMAS.... Do we afraid to die??The death…it’s same either we was killed or because of cancer..We are waiting for our last day of life.Nothing change.If there are choice to die because of Apache or by cardiac arrest…I prefer Apache….”


    Ya Allah… adakah telah tiba saat itu untuk aku.Aku tak tahu.. yang aku mampu…mengimbas semua kenangan.. mengingat segala peristiwa hidup yang mengajar ku erti perjuangan. Mengingati segala pesan umi.. walaupun aku tak pasti adakah aku akan bertemu dengannya lagi…


    Umi…klu ini saat akhir Mizi… adakah Mizi dah berjaya menunaikan tanggungjwab Mizi.. sebagai anak umi… sebagai hamba Ilahi… Umi… adakah Allah akan ampunkan Mizi atas segala dosa Mizi... dosa hati yang pernah kotor kerna lalai mengingatinya.. Lidah yang pernah menucapkan kata sia-sia… Umi… tiba-tiba Mizi takut… Mizi teringat akan sabda rasulullah yang mati itu sakitnya umpama bilahan 300 pedang… ya Allah…

    Umi… saat nih Mizi sangat rindukan umi.Rindu sangat..tp Umi slalu pesan.. klu Umi tader… Allah yang sebenarnya peneman Mizi…Kasih Allah lebih dari seorang ibu… Tp Mizi tak boleh tipu diri Mizi yang Mizi takut umi…..


    Aku tak tahu… Hati ni seperti dilanda taufan kesedihan. Kucar… kacir…


    Aku cuba bertenang… Aku tahu aku dalam keadaan koma.... or… loss conciousness. Aku tahu dalam keadaan ni.. hanya vital reflex je yang wujud pada patient. Some patient mmg akan ader feeling… or hearing reflex… aku tahu aku kategori yang tuh.

    Dan aku gak tahu yang pesakit buleh pulih dari koma… atau koma dalam keadaan yang terlalu lame.. tau pergi terus. Ya Allah… mmg aku milikMu. Ambillah aku jika Kau mahu… Dengan ilmu kedoktoran yang sedikit nih… buat aku faham tahap keadaan ku kini.


    “Assalamualaikum Mizi…”

    “Waalaikum salam…” Aku cuba menjawab salam walaupun aku tau die takkan dengar.Aku cuba mengingat akan suara tesebut… siapa… hmm…Haikal…


    “Ni ana… Haikal..”


    Kan betul…. hehe..”


    “Mizi… ana nak minta maaf.Ana nak minta maaf sangat. ana tahu disebabkan ana anta jdi cam nih….”

    “Mizi…ana tak bermaksud untuk sakitkan hati anta… ana jugak tak bermaksud nak membantah apa yang anta katakana sebab anta amir ana.. tp… ana may b terlalu iktkan perasaan…”

    “Mizi… ana dah putus dengan Zara… Ana dah tader paper dengan die. Ana dah taubat. Ana tahu… sejak bercinta dengan Zara menyebabkan ana jauh dari anta. Sebab bercinta dengan Zara.. ana dah malas buat keje kita. Ana lambat sangat sedar Mizi.. bila ana sedar… anta pula terbaring kat sini. Sume sebab ana…”


    Aku dapat rasekan panasnya air mata haikal yang mengalir jatuh ke tanganku. Ya Allah… aku bersyukut kerna kau telah mengmbalikan Haikal di jalan MU. ingin sj aku memeluknya. Memberikan pelukan seorang sahabat. Aku sentiasa menanti agar dia kembali.


    ‘Mizi… ana mintak maaf sebab tengking anta.Ana nak minta maaf sebab buruk-burukkan anta..Mintak maaf sangat…”

    “Mizi… ana hanya minta Allah ampun kan ana.. Ana hanya mintak ana akn terus bersama dengan anta sebab ana tahu ana terlalu bnyak terhutang budi dengan anta.”

    “Mizi…doakan ana agar ana kuat…ana tak mahu tergoda lagik dengan dunia.. ana tk mahu lagik mengabaikan persahabatan hanya keana pehubungan yg tiada landasan…”


    Aku dengar Haikal tersedu-sedan. Ya allah.. bagaimana nak kukatakan padanya supaya berhentilah menangis. Jadilah lelaki yang meletakkan dirinya hanya di jalan Mu.


    “Mizi.. ana tak dapat buat apa-apa untuk anta. tp ana dah minta Abi dan umi ana untuk bawa umi anta ke sini. Anta harap apa yang ana lakukan tak salah… Moga kehadiran umi anta akan bg satu semangat pada anta… barakallahu fik..”


    Aku tahu selepas tu Mizi berlalu…. Aku tak dapat menahan sebak. Sakit… terlalu sakit hati menahan kesedihan yg tak terluah.


    “Haikal… andai aku tiada lagi.. moga kau teruskan usaha kita di bumi salju ini… andai ini saat akhir hidupku… bg kau pula… mulakan langkah baru. Andai kau sedar cinta yang kau cari bukan yg hakiki… carilah Allah kerana Dia cinta abadi….”

    Ya Allah…. adakah aku hanya terbaring di katil ini. Menanti orang datang melawat… bercakap denganku tanpa aku mampu memberi sebarang reaksi.. Ya allah bukan aku tak redha…. tetapi aku sangsi. Sangsi dengan nasib ku di sana kerna aku tiada bekal yg cukup…. sangsi dengan pengakhiran hidup. Ya allah…. lama lagikah aku harus menanti untuk kau menjemput ku dari dunia ini….


    “Mizi….”

    Aku tejaga…dunia masih gelap. Aku tak tahu pukul berapa dan hari keberapa aku tebaring. Tp sentuhan dan panggilan nama itu cukup kurindui…. "Umi…”

    “Sayang Mizi…..” umi mengucup dahiku. Dapat aku raserkan kerinduan yg berbuku di hati umi.


    “Muaz dan Mardhiah kirim salam…. diorang doakan bang long cepat sihat…” Aku teringat akan adik-adik ku. Ya allah peliharalah mereka supaya mereka dapat jadi anak yang baik. Dapat teruskan niat n cita-cita umi dan abi. sebab. aku dah nak pergi…

    “Mizi… umi pun doakan agar Mizi cepat sedar. Supaya Mizi dapat teruskan perjuangan..”

    “Tp mi… Mizi dah tak lame…”. Aku dapat raser… mungkin saat itu saat akhir hidup ku…”

    Aku tak dapat menahan air mata. Aku dapat raserkan.. umi mengusap air mata yang jatuh dari penjuru mata ku. Umi… Mizi rindukan umi…. Ya Allah… andai ini kali terakhir aku bersama umi.. kau benarkanlah aku melihat wajanya… Andai ini saat akhir hidupku… kau benarkan aku melihat matanya…


    “Mizi…. umi halalkan apa yang umi bagi pada Mizi… sebab Mizi memang anak yang soleh. Umi juga nak ucapkan terima kasih sebab Mizi tak pernah susahkan umi… tak pernah merisaukan umi. andai umi dikurniaakn ribuan anak seperti Mizi… umi tetap berbesar hati sebab Mizi memang kebanggaan umi…”


    Ya Allah… aku nak peluk umi…Aku terlalu merinduinya…..


    “Tapi kita semua pinjaman… Mizi… moga Mizi redha dengan ketentuannya. Mizi jgn bersedih lagik… Memang sakit bila kiter memikirkan siapa yang akan menyambung perjuangan. Memang pedih bila memikirkan kiter pemula atau penamat. Tapi kiter akan raser tenang bila kita tahu yang kiter hanyalah penyambung rantai perjuangan… segalanya takkan berakhir….”


    Kata-kata umi cukup untuk membuat ku tenang. Umi..tanpa kuperlu meluahkan kerisauan.. kau terus memberi jawapan…


    Ya Allah… satu saja pintaku… moga kau benarkan aku melihat umi.. untuk kali terakhir…


    “Doctor… patient moves….” aku dengar keadaan agak hingar. Aku tahu situasi ini… Bila patient yg koma sekian lama start menunjukkan reaksi… mulalah doctor.. jururawat sibuk…

    Allah kabulkan permintaanku. Aku nampak umi dengan wajah yang tenang. Aku juga sempat melihat sekeliling…. Haikal dengan kedua orang tuanya…


    “Mizi.. sahabat yang lain di luar….” ujar Haikal..

    Tapi aku tak dapat berkata-kata. Ingin sekali aku katerkan pada mereka jgn terlalu gembira kerana pertemuan ini pertemuan yg terakhir. Nak je aku katerkan pada medical wokers yang ader supaya tak perlu sibuk-sibuk cz aku mmg sekejap je untuk hidup. Dan akhinya.. ingin kukaterkan pada umi…." Halalkan makan minum Mizi sebab Mizi dah nak pergi…..”


    “Doctor… patient’s BP drop!’


    Aku semakin sukar bernafas. Air mata umi meluncur laju…. Dia membisikkan kalimah syahadah di telingaku…


    “Umi… Mizi pergi dulu. Ampunkan Mizi andai Mizi bukan anak yang baik. Umi.. ingin sj Mizi kejutkan semua pemuda agar mereka bangkit kerana kita hidup tak lama. Umi… ingin sj Mizi katerkan pada seluruh umat islam di dunia agar kita tidak lagi leka. Umi…. perjuangan Mizi hanya sampai sini… moga apa yang Mizi lakukan mendapat redhaNya..semoga segalanya Kerana DIA”



    Ahmad Tarmizi Abd Ghafur

    0600a.m

    United Kingdom

0 komen:

Leave a Reply

Jangan Lupa sahabat...

Perhatian untuk ahli PMIMSU






insyaALLAH...
dalam masa terdekat nanti,
PMIMSU akan membuat dua program

1) "khidmat sosial dan mengenal cara hidup kampung di Kuala Selangor"

2) " Kursus Sembelihan"

tarikh akan diumumkan tidak lama lagi. :)

teruskan menyokong dan mengikuti perkembangan PMIMSU

jom berbual sebentar

ayat2 cinta



Ayat-ayat cinta dari ALLAH untuk hambaNYA

"Did you think that We had created you in play (without any purpose), and that you would not be brought back to Us?" (Quran 23:115):

“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.” - Surah az-Zariyat: ayat 56.

"demi masa:. .:sesungguhnya manusia dalam kerugian:. .:kecuali yang beriman dan juga yang beramal soleh:. .:yang berpesan pada kebenaran:. .:yang berpesan pada kesabaran" (Alquran:Al-asr)

"ya tuhanku, sesungguhnya aku berkehendak kepada kebaikan yang engkau turunkan kepadaku.. (alqasas:24)

"Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yg Aku Idam-Idamkan?"

"..dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui.." (albaqarah:216)

Kenapa Susah Sangat Ujian Ini?

"...dan ketahuilah, Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya..." (albaqarah:286) "...sesungguhnya disamping kesusahan bersamanya kemudahan... ...(ditegaskan sekali lagi) disamping kesusahan bersamanya kemudahan..." (alinsyirah:5&6)

"Do you really think that you will enter Paradise without such trials as came to those who passed away before you? They were afflicted with severe poverty and ailments and were so shaken that even the Messenger and those who believed along with him said, 'When will come the Help of Allah?" Yes, certainly the Help of Allah is near!" [Quran 2:214]

Rasa Frust? Tension? Lemah Semangat?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." :. - Surah Al-Imran ayat 139

"adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan sahaja berkata 'kami telah beriman' tanpa mereka diuji:. .:dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 sblm mereka,Dia mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta" (alankabut:2&3)

Bagaimana Harus Aku Menghadapinya?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)"." (Surah Al-Imran ayat 200)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (Surah Al-Baqarah ayat 45)

"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang." (Ar-Ra'd: 28) Apa Yang Aku Dapat Daripada Semua Ini?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... (Surah At-Taubah ayat 111)

Kepada Siapa Aku Berharap?

"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (Surah At-Taubah ayat 129)

Arghhh Aku Tak Tahan!!! Aku Dah Bosan!!

"...dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." (Surah Yusuf ayat 12)

Adakah Aku Sudah Dikira Beriman?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta". (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)


Bukankah ALLAH itu DEKAT? =) bacalah selalu Ayat-Ayat Cinta dari-NYa... CintaiLah DIA dengan sepenuh jiwa...krn Cinta-Nya x pernah mengecewakan....

Komen Dan cadangan