-
PMI Announcement - Program Team-Bulding k-Care
Team Building ni actually nak kumpulkan smua penggerak K-Care untuk membincangkan perancangan gerak kerja k-care dalan tempoh setahun.more
K-Care merupakan unit amal Kelab Rakan Islah Siswa Malaysia (KARISMA).
7 julai 2006
6.00ptg- pendaftaran
9.15mlm-ice-breaking
10.00mlm-presentation
8 julai 2006
5.00-qiamulail
5.52-solat subuh + mathurat
7.30-senaman
8.00-sarapan
8.30-slot I
10.30-rehat/minum pagi
10.45- slot II
12.45- makan tengah hari + solat zohor
2.15- slot III
4.15- solat asar + aktiviti petang
7.00-makan malam +solat maghrib + mathurat + soalt isya'
9.15- slot IV
11.30-minum malam
9 julai 2006
5.00-qiamulail
5.52- solat subuh + mathurat
7.30-senaman
8.00-sarapan
8.30-berkumpul mengikut biro- hasilkan strategik planning utk setahun
10.30- pembentangan resolusi setiap biro.
12.30- makan tengah hari + bersurai.
Sekian Terima Kasih.*Sebarang pertanyaan sila hubungi :S/U PMI - saudari Liyana Zaharudin. 012-2042677@
-
Asrama Penyayang Nur Iman perlu Sokongan! Hulurkan bantuan,ringankan beban!...:)
moreSahabat sekalian,Sebuah asrama perlindungan yang menempatkan 45 orang kanak-kanak yang terdiri daripada orang asli, anak yatim serta anak fakir miskin yang tercicir dari sekolah memerlukan bantuan anda. Anak-anak orang asli ini telah diislamkan sebelum pihak lain mengambil mereka untuk dikristiankan.Asrama penyayang Nur Iman ini terletak di Kampung Bandar Dalam, Sentul, Kuala Lumpur dan kini diuruskan oleh Uztazah Sarimah Ali. Kini, Uztazah Sarimah menyewa rumah 3 pintu dengan bayaran RM1,350 sebulan yang dijadikan 2 buah asrama, sebuah untuk lelaki seramai 24 orang dan sebuah untuk perempuan yang seramai 21 orang dan sebuah lagi dijadikan surau dan pejabat. Anak-anak ini hidup dalam keadaan yang begitu dhaif, mereka hanya ada tempat tidur dan makan sahaja, tidak lebih dari itu. Keadaan asrama juga begitu sempit.Di atas belas ihsan seseorang, di bahagian tepi sebuah asrama, telah dibina satu kawasan seperti garaj parking kereta yang dinamakan 'dewan' yang menjadi tempat anak-anak ini makan dan belajar. Keadaan dewan yang begitu sempit berlantaikan simen berpasir kasar dan beratapkan zink tanpa dinding adalah tidak sesuai langsung untuk pembelajaran 45 orang kanak-kanak.Almari pakaian mereka pula diperbuat daripada besi yang sudah roboh pintunya menjadi tempat diletakkan pakaian harian mereka yang kelihatan begitu lusuh sekali. Kasut sekolah yang begitu usang tersusun di luar asrama.Menurut salah seorang pengelola, Pn Noraini , mereka baru sahaja mendapat katil dari seorang hamba Allah. Sebelum ini, mereka tidur di atas simen berbekalkan tilam buruk sahaja. Menurutnya lagi, anak-anak ini mungkin ada tak biasa tidur di atas katil, tiba-tiba suatu hari, ada seorang yang hilang, bila dicari, rupanya tidur di bawah katil. (orang dah biasa susah )....cuba bayangkan diri kita yang selesa tidur atas katil tiap-tiap malam jika dibandingkan dengan anak-anak ini yang cuma beralaskan lantai dan tilam buruk. Sekiranya dilihat keadaan mereka, pasti akan menginsafkan kita semua.Tentang makanan, uztazah di asrama ini dapat menyediakan makanan untuk anak-anak ini setiap hari walaupun berbekalkan nasi dengan satu jenis lauk sahaja kerana anak-anak ini dah biasa susah dan tidak makan. Keadaan dapur amat menyedihkan dan serba kekurangan.Dana amat terhad untuk asrama penyayang ini untuk mencari tempat yang lebih sesuai dan untuk mendapat bekalan makanan yang mencukupi.Asrama ini memerlukan pelbagai bantuan dalam apa jua bentuk seperti bantuan kewangan, pakaian, pinggan mangkuk, almari, kerusi meja, kasut sekolah, kasut jalan, alat tulis, buku sekolah dan macam-macam lagi.Untuk sebarang sumbangan boleh menghubungi terus Uztazah Sarimah di talian 03-40222404/ 019-2519082 atau disalurkan ke akaun AM Finance no. 2272021000327.
-
Kesempurnaan Diri Muslim
moreHADIS MUTHAHHARAH
Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu'anhu telah berkata : Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah S.A.W yang mana dia telah menyatakan tujuannya : Wahai Rasulullah! sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat. Maka baginda S.A.W telah berkata kepadanya Tanyalah apa yang engkau kehendaki :
Dia berkata : Aku mahu menjadi seorang yang alim
Baginda S.A.W menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim
Dia berkata : Aku mahu menjadi orang paling kaya
Baginda S.A.W menjawab : Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya
Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang adil
Baginda S.A.W menjawab: Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia
Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang paling baik
Baginda S.A.W menjawab: Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia
Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang istimewa disisi Allah
Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah
Dia berkata : Aku mahu disempurnakan imanku
Baginda S.A.W menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna
Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin (baik)
Baginda S.A.W menjawab : Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk golongan muhsinin
Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat
Baginda S.A.W menjawab : Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat
Dia berkata : Aku mahu berjumpa Allah dalan keadaan bersih daripada dosa
Baginda S.A.W menjawab : Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa
Dia berkata : Aku mahu dihimpun pada hari qiamat dibawah cahaya
Baginda S.A.W menjawab : Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya
Dia berkata : Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat
Baginda S.A.W menjawab : Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihanimu pada hari qiamat
Dia berkata : Aku mahu dihapuskan segala dosaku
Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan (kurangkan) segala dosamu
Dia berkata : Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia
Baginda S.A.W menjawab : Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia
Dia berkata : Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia
Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa menyerah diri (tawakkal) kepada Allah nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia
Dia berkata : Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah
Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki kepadamu
Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah dan rasulNya
Baginda S.A.W menjawab : Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh Mereka
Dia berkata : Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat
Baginda S.A.W menjawab : Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya
Dia berkata : Aku mahu diterima segala permohonanku
Baginda S.A.W menjawab : Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya
Dia berkata : Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat
Baginda S.A.W menjawab : Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamat
Dia berkata : Siapa yang terselamat daripada dosa?
Baginda S.A.W menjawab : Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan
Dia berkata : Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?
Baginda S.A.W menjawab : Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala)
Dia berkata : Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?
Baginda S.A.W menjawab : Buruk akhlak dan sedikit ketaatan
Dia berkata : Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat ?
Baginda S.A.W menjawab : Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih saying
Dia berkata: Apakan yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?
Baginda S.A.W menjawab : sabar di dunia dengan bala dan musibah
Telah berkata Imam Mustaghfirin: aku tidak pernah menjumpai hadis yang besar dan merangkumi kesempurnaan agama dan bermanafaat selain hadis ini....
ILAHI ANTA MAKSUDI,WAREDOKA MATHLUBI ATINNI MAHABBATAKA WALMAKRIFATAKA
-
JIM International membawakan kepada anda
moreWACANA PALESTINTarikh : 17 Jun 2006 (sabtu)Tempat : NIOSH, Bandar Baru BangiOBJEKTIFWacana ini bertujuan antara lain untuk merumuskan beberapa noktah penting berhubung isu Palestin bagi membantu melakarkan pandangan rasmi JIM berhubung scenario politik terkini di bumi Palestin. Wacana ini diharap dapat membantu JIM untuk mengusulkan satu cadangan rasmi JIM kepada Kerajaan Malaysia selaku pengerusi OIC bagi memainkan peranan konstruktif seperti menjadi perantara di antara kumpulan-kumpulan tertentu di Palestin dengan Kerajaan Palestin pimpinan Hamas bagi mewujudkan persefahaman dan perpaduan demi kepentingan bumi dan masyarakat Palestin itu sendiri.ModeratorIr Selamat AlimanAhli PanelPROF MADYA KAMARUZAMAN YUSOFFPensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, UKMDR HAFIDZI MOHD NOORPensyarah Fakulti Pertanian, UPMMantan Pengerusi JIM International/Naib Presiden JIMPenulis buku: Israel Kenapa Dunia Tidak Boleh MengiktirafnyaMASZLEE MALIKPensyarah Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, UIAPenulis buku: Al Aqsa Dalam Bahaya dan 20 Persoalan Asas Palestin
-
Nikah Mis-yar : Antara Hukum Dan Keperluan Sosial
moreBerikutan dengan fatwa Dr Yusoff Qardhawi berkaitan dengan hukum nikah Mis-yar, pelbagai pihak telah memberikan berbagai reaksi yang berbeza. Ada pihak yang menyokong dan ada juga pihak yang menentang.Bagi memudahkan semua pihak memahami dengan lebih mantap tentang isu nikah mis-yar ini, Wanita JIM dengan kerjasama JK Ulama JIM akan menganjurkan satu forum yang akan membincangkan mengenai topik ini dengan lebih mendalam. JIM membicarakan isu ini semata mata bertujuan untuk mendidik masyarakat bagaimana melihat kepada sesuatu isu sensitive dan mengundang kontroversi. Kita perlu mempunyai ilmu, pengetahuan dan pendedahan (kajian kes) sebelum membuat sesuatu penilaian dan menghukum atau memberikan keputusan. Penilaian bukanlah berdasarkan kepada rasa hati, ledakan emosi dan apa orang lain kata.ObjektifMemberikan penjelasan yang sahih dan terperinci tentang Nikah Mis-yar (ta’arif, hukum, implikasi, kesan dan keperluan sosial) kepada masyarakat Malaysia.Butiran
Tarikh: 6 Jun 2006
Masa: 9.00 pagi -12.30 pagi
Tempat: Pusat Komuniti JIM Taman Melawati, 53100 Kuala LumpurAhli Panel
1. Dr Mohammad Akram Laldin, Pensyarah di Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge, Universiti Islam Antarabangsa, Kuala Lumpur. – ‘Taarif, hukum dan perbezaan pendapat ulama-ulama kontemporary
2. Prof Madya Ustaz Alias Osman, Perunding Syariah JIM – ‘Kesan dan Implikasi’
3. Prof. Dr Mohamed Hatta Shaharom, Pakar Psychiatry dan Vice President (Academic) Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS), Selangor –‘Keperluan Sosial dan Kajian kes ’
4. Dr Harlina Halizah bt Hj Siraj, Ketua Wanita JIM dan Pakar Sakit Puan ( O & G) - RumusanModerator
Ustaz Maszlee Malek, Pensyarah di Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge, Universiti Islam Antarabangsa, Kuala LumpurTentatif Program
Masa Aktiviti8.30 – 9.00 pagi: Ketibaan dan Pendaftaran9.00 – 9.15 pagi: Ucapan Alu-aluan9.15 – 9.45 pagi: Minum Pagi9.45 – 12.30 tengahari: Nikah Mis-yar ; Antara Hukum Dan Keperluan Sosial12.30 tengahari: Penutup dan BersuraiPendaftaran boleh menghubungi:Pejabat JIM:03-41089669 (Raja Azliza)03-41073379/019-2227201(Anfal)013-2046356(Faridah)012-6968554(Naemah)012-3743696(Aalaa’)Emel: wanitajim@jim.org.mySumbangan Peserta: RM15 seorangNota:- Minuman / makanan ringan disediakan-Pelajar IPTA/IPTS/KARISMA Percuma.
Subscribe to:
Comments (Atom)
