MAHASISWA MSU

  • KERANA DIA

    Aku lihat umi menangis. Umi mengesat air mata yang berjujuran perlahan…Gagang telefon umi letak. Umi pandang aku… kemudian beralih ke arah Muaz dan Mardhiah.


    “Umi… nape?” aku cuba bertanya

    Umi senyum. Tak de jawapan lagi. Umi tarik nafas perlahan .Aku tak paham. Sangat tak paham… sebagai budak yang berusia 10 tahun…. otak aku seperti terhenti untuk cuba mengagak-agak atau meneka kenapa umi menangis.

    “Abi tepon ke umi????” Tak der jawapan lagi. Aku mula diam. Teringat pesan abi… jangan desak orang dengan bertanya berkali-kali kerana itu pun sifat kurang sabar.


    “Mizi, abi kamu syahid …”

    Umi tidak meneruskan kata-kata. Hanya air mata yang mengalir. Aku terkebil-kebil. Beberapa minit kemudian ibu tenang… Ibu memelukku… adik-adik… kemudian umi berlalu.

    “Umi nak hubungi opah ngan atuk. Mizi jage adik-adik.”


    …Air mata ini sentiasa menitis bila terkenang masa dan saat itu. Skang pun dah tahun 2006. 14 tahun berlalu. Memori ku tak cukup kuat untuk ingat setiap fakta detail mengapa apa dan siapa yang terlibat dalam sejarah itu. Yang kutahu… abi syahid di Palestin ketika mengikuti misi gerakan intifada’. Waktu itu Abi sedang melanjutkan pengajian di peringkat master di Al-Azhar. Kemudian Umi kater…. Abi turut serta dalam gerakan bantuan mempertahan kan masjidil aqsa… tahun tu tahun 1992. Tak ramai orang Malaysia yang terlibat. Hanya sorang dua. Ntah… aku tak paham sangat masa tu… tak paham langsung.


    Tp… aku merasa bangga kerana ustaz kater Abi seorang mujahid. Abi syahid kerana mempertahankan agama. Aku masih tak paham ape die mujahid masa tu. tp aku mmg yakin abi mmg hebat. Tegas dalam mendidik lembut dalam mengasihi.


    Tapi sekarang lain… Aku dah paham aper itu jihad. Aper itu dakwah. Aper itu perjuangan. Tapi aku takut aku tenggelam.


    Umi… umi mmg tabah. Selepas Abi pergi… Umi buat segalanya untuk kami. Sungguh sukar untuk dipercayai… umi seorang doctor mulanya. Umi berhenti kerana mahu mendidik anak-anak. Bukan permintaan abi. Setelah abi pergi… orang ramai sibuk mengata… kononnya umi kurang bijak membuat pilihan. Umi tak berpikir panjang. Bila dah tak da suami… kan susah nak cari makan.


    Tapi umi tenang. Klu dulu sebelum umi letak jawatan umi istikharah… kini umi yakin dengan aper yang berlaku. Walau nasib nampak seperti tak menyebelahinya… umi tetap tenang. Umi pernah cakap… “Allah takkan kenakan hambanya. Sifat manusia… kononnya bersyukur bila bahagia. Namun bile ditimpa musibah… menyalahkan Allah kononnya tak sayangkan dia… Mizi raser patut atau tak???”


    Umi saje cakap cam tu sebab aku la yang mula bersuara akan ketidak puasan hati kerana selalu dgr cakap-cakap orang. Masa tu aku cuma mampu geleng. Kurang bijak untuk memberi alasan. Namun aku tahu memang tak patut bersyukur kala gembira bila berduka tak ingat itu ujian semata. Ala…. cam ustaz selalu cakap… as a servent patut tak klu kiter hanya berterima kasih bila raja bagi hadiah then salahkan raja bila hadiah tu rosak dek kelemahan kita yang tak reti nak jaga. Simplekan…


    Skang aku dah besar. Dah masuk tahun 4 aku stady dalam bidang medic yang sememangnya jadi cita-citaku sejak kecil. Aku masih ingat…. waktu di sekolah rendah, andai ditanya oleh guru akan cita-cita… ramailah antara kami akan bgtau yang cita-cita kami untuk jadi doctor. Bila ditanya mengapa… masing-masing memberi jawapan… untuk membantu orang lain….. ringan kan beban orang… khidmat masyarakat… tapi bagiku… umi pesan sume kena letak lllahi taala.

    Hehhehh…. sebab kerana lurus, aku pernah dipanggil cikgu bahasa ku kerana isi karangan yang katanya kurang relevan. Masa tu kami dikehendaki membuat karangan Cita-citaku. Aku menulis kan cita-citaku sebagai doctor. dan antara sebab aku dipanggil adalah kerana kutulis tujuan untuk menjadi doctor adalah untuk jihad di jalanNya… Ckgu panggil dan ckgu tegur. Dia tak marah tapi isi tu pelik klu tulis dalam exam katernyer… Hhehehheh. Lawak gak bile terigat masa dulu…


    Tapi kini… aku cuba meletakkan seluruh hidup ini di jalan Allah. Aku cuba jejaki langkah para sahabat. Jejak Al-Banna yang berusaha demi agama… jejak Abi kerana Ilahi.


    Umi kini berniaga kecil-kecilan. Hanya dengan menjual kuih.. dia mampu menyekolah kan kami… Aku di negara mat saleh ni… Muaz di negara matahari terbit nu… dan Mardhiah di bumi anbia’. Hebatnya umi…. jauh dilubuk hati…. aku kagumi kehebatan umi… mujahidah Abi. Semuanya kerana keyakinan Umi pada Ilahi… semuanya ketakwaan Umi kepada-Nya. Semuanya kerana Dia….

    *************

    “Umi…. Mizi minta maaf… Mizi tak tau boleh jadi cam ni…” itu jer perkataan yang mampu aku luahkan… Dari corong telefon aku denagr suara ibu tenang dari kejauhan.


    “Tak perlah Mizi… teruskan je belajar. Umi akan usaha cari duit untuk Mizi. Tp ingat… ni bukan kesalahan tau. Ini ujian namenyer.. Mizi kene sabar… Umi kene sabar….” Aku diam…sakitla. Serabut otak ni. Aku baru tahun dua stady kat sini. Aku mungkin tak stady sini klu aku tak dapat scholar…. tapi baru dua tahun… scholar aku ditarik… hanya kerana aku penggiat usrah kat sini. Pelik…. takkan aku nak jadi penggiat seni cam kat negara kiter skang nih…. yang mmg banyak dapat publisiti…


    “Umi….” aku tatau nak cakap aper..


    “Mizi, belajar Lillahi Taala… ader la rezekinyer nanti. Umi buleh usaha. Yang penting Mizi usaha dan tawakal. Ingat… motivasi yang terbaik untuk kiter terus ingat dan dekat pada Allah adalah kesusahan. Allah berikan pada Rasulullah bukan kesenangan kan… tp ketenangan disebalik kesusahan dan kesederhanaan hidupnya.”


    “Tapi umi kene cari duit lebih…”


    “Apa yang lebihnyer…. itu taggungjawab umi. klu Mizi tak belaja kat situ pun Umi kene kerje….”

    “Umi jadilah doktor balik…” usulku. Jelas cam budak kecik. Aku tak tau prosedur ape yang mesti umi lalui untuk bertugas balik sebab dah lame umi letak jawatan itu. Yang penting aku nak umi kerje… may be kerje seorg doktor… buleh menjamin kami sekeluarga..


    “Mizi… Mizi….. Rezeki allah bukan bergantung pada kerje kamu. tp pada usaha dan keberkatan…. cam nilah… kang abih duit kamu kol umi. kamu tenangkan diri. Belajar cam biasa dan jgn risau pasal ni. k…. yakin pada Allah… Allah akan bantu kita. Ingat…jangan kerana ini….. kamu hilang semangat untuk terus berusaha untuk dakwah dan agama….”

    …tut…

    Talian terputus. Kutarik napas panjang. Ringan sikit fikiran ni. Terbayang aku pada umi yang tak pernah menampakkan resahnya. Apa umi mmg tak pernah resah gelisah ke???A ir mata nih bergenang… aku tak kisah la klu ader orang nampak.. n kata aku anak mak… tapi aku nak sume org tau perasaan aku. Aku anak sulung.. umi keje sorang. Aku raser bebankan umi bile aku belajar tanpa scholar.


    Hehe… tapi itu peristiwa dua tahun lepas. Skang aku dah pun di tahun 4. Sempoikan…. semuanya dengan kekuatan dan kasih sayang umi. Allah bantu aku… dalam pada masa yang same… Muaz dan Mardhiah pun belajar. Kuatnya umi.

    Aku ingat lagi… ketika cuti summer tahun lepas. Tahun tiga… Aku terpaksa pulang bercuti sbb ader Liqa’ Jemaah. Umi kater pulang je walaupun tak der duit. Penting untuk aku ikut usrah tu…. Untuk kebaikan Ummah… Umi kater tak dapat sumbang duit…. sumbang fikiran. Itulah yang buleh aku lakukan dalam musyawarah atau liqa’ yang bakal berlangsung.


    Tapi summer kali itu sangat bererti buatku… Terlalu banyak mender kupelajari dari umi.

    Aku bantu umi berniaga… jadi aku nampak bagaimana umi bermuamalat. Aku bantu umi ajar kanak-kanak di taman tempat tinggal ku mengaji… aku nampak bagaimana umi menyampaikan ilmu. Aku temani umi membuat kelas agama untuk wanita-wanita di taman ini… aku nampak bagaimana umi buleh jadi sahabaat dan guru dalam satu masa. Sume tarbiyyah umi secara tak langsung….


    ”Klu kamu lihat dan kamu fikir akan setiap peristiwa,maka kamu akan dapat pengajaran dari setiapnya..” umi selalu cakap cam tu. Aku senang ngn cara umi mengajar ku .Moga aku pun akan bijak sepertinya dalam mendidik anak-anak. Moga aku mampu bertindak dengan tindakan umi…. berfikir denagn cara umi, berbicara ngan kata-kata umi yang segalanya umi tegaskan mestilah… KERANA DIA.

    **********

0 komen:

Leave a Reply

Jangan Lupa sahabat...

Perhatian untuk ahli PMIMSU






insyaALLAH...
dalam masa terdekat nanti,
PMIMSU akan membuat dua program

1) "khidmat sosial dan mengenal cara hidup kampung di Kuala Selangor"

2) " Kursus Sembelihan"

tarikh akan diumumkan tidak lama lagi. :)

teruskan menyokong dan mengikuti perkembangan PMIMSU

jom berbual sebentar

ayat2 cinta



Ayat-ayat cinta dari ALLAH untuk hambaNYA

"Did you think that We had created you in play (without any purpose), and that you would not be brought back to Us?" (Quran 23:115):

“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.” - Surah az-Zariyat: ayat 56.

"demi masa:. .:sesungguhnya manusia dalam kerugian:. .:kecuali yang beriman dan juga yang beramal soleh:. .:yang berpesan pada kebenaran:. .:yang berpesan pada kesabaran" (Alquran:Al-asr)

"ya tuhanku, sesungguhnya aku berkehendak kepada kebaikan yang engkau turunkan kepadaku.. (alqasas:24)

"Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yg Aku Idam-Idamkan?"

"..dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui.." (albaqarah:216)

Kenapa Susah Sangat Ujian Ini?

"...dan ketahuilah, Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya..." (albaqarah:286) "...sesungguhnya disamping kesusahan bersamanya kemudahan... ...(ditegaskan sekali lagi) disamping kesusahan bersamanya kemudahan..." (alinsyirah:5&6)

"Do you really think that you will enter Paradise without such trials as came to those who passed away before you? They were afflicted with severe poverty and ailments and were so shaken that even the Messenger and those who believed along with him said, 'When will come the Help of Allah?" Yes, certainly the Help of Allah is near!" [Quran 2:214]

Rasa Frust? Tension? Lemah Semangat?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." :. - Surah Al-Imran ayat 139

"adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan sahaja berkata 'kami telah beriman' tanpa mereka diuji:. .:dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 sblm mereka,Dia mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta" (alankabut:2&3)

Bagaimana Harus Aku Menghadapinya?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)"." (Surah Al-Imran ayat 200)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (Surah Al-Baqarah ayat 45)

"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang." (Ar-Ra'd: 28) Apa Yang Aku Dapat Daripada Semua Ini?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... (Surah At-Taubah ayat 111)

Kepada Siapa Aku Berharap?

"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (Surah At-Taubah ayat 129)

Arghhh Aku Tak Tahan!!! Aku Dah Bosan!!

"...dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." (Surah Yusuf ayat 12)

Adakah Aku Sudah Dikira Beriman?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta". (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)


Bukankah ALLAH itu DEKAT? =) bacalah selalu Ayat-Ayat Cinta dari-NYa... CintaiLah DIA dengan sepenuh jiwa...krn Cinta-Nya x pernah mengecewakan....

Komen Dan cadangan