-
Esra Erdogan a daugter of Prime Minister Recep Tayyip Erdogan married Berat Albayrak, the son of Turkish journalist Sadik Albayrak.
Pasukan keselamatan Iran menahan berpuluh-puluh orang wanita yang tidak menutup aurat serta menyerbu kedai yang menjual pakaian jubah yang ketat, jarang dan menjolok mata. Mereka hanya akan dilepaskan sekiranya mengadakan perjanjian untuk menutup aurat dan membayar ikat jamin. Sebagai wanita Islam di Malaysia amnya dan di (Kelantan khususnya), menutup aurat adalah satu kewajipan yang tak boleh tidak mesti dilaksanakan. Suka atau tak suka ia adalah hukum ALLAH.Alhamdulillah, kita boleh melihat rata-rata wanita Islam di Malaysia sekarang ini telah pun memahami dan sudah ramai yang bertudung. Di Kelantan sendiri kerajaan negeri mewajibkan pemakaian tudung terutamanya pada premis-premis jualan. Setengah-setengah pengkritik mengatakan penutupan aurat tidak boleh dipaksa atas wanita tetapi hendaklah dididik perlahan-lahan. Sebenarnya dalam Islam pendidikan perlu dilaksanakan seiring dengan penguatkuasaan daripada pihak kerajaan yang tunduk pada ajaran Islam.Bercakap mengenai menutup aurat dunia Islam hari ini takjub dengan kesopanan Puteri Erdogan yang kelihatan begitu manis menutup aurat dalam majlis perkahwinannya. Ersa Erdogan terpaksa menimba ilmu di Amerika kerana di tanah airnya sendiri tidak menerima kemasukan puteri-puteri Islam yang bertudung. Erdogan pernah menyelar undang-undang Turki dengan mengatakan adalah pelik bahawa di sebuah negara yang kafir dan kebanyakannya adalah golongan musyrikin, anaknya sendiri bebas menutup aurat kerana keterbukaan Amerika terhadap hak-hak asasi manusia dalam negaranya sendiri. Tetapi di Turki, rakyat yang rata-rata Islam tidak dapat menerima pelajar-pelajar yang menutup aurat. Maksudnya Turki lebih sekular daripada Amerika. Beginilah keadaan akhir zaman......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen: